Pages

Saturday, June 30, 2012

mencari CINTA dalam CINTA


~KEMUNCAK CINTAKU~

Wahai wardahku yang dulu..ku melepaskan tangkai itu bukan bermakna aku punya tangkai yang baru
Aku mahu dikau tumbuh mekar semekar-mekarnya di jambangan taman Firdausi
Bukan kerana hatiku tidak mampu memberi rasa untukmu
Tapi kerana aku ingin dikau merasa cahaya mentari sebebas-sebebasnya
Dan  merasa kesejukan hujan seenaknya..
Takkan lagi aku biarkan sutera meragut tangkai daun itu
Takkan lagi ku biarkan akarmu dimamah sang lembut tanah

Wahai wardahku dulu.. kini ku yakin mengapa kita takkan bersatu
Kerana jalan ukhwah yang kita taut dulu bukan atas keredaanNYA
Bukan dari istikharah penghubungNYA
Tapi dari ramuan nafsu dan mata
Aku merela kini kau bahagia dengan perisai kau yang pasti
Hela yang terhenti ini biarlah terhenti
Kerana suatu hari nanti ku pasti Tuhan akan mempertemukan
Kita dengan teman hidup yang selayaknya

Aku sepi bukan bermakna untuk tidak lagi memerhati tapi untuk mengubah diri
Untuk menjadi imam buat bakal permaisuriku nanti
Dan ku juga doakan moga dikau dapat persiapkan diri untuk menjadi makmum kepada imammu nanti
Wahai wardahku yang dulu..
Biarlah aku kembara sejauh-jauhnya mencari selautan ilmu tentang DIA..menghayati cinta DIA
Ku yakin pada detik ini kau juga sedang berkelana mencari cinta yang sama
Moga kan pasti bertemu
Kerana semua ini sudah terakam di LUF MAHFUZ sana..
Segala yang pasti hanya dari ketentuannya..

Wednesday, June 27, 2012

Semalam di Taman Kesabaran - Last Part

Lama jugak bertentang pastu dia macam nak cakap sesuatu..macam malu jer.ish..ana cakaplah..”ye kenapa ye kak?” Eh kakak kunun..dia cakap.. “ade sos dekat pipi..” hah? sos? Eh mana datang plak..adeh..malu giler..tapi kena cover la..ana ckapla tadi masa driver kereta api tarik handbrake ana tengah makan burger..pastu tercium sekali burger tue..dia gelak la…manis senyuma dia..haha..pastu..kitaorang pun beredar. Dah.. jangan nak gosip yang bukan-bukan yer…sekadar menolong kaum wanita yang lemah je ok.

Ok tadi ada cite fasal makan burger kan? Ha nie yang terbaik…kot…masa tue dah tengah hari..dan perut ana mula berlagu keroncong bernada rock acapella.hehe..pastu teringat dekat kereta api kan ada jual makanan..ok ana pun bangunlah bersiar-siar dari gerabak ke gerabak sampailah jumpa ‘mini kantin’..ada tengok ada seorang cashier nie free hair n ramput perang..wah macam cantik..ana lalu je depan.kot2 ada lagi kantin yang banyak makanan..ok..kemudian cari punya cari dah takde..jadi terpaksalah beli dekat ‘gadis’ tue tadi..tapi macam pelik je tengok dia..xpe2..untuk pergi ke kantin tadi ana kena buka satu pintu yang jadi pemisah antara gerabak..sekali ana try bukak..xboleh..adeh..malu nie kalau lelaki tak boleh boleh buka..yang si gadis tue asyik usha jer..ok tunjukkan kekuatan..3..4..2..1…grekkkkkk….done !!!

Hah!..akhirnya terbuka juga..cey.. muka bangga..dan terus membeli makanan..ana tanya “nie bape harga burger ni kak?” Dia jawaple..”erm..rm4 bang (versi lelaki)”..gulp….terkedu ana..adakah ini dari golongan?????????…hehe…pergh dressing mengelirukan..hai la nasib..xperla yang penting dia kerja halal..sama2 kita doakan moga dia kembali ke pangkal jalan dan menjadi lelaki yang normal. Berbalik kepada golongan-golongan seperti ini ana pernah bertanya dengan mereka, kata mereka benda nie terjadi bukan dari kehendak mereka. 

Jangan sesekali hina mereka, kita bukan dari dunia mereka dan kita boleh kata apa sahaja tetapi mereka yang rasa. Jadi ana rasa sama-sama kita bantu mereka. Bukan semua golongan nie berperangai tak senonoh. Kita lebih banyak mengata, mengumpat dan macam-macam lagi tanpa menghiraukan perasaan orang lain. Tapi..pernahkah kita bertanya kepada mereka apa sebenarnya masalah mereka? Pernahkah kita cuba membantu mereka? Apa yang kita lakukan hanya memandang serong kepada golangan seperti ini. Kita sama-sama doakan moga mereka mendapat hidayah dan kembali kepada batas moral kemanusiaan. Jangan sekali-kali kita mengherdik tapi cubalah untuk mendidik..jangan sekali-kali membenci tapi cubalah memberi simpati.

Eh..dah jadi tazkirah plak.hehe..ok sambung cerita dengan ‘akak’ tue tadi…masa ana nak beli burger tue ana hulur la rm10 dah xda duit kecik..pastu dia cakap..”erm awak xda duit kecik ae..(eh tadi abang nie awak plak..len macam jer)”..ana cakap “xda..erm.. kat sini bleh guna kad kredit tak..”..”amboi..”dia macam mencebik muka..lumrah manusia suka bergurau..jangan terlebih sudahlah..masa hulur duit tue..dia pun ambik dan tersentuh sikit tangan ana..naik gugur jantung..dahla hitam..keras n berurat plak tue tangan dia (nie bukan mengumpat yer..)cepat2 ana tarik..ish..nasib sama jantina..tau…hehe..dia senyum2 jer..hai la..kesabaran teruji lagi..

Xperla..bro..gua xkisah..haha..ok masa nak bagi duit baki tibe2 ada masalah..dia cek dalam beg duit dia..alamak yang ada cuma duit kertas seringgit n duit syiling..ana minta duit kertas seringgit je..tapi xcukup..terpaksala ambik duit syiling tue..ala..takkan nak ambik dari tangan dia lagi..ok2 cover takut..kali nie berjalan lancar..tapi tak taula nervous punya pasal duit tue jatuh plak..nasib bukan semua..dia berlari2 ke hadapan plak..” ting ting ting…” bunyi dia macam nama kawan ana plak..hehe..

Dan si ‘akak’ tue senyum sinis jer..eleh nak cover suara la tue....ish..ana malas dah nak ambik. lagipun 50 sen je..erm tapi duit juga..xperla ana pun masuk la dlm kocek sweater… berlaku lagi perkara yang sama..poket pulak koyak…nasib duit tu jatuh dalam seluar eh betul ke? ntah..rasa macam dekat seluar kot..apa lagi blahla xkan nak suruh ‘akak’ tue ambikkan....hehe…nanti cerita lain..kesabaran demi kesabaran ana teruji..akhirnya hampir 5jam dalam taman kesabaran tue ana pun sampailah ke kampung..Alhamdulillah..tamat..

Sunday, June 24, 2012

Bawaku lari!!!Bawaku pergi!!!


Salam sahabat semua..tinggalkan soalan cinta dan cerpen- cerpen yang mengusik jiwa anda. Hari ni saya ingin berbicara soal kebejatan sosial yang berlaku di dunia khusus di negara kita. Masalah sosial yang semakin meruncing. Ke mana pergi nilai moral yang ada pada diri kita? Hilang sudah permata ibu bapa. Remaja kini alpa dengan hiburan dunia. Hubungan tanpa garis pemisah, akhlak semakin parah dan jiwa semakin gundah. Entah apa yang hendak dijamah. Mereka perhambakan pada nafsu yang meratah dan bertuhankan hiburan yang disangka indah.

Akhirnya muncul lagu-lagu bercorak hiburan remaja. Lagu yang mereka rasakan baik untuk halwa telinga mereka tapi perit untuk kita. Saya tertarik dengan dua buah lagu ini. Lagu ini seakan ada hubung kait antara duanya bahkan saya merasakan mengikut kronologi sesebuah cerita. Bagi yang tidak meneliti lagu seperti ini mereka akan terus menghentam dan terus menyatakan lagu ini boleh merosakkan remaja dan menggalakkan mereka melakukan perkara yang di luar garis moral mereka seperti lari dari rumah, penagihan dadah dan jenayah.

Bagi saya, lagu-lagu seperti ini perlu untuk remaja dengar dan hayati. Mereka mencipta mengikut trend muzik yang ada masa sekarang dan disesuaikan dengan lirik yang berunsur dakwah. Ketepikan soal siapa penyanyinya, ketepikan bagaimana rupa penyanyinya, tetapi ambil dan hayati setiap bait-bait liriknya. Mereka sedar tidak ramai para remaja yang gemar pada lagu-lagu bercorak irama nasyid. Jadi tidak salah untuk kita menghayati lagu-lagu seperti ini. Antara contoh yang boleh saya ambil lagu yang popular pada masa sekarang, erm.. popular ke? Lagu BAWAKU PERGI- ZIZAN feat KAKA..saya melihat dari perspektif yang berbeza kerana bagi saya lagu ini menceritakan apa yang terjadi pada remaja pada masa sekarang dan peranan setiap individu masyarakat dalam mendidik para remaja.

Ibu-bapa, keluarga, teman dan masyarakat sekeliling perlu memainkan peranan mereka. Lagu ini juga turut mengisahkan bahawa cabaran dalam hidup remaja ini begitu besar dan isu yang diutamakan dalam lagu ini adalah soal CINTA…hidup remaja yang hilang arah dan hanya memikir keseronokan..sang perempuan yang sanggup merelakan dirinya di bawa ke mana-mana sahaja. Jangan kita terkejut kerana ia sudah lama terjadi. Hai sang lelaki..hendak ke mana kita bawa anak dara orang tu???ke syurga???
Di bawah ini saya titipkan lirik lagu dan video lagu ini

Bawaku Pergi- Zizan Feat Kaka


bawa aku pergi
pacu laju-laju
kita lari dari realiti
bawa aku pergi
pacu laju lagi
malah kita
tak perlu kembali

tengah malam nanti
tolong jangan lupa
jangan mungkir janji
aku dah teruja
sudah cukup lama
aku tunggu saat ini
sejak kali terakhir kau hantar pulang
hidup sungguh sepi
tolong jangan bilang mama
tolong jangan bilang papa
malah jangan bilang teman karibmu
jangan bilang sesiapa

oh, buku merah jangan lupa bawa
moga-moga belum tamat tempoh
kali ini kita pergi lebih lama
pergi lebih jauh, ayuh

bawa aku pergi
pacu laju-laju
kita lari dari realiti
bawa aku pergi
pacu laju lagi
malah kita
tak perlu kembali

mata dalam kaca, topi berceloreng
sarung tangan hitam, atas muka ada topeng
hanya perlu siul, tidak tekan loceng
hero sudah sampai, cepat terjun dari loteng
kita terus ke sempadan aku pacu, engkau bonceng
bawa bekal air muka cuci aib bopeng
lari dari kewajipan, tanggungjawab ponteng
lari dari kenyataan, mula kisah dongeng

tinggalkan dataran, puncak dunia kita duga
tinggal kemewahan cuba cara hidup purba
lari-lari baling bola salji depan gua
sambil cari yeti kita boleh cari (what?)
tinggalkan dataran, puncak dunia kita duga
tinggal kemewahan cuba cara hidup purba
lari-lari baling bola salji depan gua
tidak jumpa yeti moga-moga jumpa syurga

bawa aku pergi
pacu laju-laju
kita lari dari realiti
bawa aku pergi
pacu laju lagi
malah kita
tak perlu kembali

bila kita pergi
apa kan berlaku
siapa kan peduli
siapa ambil tahu
hidup kita tempuh
untuk apa saja
tidak kira mana kembara membawa
kita kan bersama

oh, buku merah jangan lupa bawa
moga-moga belum tamat tempoh
kali ini kita pergi lebih lama
pergi lebih jauh, ayuh

bawa aku pergi
pacu laju-laju
kita lari dari realiti
bawa aku pergi
pacu laju lagi
malah kita
tak perlu kembali


Sudah diteliti lagu ini? Kemudian hasil daripada kejadian ini akan membawa malapetaka yang lebih buruk dalam diri para remaja. Cerita dongeng yang mula direka akhirnya menjadi kisah benar yang bi bawa dan dijaja ke sana ke mari dan siapa yang mendapat imbuhannya?sudah tentu ibu bapa kita juga…alahai mudahnya kita memikirkan jalan yang singkat untuk lari dari sebarang masalah yang menimpa kita..sedarlah sahabat semua..masalah bukan untuk disimpan tapi untuk diselesaikan..jangan lari dari masalah..
Mungkin ada yang pernah dengar dan mungkin ada yang tidak pernah dengar lagu ini. Lagu dari FABULOUS CAT yang bertajuk lari. Cerita yang hampir sama dari lagu di atas Cuma dimasukkan natijah daripada perbuatan (lari) tersebut..akhirnya..diri yang merana
hayati lirik dan lagu di bawah ini…..
The Fabulous Cats - Lari Lari lari lari aku lari Lari lari lari dari mimpi Lari lari aku lari dari sepi Lari lari terus dari diri ini Biar ku sendiri Biar ku sendiri Menganggung sepi menghilangkan diri Menenangkan hati meneruskan mimpi Menebus kembali Maruah diri Dia buluh yang tak dilentur Penagih kasih sayang harapan si penghulur Didikan tiada dari orang tuanya Rangkaian kaca Yahudi menemani jalan hidup (Jalan hidup) Dia dah kenal cinta Dia mula dah suka Sudah berteman-teman Sudah berpegangan tangan Cuba ringan ringan Dah sampai nak ke lengan Suka sama suka hina dosalah santapan Dinoda goda tiba-tiba duka Dah diduga dah berbadan dua Mana angkara hilang entah kemana Terpinga-pinga bencana menimpa Tersorong sorang orang tua meradang Tangan melayang menayang tak henti memanjang Tiada memandang tiada bahu di sandang Terkapai duyung meraba capai bayang dayung
Salah siapa salahkah kita Salahkah aku atau kamu Siapa ditanggung Siapa mengendung Siapa menanggung yang dikendung Sayang sayang kan dah jadi nangka Taburan kertas kemewahan menelan si manja Pinta papa saja papa hidangkan ya Destinasi mana mama turutkan juga Didikan cukup disediakan dengan sempurna Cuma papa mama lupa nak ada bersama Anakanda merana ketagih belaian jiwa Mengemis kasih saying bibik teman saudara Tak cukup rasa memang tak serupa Berkenalan pula dengan kokaina Khayal-khayalnya kebas sentiasa Diampunya itu lah cintanya Jamah jamuan santapan harian Gigilan badan bagaikan taufan Terlantar telanjang di kamarnya samar Terpejam dia pejam tercerai dari badan Aku lari Aku terus lari Terus berlari Berlari Berbagai cara untuk meneruskan Perjalan yang tiada akhir Aku sendiri mencari jalan pasti Biarpun ku pun berlari pastikan ku temui Berbagai cara untuk meneruskan Dosa dosa yang tiada henti Aku sendiri meraba cari erti Pastikan ku temui Pastikan ku temui Aku lari Aku lari Terus berlari Terus berlari

Saturday, June 23, 2012

Badai Cinta Zalikha

Perumpamaan persaudaraan kaum Muslimin dalam cinta dan kasih sayang di antara mereka adalah seumpama satu tubuh. Apabila anggota tubuh sakit maka akan mengakibatkan seluruh tubuh menjadi demam dan tidak bisa tidur ~Hadis Riwayat Muslim~

Dia asyik termenung sendiri..mengenang zaman universitinya yang dulu penuh ranjau berliku. Dia cekal menghadapi rintangan yang melanda. Berasal dari keluarga miskin telah memberikan dia motivasi untuk terus belajar dan kelak dapat membantu kedua ibu bapanya. Nur Zalikha Zamira nama yang indah yang diberikan oleh kedua ayah dan bondanya. Dia mempunyai seorang adik lelaki yang begitu pintar dan peramah orangnya. Shahril Khuzaimi merupakan penyeri bagi sebuah keluarga ini. Walau kehidupan mereka tidak semewah kehidupan jiran-jirannya tetapi sikap bersederhana dalam setiap kehidupan yang telah diterapkan oleh kedua ayah dan bondanya amat meresap dalam jiwa mereka.

Shahril Khuzaimi atau Shah seorang remaja yang begitu dahagakan ilmu dan sedang membesar remaja. Dia ingin mencontohi kejayaan kakaknya yang kini sudah berada universiti luar negara. Kemiskinan bukanlah menjadi faktor penghalang buat mereka untuk berjaya. Cuti semester yang agak panjang digunakan oleh Zalikha untuk bersama keluarga tercinta. Sudah hampir 2 tahun dia berada di perantauan kini, saat untuk melepaskan setinta rindu buat keluarganya.

Pada petang itu Zalikha duduk termanggu di sebuah pondok usang binaan ayahnya. Suasana di belakang rumah yang mempunyai sawah padi nan menghijau menenangkan jiwanya. Fikiran Zalikha melayang entah ke mana..lamunannya tiba-tiba terhenti apabila mengenangkan sebuah peristiwa yang begitu menguji dirinya..dulu dia pernah mempunyai seorang sahabat karib yang bernama Nur Zainurzurin. Zalikha lebih selesa memanggilnya Zurin.

Persahabatan mereka begitu akrab sekali. Saat mengenangkan memori indah sahabatnya itu..air matanya mengalir laju..selaju air di lautan memukul pantai..Sahabatnya yang banyak membantunya saat susah dan senang. Kini, kedua-kedua mereka terpisah dek kerana menyambung pelajaran dalam peringkat Sarjana. Zalikha menyambung pelajaran di kawasan Timur Tengah manakala Zurin pula menyambung pelajarannya di Eropah..terpisah mereka dengan jarak dan masa…fikiran Zalikha melayang jauh ke  ruang awan biru.

“Awak..kenapa awak bersedih nie? Awak macam ada masalah jer? Awak tak nak bagitahu saya yer?” Suara Zurin tiba-tiba menerjah masuk ke telinga Zalikha yang pada masa itu berada di singgahsana katil asrama mereka.

“Eh, awak dah sampai? Bukan awak kata seminggu ke awak bercuti?” Zalikha agak kehairanan apabila rakan sebiliknya itu tiba-tiba pulang awal dari kampungnya.”

“Taklah awak..sebenarnya saya risaukan awak..makan minum awak..sakit awak.” balas Zurin

“Eh.. saya ok lah..awak nie..saya sihat jer..cuma agak keletihan bekerja.”

Cuti hujung minggu yang ada, digunakan oleh Zalikha untuk bekerja mencari belanja tambahan untuknya. Walaupun wang pinjaman belajar turut diberikan tetapi, Zalikha perlu membantu kedua ibu-bapanya di kampung. Berat hatinya untuk meminta wang dari keluarganya.

“Awak..saya tahu awak bersedih..awak cuba nak rahsiakan dari saya ye?” Zalikha.. sudah 3 tahun saya kenal awak..saya tahu awak macamane” luah Zurin yang begitu risau terhadap kawannya itu.

“Awak..saya tak beruntung macam awak..saya terpaksa mencari sendiri kalau saya nak sesuatu. Awak anak orang berada..tapi saya tak pernah tengok awak menggunakan kemewahan yang awak ada itu. ” Soalan yang terpendam seakan lama akhirnya diluah juga.

“Rupanya soal itu yang menyebabkan Zalikha bersedih..” Bisik hati Zurin

“Erm.. Zalikha..harta yang banyak tue bukan harta saya..tapi harta mak ayah saya..awak tahu siapa yang kurniakan? Allah..Allah yang memberi rahmat dan kesenangan..tapi keluarga saya selalu berpesan..kemewahan yang kami ada ini bukanlah hak milik mutlak kami. Semuanya pinjaman dari Allah dan kami perlu berkongsi dengan semua orang yang memerlukan..awak tahu hati saya marah sangat apabila saya lihat ramai mahasiswa/i kita nie yang begitu mudah terperangkap dengan kemewahan dunia. Mungkin mereka rasa beruntung sebab dilahirkan dari keluarga yang kaya dan apa yang mereka kehendaki semua diperolehi dengan senang dan ada pulak yang kehidupan keluarga sederhana atau miskin tapi berlagak macam anak orang kaya terkadang dressing mereka melebihi anak orang kaya.hmm...” Kata Zurin memandang tepat di wajah Zalikha.

“Awak saya lebih selesa hidup begini..saya lebih selesa kaya di akhirat kelak.” Tambah Zurin lagi

“Tapi awak..Allah adil tak pada kita?”Soalan Zalikha menyentap hati Zurin

“Awak..Allah tak pernah memberikan kesusahan  buat hambaNYA..kemiskinan..kesedihan, dugaan dan ujian yang Allah berikan pada kita tue..tanda kasih dan adil Allah buat kita. Awak tahu tak kenapa? Bila kita diuji sesuatu..kita mesti yakin bahawa Allah ada dengan kita dan Allah akan sentiasa membantu kita..jangan pernah kita salahkan takdir yang menimpa kita. Apa yang perlu kita buat berusaha keras untuk berjaya dan mendapat keredhaan Allah di buka bumi ini.”

“Awak gembira tak berada dalam keluarga yang kaya” soal Zalikha lagi.

“Saya gembira…tapi bukan kerana harta itu awak…tapi kerana keluarga saya..sejak dari kecil saya tak pernah dimanjakan dengan wang ringgit. Ayah selalu berpesan..gunakan duit sebaiknya..jangan salah gunakan duit yang mak ayah bagi itu. Ayah ajar saya erti keberkatan. Ibu didik saya erti kesederhanaan..saya gembira awak..kalau saya fikirkan kehidupan saya yang ada sekarang ini saya pasti takkan berminat untuk berkawan dengan awak. Saya akan memilih kawan yang setaraf dengan saya. Tapi itu bukan Zainurzurin yang awak kenal ini. Saya selesa berkawan dengan awak..dengan semua orang dan saya sayang awak kerana Allah. Moga ukhwah yang kita bina ini kekal mekar hingga ke singgahsana Syurga..Ameen.” Awak ingat lagi hadis ni kan..dan saya tak malu ungkapan sayang saya pada awak.”

"Jika seseorang itu sayang kepada sahabatnya maka hendaklah dia beritahu bahawa dia menyayanginya." (Riwayat Abu Daud)


“Terima kasih Zurin..saya sebenarnya malu dengan awak..terlalu banyak awak membantu saya bukan soal tenaga..tapi soal kewangan..bila saya kesempitan awak yang datang membantu..saya rasa dah banyak awak korbankan duit untuk saya. Lama masa untuk saya jelaskan hutang saya itu pada awak..saya malu awak..tugas saya sebagai rakan sebilik bukanlah untuk membebankan awak tapi untuk memudahkan awak..membantu awak..tapi saya…”

“Zalikha..rezeki itu milik Allah..Allah yang kurniakan pada kita..percayalah…bila kita ikhlas membantu orang dalam kesusahan..InsyAALLAH.. Allah akan gandakan rezeki untuk kita. Saya tak pernah berkira dengan..awak..duit yang saya ada itu bukan boleh saya bawa hingga ke lubang kubur..awak pernah dengarkan hadis ni?”

Dari Abu Hurairah r.a bahawa nabi Muhammad S.A.W bersabda : Apabila seorang manusia itu mati, putuslah (tulisan pahala) amalan (setakat itu) kecuali tiga berkara (yang akan berlanjutan tulisan pahalanya) iaitu sedekah jariah atau memberi ilmu yang bermanfaat kepada orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya.”

“Ye awak..saya tahu tapi..saya serba salah..dengan awak..saya sedar saya orang miskin..” balas Zalikha

“Awak..saya tak suka awak cakap macam tue.”

“Tapi itu hakikat awak.”

“Ye hakikat..tapi awak boleh mengubahkan? Sekarang zaman kita belajar. Masa kita untuk membina tangga kerjaya..saat kita untuk melunas janji pada ayah bonda dan waktu kita untuk merubah kehidupan keluarga kita. Siapa yang bersungguh pasti akan dapat. Zalikha..saya tahu awak tabah dengan semua ini..awak pelajar pintar tapi awak jangan jadikan faktor kewangan..untuk awak tidak berjaya dalam pelajaran.”Jelas Zurin menjernihkan gempita di hati Zalikha.

Saat itu..Zalikha terdiam..fikirannya mula mengingat sang ayah yang membanting tulang di sawah padi..kedutan di wajah ayah..dan urat ditangannya membuktikan ayah seorang yang kuat bekerja..sang ayah selalu menyorokkan kesedihan dan kesusahan yang dialaminya..tidak sedikitpun dia menceritakan kepada anak-anaknya kerana dia inginkan anaknya gembira dan hidup bahagia..kini,fikiran itu beralih kepada sang ibu..ibu..air susumu..suci membesarkanku..bisik Zalikha..9 bulan 10 hari kau membawaku ke sana ke mari..dan saat aku ingin melihat bumi..kau pertarungkan nyawamu buatku..kau berkorban apa sahaja untuk membesarkan ku..

Air mata Zalikha menitis..ruang bilik itu sunyi seakan berada di langit yang tandus dan kurun pasir yang kontang…

“Awak..sudahla..awak kena berjanji dengan saya..kita belajar sama-sama dan kita berjaya sama-sama. Kita jangan sekali menyerah kalah. Saya akan berusaha sebaik mungkin dan awak pun? Ok? Kita buat buat semua nie untuk agama Islam dan mencari keredhaan Allah di samping untuk kita bantu keluarga kita..awak saya menegur dan menasihati awak bukan saya marah atau sengaja mencari kesalahan awak..hukama pernah berkata..

" Sahabat yang menunjukkan kebaikan kamu adalah sahabat yang baik, dan sahabat yang menunjukkan kesalahan kamu adalah sahabat yang paling baik"

“Baiklah awak..Zurin..terima kasih kerana jadi sahabat saya..saya cinta dan sayang awak kerana Allah..nanti bila saya kawen saya nak awak jadi pengapit saya yer.” Balas Zalikha sambil mengukir senyuman

“Sama-sama..saya pun sayang dan cinta awak kerana Allah..ish awak nie jadi pengapit jer? Kalau jadi madu awak pun saya rela…hahaha..”usik Zurin

“Wek..”Zalikha menjelirkan lidahnya..mereka sama-sama ketawa gembira

Cinta Zalikha kepada Allah..Ibu-bapa, keluarga dan rakannya Zurin tiada tolok bandingnya. Moga ukhwah mereka kekal abadi.

TIBA-TIBA!!!!!!
“Gedebuk!!!”

 Sebiji buah kelapa jatuh di hadapan Zalikha..hampir gugur jantungnya..fikiran Zalikha terhenti mengelamun.

“Hahahahaaha..padan muka..layang jiwang sorang-sorang..” kedengaran suara Shah..adik kesayangannya

 itu. Rupa-rupanya Shah sengaja membaling buah kelapa itu. Mujur tidak terkena kepala Zalikha..

“Jaga kau Shah..” Zalikha tersenyum sendiri..sambil terkenangkan hadis nabi ini..cintanya pada Zurin hingga ke syurga..

"Dari Abu Hurairah r.a berkata yang bermaksud bahawasanya ada seorang lelaki yang pergi menziarahi saudaranya yakni sahabatnya di sebuah kampung yang lain. lalu Allah menyuruh seorang malaikat memerhatinya di dalam perjalanan. lalu malaikat itu bertanya kepada lelaki itu," hendak ke mana engkau?" lelaki tersebut menjawab, " Aku hendak menemui seorang sahabatku du kampung itu." Malaikat bertanya lagi, "Adakah bagimu bumi kepadanya yang engkau mengharap balasan daripadanya?" Tidak, aku mencintainya kerana Allah SWT. Maka berkatalah malaikat itu kepadanya, "Bahawasa sesungguhnya aku ini adalah utusan Allah kepada engkau. bahawa sesungguhnya Allah SWT telah mencintaimu sebagaimana kamu mencintai dia kerana Allah."(Hadis Riwayat Muslim)

Dalam termenung di pondok usang itu sampat juga Zalikha mencipta sajak buat sahabatnya itu…

Sahabat
Kita jauh terpisah
Kita jauh berkelana
Kita tinggal memori suka dan duka
Tapi kita simpan semuanya

Sahabat
Kita pernah bermasam muka
Kita pernah tidak bertegur sapa
Tapi bukan selamanya
Hanya sementara
Biarlah itu menjadi tangga akrab ukhwah kita

Sahabat
Ku titipkan warkah mawar ini buat mu dan buatku
Moga kita saling merindu
Walau terpisah jarak dan waktu
Tapi kita setia berpadu

Sahabat
Terima kasih atas haruman itu
Membuat kehidupanku berseri
Seharum kuntuman wardah firdausi
Kau hiasai dengan baja ukhwah sejati
Moga ia kekal abadi.

Sahabat
Doaku moga kita tak pernah saling melupa
Bahkan kita saling bercinta
Berukhwah keranaNYA
Kerana kita milik Tuhan yang Esa..

p/s: moga entri cerpen ini dapat membantu kita kenal erti cinta pada semua..Allah yang terutama..ku titipkan lagu ini buatmu teman…dengarlah..

Thursday, June 21, 2012

Sebentuk Hati Terukir ^ ^



Hati itu pernah bersatu
Kini dalam ukiran terpisah
Berpecah
Sukar untuk melupa
Tapi lara dalam merasa
Sakit…
Luka merah bernanah jua…

Cuba kembali mengukir hati itu
Tapi payah
Bukan lagi untuk bersatu
Kerana ukiran itu tidak bertemu
Titik garis yang benar

Semakin menghampiri
Perit ujian kini
Cuba untuk mengadili
Tapi bukan hakim
Diri hanya insani
Yang pernah mengerti
Bentuk hati menjadi satu..

Wednesday, June 20, 2012

Tinta Cinta Buat Suriati


Saat itu Samsul terpaku sendiri, mengenangkan nasib yang akan berlaku di masa hadapan. Luka yang parah kembali berdarah. Dia akur dengan segala ketentuan-NYA. Samsul berbicara sendiri..bisik hatinya.. “Tak usahlah kau tangisi setiap apa yang berlaku..kau kena kuat hadapi semua ini..dia bukan tak layak untuk kau tapi Tuhan gantikan yang lebih layak bagi kau”. Hmm…keluhan panjang dari Samsul. Ntah kenapa pada saat itu dia masih teringat akan kenangan dulu yang pernah dia lalui. Telefon bimbit berjenama Nokia 3310 yang ada di dalam genggaman tangannya tiba-tiba berdering merdu..tertera satu mesej dari seseorang….siapakah?

Hati Samsul tiba-tiba jadi serba tidak kena walhal sebelum ini dia hanyut dalam lamunannya. Pantas jari ibunya menekan punat telefon untuk membaca mesej itu.. “tet”….lalu terpaparlah satu nombor yang sudah tidak dikenalinya..berkali-kali Samsul cuba mengingati nombor itu tapi ingatannya sudah tiada daya..siapa sebenarnya pemilik nombor itu? Rupa-rupanya..bekas insan yang pernah bertakhta dihatinya dulu. Hampir 4 tahun mereka terpisah, tapi hening malam itu menjadi saksi bisu mereka bertemu di alam maya..insan ini adalah Suriati. Bekas kekasihnya dulu. Perkenalan mereka bermula dari sekolah menengah hingga ke alam universiti dan melangkau ke alam pekerjaan tetapi sudah menjadi ketentuan hubungan mereka terputus di tengah jalan..

Mesej pertama yang di hantar oleh Suriati…. “Assalamualaikum, Apa khabar Samsul ? Masih ingatkah awak pada nombor ini?”

Samsul membalas.. “ Waalaikumussalam..err..maaf saya tak ingat. Ni siapa yer?”

Hampir 20 minit menunggu akhirnya mesej itu di balas juga…

Suriati : “Saya….Sue..Suriati.”

Samsul: “Betul ke awak ni Suriati? Awak jangan main-main yer?”

Suriati : “Betul..saya Suriati.”

Jari dan fikiran Samsul terhenti seketika untuk membalas mesej berikutnya..

“Mengapa baru sekarang? Mengapa tidak dulu? Mengapa baru saat ini?” Getak hati Samsul..seakan-akan menahan marah. Dia cuba untuk menenangkan dirinya. Mesej seterusnya di balas..

Samsul: “Sue.. kenapa tiba-tiba awak hantar mesej kepada saya nie? Mimpi apa awak sekarang nie cari saya balik? Hah? Awak tak tahu saya merana bertahun-tahun? Awak tak tahu saya hampir gila di sebabkan benda macam nie? Sekarang awak nak buat apa lagi dekat saya? Awak nak ragut teruna saya? hah? (mesej Samsul seakan marah dan disulam dengan gurauan lipatan)

Suriati : “Maafkan Sue..Samsul..Sue minta maaf..bukan niat Sue..untuk menghilangkan diri..bukan pinta Sue untuk menyepikan diri..tapi..”

Samsul : “Tapi kenapa Sue? Tolong balas mesej nie cepat sikit boleh tak??” Getak Samsul.

Suriati : “Sebenarnya awak…saya dah tak mampu meneruskan hubungan kita dulu..saya dah tak sanggup teruskan dosa antara saya dan awak..saya dah tak sanggup  berikan asbab dosa untuk awak. Ye..kita hanya bermesej..kita hanya berbual dalam telefon..tapi semua tue boleh sebabkan kita buat benda yang tak elok awak..saya takut..saya tak sanggup kotorkan hati saya..saya tak nak nanti awak bosan dengan saya.”

Samsul : “Tapi Sue..awak diam membisu..kenapa Sue?”

Suriati : “Saya nak mencari kembali diri saya..saya nak mencari diri saya yang dulu..yang dekat dengan PENCIPTA saya..bukan bermakna saya terus lupakan awak..saya hanya mampu berdoa pada Allah..jika awak benar milik saya..satukanlah kita dengan ikatan yang sah..”

Samsul : “Saya faham maksud awak Sue.. tapi tak boleh ker awak bagi tahu saya? Tak boleh ke awak terangkan pada saya dulu?”

Suriati : “Maafkan saya Samsul. Hati saya tak kuat.. saya takut nanti saya tewas dengan kata-kata awak dan pujukan awak. Maaf Samsul bukan bermakna saya kata awak tidak baik atau saya mencari alasan untuk memutuskan pertalian ini. Saban hari saya merenung..saban hari saya berfikir Samsul..memang saya bahagia dengan awak..tapi sampai berapa lama saya akan merasa semua ini? Sampai berapa lama awak dan saya boleh berperasaan seperti ini? Saya takut ini hanyalah lakonan kita semata- mata sahaja..nanti bila sudah mendirikan rumah tangga lain pula yang jadi. Saya tidak berdoa untuk ini awak..tapi saya risau..hati saya ini betulkah milik awak? Atau sekadar mengikut nafsu syaitan semata? Pilihan ini mungkinkah pilihan dari SYAITAN??? Nauzubillah…

Samsul: “Astagfirullah..Sue apa yang awak cakapkan nie? Saya pilih awak Sue bukan saya nak main-main dengan awak tapi saya dah yakin dengan awak.”

Suriati : “Awak dah yakin?? Awak dah tahu saya jodoh awak? Betul awak tahu?”

Asakan demi asakan dari Suriati membuat Samsul termenung sejenak..dan ini kata yang dibalas oleh Samsul..

Samsul: “Hmm…saya tahu jodoh itu bukan kita yang tetapkan dan bukan juga saya yang takdirkan..tapi jodoh itu milik Allah..Allah yang sebaik-baik perancana..tapi tak salahkan kalau saya tanamkan keyakinan saya bahawa awaklah jodoh saya?”

Suriati : “Awak..percayalah jodoh itu kan rahsia Allah..walau kita suka dan sayang macam mana sayang sekalipun tapi kalau Allah tak izinkan kita dengan dia..kita takkan mampu halang..Allah tahu yang terbaik untuk umatnya..satu lagi..awak tahukan..Syaitan akan ketawa terbahak-bahak bila mana dia berjaya satukan hubungan anak Adam yang tidak sah atau tidak halal (Couple) dan syaitan akan meraung semahu-mahunya apabila dia melihat anak Adam  disatukan dalam hubungan yang sah dan halal (Nikah). Awak walau seteguh batu di tepian pantai yang berderai bila dipukul ombak sekalipun..tapi bila Allah takdir kan dia hancur..pasti dia akan hancur. Saya minta maaf awak kalau jadi perempuan jahat yang telah lukakan hati awak..saya minta maaf..biarlah manusia marah pada saya asalkan Allah tidak murka pada saya. Salam kemaafan dari sahabatmu ~Suriati~

Mesej panjang lebar itu mengakhiri benak fikiran Samsul yang selama ini dirundung dengan seribu persoalan. Akhirnya ada jawapan..apakah yang akan terjadi pada Samsul selepas ini? Mampukah hatinya diubati? Siapakah pula yang berjaya menawan hatinya? InsyaAAllah sekiranya ada permintaan dari pembaca ana akan paparkan sambungan cerita ini.Sekian wassalam.

p/s: sekadar rekaan semata-mata. Moga-moga kisah ini ada manfaat bersama, Karya ori dari Husairi Hanafi.


Tuesday, June 19, 2012

Semalam..di Taman Kesabaran (Part 1)

Semalam.. di Taman Kesabaran (PART 1)

Salam pertemuan buat sahabat semua. Alhamdulillah hari ini ana sudah berada di kampung tercinta. Sambil bersantai menghadap laptop dan sawah nan menghijau terasa nikmat tak terhingga. Syukur kerana ana masih dapat melihat wajah kedua-dua ibu bapa tercinta..

Apa yang ana nak kongsikan di sini adalah pengalaman semalam semasa hendak  pulang ke kampung halaman. Ana menaiki kereta api. Tiket perjalanan dijadualkan akan bertolak pada pukul 10 pagi..tapi malangnya ada beberapa masalah. Perjalanan ana bermula pada pukul 1 petang. Kesabaran pertama diuji. Alhamdulillah rupanya Allah ingin pertemukan ana dengan seorang pemuda di stesen kereta api itu. Kami berbincang soal kehidupan dan ragam manusia. Pemuda itu berkongsi cerita tentang kehidupannya. Katanya dia telah mengalami kegagalan beberapa subjek dalam SPM. Tapi itu tidak mematahkan semangatnya. Dia akan ambil peperiksaan itu buat kali kedua. Ana doakan moga pemuda itu berjaya. Sekarang dia bekerja sebagai polis bantuan.

Ana bersyukur kerana masih ada pemuda yang menjadikan kegagalan sebagai tangga untuknya berjaya. Ana doakan semoga cita-citanya menjadi sebahagian dari Polis Diraja Malaysia menjadi kenyataan. Ameen..

Seusai ana berada di dalam kereta api bahagia. Ana memasang mp3 dan lagu first yang ana mainkan adalah lagu Yassin-Rindu Padamu. Yela..rindu kat mak ayah..lama xbalik kampung..hehe.. sampailah ana terlelap dan ana tak perasaan sebab sebelah kanan ana ada seorang m.cik India tengah tidur.. xnampak sebab gelap..hehe..eh bukan mengata ni..tapi mata ana dah mengantuk kot masa tue..

Tengah layan tidur..tiba2 m.cik tu terbangun..tlefon dia berbunyi. Sudah.. lagu tradisional India milirik manja di gerobok kami..hehe..ana cuba hafal tapi xboleh..ana kembali lelapkan mata..tapi erm..sekali m.cik tue keluar bahasa dia..ana rasa kuat lagi dari enjin kereta api tu..adeh..kalau ana faham xperla..kesabaran kedua ana teruji..xperla m.cik..NA UNE KEDELEKERE…=)

Ok..xper2..dah 3 jam dalam kereta api.. em..lamanya lagi..orang selalu tnya knpa lewat sedangkan jammed pun xda..traffic light apatah lagi. Jawab ana senang jer..keretapi nie masuk jalan hutan..landasan dia bukan mcm dekat london..besar kangkang kera jer..xda 2 way semua 1 way..hehe..xperla. kalau kita lihat sejarah dulu kereta api sememangnya digunakan untuk bawa barang. Jadi landasannya digunakan untuk bawa barang..tu yang laluan sempit dan masuk hutan. Tapi sekarang bawak orang. Inilah kehebatan TANAH TUMPAH DARAHKU..buat landasan baru tapi tahun bila ntah nak siap.hehe..

Ok sekarang ana tengah layan lagu sambil rehat2 3 jam lagi nak sampai BAGAN SERAI..adeh..xperla…ana duduk dekat kerusi depan sekali..berhadapan dengan pintu. Al-maklumla nak buka pintu dalam kereta api tu kena guna tenaga yang kuat..ana lepak2..tiba2 ada seorang muslimat ni nak buka pintu tu sebab nak gi tandas. Nampak malu..ana biar jerla..dia dengan selamba cuba buka pintu itu..tapi xboleh..ketat..ana saja buat pandang tingkap..ces budget!!..tibe-tibe dia datang.fuhh..terkejut daku..hehe..dia cakap “encik..boleh tolong saya. Pintu nie rosak la”.. anapun terus pergi n buka pintu nie..sekejap je dah boleh..pastu mata bertentang mata..dia senyum ana senyum.heee..(adakah ini dinamakan cinta???..kata hati ana) ish3..sudah2 syaitan tengah ketawa jugak tue..adalagi kesabaran seterusnya..tapi cukuplah sampai sini dulu..nantikan part 2.haha..salam

Saturday, June 16, 2012

DEKATKAH AKU DENGAN ZINA?????


Salam buat semua..apa khabar iman anda hari ini? Bagaimana subuh anda hari ini? Alhamdulillah sahabat semua..hari ini kita masih lagi diberikan ruang untuk bernafas di muka bumi Allah ini. Sahabat Cuma kita renung kembali setiap udara yang kita hela ini tak pernah dikenakan sebarang bayaran oleh pencipta kita Allah SWT. Tidakkah kita berfikir akan semua kebaikan itu?

Jawablah wahai sahabat..semua yang kita adalah ini percuma diberikan Allah..tapi masih kita tidak bersyukur masih kita lalai dengan segala kenikmatan. Mudahnya tangkai hati kita alpa dengan kemewahan dunia, ketampanan wajah yang sementera dan kehebatan pangkat yang tidak kekal abadi?

Bicara ana kali ini juga berkenaan dengan hati. Melihat terlalu ramai membuat luahan soal hati di fb ana terdetik untuk berkongsi sedikit ilmu yang cetek ini. HATI kita umpama air di sungai jernih..kita yang mencorakkannya..kita yang menukar warna kesucian hati kita..kita yang mengotorkan hati kita. Tanpa ada sedikit penyesalan lara dalam gembira kita bersuka kita lupa pada pencipta.

HATI kita pernah disakiti. Terkadang bagai besi nipis yang menyiat-menyiat daging kita. Sakit! Perit! Pedih!..saya terpikir bagaimana sahabat-sahabat yang sedang asyik dilamun cinta..menjaga hati mereka. Adakah terselamat dari zina hati? Adakah hati mereka sentiasa tenteram? Adakah insan yang mereka anggap ‘buah hati’ mereka itu akan selalu merawat hati kita? Sayang seribu kali sayang hati yang perlu disimpan untuk bakal imam dan makmum mereka telah diberikan dahulu kepada orang yang tidak selayaknya

Ana sedih ana kecewa…ramai wanita yang cantik di luar sana sudah mempunyai cinta yg mereka rasa kekal selamanya. Bersentuhan tangan, berkepit ke sana ke mari, rela menyerahkan harga diri. Wahai wanita jika semua telah kau berikan kepada cintamu yang tak pasti itu. APALAGI YANG KAU TINGGAL UNTUK SUAMIMU NANTI??

Ana juga sedih dan kecewa..ramai lelaki yang kacak di luar sana begitu rakus mendamba cinta yang entah ke mana. Tanyalah mana-mana lelaki pun..mereka mesti menginginkan jodoh yang terbaik buat mereka. Sedarkah wahai golongan wanita. Cinta mereka pada anda hanyalah sekadar memenuhi ruang jiwa bukan untuk menjadi permata mereka. Nafsu dipertuankan, kepuasan diperlukan. Pesan ini juga untuk mengingatkan diri ana yang sering alpa ini. Wahai pemuda harapan agama pemudi tiang negara janganlah dikau menjadi perosak bangsa..racun dunia..

Moga entry kali ini ada manfaat buat diri ana dan sahabat semua. Ana berdoa moga kita terlindung dari sebarang maksiat dan perkara-perkara yang mungkar…jadilah soleh..bukan carilah solehah..jadilah solehah..akan datang untukmu nanti solehah..

biarlah gambar di bawah ini berbicara....


[18sx] Inilah Terjadi Bila Bersentuhan

Pada perempuan yang naif diluar sana. Inilah alasan dan sebab mengapa anda tak perlu bersentuhan dengan bukan muhrim atau pasangan masing-masing diluar sana..

Lihat tanda merah dalam gambar di atas

Kajian menunjukkan bahagian berwarna merah adalah peningkatan suhu yang tinggi dikawasan tersebut.Jadi berpegangan tangan membuatkan jantung seorang perempuan berdegup kencang kerana cinta dan kasih sayang.Sedangkan lelaki berdegup di otak dan anu kerana nafsu semata..
~ Lobai MAN

Friday, June 15, 2012

Ku Petik Mawar Putih

KU PETIK MAWAR PUTIH

Pertemuan ini diselangi laluan berliku
Nafas yang letih menghidu
Mungkin sudah takdir kita
Bertemu..
Berteman..
Berukhwah..

Tanpa ada rasa pengharapan palsu
Tanpa ada rasa diri ditipu
Tanpa pernah dikata begini dan begitu
Jiwa jadi tabah
Hati makin gagah

Tiada lagi gesekan kata berbunga
Tiada lagi melodi penjerat cinta
Berhati- hati melafaz kata
Moga tidak terpedaya
Dengan syaitan durja

Mawar itu teguh pendiriannya
Tajam durinya
Dan kukuh tangkainya
Bicara mawar itu
Petiklah ia bila sudah sampai masanya

Awas! Jika belum..
Jangan dilafaz harap
Jangan memagar janji
Jangan menggantung angan

Mawar itu putih warnanya
Moga jari tidak terluka dengan durinya
Moga darah tidak menitis kerananya
Cukuplah wardah dulu
Bertakhta nafsu bertuhan syaitan bisu
Perit! Letih! Cemburu!

Kini tenang, kini damai
Salju hati di jambak mawar
Senandung rasa gemersik jiwa
Kolam impian kian rapi
Terima akur takdir ilahi

Moga mawar itu terjaga suci
Sampai masa ketemu
Akan ku ambil
Akan ku petik
Sabarlah wahai mawarku….
Aku sedang persiapkan perisai untukmu dan untukku

Biar kita jadi teman
Tanpa ada rasa berkasih-kasihan
Takut nanti jika di hujung pengakhiran
Kita jadi musuh kita jadi lawan…

 
MAWAR PUTIH-Bunga ros putih melambangkan kesucian, kehormatan, privacy dan The bridal rose: “You are heavenly, ‘I am worthly of you”. Bunga yang biasanya boleh dilihat waktu hari perkahwinan ini juga melambangkan yang pemberi bunga berwarna putih ini juga seorang yang berniat tulus ikhlas dalam perhubungan. =)