Salam pertemuan buat sahabat semua..Alhamdulillah..syukur ke hadrat Ilahi kerna diberikan kesempatan untuk sy dalam menyiapkan catatan ini..sy amat berharap setelah sahabat membaca titipan ini sahabat mendapat sedikit ilmu tentang alam ghaib..ini..berdasarkan pembacaan sy di dalam buku yang berjudul –`Pengalaman Alam Ghaib Berdialog Dengan Jin’ oleh Muhammad Isa Dawud, dapatlah sy kongsikan bersama sahabat berkenaan dengan tempat tinggal jin..namun masih banyak lagi buku-buku yang membicarakan soal ini..andainya sahabat masih memerlukan pengetahuan yang lebih berkenaan dengan tajuk ini..sahabat bolehlah mencarinya di kedai-kedai buku yang berhampiran ataupun merujuk sendiri kepada pakar-pakar agama. Sebelum itu saya memohon doa dari sahabat semua moga dilindungi ALLAH.. KETIKA membuat kajian di gunung SENYUM..,TEMERLOH PAHANG..pada esok hari..mohon moga ilmu yang diperolehi nanti mendapat manfaat kpada saya untuk menjadi seorang pendidik yang berjaya..SEMOGA SEGALANYA BERJALAN LANCAR..AMEEN..
DEFINISI JIN
Jin adalah nama jenis, bentuk tunggalnya adalah jiny, yang bermaksud `yang tersembunyi’ atau yang tertutup atau yang tidak kelihatan. Akidah Islam mentarifkannya sebagai makhluk-makhluk berakal, berkehendak, sedar dan mempunyai kewajipan, berjasad halus dan hidup bersama-ama kita di planet bumi ini.
DEFINISI JIN DALAM BAHASA ARAB
Dari segi bahasa, al-jinn adalah lawan kepada perkataan al-ins (manusia). Disebut-sebut bahawa jika dikatakan, anastu asy-syai’a bererti `saya melihat sesuatu’
Kosa kata dalam bahasa arab yang terdiri daripada huruf jim dan nun, dengan berbagai-bagai bentukknya, mempunyai pengertian benda atau makhluk yang tersembunyi.
SUMBER-SUMBER ASAL PENCIPTAAN JIN
Firman Allah dalam surah al-Hijr 15:27 yang bermaksud- dan kami telah menciptakan jin, sebelum itu, daripda api yang sangat panas (nar as-samun)
Seterusnya firman Allah dalam surah ar-Rahman 55: 15 YANG BERMAKSUD- dan dia menciptakan jin daripada nyalaan api.
Firman Allah dalam surah al-A’raf 7: 12 yang bermaksud- engkau ciptakan aku daripada api, sedang engkau menciptakan dia daripada tanah.
TEMPAT HIDUP JIN
Jin berada di semua tempat di dunia ini..sebagai manusia kita hanya menghuni permukaan bumi yang merupakan daratan , dengan mengecualikan laluan mereka di lautan dan udara ketika mereka berada di dalam perjalanan. Lautan dan samudera merupakan bahagian terbesar planet bumi dengan bandingan 72% lautan dan hanya 28% sahaja terdiri daripada daratan, yang meyebabkan para cerdik pandai menyebut bumi kita ini dengan PLANET AIR.
Manakala jin telah menghuni dan mendirikan sebahagian besar dan Bandar-bandar serta pusat-pusat pentadbiran mereka di atas air. Walaubagaimanapun ada juga Bandar-bandar mereka terletak di bahagian-bahagian lautan yang dalam dan di sungai-sungai. Selain itu mereka juga menghuni padang pasir yang luas dan tempat-tempat yang terpencil, gunung-gunung mahupun jurangnya, termasuk juga gua-gua di dalam hutan bahkan terdapat sebahagian mereka tinggal di atap-atap dan bilik-bilik yang yang didiami oleh manusia. Dan ada yang menjadikan rumah-rumah kita sebagai tempat tinggal tetap mereka samada di bilik-bilik ataupun di lorong-lorong rumah kita. Banyak juga syaitan yang menetap di bilik mandi, pelembahan air dan longkang-longkang atau saliran.
TEMPAT TINGGAL JIN MUSLIM
Jin muslim selalu mencari rumah yang penghuninya tunduk kepada Allah s.w.t yang benar-benar muslim dan bukan sekadar muslim pada nama atau keturunan. Jika jin muslim tersebut melihat penghuni muslim di rumah tersebut tidak melaksanakan perintah Allah, maka dengan sedih mereka akan meninggalkan rumah itu untuk mencari rumah lain yang penghuni-penghuninya taat kepda Allah.
TEMPAT TINGGAL SYAITAN
Syaitan- sayaitan amat suka hidup di perigi-perigi kosong, najis-najis dan kotoran sangat menarik perhatian mereka. Oleh sebab itulah, jika mereka mendengar azan, maka mereka akan pergi jauh-jauh ke tempat tinggal yang berhampiran dengan air. Mereka menutup telinga mereka dengan kedua tangannya atau menutup baju mereka ke kepala mereka. Bahkan antara mereka ada yang bersembunyi di lubang-lubang pembuangan najis dan kotoran.
SYAITAN-SYAITAN YANG BERKELIARAN
Terdapat pasukan iblis yang tersebar di semua tempat. Mereka adalah syaitan-syaitan yang berkeliaran. Di antara mereka ada yang berkumpul di jalan-jalan untuk menyambut kaum wanita yang keluar daripada rumah dengan bersolek. Syaitan-syaitan ini menjadikan kaum wanita itu cantik pada pandangan sebahagian besar orang uang melihatnya, agar mereka semakin banyak menimbulkan dosa-dosa dan orang-orang wara’ akan melihat hal-hal yang diharamkan oleh Allah. Antara syaitan-syaitan ini ada yang pakar menjadikan indah dibahagian bawah tubuh wanita, dengan menampakkan goyangan-goyangan tubuh pada pandangan orang yang melihatnya. Mereka melakukannya di waktu siang dan malam.
SYAITAN DI LUBANG-LUBANG KOTORAN
Terdapat juga syaitan-syaitan yang pakar dalam hidup di lubang-lubang yang kotor. Di antara syaitan-syaitan itu ada tinggal di dalam rahim dan kemaluan para pelacur. Ia bertujuan membuat kemaksiatan tersebut semakin menawan sehingga kaum lelaki yang menggaulinya semakin ketagihan.
-namun ada juga syaitan yang menetap di dubur lelaki dan wanita sehingga mengundang manusia untuk melakukan persetubuhan melalui dubur dan memudahkan terjadinya homoseksual. Ada juga di antara mereka yang tinggal di reban-reban binatang,pusat-pusat hiburan, untuk melancarkan bisikan terhadap orang yang datang mengunjungi tempat itu dan menemani mereka dengan setia.
Akhir kalam..semoga sahabat dapat pengiktibaran dari pembacaan tadi..IBLIS juga ada tempat tinggalnya..tapi di mana??sekiranya ada sahabat yang ingin mengetahuinya InsyaAllah akan sya membuat rujukan dan menulisnya di en3 yang akan datang,kebnaykan maklumat di atas adalah sya ambil dari pengalaman seorang insan hebat iaitu MUHAMMAD ISA DAUD yang berdialog dengan jin muslim..tapi harus kita ingat semuanya adalah di bawah kekuasaaan Allah.
(sumber : Muhammad Isa Daud,terjemahan- Muhammad Firdaus, 1997.Pengalaman Alam Ghaib Berdialong Dengan Jin. As-Syabab Media.Bandar Baru Bangi.)