Labels

Pages

Followers

Thursday, January 27, 2011

JOM..Skodeng port JIN, SYAITAN DAN IBLIS..



Salam pertemuan buat sahabat semua..Alhamdulillah..syukur ke hadrat Ilahi kerna diberikan kesempatan untuk sy dalam menyiapkan catatan ini..sy amat berharap setelah sahabat membaca titipan ini sahabat mendapat sedikit ilmu tentang alam ghaib..ini..berdasarkan pembacaan sy di dalam buku yang berjudul –`Pengalaman Alam Ghaib Berdialog Dengan Jin’  oleh Muhammad Isa Dawud, dapatlah sy kongsikan bersama sahabat berkenaan dengan tempat tinggal jin..namun masih banyak lagi buku-buku yang membicarakan soal ini..andainya sahabat masih memerlukan pengetahuan yang lebih berkenaan dengan tajuk ini..sahabat bolehlah mencarinya di kedai-kedai buku yang berhampiran ataupun merujuk sendiri kepada pakar-pakar agama. Sebelum itu saya memohon doa dari sahabat semua moga dilindungi ALLAH.. KETIKA membuat kajian di gunung SENYUM..,TEMERLOH PAHANG..pada esok hari..mohon moga ilmu yang diperolehi nanti mendapat manfaat kpada saya untuk menjadi seorang pendidik yang berjaya..SEMOGA SEGALANYA BERJALAN LANCAR..AMEEN..

DEFINISI JIN

Jin adalah nama jenis, bentuk tunggalnya adalah jiny,  yang bermaksud `yang tersembunyi’ atau yang tertutup atau yang tidak kelihatan. Akidah Islam mentarifkannya sebagai makhluk-makhluk berakal, berkehendak, sedar dan mempunyai kewajipan, berjasad halus dan hidup bersama-ama kita di planet bumi ini.

DEFINISI JIN DALAM BAHASA ARAB

Dari segi bahasa, al-jinn adalah lawan kepada perkataan al-ins (manusia). Disebut-sebut bahawa jika dikatakan, anastu asy-syai’a bererti `saya melihat sesuatu’
Kosa kata dalam bahasa arab yang terdiri daripada huruf jim dan nun, dengan berbagai-bagai bentukknya, mempunyai pengertian benda atau makhluk yang tersembunyi.

SUMBER-SUMBER ASAL PENCIPTAAN JIN

Firman Allah dalam surah al-Hijr 15:27 yang bermaksud- dan kami telah menciptakan jin, sebelum itu, daripda api yang sangat panas (nar as-samun)
Seterusnya firman Allah dalam surah ar-Rahman 55: 15 YANG BERMAKSUD- dan dia menciptakan jin daripada nyalaan api.
Firman Allah dalam surah al-A’raf 7: 12 yang bermaksud- engkau ciptakan aku daripada api, sedang engkau menciptakan dia daripada tanah.

TEMPAT HIDUP JIN

Jin berada di semua tempat di dunia ini..sebagai manusia kita hanya menghuni permukaan bumi yang merupakan daratan , dengan mengecualikan laluan mereka di lautan dan udara ketika mereka berada di dalam perjalanan. Lautan dan samudera merupakan bahagian terbesar planet bumi dengan bandingan 72% lautan dan hanya 28% sahaja terdiri daripada daratan, yang meyebabkan para cerdik pandai menyebut bumi kita ini dengan PLANET AIR.

Manakala jin telah menghuni dan mendirikan sebahagian besar dan Bandar-bandar serta pusat-pusat pentadbiran mereka di atas air. Walaubagaimanapun ada juga Bandar-bandar mereka terletak di bahagian-bahagian lautan yang dalam dan di sungai-sungai. Selain itu mereka juga menghuni padang pasir yang luas dan tempat-tempat yang terpencil, gunung-gunung mahupun jurangnya, termasuk juga gua-gua di dalam hutan bahkan terdapat sebahagian mereka tinggal di atap-atap dan bilik-bilik yang yang didiami oleh manusia. Dan ada yang menjadikan rumah-rumah kita sebagai tempat tinggal tetap mereka samada di bilik-bilik ataupun di lorong-lorong rumah kita. Banyak juga syaitan yang menetap di bilik mandi, pelembahan air dan longkang-longkang atau saliran.

TEMPAT TINGGAL JIN MUSLIM

Jin muslim selalu mencari rumah yang penghuninya  tunduk kepada Allah s.w.t yang benar-benar muslim dan bukan sekadar muslim pada nama atau keturunan. Jika jin muslim tersebut melihat penghuni muslim di rumah tersebut tidak melaksanakan perintah Allah, maka dengan sedih mereka akan meninggalkan rumah itu untuk mencari rumah lain yang penghuni-penghuninya taat kepda Allah.

TEMPAT TINGGAL SYAITAN

Syaitan- sayaitan amat suka hidup di perigi-perigi kosong, najis-najis dan kotoran sangat menarik perhatian mereka. Oleh sebab itulah, jika mereka mendengar azan, maka mereka akan pergi jauh-jauh ke tempat tinggal yang berhampiran dengan air. Mereka menutup telinga mereka dengan kedua tangannya atau menutup baju mereka ke kepala mereka. Bahkan antara mereka ada yang bersembunyi di lubang-lubang pembuangan najis dan kotoran.

SYAITAN-SYAITAN YANG BERKELIARAN

Terdapat pasukan iblis yang tersebar di semua tempat. Mereka adalah syaitan-syaitan yang berkeliaran. Di antara mereka ada yang berkumpul di jalan-jalan untuk menyambut kaum wanita yang keluar daripada rumah dengan bersolek. Syaitan-syaitan ini menjadikan kaum wanita itu cantik pada pandangan sebahagian besar orang uang melihatnya, agar mereka semakin banyak menimbulkan dosa-dosa dan orang-orang wara’ akan melihat hal-hal yang diharamkan oleh Allah. Antara syaitan-syaitan ini ada yang pakar menjadikan indah dibahagian bawah tubuh wanita, dengan menampakkan goyangan-goyangan tubuh pada pandangan orang yang melihatnya. Mereka melakukannya di waktu siang dan malam.

SYAITAN DI LUBANG-LUBANG KOTORAN

Terdapat juga syaitan-syaitan yang pakar dalam hidup di lubang-lubang yang kotor. Di antara syaitan-syaitan itu ada tinggal di dalam rahim dan kemaluan para pelacur. Ia bertujuan membuat kemaksiatan tersebut semakin menawan sehingga kaum lelaki yang menggaulinya semakin ketagihan.
-namun ada juga syaitan yang menetap di dubur lelaki dan wanita sehingga mengundang manusia untuk melakukan persetubuhan melalui dubur dan memudahkan terjadinya homoseksual. Ada juga di antara mereka yang tinggal di reban-reban binatang,pusat-pusat hiburan, untuk melancarkan bisikan terhadap orang yang datang mengunjungi tempat itu dan menemani mereka dengan setia.

Akhir kalam..semoga sahabat dapat pengiktibaran dari pembacaan tadi..IBLIS juga ada tempat tinggalnya..tapi di mana??sekiranya ada sahabat yang ingin mengetahuinya InsyaAllah akan sya membuat rujukan dan menulisnya di en3 yang akan datang,kebnaykan maklumat di atas adalah sya ambil dari pengalaman seorang insan hebat iaitu MUHAMMAD ISA DAUD yang berdialog dengan jin muslim..tapi harus kita ingat semuanya adalah di bawah kekuasaaan Allah.

(sumber : Muhammad Isa Daud,terjemahan- Muhammad Firdaus, 1997.Pengalaman Alam Ghaib Berdialong Dengan Jin. As-Syabab Media.Bandar Baru Bangi.)

Saturday, January 22, 2011

INIKAH DIA TIKET MASUK KE SYURGA????


“Apabila umatku melakukan 15 perkara maka mereka layak untuk menerima bala Allah. Antara 15 perkara itu ialah- orang ramai menjadikan wanita sebagai penyanyi (penari-penari), alat-alat yang melalaikan (muzik).”
(Hadis Riwayat Tarmidzi)

Salam..sahabat semua..hari nie saya nak berbicara pasal hiburan yang telah lama bersarang dalam diri kita buka sahaja televisyen kita ditayangkan..dengan pelbagai hidangan yang boleh mengugat akidah..terlalu sikit..rancangan berunsurkan agama..tetapi terlampau banyak rancangan yang boleh membuat kita alpa..ya memang ada program agama di televisyen..Cuma waktunya selalu dipenghujungan hari…


Inilah dia propaganda syaitan dan yahudi sedari dulu lagi..supaya umat Islam terus lemah dan musnah dengan mendamba hiburan tanpa batasan..kaum wanita dijadikan alat untuk menjayakan semua rancangan mereka ini..tidak terkecuali kepada kaum lelaki juga..negara kita tidak berbeza dengan negara barat yang lain bahkan segala neka hiburan yang ada di negara luar turut ada di negara kita…kita tidak mahu kelihatan kolot..malah biar kita seiring dengan perkembangan masa..bangsa luar yang berada di negara kita terus menerus mengaut kekayaan yang ada..sambil meninggalkan baja-baja dosa..dan libasan hina untuk umat-umat kita..kenapa ini berlaku..apa dah jadi dengan umatku..hanya sibuk berpolitik..dan sibuk mendamba jawatan raksasa..mengampu sini dan sana tanpa menghirau anak bangsa yang semakin lena diulit dosa bernanah durja..impian mereka kian kabur dek panahan asmara yang menggila….


Dan Rasulullah SAW juga bersabda: “Daripada Abu Malik al-Asy’ari daripada Nabi saw bersabda; Beberapa orang daripada umatku akan meminum arak dan menamakannya dengan bukan nama asalnya dan dialunkan muzik kepada mereka dan dihiburkan oleh penyanyi-penyanyi perempuan. Allah akan membenamkan mereka ke dalam perut bumi dan Allah akan menjadikan mereka kera dan babi.” (Hadis Riwayat Ibnu Majah)

Tiap hari rancangan yang berunsurkan hiburan semakin banyak dan terus banyak..Islam tidak melarang langsung umatnya untuk berhibur..tapi perlu ada batasnya..diikuti syariatnya..seiring dengan landasannya agar tidak mendatangkan murka kepada yang maha Esa..lambakan artis yang kini disanjung tinggi seakan suci untuk dijadikan titi menuju ukhrawi…yang akan kekal abadi..bukan itu yang harus diikuti…tapi ulama dan para nabi yang harus disanjung tinggi dimartabat ke taraf yang akan membentuk nurani sebagai ikutan untuk personality diri…cinta pada Ilahi yangkan membawa kepada kesenangan duniawi dan ukhrawi..tapi cinta pada artis hendak di bawa ke mana??? Alangkah indahnya jika mereka berada di khalayak dengan berpakaian sopan..alangkah indahnya..jika mereka memahami Islam…selama ini kita hanya memuja mereka..tetapi pernahkah kita untuk sama-sama2 berdakwah kepada mereka..mungkin kita tidak mampu..TETAPI ada insan yang mampu..


Hiburan bukan sahaja melanda kepada golongan dewasa..bahkan kepada seluruh peringkat umur..malah..kini kanak-kanak pun sudah ada hiburan mereka sendiri..inikah warisan bangsa yang akan menegakkan agama tercinta dan pemimpin kepada negara??? Hiburan yang kita pilih ini bukan tiket untuk ke syurga..tapi sahabat fikirkanlah bersama…lihatlah titipan gambar…yang menunjukkan terlalu banyak hiburan yang sudah melekat di hati kita..sekian untuk peringatan bersama..

Friday, January 21, 2011

alamak.. a.Mat dapat award lagi..

salam petang ditujukan buat kawan-kawan semua..rasa terharu menyelubungi diri..kerna a.mat dapat award lagi..terima kasih tq syukran jazilan di ucapkan kepada pemilik blog-http://aida-myasara.blogspot.com/ kerna sudi menghadiahkan a.mat award..hehe..malam nie bolehla bersilat dengan bersemangat..huhuhu..ok terima kasih banyak2 yer..kawan..terbaik!!!!!!!!!!!!!!!
 nie di antara kata2 pemilik blog itu..copy paste..jer..haha :


5 ORANG JUA YANG DIDAPATI LAYAK JUA MENERIMA AWARD INI...
(Tengok siapa yang kenaaa.....?!!)
aku pilih blogger ini sebab n3 mereka sempoi plus santai aku siap makan kuaci lagi...
antaranya :


Thursday, January 20, 2011

Bertemu KASIH tanpa JASAD..


DENGAR MUZIK NI DULU YER..SAMBIL LAYAN EN3 TUE..OK..

Kasih….
Andai cinta ini telah bertandang….
Aku singkap harapan yang dulu menghilang
Aku buka lautan hati untuk kau dendang
Kerna aku sudah mula bergantung harap pada hari yang mendatang..
Kasih..
Izinkan aku hadir dalam hidupmu walau seketika cuma
Izinkan aku merasa cinta daripada mu walau  aku terbuang hina
Aku setia menunggumu walau kau tidak menerima..
Kerna kataku.. suatu hari nanti kita pasti kan bersama
Kasih..
Andainya doa kita dimakbulkan Tuhan..
Aku kan pasti tunaikan janji dulu yang kita pertahan..
Akan ku hiasi mu dengan akhlak keimanan
Akan ku lindungi mu selagi hayat dikandung badan
Kasih..
Diri ini bukan sempurna bukan juga insan pilihan yang kau damba
Cuma diri ini punya rasa  dan pinta agar kau sudi menerima
Sebuah cinta untuk alam rumahtangga..
Bukan nafsu yang menggila
Tapi ia hadir atas harapan yang bahagia dan disulami erti pertemuan yang setia
Kasih..
Ku yakin satu hari nanti kita kan dipertemukan jua
Ku yakin satu hari nanti kita pasti merasa nikmat kurniaanNYA..
Tapi sekarang biarlah kita redho..setia..
Kerna hasutan syaitan senantiasa menggoda untuk merosakkan iman kita
Pinta kita moga dijauhi daripada zina dan murkaNYA
Kerna biarlah kita merasai semua kebahagiaan itu di alam bahgia yang kekal abadi
Disulami kasih cinta nan suci
Dihiasai doa..dan keimanan yang hakiki
Untuk kita menagih simpati dari sang Ilahi..
Kasih..
Andai aku..tidak ditakdirkan untuk mu..
Andai tuhan merencanakan yang lebih baik untuk hidupmu
Aku redho aku pasrah
Bukan membawa hati parah
Tapi merela untuk jiwa berserah
Kerna untuk kebahagiaanmu..aku susuli doa yang indah..
Kasih…
Akan ku pertahan cinta nan suci ini
Akan ku bawa doa dan usahaku untuk memiliki mu suatu hari nanti..
Walau cabaran yang mendatang pergi
ku harap bantuanmu untuk membantu aku supaya punya kekuatan yang hakiki
InsyaALLAH..andai jodoh kita sudah tercatat di luh Mahfuz sana..kita pasti akan merasai kebahagiaan yang kita cari..
Kebahagiaan di dunia dan syurgawi..AMEEN..
SECANGKIR BICARA DARI KU..

Wednesday, January 19, 2011

Belajarlah untuk BERTERIMA KASIH...



Allah SWT berfirman di dalam Al Quran“…Dan tolong menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong menolong dalam berbuat dosa dan permusuhan. Bertakwalah kepada Allah, sungguh, Allah sangat berat siksa-Nya.” 
(Al Maidah: 2)

Salam pertemuan sy tujukan buat saudara/i semua…sebelum bicara menyelongkar minda izinkan saya bertanya kepada sahabat semua…pernahkah saudara ada terasa hati dengan sahabat saudara? Pernahkan saudara berjumpa sahabat yang bila dia senang ia melupakan kita dan bila dia kesulitan barulah mencari kita???  Biarlah saudara sendiri yang menjawabnya..

    Di sini ingin saya mencoretkan rasa tentang seorang insan yang masih saya anggap sebagai kawan sy..tetapi tujuan sy menulis coretan in bukanlah untuk memburukkan sesiapa tetapi hanyalah peringatan pada diri dan saudara agar kita tidak lupa untuk belajar menghargai orang lain..sahabat sy ini berasal daripada keluarga yang begitu dhaif..tinggal di rumah papan yang kecil..punya keluarga yang ramai..hidup serba kekurangan..sang ibu setia menanti di rumah dan menjaga adik-adik tercinta..dan sang ayah..yang semakin dimamah usia..setia bekerja..demi menyara keluarga tercinta..

    Masih segar dalam ingatan saya..saat sang ayah ingin berjumpa anaknya di asrama tempat kami belajar..ayah hanya berbasikal tua..berkopiah putih..dan pakaian yang agak lusuh..setia menunggu anaknya pulang ke asrama..sy sempat melihat apa yang di pegang oleh sang ayah itu..sebungkus plastic yang berisi gula dan roti tawar..itulah hadiah dan bekalan yang mampu diberikan ayah kepada anaknya..dengan langkah yang agak perlahan..sang ayah memberhentikan basikal untuk berjumpa dengan anaknya..saat itu..air mata saya jatuh berguguran..mulianya peranan sebagai ayah..sanggup berkayuh basikal..jarak di antara rumah dan asrama agak jauh..tapi sang ayah..tabah mengayuh demi anak yang berada nun di kejauhan..sang ayah menunngu selama hampir 15minit..barulah kawan saya muncul untuk berjumpa dengannya..saya hanya mencuri pandangan di sebalik dedaun jendela di asrama sambil di temani airmata hiba..


    Saat sang ayah pulang..sempat dia memberikan nasihat kepada anaknya itu yg merupakan kawan sy tadi..sang anak dengan muka slumber..dan sang ayah dengan muka yang penuh doa..kita lupakan cerita itu..kawan saya ini..tidak mahu lagi belajar setelah habes STPM.. kerana mungkin faktor kewangan..tapi Allah itu maha adil..kawan sy itu mendapat tawaran ke sebuah IPTA ternama..mulanya dia tidak mahu..tapi atas dorongan semua dia melanjutka jua pelajarannya..sebelum menyambung pelajaran..dia rungsing memikirkan soal kewangan..namun kawan sya yang seorag lagi ini..begitu bermurah hati..

    Dia memberikan telefon bimbit lamanya untuk kegunaan kawan sy yg serba kekurangan tadi..teringat waktu itu saya dan kawan saya berjumpa dengannya di sebuah gerai makanan untuk memberikannya telefon itu.. harapan kami dia gembira..tapi..bila sudah di berikan  kepdanya..dia ambil dan dengan muka yang macam biasa seolah2 tidak apa yang berlaku…sy berpesan padanya..ambillah no saya ni dan no kawan yg memberikan telefon itu..tetapi sampai sekarang tidak diambil peduli oleh beliau..bahkan ucapan terima kasih pun tidak sesekali diterima oleh kawan sy yg pemurah itu..kami tidak mengharap lagsung untuk di hargai..kami tidak M’harap langsung untuk dipuji..tapi sekdar membukti bahawa kawan sentiasa ada di sisi..

    Sampai ke hari ini..apabila bertemu sy..dia masih dengan wajah selamba..mungkin mukanya itu memang sejak azali..yalah sudah masuk Universiti…terlibat pulak dengan pelbagai aktiviti hebat..apakah erti sahabat baginya?? Ada juga sahabat lain yang mengadu tentang sifatnya ini..kadang2 katanya ada yang mengguris hati..tapi hanya sekadar bercakap sahaja…hidup susah..buatlah cara hidup susah…bila senang sahabat handai dipinggiri..dan bila susah sahabat handai jugak di cari…sy bukan memarahi beliau..tetapi sya menasihati..beliau..belajarlah untuk berterima kasih…sahabat..kami bukan mengharapkan untuk dihargai…tapi kami berharap kau sentiasa ada dengan kami..jangan kau pergi bersendiri..kerna kau sudah biasa ada dengan kami..samala2lah kita merenung diri..SEKIAN…

Sekadar renungan dan amalan..
-“Seorang mukmin yang bergaul dengan manusia dan bersabar atas perlakuan mereka adalah lebih baik dan besar pahalanya daripada mukmin yang tidak bergaul dengan manusia dan tidak bersabar atas perilaku mereka” (Imam Ahmad).

-Rasulullah saw bersabda, “Tolonglah saudaramu yang menzhalimi dan yang terzhalimi”. Maka para sahabat bertanya, “Menolong yang terzhalimi memang kami lakukan, tapi bagaimana menolong orang yang berbuat zhalim?”. Rasulullah menjawab, “Mencegahnya dari terus menerus melakukan kezhaliman itu berarti engkau telah menolongnya”. (Bukhari dan Ahmad).

-“Sesungguhnya mukmin itu bersaudara….” (Q.S. Al-Hujuraat:10).

Friday, January 14, 2011

Anda telah bersedia untuk berCOUPLE JIKA



ANDA TELAH SEDIA UNTUK COUPLE JIKA…
-       Niat anda memang untuk berkahwin dengan si dia demi menjaga agama dan akhlak agar sentiasa terpelihara.

SEBALIKNYA ANDA BELUM BERSEDIA UNTUK BERCOUPLE JIKA…
-       Niat anda hanya untuk suka-suka atau ingin berseronok-seronok demi melayani kehendak nafsu dan perasaan semata-mata.

ANDA TELAH SEDIA UNTUK COUPLE JIKA…
-            Sudah `lepas’ ilmu fardhu Ain dan mempunyai tahap pencapaian akademik yang baik dalam pengajian anda. Atau sebaik-baiknya sudah mempunyai pekerjaan yang tetap.

SEBALIKNYA ANDA BELUM BERSEDIA UNTUK BERCOUPLE JIKA…
-          Masih kandas ilmu fardhu Ain. Mengaji Quran pun lintang pukang dan punya masalah besar dalam pelajaran. Atau anda adalah penganggur yang masih tercari-cari pekerjaan…

ANDA TELAH SEDIA UNTUK COUPLE JIKA…
-   Sudah istiqamah menjaga solat lima waktu, berpuasa di bulan Ramadhan dan sedang   berusaha sedaya upaya menjadi muslim dala ertikata yang sebenar.

SEBALIKNYA ANDA BELUM BERSEDIA UNTUK BERCOUPLE JIKA…
-          Mengucap dua kalimah syahadah pun belum fasih, solat jarang-jarang, puasa kadang-kadang..

(SUMBER :BUKU TENTANG CINTA-PAHROL MOHD JUOI)

Thursday, January 13, 2011

Bagaimana Akhirnya Nanti....


Kilauan mentari ku lihat dan ku tatapi,
Merenungku  jauh cuba ku singkapi,
Apakah masih ada cahaya ilahi,
Buat azimatku membentuk diri..


Hari yang berlalu beronak duri,
Sedikit pun tidak cuba aku hayati,
Oh Mana lah jiwa,manalah hati,
Lahirnya  bersih putih berseri.


Wahai Tuhan yang maha mengetahui,
Hambamu ini telah cuba kembali,
Dosa dan noda ku pohon dijauhi,
Agar hidupku engkau berkati.


Puaslah sudah aku ratapi dan tangisi,
Teringatkan diri yang telahku zalimi,
Sebelum berlabuh sinarnya mentari,
Iman ku rapuh terus dinodai….


Janjiku tabur telah ku khianati,
Murka mu Tuhan telah aku hadapi,
Sakitnya  batinku tidak terperi,
Bagaimanakah aku akhirnya nanti……



p/s : Puisi ini ditulis oleh rakan a.mat..iaitu saudara Ridzuan..sahabat seperjuangan a.mat yang senantiasa member dorongan walau susah walau senang..syukran sahabat..sebagai penghargaan a.mat masukkan hasil tulisan beliau ini di dalam en3 terbaru abg mat ini..selamat menghayati yer..


Tuesday, January 11, 2011

Award TERBARU ABG MAT..SPECIAL EDITION..

Salam..petang buat sahabat semua..tengah2 tension..dengan kerja..tetiba ada jugak org bagi pengubat..haha..a.mat dapat award lagi..kali nie dari cik empunya blog-http://azyaleeya92.blogspot.com/..tq yer..sahabat..a.mat menjadi follower ke 222..haha...baik tu no nyer..jangn jeles yer...ok tq..kepada sahabat semua..sudi-sudikan lah..ziarah blog a.mat yer..meh sama2 kita berkongsi-kongsi..suka dan duka cewahhhh...hihihi..ok jumpa lagi..

ni..ler awardnyer...


Monday, January 10, 2011

Kenali Nur Hidayah Raffali


Salam pertemuan buat semua..haha..bahang AJL25 baru jer lepas yer..mesti ramai yang kuciwa dan mesti ramai yang terkesima dengan kemenangan dan kekalahan artis-artis pilihan mereka…a.mat rasa ada yang sampai menangis-nangis..coz artis pilihan diorg xmenang..xper sabo yer kawan2..tahun depan ada lagi hiburan nie..haha..berapa ramaila masa tue xsembahyang asar,maghrib dan isyak..hee…harap2 diorang sembahyang ler…ok apapun a.mat nak ucapkan tahniah ler kepada ukhti Ana Nur Hidayah bt. Raffali yer..kerna menjuarai AJL..kalau enti pakai tudung lagi cantik..dan lagi kitorg sokong..a.mat sebenarnya bukanlah pndai sangat berbicara soal artis nie..tapi kenapa hati berat mengatakan yang lagu TOLONG INGATKAN AKU..leh jadi juara….wah gituuu!!!!hahaa..menang AJL nie dapatla dalam RM35000..ha..dah boleh beli saga baru tue..hihihi..ok la mungkin rezeki ana tue..ok nie mungkin korang nak tahu biodata ana.. maafler kengkawan nak cari gambor dia pakai tudung xjumpe2..xper nanti a.mat try searching yer..haha..nie a.mat ada sediakan ..tak kenal maka xcinta..hah???????kah3….

NAMA PENUH: Ana Nur Hidayah Mohd Raffali

NAMA GLAMOUR: Ana Raffali

TARIKH LAHIR: 4 November 1985

TEMPAT LAHIR: Kuala Lumpur

ADIK-BERADIK: Anak ke sembilan daripada 11 beradik

KARIER: Penyanyi dan penggubah lagu

PENDIDIKAN: Graduan Kelas Pertama Ijazah Sarjana Muda Pendidikan TESL (Kepujian), Universiti Teknologi Mara (UiTM)

MUZIK YANG DIGEMARI: Rock, alternatif, pop & klasik

ALAT MUZIK: Gitar Martin & Co 000-15

IDOLA: M Nasir dan Datuk Siti Nurhaliza


LAGU YANG DICIPTA: Hujan Bunga di Kuala Lumpur, Mekanika, Cuba Jangan, Ketika Aku Kecil, Ingatkan Aku, Tingkap Kaca, My Darling, Ghost, Lovely Lovely Scene dan Paint Me

nie ada lagu beliau..layan jer lah..

tolong ingatkan aku
kalau berpacaran

Sunday, January 9, 2011

AKU DIA DAN ACER..



Salam pertemuan untuk sahabat..ok tajuk a.mat kali nie..mcm pelik jer..hhehe..xper..korg jgn risau ae..nanti abg mat terangkan satu persatu tentang tajuk tue..ok xnak cerita panjang..aku tue untuk diri abg mat sendiri..dia tue adalah blog milik abg mat..bingkaibiru…hehee..dan acer tue jenama laptop a.mat..a.mat xda duit nak beli yang mahal2…asal boleh guna sudah..

Ok kepada rakan2 blogger yang menggunakan laptop jenama yang sama dengan a.mat tahniah diucpkan..hari nie abg mat na cerita tentang sejarah acer nie..kita nie jangan tau guna jer..kena la tau sejarah dia sikit2 yer..ACER adalah sebuah syarikat  Taiwan yg mengeluarkan pelbagai peralatan yang berkaitan dengan computer dan banyak lagi..syarikat ini memiliki ACERLAND iaitu rantaian kedai runcit yang terbesar di Taiwan.dan ibu pejabatnya berpusat di Bandaraya Hsichih, Taiwan.

Acer pada asalnya diasaskan dengan nama Multitech oleh Stan Shih dan isterinya, Carolyn Yeh,serta lima orang yang lain.syarikat itu bermula pada tahun 1976 dengan 11 pekerja dan modal sebanyak US Dolar 25,000. Pada asalnya, Multitech merupakan sebuah syarikat pengedar bahan2 elektronik dan perunding dalam penggunaan teknologi mikropemproses. Ia kemudian dinamai semula sebagai acer pada tahun 1987.

Pada tahun 2000 acer mengasingkan operasi pengilangannnya sebagai Perbadanan Wistron untuk menumpukn perhatian kepada perniagaan penjenamaan.hari demi hari tahun demi tahun acer telah berkembang ke seluruh dunia..kini ACER ditempatkan sebagai penjual computer peribadi berjenama yang KETIGA terbesar di dunia.di Malaysia merupakan pilihan no 1 rakyat..hehe..untuk rakan blogger yg guna laptop lain..korg carila sejarah laptop korg sendiri yer…tak kenal maka x cinta..hihihi..jumpa lagi!!!

Saturday, January 8, 2011

MADAH BERHELAH..

dengar muzik nie sambil layan puisi di bawah yer..ihhihi..

Mengusik menyentuh hatiku
Sayu dalam dingin kalbu
Dihimpit peristiwa lalu
Hatiku sendu kerana mengingatimu
Tanda kesyukuran kepada Tuhan
Kau hadir dalam hidupku saat aku dalam kedukaan
Kau terangi waktuku dengan keindahan awan biru di lautan
Kau curahi setiap inci kerdipan yang tak mampu aku lupakan
Kan ku sebut namamu selalu
Bukan memuja tapi hati merela
Agar menjadi doa untuk kita berdua
Menghampiri dalam setiap detikku yang panjang
Menyusuri dalam lamunan ku yang dulu menghilang
Menanti aku hingga hari mendatang
Kekasih walau kita kian sepi
Walau kita kian menyendiri
Walau kita terpisah dengan jarak yang abadi
Namun kekuatan hatiku ini
Menjadikan aku kian tabah untuk mengerti
Antara kau dan aku punya naluri
Antara kau dan aku punya emosi
Dan takdir Ilahi yang akan mempertemukan kita nanti..
p/s : sekadar bermadah pujangga tiada kena mengena dengan sesiapa ye..haha..a.mat saja nak test berkarya..hihihi..moga terhibur yer my pren..

Friday, January 7, 2011

LAGU PILIHAN ABG MAT..

Salam JUMAAT..buat sahabat semua..nie..a.mat ada lagu untuk korng..sama2 dengar yer...layan jer la..sekadar  untuk halwa telinga jer..heehe

NAFISA

XPDC

Di keheningan malam ini
Aku dihimpit kenangan
Sejarah cinta mengajarku
Sepanjang hari sepanjang malam
Dibenak ku kau sentiasa
Lalu memukau jiwa
Jadi sentimental hati lelaki ini
Terkadang perjalanan jauh
Yang kan mampu aku menapak
Pendakian gunung yang tinggi
Lembah curam yang ngeri
Aku harungi
Sepuluh musim yang benderang
Bagai direndam perasaan
Mentari terik tak terasa
Awan mendung berlalu berganti masa
Itupun dia kehadiran
Yang tak mungkin aku lepaskan
Dakap erat sepenuh kasih
Genggam genggaman ini menambah seri
Biar dunia beredar
Rentak sama kita berlari
Menuju titik permulaan
Belum tahu dimana ia berakhir
NIE MACAM BEST GAK LAGU DIER...
KEKAL
SPIDER
Tidak percaya
Dan pernah aku menduga
Kasih terpisah
Dalam sekelip mata
Sukar untuk dimengerti
Berat untuk difahami
Mengapa mawarku berduri
Kau pelangi mengiringi gerimisku
Kau.. kekal di dalam hatiku
Kekal dalam ingatan
Kekal sebagai kasihku
Kekal sepanjang zaman
Kira kau dan aku
Satu hari nanti
Akan bersatu
Biar terbakar jiwa di perjalanan
Aku bersumpah
 pulang ke pangkuan
Kau cahaya menyinari duniaku
Kau kekal di dalam hatiku
Kekal dalam ingatan
Kekal sebagai kasihku
Kekal sepanjang zaman
Kira kau dan aku
Satu hari nanti
Akan bersatu

Thursday, January 6, 2011

Pegang BABI dan ANJING HALAL???????????????

SALAM perpaduan..buat sahabat jangan cepat  melatah dulu yer..bila terbaca tajuk entry saya yang terbaru nie…saya pun baru belajar dan sama2 kita berkongi ilmu ini..setelah mendengar ceramah daripada seorang ustaz yang saya minati iaitu Ustaz Kazim Elias Al-Hafiz..
Kenapa tidak haram apabila kita menyentuh babi?? pelik ker? ada suasana dan menyebabkan kita tidak haram memegang binatang tersebut..bahkan apabila berlaku dharurat..maka halal bagi itu untuk memakannya..tapi waktu sekarang nie janganla sahabat nak gatai2 test rasa plak yer..haram tue..

Ok berbalik pada perbincangan tadi..al-fadil ustaz menyatakan satu situasi yang mana memegang babi tidak jatuh berdosa…contohya kita berjalan di suatu tempat dan melihat sebuah lori yang membawa babi terbalik..maka kita pun mengangkat dan memindahkan babi tersebut ke tempat yang lebih selamat…HUKUMNYA TIDAK BERDOSA ..setelah selesai..kita perlu samak..jaNgan x samak pulak..tapi yang BERDOSA DAN HARAM  ialah apabila kita memegang kaum lelaki atau perempuan yang bukan mahram..adalah berdosa..pasangan couple yang suka berpegang2 tangan anak dara orang..IA JATUH BERDOSA…sebab KITA NAK SAMAK PAKAI APE??? XBOLEH MELAINKAN DENGAN BERTAUBAT DAN MEMINTA AMPUN DARI ALLAH..

Sabda nabi : sesiapa yang memegang kaum perempuan bukan mahram dan dipegangnya tanpa sebab maka di hari kiamat Allah akan membakarnya sehingga hancur seluruh tubuh badan..

P/S- COUPLE2 JUGAK..JANGAN SENTUH MANA2 YER…RENUNG2KAN DAN SELAMAT BERAMAL!!!!!!




gambar disebelah : al fadhil Ustaz Kazim Elias Al-Hafiz----->

Wednesday, January 5, 2011

BIcaRA taNPa SuARa...

Salam titipan rindu buat sahabat semua..sahabat sekali lagi saya ingin berbicara soal berpasangan ini…maaf yer..kalau ada sahabat yang tidak menyukai tulisan saya ini..terlebih dahulu sy ingin menasihati diri sy sendiri..dan diri sahabat semua…bukalah minda untuk takwa..buang segala gundah untuk mendapat pengakhiran yang indah…lempar segala sedih..untuk mengubat hati yang pedih..

Sahabat..diciptakan Allah kepada manusia..hidup berpasang-pasangan..begitulah yang terjadi kepada nabi Adam..saat baginda berseorangan di Syurga datang rasa rindu untuk mempunyai teman sebagai penghias dan penghibur hidup di Syurga.. timbul rasa sunyi saat diri keseorangan..lalu sang hati meminta kepda YANG ESA..agar dikurniakan.. pasangan.. diperkenankan permintaan tersebut..lalu diciptakan Hawa sebagai penawar dikala sunyi penyeri di kala sepi..percintaan mereka di syurga begitu indah sekali..

Manusia juga mempunyai rasa untuk…menyayangi dan disayangi..tapi ke mana perasaaan itu di bawa?? ke mana perasaan itu di terjemah?? Setiap insan punya naluri dan hati untuk ada rasa cinta…tapi ia dipindahkan ke mana?? Terkadang ..rasa cinta kita pada manusia..melebihi rasa cinta kepada PENCIPTA..bila cinta pada manusia menemui titik noktah..ungkapan seakan ini kita lafazkan “who can hear those tiny broken hearts ” ataupun “where you go..i miss u so”. 

Andai kita luahkan pada insan yang bergelar manusia..dia hanya mampu berkata..dan adakala tidak mampu dilaksana dengan sempurna..tapi andai  kita luahkan isi hati yang duka ini pada sang PENCIPTA..sudah pasti ia akan memberi bahagia..Cuma masanya cepat atau lambat sahaja..kadang-kadang pertemuan antara manusia antara lelaki dan wanita yang bukan muhrim atau saudara..melahirkan seribu tandatanya..mereka ini sudah berkahwin atau sudah berkeluarga?? Kadang-kadang perlakuan melebihi orang..yang sudah berkeluarga..inilah yang terjadi dibumi Malaysia..bahkan di seluruh dunia..

Rasa kasih sayang perlu ada dalam setiap diri kita..tapi perlukah sampai..membawa kepada lembah zina?? Perlukah membawa kita kepada hidup bergelumang dosa..dan akhirnya membawa kepada sengsara dan membawa sejuta duka buat keluarga yang kita cinta..bermula dengan perkenalan biasa..akhirnya membawa kepada luar biasa.dulu tidak boleh…haram…jangan nak sentuh2…kini sudah boleh dan pasti boleh..halal dah…berpimpinan tangan ke mana sahaja pergi bergurau senda..tanpa batas kadang-kadang ada mata lain yang memerhati..yang penuh kesal dan sesal..dalam bisikan hati..berbicara sendiri “mengapa anak bangsaku begini”??? segala undang-undang dan syariat yang ditetapkan.. PENCIPTA..dilanggar..dan dipijak begitu sahaja..biar hati puas…biar si dia gembira..tetapi….kita tidak pergi jauh..kerana Allah tahu di mana saja kita berada..

Biarlah kita berkasih..dibatasi jarak dan masa..biarlah kita berbicara tanpa suara..biarlah kita..tidak bertemu..kerana nanti pasti kita akan bersatu..biar kita tidak bersentuhan mana-mana anggota kerna nanti kita akan merasai jua di alam rumahtangga..walau ada rasa rindu di hati..tapi biarlah ILAHI DAN FAMILY yang menjadi keutamaan diri..sayangilah hormati dan dilindungi dia..kerana dia yang akan menjadi ibu dan isteri/atau ayah dan suami..anda..semakin banyak kemanisan yang kita kecap sebelum alam rumahtangga..semakin tawar..ia pabila kita sudah berumahtangga..salam..akhir…dari insan hina…

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...