Salam semua..haha..hari nie a.mat nak Tanya skit kat korang smua dah tengok ke filem ombak rindu???? Dengar kabo sampai rm11 juta…banyak tue..xperla..yang mana blum tengok2 la…tapi hati-hati skit ada adegan yang kurang menyenangkan kita..kalau filem melayu jer mesti ke kena ada adegan tu???ish….yerla kalu xda susah plak nak laris…apa2pun tepuk dada Tanya iman yer…a.mat xnak membebel panjang..a.mat pun tertengok filem tue..kalau ada pengajaran yang baik kite ambik..kalau xda let it go..kita doa jerla moga yang mana berlakon yang terpaksa BERTUDUNG tue..dapat hidayah untuk terus bertudung..kan cantik kalau bertudung…bertudung ni biarlah bukan kerana arahan pengarah tetapi ia perintah ALLAH..pada kaum adam pula jagalah kaum hawa baik2 yer..lindungi mereka..sayangi mereka..mereka umpama besi yang bengkok..kalau kita betulkan secara keras dan paksa maka akan patahlah mereka..gunalah hemah dan daya kita untuk membimbing mereka..kerna suatu hari nanti mereka akan menjadi isteri dan ibu pada zuriat kita..heeeeeeeee….SELAMAT MENONTON.. FILEM NIE..hihihi..
Pages
▼
Thursday, December 29, 2011
Wednesday, December 28, 2011
KERNA PATAHNYA SAYAP ALAM
Salam bertemu kepada semua pembaca secangkir bicara..sedang sibuk membuat persediaan untuk peperiksaan ..sya diberikan kesempatan untuk menghadiri suatu majlis bertempat di sebuah universitas..majlis berkenaan dengan puisi yang di hadiri oleh ramai pemuisi luar. Datangnya dari Malaysia, Singapura, Thailand, Brunei dan Indonesia.. sedang asyik jiwa dibuai dengan kesyahduan kata dari mereka. Hati mula dijentik dengan sebuah lagu puisi yang di sampaikan oleh Saudari Rabiatul Adawiyah dan Saudara Fauzan. Walau tidak diberikan kesempatan untuk mengenali mereka tapi saya diberikan rezeki untuk mendengar gesekan suara merdu hadiah dari Sang Pengatur Cakrawala.Di post ini saya titipkan lagu puisi yang disampaikan oleh mereka dan hayatilah sedalam-dalamnya.. setiap inci lirik dan melodinya..moga hati kita terpanggil untuk mencintai alam ini. CREDIT kepada mereka….SYABAS..sis and bro
=).
Seusai mendengar puisi..jari dan pena terus melancar laju..menabur bakti pada kertas yang tak berbaju..maka terhasillah sebuah puisi tentang ala mini… maaf andai tidak segemersik melodi mereka.
Cakrawala mula menangis sendiri
Gerhana hiba melakar muram
Mentari pudar di telan alam
Memecah sepi keindahan malam
Riangnya dulu ada sentosa
Melakar jiwa menjernihkan mata
Tapi kini luka mula menari lara
Hijau yang dulu mekar kini pudar menukar longlai
Damai yang membuai seketika lenyap di bawa tangisan hujan
Hela alam tak mampu lagi bernyawa
Suara unggas kian menyepi sangsi
Lambaian belukar lenyap seakan mati
Semuanya angkara nafsu insan yang menggila
Haloba dunia menguasai minda
Dan angkara sekeping kertas yang dirasa berharga
Rintihan sang pagi tidak dipeduli
Tangisan sang malam tidak punya erti
Bulan hanya mampu memerhati sendiri
Kerdipan air mata yang tak mampu lagi melakar senyum pagi
Alam mula berlari mencari kuburan misteri
Kerna tak ada siapa yang punya hati lagi
Membiarkan ia bungkam terbuang hina oleh rakus manusia
Monday, December 26, 2011
KITA SERUPA ^_^
KITA SERUPA
Terkadang kita rasa keseorangan…terkadang kita rasa sepi..sunyi dan hiba..tapi semua itu ibarat tangga buat kita untuk kita kenal siapa kita…lumrah dunia..bila gembira ada kawan untuk didamba tapi… bila hiba ada kawan yang menjauh menusuk kalbu jiwa…itulah dia insan yang bernama manusia. Seringkali kita punya angan yang tinggi..mahukan teman yang ramai..mahukan mereka sentiasa berada di sisi kita…kerapkali..kita perlukan bantuan mereka untuk kita berdiri..untuk kita berlari…untuk kita meluah apa yang terbungkam dalam diri..TEMAN itu besar kuasanya..hebat kata-katanya..tegap pendiriannya..tapi teman itu juga boleh menjadi racun yang mengalir laju..api yang memancar padu dan ombak yang menderu lalu..itulah dia teman kita…
Mencari teman yang benar-benar memahami kita cukap susah..tapi mengetahui teman yang suka mencari kesalahan kita cukup mudah..nah..itulah dia kuasa teman…walau bagaimanapun mereka kita perlu mereka..kita tertawa kerana mereka kita berduka kerana mereka..hidup tanpa teman umpama ranting kayu yang hanyut dibawa arus sungai keruh…asalnya terpaut di pokok kukuh…kini rapuh mengikut air yang keruh..carilah teman..jangan bersendiri…kita kuat bila berteman..kita yakin bila berteman..namun AWAS…biarlah teman yang kita cari itu yang akan mengingatkan kita ke jalan yang benar..ke jalan yang di suruh oleh Tuhan sang pencipta langit..bukan jalan yang sesat dan membawa murka ilahi..mencemar peribadi diri..menconteng air muka ibu bapa yang kita cintai…
TEMAN..diri ini berpesan bukan kerna emosi dan mahu di sanjung tinggi..tapi kerna ayat lalu yang dicoretkan oleh NABI..sampaikanlah walau satu ayat…TEMAN..ukhwah itu indah..tarbiah itu lumrah..Dakwah itu amanah…moga dengan titipan kerdil ini jadi melodi kecil untuk kita dendangkan dalam hidup berteman..rungkaian kata-kata kita bersama teman senantiasa menjadi ingatan..gelak tawa kita senantiasa menyegari uhkwah di taman persahabatan…andainya kita sudah punya TEMAN dalam persahabatan..jagalah ia..bimbinglah ia…kerna kadang teman kita juga lalai..kerna kadang teman kita juga alpa…kita merupakan penggera kepada mereka bukan merupakan pengikut setia pada mereka seandainya mereka membuat murka pada SANG MAHA PENCIPTA…
TEMAN..ku gesekkan biola ukhwah ini bukan hanya ingin dititip untuk kita..tapi untuk semua..semua insan yang bergelar manusia..andai bahasanya tinggi tak terjangkau..kau permudahkanlah ia dengan bahasamu..walau tidak sama tapi biarlah isinya..ada..TEMAN..hidup kita tidak lama..tapi biarlah ukhwah kita kekal hingga di sana..andai tidak bertemu di dunia yang fana ini lagi..biarlah kita berjumpa di syurga Firdausi yang abadi..biar mereka kata kita hanya punya angan..tapi usaha kita akan membantu dalam pertemuan di sana..IBADAH kita perlu terus..biar sikit tapi telus…AKIDAH kita perlu di jaga..maruah kita umpama permata..peliharalah..jagalah serapi-rapinya..TEMAN..di luar sana ada yang akan menghantar kita ke NERAKA…tapi gunalah akal yang ada untuk kita menolak..untuk kita menepis untuk kita menjauhi dari sedikit percikan api yang paling berbisa itu..moga kita menjadi seorang hamba yang tahu arah tuju..kenal erti TUHAN YANG SATU.. dan mampu menempuh jalan dunia yang pasti berliku…SEKIAN.IKHLAS DARIKU =)
Saturday, December 24, 2011
TERDAMPAR DALAM SESAT
Di hadapan dada langit pekat
Aku terdampar dalam sesat
Mencari meraba dalam nafsu jahat
Tergelincir dalam dengusan penat
Segenggam kalbu dihamparan bisu
Dalam tusukan bisa dipalu
Menjalar dalam lambaian lesu
Aku terdiam hati terbuku malu
Puas sudah jiwa difitnah
Lelah sudah lidah dipanah
Bungkam sudah hati diterjah
Segala duka dan susah kian bernanah
Jerih dan payah makin membongkah
Namun perlu aku titipkan dengan catitan indah
Wahai tuhan pencipta dunia
Bimbinglah jiwa yang semakin kaku
Jangan sekali kau tinggalkan aku
Ya Tuhan banyak sudah nikmatmu aku persia
Malah masih tidak puas dengan apa yang dikurnia
Pintaku Tuhan agar segala nikmat ini dapat ku jaga
Dapat ku pelihara…
Agar tidak kau hantar aku ke NERAKA…