Tiba-tiba……
“Saiful, jangan pergi lagi, papa panggil
awak” Jerit Sofea ke arah Saiful
“Dup..dup.dup.” Degupan jantung Saiful
kencang daripada biasa.
“Kenapa?” Soal Saiful Ringkas
“Ala..datang jela.. cepat..”
“Baik”
“Pak Cik tanya sekali lagi betul kau nak memperisterikan Sofea?”
“Betul Pak Cik, tapi wang sebanyak yang pak
cik minta itu saya tak dapat tunaikan pak cik, saya minta maaf.”
“Saiful, jangan kau khuatir soal wang itu
ye.” Bincang dengan keluarga kau kemudian datang bawa rombongan
“Apa mak cik??”
“Kau nak bawa ke tak?” Dato’Salleh
bersuara.
“Nak..nak”
“Gelojoh”
“Yes!!!” Saiful melonjak kegirangan.
“Sofea, papa dan mama boleh terima kalau
suami kau tidak berharta kerana harta itu boleh di cari tetapi papa tak boleh
terima kalau suami kau gila!” Ujar Dato Salleh.
“Err..maafkan saya pak cik. Teruja! Hehehe..”
********
“Abang, dah setahun kita berkahwin kan?
Alhamdulillah macam-macam dugaan yang kita hadapi tapi semuanya dapat kita
atasi kan abang?” Soal Sofea kepada suaminya.
“Ye, Lea, Abang bersyukur dapat isteri
macam Lea, sayang isteri yang paling baik! Sayang kalau dipilih untuk bermadu
abang tetap pilih sayang seorang.”
“Eh betulke abang nie?”
“Betol sayang..tapi kalau….”
“Kalau ape? Owh gatal ye..” Sofea
mencebikkan mukanya sambil mecubit paha Saiful.
“Aduh, sakitla..sayang ingat tak cerite
masa zaman dulu ada orang pengsan di bilik stor bila berjumpa dengan lembaga
berbaju putih. Kesian perempuan tue sayang. Penakut rupanya dia.”
“Oowh..Ye Abang, rupanya kan lembaga tue
seorang lelaki yang terkunci di dalam bilik tue. Nama je lelaki tapi buka pintu
pun tak boleh. Masa dengar suara dia memnita tolong tue, suara takut dia
mengalahkan perempuan bang.” Sinis Sofea
“Hehehe.. nie sape perli sape nie?”
“Eleh, abang yang start dulu kan?”
“Yela tuan puteri kesayangan hamba.”
Mereka berpelukan manja. Bahagia rumah
tangga mereka seutuh cinta Adam dan Hawa, setuguh kasih Shah Jehan pada Mumtaznya
dan seindah kisah Romeo dan Juliet. Bahagia itu bukan dipandang pada harta
tetapi dinilai pada agama dan akhlaknya.
Mereka
melayari bahtera rumah tangga dengan penuh ceria. Badai sementara yang menimpa
diatasi dengan kesabaran, mereka tekad mereka nekad bahawa rumah tangga ini
amanah mereka berdua. Walau apa yang melanda harus diselesaikan bersama. Soal
kerja hanya dipejabat tetapi apabila di rumah utamakan urusan rumah tangga.
Daripada
seorang pencuci kini Saiful menjadi pengurus syarikat mencuci kenderaan yang
terbesar di Malaysia. Jawatannya hampir setanding dengan isterinya. Mereka
bahagia. Ya mereka bahagia.
********
“Abang Saiful, sebuah cawangan Car Wash
kita telah dirompak dan dirosakkan!” Ujar Hisyamudin.
Hisyamudin merupakan orang kepercayaan
Saiful di dalam menguruskan perniagaannya itu. Dia juga dahulu seperti Saiful
tidak punya apa-apa. Namun, disebabkan kegigihannya bekerja dan tidak mudah
berputus asa dia mampu memperolehi pendapatan yang lumayan. Saiful menjadi
idola dan ketuanya.
“Apa?” Saiful terkejut
“Kita bergerak ke sana.”
“Baiklah.”
Kereta Pesona Elegance Hitam milik
Saiful memecut laju untuk melihat keadaan kedai mencuci keretanya itu. Mereka
hanya pergi berdua dan…
Hati saiful seakan rungsing kerana kedai
itu merupakan cawangan terbesarnya. Boleh dikatakan antara lubuk dia
mendapatkan duit. Kedai mencuci kereta itu begitu tersohor di ibu kota kerana
di samping harganya yang murah, layanannya juga begitu memuaskan hati
pelanggan, di samping itu, Saiful juga bijak di dalam urusan perniagaannya. Beliau
juga turut mewujudkan kedai makan dan ruang untuk menonton siaran bola sepak. Dia merupakan peminat tegar
pasukan Perak dan Liverpool.
Lumrah
dalam kehidupan. Apa yang disangkakan baik tidak semestinya berakhir dengan
baik. Begitulah jua dengan takdir yang menimpa Saiful dan Sofea. Mereka hanya
mengikut perancangan yang ditakdirkan oleh yang Esa.
Setelah
melihat kedainya yang dirosakkan itu dia terus bergegas ke balai polis yang
berdekatan untuk membuat laporan. Kali ini dia memandu sendiri. Hisyamudin
tidak dapat mengikutnya kerana perlu membersihkan kedai yang telah dirosakkan
itu bersama rakan-rakannya.
Saiful
bergegas ke balai polis. Belum sempat dia tiba di balai polis kereta Pesona
Saiful dihimpit oleh sebuah kereta Proton Saga Biru yang dikeluarkan pada tahun
1994. Kereta itu menghimpit Pesona Elegance Saiful.
“Dum!!” Satu bunyi kuat kedengaran di
kawasan jalan itu.
Saiful telah melanggar sebatang pokok.
Mujurlah dia hanya mengalami keceraan ringan.
“Siapa yang menghimpit aku tadi. Syukur
mujur aku tiada apa-apa.” Bisik hati Saiful
Tiba-tiba datang dua orang lelaki berkaca
mata hitam.
“Kau dengar sini Saiful! Kau ingat
perniagaan kau dah besar kau boleh buat apa sahaja?Hah?”
“Siapa kamu berdua ni?” Tanya Saiful
kehairanan
“Sudah!! kau jangan banyak tanya.Kau ingat
ye! Kalau kau rampas lagi perniagaan kami siap kau aku kerjakan.”
“Kau ni siapa nak kacau aku hah?Aku tak
pernah mengganggu sesiapa pun. Kau ingat aku takut. Aku ada Allah!”
“Owh.. ada Allah.”
“Zapp! Pisau rambo itu dihunus ke arah
perut Saiful.”
“Ya Allah.” Saiful hanya mampu terbaring
“Mana Allah kau???Jawab dekat aku sekarang.”
Lelaki bengis itu bersuara.
“Kau ingat ye? jangan sesekali kau cabar
kami lagi. Kalau ikut hati aku nak bunuh je. Tapi aku nak bagi pengajaran dekat
kau. Betolke Allah tu akan tolong kau?”
Dua orang lelaki itu terus meninggalkan
Saiful. Saiful tidak mampu lagi membuka mata dia cedera parah!
Lumrah
di dalam dunia perniagaan. Sifat dengki mendengki pasti ada apabila seseorang
itu mencapai kejayaan di luar jangka. Hakikatnya rezeki kita semua sudah
diaturkan oleh yang Esa. Semuanya atas usaha kita yang menentukannya. Harta
yang banyak tidak mampu menebus segala dosa kita, duit yang menggunung sesekali
tidak akan mampu membeli syurga Allah yang maha indah dan mahal!
********
“Abang, bangunlah abang, abang Lea rindukan
abang..sampai bila abang nak macam nie.. Abang dah tak sayang Lea ke? Abang.. Lea
sanggup tunggu abang walau berapa lama sekalipun. Abang..”
“Lea jangan menangis sayang… abang ada
dengan Lea, jasad abang ada dengan Lea. Lea ini takdir Allah, tadbir kita hanya
mampu berdoa dan berusaha. Lea, tabah sayang..”
“Abang, Lea minta ampun kalau ada yang
melukakan hati abang sepanjang Lea bergelar isteri abang, abang tolonglah sedar
abang..”
“Abang, Lea rindu senyuman abang, Lea rindu
pelukan abang Lea rindu rumah tangga kita.”
“Sayang, abang tahu sayang, abang rindu
semua tue..sayang ujian abang nie bukan untuk memberi beban pada abang tapi
Allah nak hapuskan dosa-dosa abang, andai abang pergi selamanya abang yakin,
Sofea pasti mendoakan abang.”
“Abang, bangunlah…buka mata abang..Sofea
tidak mampu lagi menahan kesedihannya. Dia menangis semahunya…”
Peti talian nyawa di sebelah katil Saiful
menunjukkan corak yang mendatar
“Tit..tit..titttttttttttttttttttttttttttttttttttt…………….”
“Abang………………..”jerit Sofea
Allah maha berkuasa!
“Sofea,…abang masih hidup nie. Kenapa
menangis sayang?” suara Saiful lemah
“Ya Allah..terima kasih Allah..Sofea
memeluk suaminya dengan erat. Abang jangan tinggalkan Lea lagi. Lea pohon
abang…”
“Lea..jangan menangis sayang..abang ada di
sisi Lea.”
Doktor
Khusyairi tiba bersama jururawatnya. Dia bergegas ke katil Saiful. Dia jugak
agak kehairanan dengan peristiwa yang menimpa Saiful ini. Namun dia sedar,
tugasnya sebagai seorang doktor bukan mampu menyembuhkan penyakit manusia
tetapi hanya Allah sahaja yang boleh memberikan kesembuhan. Doktor Khusyairi amat
bersyukur dengan apa yang berlaku.
“Ida, tolong laporkan kepada Doktor Nurul
bahawa pesakit ini sudah sembuh.” Pesan Doktor Khusyairi kepada Ida selaku
jururawat yang membantunya
“Baik doktor.”
“Puan, Alhamdulillah semuanya sudah
direncanakan. Berkat doa puan dan keluarga akhirnya Encik Saiful sedar juga
dari koma. Sama-samalah kita mendoakan kesihatan Encik Saiful ye.”
“Terima kasih doktor, Doktor dan Doktor
Nurul yang selama ini banyak membantu kami sekeluarga. Hanya Allah yang mampu
membalas jasa doktor.”
“Puan, sebenarnya bukan saya tapi Allah.
Kami hanya pelaksana amanah yang diberikan ini. Segala ilmu yang Allah berikan
ini harus kami gunakan sebaiknya. Tugas doktor ini bukan hanya merawat hati
pesakit puan, tetapi kami juga harus merawat diri kami sendiri supaya dekat
dengan Allah.Ujar Doktor Khusyairi.
“Boleh saya tanya sesuatu doktor?”
“Saya lihat doktor dengan Doktor Nurul tue
macam serasilah. Maaf ye doktor menyibuk pulak.”
“Heee.” Doktor Khusyairi hanya mampu tersenyum
apabila menerima usikan Sofea.
“Puan, saya rasa biarlah suami puan itu
berehat dahulu ye. Saya minta diri dulu puan. Assalamualaikum.” Luah Doktor
Khusyairi kemalu-maluan.
“Waalaikumsalam.”
Saiful
kembali sedar dari koma. Dia begitu bersyukur pada yang Esa kerana diberikan
peluang yang kedua untuk meneruskan kehidupannya. Sofea juga begitu. Tongkat
dan sayap semangatnya kini kembali hadir menyinari hidupnya. Mereka bahagia.
Ujian yang mereka terima itu menjadi bukti cinta setia antara dia dan Saiful.
Suamiku yang tercinta, aku setia bukan
untuk meraih harta tapi kerana bukti cintaku pada Yang ESA, duhai suami yang
tercinta, aku kini kembali bersinar cahaya, hadirmu menerangi kelopak mawarku,
kau menjadi sayap ku untuk ke sana dan kau menjadi perisai ku untuk aku
berlindung berkelana, Ketahuilah olehmu wahai suamiku sayang akan ku cuba
setia, akan ku cuba membahagiakan dirimu yang ku cinta, biar sama-sama kita
sampai di dalam pelabuhan rumah tangga dan doaku moga pelayaran kita ini
diberkati oleh NYA.~Sofea~
Sebelum menutup cerita ini. Dengarlah
melodi indah ini..hayati….
p/s : Karya ori dari Husairi Hanafi, segala
watak dan jalan cerita hanyalah rekaan semata-mata. Tiada kena mengena pada
yang masih hidup atau yang sudah tidak bernyawa. Semoga kisah ini memberikan
satu kesedaran buat kita semua. Penulis mempunyai banyak kekurangan. Mohon
tunjuk ajar dari kalian semua. Terima kasih diucapkan kepada yang membaca. LOVE
ALLAH.
TAMAT