Labels

Pages

Followers

Thursday, August 2, 2012

Seseorang Seperti Kamu !


Pandangan Adela Quraisyah tepat kepada sepasang suami isteri dan anak-anak mereka yang berjalan di tepian pantai. Adila tersenyum sendiri tatkala melihat gelagat keluarga itu. Mereka berkejar-kejaran sesama sendiri. Adela amat menginginkan kehidupan seperti itu. Mempunyai suami dan anak-anak yang comel. Dia sangat merindukan kenangan bersama insan yang pernah bertakhta di hatinya. Dia cuba untuk melenyapkan kenangan-kenangan yang lalu. Terlalu perit untuk Adela mengingati peristiwa itu. Luluh hatinya saat mengingati bicara dari seorang insan yang pernah beliau sayang.

“Sudah! Aku mesti lupakan dia.” Bisik hati Adela.

Adela bingkas bangun meninggalkan keluarga itu. Dia melihat kebahagian mereka dari kejauhan. Adela terus berjalan di tepian pantai. Kakinya terasa begitu dingin tatkala ombak kecil memukul pantai. Terasa kedinginan cintanya kepada insan itu. Dia terus berjalan melihat keindahan laut yang terbentang luas.

Melihat ketenangan yang ada di situ, Adela ingin sekali menjerit sekuatnya bahawa dia amat mencintai insan yang pernah bertakhta di hatinya.

*********
“Awak, terima kasih awak menerima saya dalam hidup awak.”

“Sama-sama, terima kasih untuk awak juga yang menerima diri saya sepenuhnya.”

Ungkapan itulah yang sering dilafazkan oleh Haziq setiap kali dia bertemu dengan Adela. Cinta mereka begitu mekar. Usia percintaan mereka kini mencecah 2 tahun. Pada awal perkenalan lagi Adela mengharapkan sesuatu yang akan pasti membawa kebahagiaan dalam hubungan mereka sehingga ke akhir usia mereka. Bagi Adela, suatu hari nanti Haziq pasti akan menjadi suaminya dan mereka akan berkahwin.

Haziq merupakan pemuda yang berumur 30 tahun dan Adela seorang gadis yang berumur 22 tahun. Perbezaan umur ini tidak langsung menjadi batu penghalang buat hubungan mereka. Bersilat kata dan bermain rasa lumrah cinta untuk mereka. Hubungan mereka mendapat restu dari kedua-dua keluarga mereka. Tapi kadangkala Haziq perlu berulang kali meyakinkan ibunya tentang pilihan hatinya itu. Bagi Haziq, restu keluarga amatlah penting untuk hubungan ini. Mereka perlu meyakini keluarga mereka bahawa pasangan yang dipilih itu adalah pasangan yang cocok dengan mereka.

“Awak, dah hampir 2 tahun hubungan kita kan?” soal Adela

“Ye awak.”

Awak, saya rasa usia kita pun dah meningkat. Dan kita perlu fikirkan kesudahan hubungan kita nie” sedikit kegusaran di dalam hati Adela.

“Saya tahu awak. Saya pun dah berbincang dengan keluarga saya. Cuba mereka minta supaya saya mencari waktu yang sesuai untuk melangsungkan perkahwinan kita. Kesibukan saya kadang-kadang melebihi keperluan untuk diri saya.” Balas Haziq.

“Awak, saya boleh menunggu awak, tapi bukan untuk selamanya. Awak fahamkan?”

“Saya faham, saya pun tak nak hubungan kita nie berakhir tanpa ada ikatan yang sah untuk kita. Awak, saya masih ingat janji-janji kita. Saya berharap awak yang akan menjadi suri di hati saya nanti.” Haziq mula membuka bicaranya.

“Awak, yakin tak dengan hubungan kita nie?” Soal Adela lagi.

“ Yakin awak, saya tahu Tuhan akan pertemukan seseorang yang sesuai untuk saya dan orang itu adalah awak.

“Awak, terima kasih kerana menjaga hubungan nie. Tapi awak…” luah Haziq

“Tapi kenapa awak?”

“Saya takut sangat saya menjadi hanyut, saya takut bila usia cinta kita terlalu lama, kita akan menjadi lalai dan dosa kita makin banyak. Mungkin akan membawa kepada zina. Awak saya cuba sedaya saya untuk mengelak dari segala zina.”

“Erm..ye awak. Tapi saya perlukan masa. Soal perkahwinan ini bukan mudah. Banyak perkara perlu saya fikirkan.”

“Bukan awak yang fikirkan tapi kita akan fikirkan bersama.”

“Saya tahu, awak mesti yakin kalau jodoh saya dengan awak pasti takkan ke mana. Walau lama kita menanti. Saya tak mampu menjadi seorang suami kepada awak andai saya masih banyak kekurangan. Awak, perkahwinan kita bukan kerana nafsu tapi kerana ilmu.”

“Ilmu boleh kita cari kan awak? Boleh kita kongsikan awak?” Soal Adela.

“Ye awak…tapi saya tak sanggup biarkan awak terkapai-kapai nanti”

“Awak seorang yang hebat. Awak boleh menjadi ketua di tempat bekerja awak. InsyaAllah awak pasti boleh menjadi ketua kepada saya dan anak-anak kita nanti. Situasi dan arahan berbeza tapi gaya untuk menjaga hati dan mendidik tetap ada yang sama kan awak?”

“Ye awak. terima kasih.”

“Awak, saya bercakap nie bukan saya terdesak untuk berkahwin tapi saya tak nak kita menjadi hanyut. Saya bukan berdoa untuk ini tapi untuk bersedia di kemudian hari. Saya nak pelihara kesucian saya.” Ungkap Adila seakan meluah rasa.

“Awak, sepanjang perkenalan kita, sikit pun saya tak pernah sentuh awak. Kenapa awak cakap macam tue?”

“Awak, saya tahu. Nafsu kita memang boleh di kawal. Tapi bila sampai di luar kawalan kita nanti. Awak tahukan apa yang terjadi?”

“Awak, andai hubungan kita nie berhenti di separuh jalan awak boleh tak terima kenyataan?”

“Tak awak, awak dulu yang curi hati saya dan sekarang nie hati saya dah tersimpan rapi untuk awak.” Sayang Adela terhadap Haziq tidak berbelah bagi. Baginya Haziq adalah segala-galanya buat Adela.

“ Awak, perit untuk saya terima kenyataan itu awak.”

“Awak, saya bercakap nie bukan bermakna saya nak mengakhiri hubungan kita nie. Tapi untuk kita bersedia. Saya sayang awak. tapi awak..kadang-kadang kehidupan itu berakhir dengan percintaan tapi kadang-kadang ia berakhir dengan kesakitan. Tapi kita mesti menerima semua dugaan itu.”

********

Hati kekasih mana yang tidak tersentuh apabila orang insan yang dia sayang seakan mengelak untuk berbicara soal perkahwinan. Dia tahu bahawa pasangannya itu dibebani dengan kerja. Adela membuang sejauhnya sangkaan buruk terhadap pasangannya itu. Dia tahu Haziq mempunyai alasan tersendiri untuk menangguhkan hari bahagia mereka. Mereka hanya bercinta. Belum lagi mengikat tali pertunangan apatah lagi pernikahan!

Adela sentiasa berharap agar kesabaran ini akan memberikannya kenikmatan di kemudian hari. Hari berganti hari dan masa berganti masa. Haziq begitu sibuk dengan tugasnya. Tapi dia sentiasa akan menelefon pasangnya itu dan kadang-kadang mereka hanya sempat untuk berbalas pesanan ringkas sahaja.
Hubungan mereka terpisah dengan jarak dan masa. Adela tabah menghadapi kerinduan ini. Dia berpegang pada janji Haziq. Dia pasti suatu hari nanti mereka pasti akan bersatu. Ya! akan bersatu!

Haziq seorang pegawai kanan di sebuah syarikat yang terkenal di Malaysia. Adela pula bekerja sebagai juruwang di sebuah pasar raya. Haziq tidak langsung mempersoalkan kerja Adela. Baginya cukuplah kerja itu kerja yang halal. Pertemuan mereka juga bermula di pasar raya tempat Adela bekerja.

“Berapa ye harga gula dan tepung ini puan.” Soal Haziq

“Maaf encik, saya bukan puan saya cik.” Adela tersenyum malu

“Err..maaf ye.” Pandangan Haziq tertumpu pada wajah Adela. Bagai ada tarikan magnet pada wajah gadis itu.
##########
BERSAMBUNG

1 comment:

Munira Yaakop said...

xsbar tuk tngu smbunganya....kisah y sgt indah =)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...