Pages

Sunday, December 19, 2010

Aku Part 2

       Iyalah seorang bayi yang masih tidak mengerti apa-apa dan tidak mampu untuk melakukan sebarang kerja, aku dibelai manja oleh ayah dan bondaku. Hidup kami semakin bahagia hari demi hari tambahan lagi dengan kehadiranku sebagai penyeri kehidupan mereka. Aku yang masih tidak mengerti apa-apa dan masih tidak mampu untuk berfikir sebagai sebagai seorang dewasa hanya mampu tertawa riang saat ibu dan ayahku membelai dan menghiburkan aku. Makanku di suap ibu, minumku disusui ibu, najisku dibersihkan ibu, semuanya dengan bantuan ibu. Perjalananku semasa di alam bayi begitu membuatku hiba dalam gembira. Bulan berganti-bulan, tahun berganti tahun aku sudah mula mampu bercakap dan berjalan. 

Walaupun percakapan dan perjalananku tidak sepantas orang dewasa tetapi sudah cukup untuk menghiburkan ayah dan bondaku. Di situlah sedikit demi sedikit aku diajar dengan banyak perkara, makan, bercakap, berjalan dan sebagainya..ahh.. begitu banyak pengorbanan kedua ibu bapa ketika aku masih kecil lagi, adakah aku mampu membalas semua ini? Pengorbanan suci mereka akan ku balas suatu hari nanti. Aku terkenang lagi cerita ibuku semasa aku sakit. Pada waktu itu kami sekeluarga masih tidak mempunyai kenderaan. Hanya yang ada basikal tua milik atukku sahaja. Kebetulan pula klinik agak jauh dari kampungku, mujurlah ada kenderaan jiran yang sudi meminjamkannya kepada ayahku, lalu aku dibawa ke klinik untuk dirawat, setelah selesai dirawat, doktor memberitahu kepada ayahku bahawa aku hanyalah demam biasa. 

Terpancar raut gembira diwajah kedua ibu bapa ku yang tadinya resah memikirkan keadaan aku. Tiba pula saat untuk mengambil ubat. Pada waktu itu ibu menceritakan wang yang dikeluarkan dari kocek ayahku hanyalah ada beberapa ringgit sahaja, ayah hendak berhutang tetapi dihalang oleh ibuku, mungkin segalanya telah ditakdirkan tuhan, kebetulan rakan ayahku juga berada di situ dan dia melihat riak wajah ayahku yang kegusaran lalu dia memberikan wangnya untuk membayar ubatku. Ayahku menolak tetapi dia bekeras untuk membantu juga. Akhirnya semuanya selesai, aku dibawa pulang oleh ibu dan ayahku dalam keadaan yang selamat.

      Saat aku masih bayi dan mula memerlukan kasih sayang yang cukup dari ibu saat itulah aku diuji dengan dugaan kecil. Ibuku telah mendapat tawaran kerja sebagai pembantu di kedai runcit di hadapan kampungku. Jadi, untuk menampung pendapatan keluarga ibuku pun bekerja di situ. Sewaktu ibuku pergi bekerja aku dijaga oleh atuk dan nenda tercinta. Syukur pada tuhan kerana mereka masih hidup sehingga ke hari ini dan senantiasa melihat perkembangan ku bermula dari lahir sehinggalah sekarang. Ketika aku masih bayi dahulu nendalah yang ku anggap sebagai ibu kedua bagiku. Beliaulah yang menjaga aku sewaktu ibu pergi bekerja. Aku terkenang saat nenda bercerita tentang aku sewaktu kecil. Katanya aku seorang yang pendiam dan suka menangis tambah lagi bila melihat ibuku pergi bekerja. Rumah keluargaku dengan rumah nendaku tidaklah jauh dan hanya bersebelahan sahaja jadi mudahlah untuk ibuku menghantar aku ke rumah nenda. Aku di jaga dengan kasih sayang dan aku beruntung kerana mempunyai keluarga yang penyayang. Walau hidup kami tidak begitu mewah tetapi kami tetap bahagia menempuh badai kehidupan ini.

Coretan hidupku masih panjang lagi ,menginjak pula ke alam kanak-kanak.sewaktu ini aku sudah pandai melangkahkan kaki untuk berjalan mengerakkan bibir dan mengeluarkan suara untuk bertutur. Walaupun masih kurang lancar namun lenggok bahasaku boleh difahami oleh keluargaku dan kadang-kadang mereka tertawa dengan pertuturanku. Biasalah kanak-kanak yang baru hendak belajar bercakap.kadang-kadang kita faham maksudnya dan kadang-kadang tidak. begitu jua aku sewaktu kecil. Aku pernah bertanya kepada ibu adakah aku amat nakal semasa aku kecil???ibu menghela nafas panjang,jawab ibu ya..lalu aku terdiam seketika.  

Ah..hatiku mula dirundung kesedihan tatkala ibu mula menyulam kata.namun ibu sempat memintas perasaan aku pada waktu itu dan ibu berkata “biasalah nak,budak-budak masa kecil memamg nakal,tapi kamu sentiasa dengar cakap ibu”.Tersenyum aku bila ibu menyatakan begitu.saat itu aku terfikir biarlah air mata yang akan berderai dari pipi suci ibuku adalah air mata kegembiraan melihat kejayaan ku kelak bukannya air mata di atas kesilapan besar yang ku lakukan.bermula dari situlah aku berjanji dengan diriku bahawa akan ku berikan kejayaan buat keluargaku dan akan ke capaikan hajat mereka untuk melihat aku menjejakkan kaki ke menara gading.

  Sewaktu kanak-kanak,banyak coretan suka dan duka untuk aku layarkan di kertas putih ini. sewaktu usia kanak-kanak aku memang meminati haiwan.ayahku telah memelihara arnab,itik dan ayam.semasa usiaku mencecah 4 tahun,ayah telah menghadiahkan aku seekor anak ayam untuk ku jaga. masa itu manalah aku tahu bahawa anak ayam itu begitu sensitive dan tidak boleh di pegang dengan lasak,lalu aku mengikat kaki anak ayam itu dan ku lampungkannya ke udara dengan sekuat hati. ku sankakan anak ayam yang mempunyai kepak itu mampu terbang seperti burung,namun sangkaan ku meleset..mana boleh ayam terbang..lalu anak ayam itu jatuh tersungkur menyembah bumi dan akhirnya mati.Aku tidak tahu apa hendak dilakukan dan aku takut untuk memberitahu ayahku kerna ku khuatir dimarahi oleh ayahku.


        Ku sangkakan panas sampai ke petang akhirnya hujan di tengahari,menyedari perubahanku semasa itu ayahku mula bertanya tentang aku.pelbagai soalan ditanyakan oleh ayah namun lidah ku kelu tidak terkata sehinggalah soalan yang merisaukan aku.ayah bertanya di manakah aku letakkan anak ayam yang dibelikan oleh ayah tadi.terdiam juga aku,namun ku gagahkan jua untuk menjawabnya.aku menceritakan hal sebenarnya lalu ayah terus memarahi aku.Mujurlah ibu menjadi  penyelamat untukku akhirnya keadaan kembali redha dan ayah tidak lagi memarahi aku lagi.takut juga aku dibuatnya pabila melihat renungan tajam ayah ke arahku.Semenjak daripada peristiwa itu ayah tidak lagi membenarkan aku bermain dengan haiwan katanya nanti binatang  itu akan mati.tapi takpalah mungkin itu hanya gurauan dari seorang ayah.perasaanku kembali bertukar ceria bila mengenangkan suatu kisah lucu yang terjadi pada diriku,waktu itu aku melihat semua kawan-kawan ku mempunyai basikal sendiri.

  Mereka selalu bermain-main di halaman rumahku dan pada waktu itu aku hanya mampu merenung di sebalik jendela sahaja kerna aku tidak mempunyai basikal.kadang-kadang terpanggil juga aku untuk sama-sama turut bermain dengan mereka namun.apakan daya aku tidak mempunyai basikal Cuma yang ada basikal warisan dari atuk.Sedang aku dalam lamunan melihat rakan-rakan bermain dating ibu ke kamarku.Ibu seakan tahu apa keinginanku.Saat itulah ibu cuba memujukku,masih tergiang-giang di halwa telinga ku pabila mengenangkan kata-kata ibu.kata ibu “sabar ye saying,nanti abah dah dapat duit padi.mak suruh abah beli basikal ye?”ibu menambah lagi “sekarang ni duit yang mak ada hanya cukup untuk kita sekeluarga makan sahaja lagipun kita bukanlah berasal daripada keluarga senang seperti mereka.

Kata-kata ibu tadi membuatkan aku sedar dengan kedudukan kami dan pujukan ibu itu telah mengubatkan hatiku yang seakan kecewa .Namun apakan daya jiwa kanak-kanak yang sentiasa memberontak hendakkan sesuatu tidak dapat ku sangkal lagi. Kadang-kadang semasa berbual dengan ayah termasuk juga topic tentang basikal. Sengaja ku selitkan dalam perbualan dengan ayah dengan harapan suatu hari nanti ayah akan membelikan aku sebuah basikal baru dan bolehlah aku bermain-main dengan rakan-rakanku.


1 comment:

  1. hargailah ke2 ibu bapa kiter..
    nice2..
    zmn knk2 yg indah..nakal pun ada..huhu

    ReplyDelete