Pages

Friday, November 15, 2013

Semoga Allah Redha





Tulisan ini untuk koreksi diri sendiri. Titipan ini peringatan tegas buat diri. Coretan ini juga bukan memperli tetapi sekadar memberi erti. Erti sebuah hamba seorang abdi. Mari sama-sama kita mencari ibrah di sebalik apa yang surahkan ini. Mudah-mudahan ada sedikit jentikan hati dan secebis naluri ispirasi di dalam meraih redha Ilahi.

“Awak, awak sayang saya banyak mana?”

“Erm..saya sayang awak lebih dari segala-galanya..”

“Betulke?”

“Mestila.. saya dah kenal awak, saya taknak langsung awak berada dalam kesakitan atau disakiti. Saya sayangkan awak”

“Awak.sekadar itu sahaja awak sayangkan saya?”

“Kenapa”

“Saya cuba menjadi yang terbaik untuk awak. Saya takkan ulangi kesilapan saya seperti cinta saya yang lalu.”

“Cinta awak yang lalu? Erm..awak pernah bercinta ye sebelum dengan saya ni?”

“Erm..pernah..tapi semua itu berakhir dengan kegagalan.”

“Awak curang ae dengan ex2 awak?”

“Ish ..xdala..mungkin Allah belum izinkan.”

“Habis dengan saya. Allah sudah izinkan ke?”

“Awak..saya cuba jadi yang terbaik, saya nak buktikan pada diri saya. Saya taknak lagi ulangi kesilapan yang sama. Saya nak bawa awak bersama-sama dengan saya berubah.”

“Kenapa awak pilih saya? Sebab rupa saya kan? Saya harap awak tak tipu diri awak dan saya.”

“Ikhlas saya cakap, saya jatuh cinta dengan sifat yang ada pada diri awak. Pemalu awak. Sopan awak dan tegas awak. Rupa soal kedua.”

“Kan..saya dah kata..mesti berkaitan rupa.”

“Awak, kalau akhlak saya baik tetapi muka saya tak..awak masih cintakan saya tak?”

“Erm..mungkin..”

“Mungkin??”

“Hehe..xdala saya gurau je..”

“Awak, saya pilih awak pun sebab saya nak berubah, saya nak berubah jadi solehah. Tapi memang Allah izinkan kita berubah…tapi…kita dan semakin jauh dari arah sebenar kita..Ermm…

“Saya yang salah”

“Erm…bukan awak tapi kita. Kita dah melanggar batas-batas pergaulan. Bercakap dalam telefon berjam-jam, mesej sampai lewat malam dan macam-macam lagi yang kita lakukan kadang-kadang lupa kita hanya kawan yang ada talian ‘hubungan.” Emm..boleh saya tanya awak satu soalan?”

Mestila..boleh..silakan

“Emm..maaf awak..awak rasa apa yang kita buat semua ni Allah redha tak?”

“……………………………………………………..”


*****************************

Saya tinggalkan dialog akhir ini untuk di jawab oleh pasangan yang sedang asyik di lamun cinta. Saya bukan mengkeji apatah lagi membenci pada mereka yang sedang mengalami situasi ini tetapi saya sekadar memberi peringatan buat diri dan anda yang saya anggap sebagai insani dan hamba pada Ilahi.

Mari kita menyoal kembali diri kita dan pasangan kita. Sejauh mana Allah redha dengan perhubungan kita dengan pasangan kita.? Mengapa setiap kali bercinta kita mengalami kegagalan dan banyak perkara yang kita lakukan semasa bercinta tidak menjadi kenyataan dan akhirnya menemui kegagalan. Saya ingin membuat kajian berkenaan dengan peratus kejayaan akademik kepada pelajar yang bercinta. Mungkin berjaya dalam kertas jawapan tetapi bagaimana kejayaan untuk aplikasi kehidupan,

Ada yang merasa sudah serasi bersama tetapi hancur apabila bertemu dengan orang ‘ketiga’. Adakah sang kekasih sudah berubah hati atau jemu dan ingin mencari ‘pemandangan’ yang baru?. Kita lakukan perkara yang baik pasti akan mendapat hasil yang baik tetapi seandainya kita lakukan perkara yang buruk adakah Allah akan memberikan hasil yang baik buat kita. Allah itu maha adil lagi maha mengetahui. Kita sebagai hamba harus tahu apa yang Allah larang dan apa yang Allah perintahkan bahkan semuanya sudah termaktub di dalam Al-Quran dan kita sahaja yang seakan memandang sepi suruhan dan larangan Allah itu.

Sejauh mana Allah redha dengan perhubungan kita. Mari kita bermain kira-kira. Seandainya kita sudah bercouple dalam masa 5 tahun dan sepanjang tempoh percintaan kita itu pula bagaimana kita menjaga batasan hubungan dengan pasangan kita. Mungkin ada sebahagiannya lulus zina mata, kemaluan, kaki dan tangan tapi persoalannya bagaimana pula dengan memelihara diri kita dari Zina Hati dan Telinga! Ya. Zina Hati dan Telinga. Zina hati itu apa? Jawapannya RINDU. Dapatkah anda mengawal perasaan ini. Tanya diri anda sekarang. Perasaan ini yang amat sukar untuk dibuang pada insan yang sedang bercinta. Ini hakikat.

Rindu itu satu racun yang perlu diubat dan dari rindu itu boleh membawa kepada perkara-perkara yang tidak sepatutnya. Seminit tidak bermesej dengan kekasih anda diri seakan sepi dan kosong. Ibarat kata Najwa Latip “kosong..kosong..”.Sehari tidak mendengar suaranya dalam telefon telinga seakan pekak dan tuli! Bila suara dia hadir diri dan semangat kembali gagah. Senyum menjadi indah dan hati pula hilang dari keluh dan kesah. 

Bagaimana dengan Zina Telinga? Adakah anda kaki bergayut? Tempoh bercinta ini anda seakan percaya bahawa semua perkara perlu diceritakan pada pasangan anda. Bahkan wajib..”Awak, kita dah jadi kekasih jadi jangan ada apa-apa rahsia di antara kita ye?” Awak..janji dengan saya ye setiap masalah yang kita hadapi kita harungi bersama ye” Begitulah ayat yang sering diungkapkan  oleh spesis ini..bunyinya “macam comel je…macam cantik je” tapi hakikatnya “macam bahaya je..” “macam Allah tak redha je”. Bahaya! Bagaimana jika anda sudah putus dan ex anda itu menjaja keburukan yang ada pada diri anda kepada kawan-kawannya atau kekasihnya yang baru. Aib dan aib. Awas dan awas.
Saya menasihati diri saya dan anda semua. Moga apa yang kita lakukan di dunia ini mendapat keredaan Allah. Bayangkan jika apa yang kita usahakan itu mendapat keredaan ALLAH..Rezeki semakin bertambah, hidup sentiasa indah dan akan lahir keluarga yang mawaddah dan rahmah!