Pages

Sunday, February 27, 2011

Untukmu..kaum Adam dan Hawa.


Ibnu Mas’ud r.a. berkata: “Rasulullah s.a.w. telah bersabda: “Perempuan itu aurat, maka jika dia keluar, syaitan mengagungkannya (mempercantikkannya menurut pandangan lelaki).”
(HR At-Tirmizi)

Rasulullah s.a.w. bersabda: “Tidak pernah aku menyentuh tangan perempuan (ajnabi/bukan mahram)” (HR At-Thabrani, dari Uqailah binti Ubaid, menurut al-Albani: Sahih)

Dari Ma’qil bin Yasaar r.a. katanya, “Rasulullah s.a.w. telah bersabda: “Sesungguhnya jika dicerca kepala salah seorang dari kalian dengan alat jahit dari besi adalah masih lebih baik baginya daripada menyentuh perempuan yang tidak halal baginya (bukan mahramnya).” (HR At-Thabrani & al-Baihaqi, sahih).

Firman ALLAH dala surah  An Nuur ayat 31-maksudnya :
Katakanlah kepada wanita yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putrea saudara laki-laki mereka, atau putrera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.
Firman ALLAH dalam surah  Al A’raaf ayat 26 maksudnya :
Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutupi auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian takwa itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian dari tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat.
 Firman ALLAH dalam surah  Al Ahzab ayat  59 maksudnya :
Hai Nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: “Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka”. Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, karena itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha pengampun lagi Maha penyayang…. Maha benar ALLAH dengan segala firman-NYA.

Saturday, February 19, 2011

erm...Berilah Saya Masa...

Cinta pada manusia dirasakan begitu indah dan terkadang kita lupa cinta yang mana yang harus kita bawa pada mereka..kekadang kita juga mengagungkan mereka lebih dari segala..terdetik hati ini untuk sekali lagi mencipta diolag perbualan dua jiwa dalam cinta yang menanti bahagia tapi adakah ia berkesudahan seperti yang disangka…

Bermula pertemuan di alam universiti dan mereka saling berharap adakah ia kan kekal sehingga mereka habis belajar nanti dan mampu bersiap untuk ke alam yang lebih mencabar dan akan senantiasa di cabar..bermula dengan kawan biasa mengikat hubungan tanpa perlu dihebahkan kepada semua hanya doa kepada YANG ESA biarlah mereka dan DIA yang mengetahui kerna dialah yang merancang segalanya. Namun ada suatu yang membuat si gadis seakan terhalang untuk meneruskan cinta mulia seakan tersiksa jiwa jika ia dipendam dalam jangka masa yang lama..


PRIA : awak..xsangka kita masih mampu bertahan lagi kan dalam menjaga hubungan kita nie? Saya takut sangat kalau-kalau saya ada hati nak merosakkan awak..

GADIS : erm…awak saya yakin dengan awak..tapi setia dan percaya saya masih xboleh diberi sepenuhnya kepada awak kerna saya masih belum milik awak yang sah..saya berdoa moga kita takkan melanggar segala larangan yang dah ditetapkan oleh agama kita.

PRIA : saya pun rasa bersyukur sangat kerna ada peluang untuk kenal awak..saya jugak yakin yang pilihan saya untuk awak tepat tapi saya terpaksa bersabar dulu..masih banyak tanggungjawab yang perlu saya kotakan..

Tiba-tiba sang gadis meluah bicara seakan menyentap rasa hati sang pria…

GADIS : awak..macamna kalau saya bukan jodoh awak? Macamna kalau hati awak dah berubah dan berminat pada insan lain?

PRIA : kenapa awak cakap macamtue?? Saya tak pernah pinta semua nie berlaku..awak..jangan sesekali ungkap lagi kata-kata tue..saya ikhlas dengan awak xkan sekali-kali berubah ( kata-kata lelaki dalam percintaan namun adakah kata-kata ini benar belaka?)

GADIS : memang awak boleh cakap macamtue sekarang nie..mmg awak syg sya sekarang nie..tapi cinta awak kepda saya bolehke sampai ke akhir hayat kita nanti? Saya takut awak bosan dengan saya..saya banyak kekurangan..awak tahu kan penyakit saya? Awak tahu kan apa yang kan jadi pada saya kalau saya xbergantung pada ubat? Awak saya tahu awak terpikat pada rupa saya..tapi saya takut semua tue..saya takut rupa yang indah ini boleh datangkan fitnah pada semua orang..

PRIA: saya suka awak bukan kerana rupa awak..dan penyakit yang awak ada tue bukan alasan bagi saya untuk menolak rasa hati sya pada awak….awak..saya sentiasa berdoa agar kesembuhan awak nanti cepat…saya tahu banyak air mata awak hadiahkan pda penderitaan awak..saya faham..kesakitan awak hari demi hari..tapi saya jugak nak awak faham..insan ini jugak akan sentiasa berharap agar awak sembuh dan diberi kekuatan untuk terus hidup..awak walau nanti jodoh kita seminit cuma..tapi biarlah sya dapt merasa hidup dengan awak walau seketika andai itu takdirnya..

Takkala sang arjuna meluah rasa…airmata duka menitis dipipi sang wanita..bukan dipinta ihsan dari dia tapi terperangkap antara ajal dan cinta..walau dia tahu semua itu datang dari KETENTUANNYA tapi dia seakan pasti umurnya tidak akan ada bagi masa yang lama untuk ada dengan dia.

GADIS : saya selalu berdoa dengan tuhan ..agar hubungan kita kekal…awak..saban hari saya makin xdapat tahan kesakitan saya nie..tiap detik saya mohon pada tuhan supaya diambil nyawa saya nie…

PRIA : erm…awak kenapa sekarang awak semakin berputus asa? Awak.. kami sentiasa doakan keselamatan awak…awak nak pergi dulu dari sy ker? Awak nak tinggalkan saya? Awak dulu masa saya lemah dan lesu..awak yang bagi harapan dan semangat untuk saya..awak yang sentiasa ceriakan derita saya..tapi sekarang awak dah lupa nasihat awak pada saya dulu..

Air mata yang berjujuran jatuh dipipi sang gadis tidak mampu di hentikan lagi…takdir yang menentukan segalanya…sang pria terhimpit dengan jiwa yang seakan kecewa…datang dengan penuh hati yang lara..

GADIS : awak….kalau saya pergi dulu awak cari gadis lain yang lebih baik dari saya ye….awak janji jangan cari gadis yang ada penyakit macam saya tau? Saya yakin suatu hari nanti awak akan dapat jodoh yang paling awak nanti…..kata pujuk sang gadis walau di hati perit untuk meluahkan seakan di tusuk sembilu yang menghiris..BERSAMBUNG..

p/s: SEKIRANYA ADA PERMINTAAN DARI PEMBACA UNTUK SAMBUNGAN KISAH INI..INSYAALLAH SAYA AKAN MENULISNYA..SEKIRANYA TIADA BIARLAH CERITA INI TERGANTUNG TANPA PENGAKHIRAN..SEDAR DIRI UNTUK CINTA..DEMI BAHAGIA KE ALAM RUMAH TANGGA.CITA-CITA DAN CINTA.

Tuesday, February 15, 2011

Aku Menulis Bukan Kerna NAMA..


“Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan (wahai umat manusia dan jin)?”
Surah ar.rahman, AYAT 13.

Salam sejahtera buat sahabat…maaf yer…kerana lambat memasukkan bacaan yang berbentuk ilmiah..sahabat tentu tertnya2..asyik en3 cerita dan cinta jer..xper..untuk en3 kali nie sy nak merungkai dan membuka minda sahabat tentang bersyukurkah kita dengan kurniaan nikmat kesenangan dan keselesaan hidup yang dikurniakan oleh Allah s.w.t kepda kita? sahabat..sebenarnya hidup kita ini telah di catat di luh mahfuz sana…jodoh ajal…sudah ditakdirkan Allah namun kita tdak mengetahui bilakah ia akan berlaku?? Ya pasti akan berlaku..soalnya bila?? Hanya Allah punya jawapan bagi  pertanyaan ini…sahabat…kita lahir..dengan tangisan..dan pemergian kita nanti akan juga diratapi dengan kesedihan..

Pentas dunia ini hanya persinggahan bagi kita untuk melaksanakan amanah..kerja..tugasan..atau bahasa universitinya assignment..yang telah diberikan tuhan kepda kita..tubuh lengkap dan pancaindera yang sempurna hanya pinjaman semata..terpulang kepda kita untuk menggunakan dan menghargainya..sy bukan insan mulia.. bukan insan bertakhta..juga..sy insan yang penuh dosa…tapi punya rasa untuk sama2 kita merenung..segala kurniaanNYA..sahabat..saat..melihat..kepingan gambar syahdu ini..hati mula berbicara..kenapa kita masih tidak bersyukur dengan kurniaan tuhan??? kenapa kita rasa tidak pernah cukup dengan apa yang ada??? Masih ramai manusia di luar sana yang di uji dengan pelbagai dugaan dari tuhan..benarlah firman Allah yang menyatakan bahawa sekiranya Allah mengkehendaki untuk diturunkan bala…maka ia tidak mengira sma ada manusia itu beriman ataupun tidak..lihat sahaja saudara kita di negara luar..segala macam bencana alam dan kemusnahan telah ditunjukkan oleh Allah dan ia hanyalah satu ROTAN KECIL dariNYA..sebelum datangnya kehancuran yang telah dijanjikan pasti..

Sahabat gambar ini mencoretkan 1001 bicara…adakah mereka mampu meneruskan kehidupan? mampukah mereka untuk terus melihat keindahan ciptaan tuhan?? mereka diuji dengan pelbagai dugaan namun mereka sabar menunggu kesenangan tapi.. bila??? Kesedihan dan kesusahan sentiasa menjadi persoalan dalam hidup mereka….sahabat.. insan kecil ini..tidak mampu lagi terus setia di bumi ini..sahabat hari ini di negara tercinta kita telah mencatatkan banyak sejarah sedih dan telah membungkam hati menjadi pedih…kerana apa??? kerana insan yang bernama bayi…. ini di buang dimerata tempat..seakan sampah yang tidak bernyawa..anak kecil ini menangis supaya diberikan peluang untuk hidup..kalaulah mereka boleh bersuara ketika itu..tapi tidak sahabat..bukan sedikit..tapi banyak yang sudah di buang, di bunuh, di tanam..di mana nilai normal kita sebagai manusia? Kita lihat sahabat kita diluar sana..walau miskin dan serba kekurangan..namun mereka punya rasa untuk menyayangi dan menghargai insan kecil ini…Zaman ini adakah sama dengan zaman Jahilliah??? atau lebih teruk dari itu?? biarlah sahabat yang menilainya sendiri..

Kemanisan hidup yang dikecapi oleh insan kecil di dalam gambar ini begitu memilukan kita..andainya sahabat tidak punya rasa untuk sedih…tapi punyailah hati dan akal untuk menjentik perasaan sahabat supaya kembali rasa kasih..sahabat..kenikmatan hidup yang dikurniakan tuhan bukanlah untuk kita persiakan..namun ada harga yang perlu dibayar oleh kita semua nanti…bersiapkah kita untuk di nilai di padang mahsyar nanti???...salam renungan dari insan buat insan..SELAMAT MENYAMBUT MAULIDURRASUL..semoga kita dapat mencontohi akhlak mulia baginda…






lagiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii.................................

dan gambar ini lagi........:"(....

Sunday, February 13, 2011

Tunjukkan Aku Jalan Yang Lurus.......

Dengar muzik nie sambil hayati puisi ini yer...selamat..
Tunjukkan aku jalan yang lurus…
Jalan yang pasti kan menemuimu
Tuhan…hati ini merintih sayu
Jiwa ini dipenuhi debu sendu
Kerna aku dihimpit dengan dosa-dosa yang lalu..
Tuhan segalanya  telah kau beri percuma
Tidak langsung dititip dengan harga
Bukti cintamu pada manusia
Tanda keadilanmu buat sekalian makhluk di dunia..
Tuhan aku tersasar jauh dari mengingatimu
Izinkan aku kembali mendekatimu
Kerna hati dan jasadku hanya milikmu
Hidup dan matiku jua dari ketentuanmu
Tunjukkan aku jalan yang lurus…
Berilah aku peluang dengan menyembahmu hati yang tulus
Jangan sesekali aku pinta kasih kita terputus
Kerna kau penciptaku Sang Maha Kudus..
Tuhan andai diri ini terbuang hina
Andai jasad ini tidak diterima
Aku pasrah aku merela
Kerna dosa dan noda dulu telah aku damba
Tanpaku hirau peringatan yang dibicara
Pintaku tuhan kau kasihilah jua ibu bapaku
Sepertimana mereka mengasihiku
Kerna mereka insan mulia
Insan paling berharga bertakhta dijiwa
Biarlah aku pergi di kejauhan mereka
Biarlah nyawaku ini pengganti untuk mereka
Kerna aku ingin ayah dan ibuku punya rasa
Untuk mendekatimu dengan detik yang lebih lama
Tuhan..
Pengorbanan mereka tidak dapat disingkap dengan kata
Hanya dapat ku iringi dengan doa yang setia..
Akhirnya Tuhan semoga jalan yang ku pilih ini
jalan yang lurus jalan yang kau redhoi
jangan sesekali kau berikan aku benci di hati
dalam mengingati Mu,RasulMu, dan agamaMU yang ku cintai
TUNJUKKAN AKU JALAN YANG LURUS
SESUCI KASIH AL-FATIHAH.....
p/s : syukran kepada akh soufi,hafiz,syamim dan yunos kerna telah sama2 bergandingan bahu dalam pertandingan Puisi Kalam Tuhan..dengan berkat lakonan anda dan puisi yang telah daku cipta ini akhirnya kita berjaya mendapat TEMPAT KEDUA dalam pertandingan itu..syukran jazilan.

Monday, February 7, 2011

Kerna Hati Masih Bertakhta...:)

Kerna hati masih bertakhta…..
Aku cuba untuk setia
Aku cuba memusnah segala dugaan durja
Aku tepis semua kesangsian yang menggila

Kerna hati masih bertakhta……….
Aku simpan memori duka
Aku singkap kenangan bahgia
Akan ku lupa semua hiba
Akan ku datangi imbasan mulia

Kerna hati masih bertakhta………
Ku biarkan kau hadir menerima
Ku biarkan kau buka setia
Takkan sekali ku beri kau duka

Kerna hati masih bertakhta…….
Izinkan jiwa ini merindu gembira
Izinkan hati ini punya secebis ceria
Bukan untuk menagih cinta semata
Tapi untuk peringatan alam bahgia

Kerna hati masih bertakhta…..
Ingin sekali aku luah segala
Ingin sekali aku cerita semua
Tapi aku terhalang dengan kata
Andai di seloka jua
Kan hilang bahgia yang ingin kita damba

Kerna hati masih bertakhta……….
Ku harap kau kan terus berdoa
Kerana DIA yang merencana segala
Kita berjanji berharap setia
Tapi takdir yang akan menentukannya
Biarlah ia terus dibuai ombak yang senada
Dan jangan dipinta takdir yang merana
Kerna kelak kan terasa duka
Dalam jiwa yang kan merakam sengsara hiba……

Saturday, February 5, 2011

Awak..esok.. saya akan jadi TUNANGAN orang :’(…

Hari berganti hari..bulan berganti bulan dan tahun berganti tahun..takdir Allah menentukan segalanya…pertemuan mereka seakan-akan dirancang untuk menamatkan segala penantian dulu..untuk menghentikan kesemua janji-janji palsu…saat sang lelaki berjalan sendirian matanya terpana pada seorang wanita yang pernah dulu bertakhta di hatinya..dan mungkinkah kasih itu akan bertaut kembali…digagahkan jua untuk bersapa..dengan si DIA..

LELAKI : Assamualaikum..awak..x sangka yer kita dapat jumpa..di tempat mula2 kita berkenalan dulu?

WANITA : Waalaikumsalam..erm..ye..

LELAKI : Awak kenapa saya dah xdapat hubungi awak? Awak marahkan saya ker?

WANITA : Taklah..Cuma saya nak cuba tenangkan fikiran jer..

LELAKI : Oh..begitu..jom kita singgah ke gerai makanan..boleh kita berbual lama sikit..

WANITA : EH…xperlah..saya ada hal nie..kalau dekat sini pun xper kita berbual yer..

LELAKI : Erm..yela…awak dah makin cantik yer sekarang…dah makin putih..dulu putih jugak tapi bolehla..(sengaja sang lelaki berjenaka untuk melihat manis senyumannya…)

WANITA : Xderla saya biasa-biasa jer..semuanya anugerah Tuhan..

LELAKI : Awak…saya dah ada kerjaya sekarang nie..dan duit saya dah cukup tau untuk kotakan janji kita dulu…dulu awak cakap laksanakan tanggungjawab saya dulukan..saya rasa semua hampir selesai tapi untuk diri saya jer belum..awak..saya dah nekad nak sunting awak..

Terdiam sang wanita tak mampu berkata apa2..saat itu berlinangan airmata hiba..wajah tunduk duka pandangan seakan gelita..permintaan dulu menusuk di jiwa..

LELAKI : Awak…kenapa awak tiba2 macam sedih jer??? Awak tak suka dengan lamaran saya ker? Awak saya dah bersedia untuk menjadi imam awak..saya dah bersedia untuk bergelar suami kepda awak? Awak….kenapa nie??

WANITA : Erm….awak…sekarang kerja apa yer? Awak tinggal di mana sekarang  ( bicara sang wanita sekadar mengubah tajuk kata)

LELAKI : Awak….kenapa tak jawab soalan saya nie? Awak dah berkahwin ker? Awak mungkir janji kita…

WANITA : X…awak..saya tak berkahwin lagi…saya setia tunggu awak…tapi………………

LELAKI : Tapi apa awak??? Tapi sayang..kehadiran kekasih lama mu…(lagu cinta tiga segi..hehehe)

WANITA : Tapi….tapi..saya akan bergelar tunangan orang…

Kata-kata bisa menusuk jiwa seorang lelaki yang berhati waja…air mata di tahan…agar segala duka dapat disimpan…

LELAKI : awak sampai hati awak….awak..saya nanti janji awak dulu..saya tunaikan permintaan awak dulu…tapi kenapa saya terima semua ini dari awak..awak…saya selalu berdoa agar satu hari nanti dapat bertemu awak..dan saya akan terus lamar awak..tapi…awak tahu permintaan saya untuk bertemu awak Tuhan tunaikan..tapi untuk lamar awak..saya xdapat laksanakan..

WANITA : Awak maafkan saya…saya terpaksa ikut kata keluarga..saya xmampu nak halang ini semua..saya xkuat awak..saya xtega untuk luka kan hati ayah dan bonda..

LELAKI : Tapi awak tega lukakan hati saya…awak dah patahkan hati saya…

WANITA : awak..masih ramai wanita di luar sana mengharap kasih dan cinta awak..awak jangan tunggu saya lagi yer..(kata-kata seakan terpaksa untuk membuang segala memori duka)

LELAKI : Awak..mudahnya..awak cakap yer..awak…saya tunggu awak..saya doa untuk kita..tapi kenapa…erm..

WANITA : awak..awak bukan jodoh saya lagi..awak tahukan saya akan jadi tunangan orang..awak..saya xmampu lagi nak halang semua ini…saya xmampu lagi nak pertahan janji kita..saya insan lemah..awak..awak..izinkan saya pergi menjauh dari awak yer..

LELAKI : kenapa awak??? Kenapa sampai macam nie…saya xdaya nak terima semua ini lagi..bertahun saya tanam impian..tapi akhirnya ia berkubur bersama hati saya yang bungkam..saya pasrah awak..saya tahu..jodoh saya bukan awak..tapi saya xboleh tipu hati dan perasaan ini..awak..sampaikan salam saya yer,,kepada bakal tunang dan suami awak..saya xkan mengharap lagi..saya hanya mampu titipkan doa bahagia untuk awak dan dia…the end…..

Harapan yang dulu cerah kini kembali punah..janji dulu dilafaz kini sudah terkubur layu dan kaku..hati sang lelaki sebak menahan hiba saat insane yang dicinta punya pilihan keluarga..biarlah dia bahagia..biarlah dia ceria..walau hati penuh derita dan sengsara..tapi sang lelaki percaya..pada janji yang maha Esa yang pasti benarnya…