Assalamualaikum w.b.t dan salam sayang buat sahabat-sahabat ana sekalian. Alhamdulillah hari ini kita masih diberikan rezeki oleh Allah S.W.T untuk sama-sama merasa Nisfu Syaaban pada buat kesekian kalinya. Ayuh! sahabat semua malam ini persiapkan diri kita untuk bertemu dengan pencipta kita..pupuklah diri kita dengan dengan Tuhan, bukan mendidik hati untuk diberi kepada insan..utamakanlah cinta kita pada Tuhan bukan aulakan pada teman. Santunkanlah diri kita menjadi hambaNYA yang beriman..kelak nanti akan datang juga untukmu mawar atau tangkai yang menjadi idaman.
Sahabat di kesempatan ini ana mengajak sama-sama kita mencari peluang menambah pahala sebanyak yang mungkin sebelum kita bertemu bulan yang mulia..Ramadhan..Sabahat cuba renungkan..kita sanggup top up kredit kalau dah habes..rasa tak tenteram hidup kalau telefon kita sunyi dari bunyi. Sahabat, bayangkan kalau Allah buat nyawa kita tue macam prepaid. Lepas tue Allah buat ikut package pulak..amacam?? Siapa yang dah nak habes nyawa dia kena buat baik. Kalu sikit amalan kebaikan dia..pendeklah umur dia..kalau nak panjang umur kena buat banyak kebaikan.
Tapi PENCIPTA kita tak macam tue Allah raja segala raja. Semua yang Allah bagi dekat kita nie percuma sahaja. Oksigen yang kita duk sedut hari-hari ini free of charge. Cuba bayangkan kalau Allah kenakan bayaran? Amacam? sekali sedut RM1 kali la dekat beribu2 kali..rasanya perokok pun terpaksa insaf..hehe
Ok kita bicara pulak tentang rezeki. Sapa kata Allah tak adil? Walau kita hidup susah dan senang itukan ujian Allah. Kaya ujian dan miskin lagilah ujian. Tapi kita kena redho dan berusaha untuk mengubah diri kita untuk menjadi baik. Allah takkan mengubah nasib seseorang melainkan dirinya sendiri. Siapa bersungguh dia yang dapat.
Sahabat, cuba kita kira selama kita hidup nie berapa lama kita bercinta dengan surat cinta dari Allah? Apa? surat cinta? Al-Quran lah..kita boleh menangis bila baca novel atau cerita-cerita sedih..kita boleh merintih kalau menonton filem-filem sedih..tapi pernah tak kita menangis bila membaca Ayat Al- Quran? Masalahnya Ayat Al-Quran pun jarang tengok. Al-Quran pun hanya jadi perhiasan di bilik jer..hanya di cari bila hati kita terluka, hanya di baca bila jiwa kita lara, dan hanya didamba bila kita kecewa cinta Manusia.
Didiklah diri kita sahabat bercinta dengan Al-Quran dan bukan sekadar baca. Teliti makna-maknanya. Akan pasti buat kita tersenyum girang, menangis dalam cahaya dan terasa tidak sabar untuk mengecapi nikmat syurga. Tapi perlu diingat, Al-Quran banyak bagi peringatan kepada kita semua tentang kehidupan di dunia ini.
Sahabat, korbankanlah sedikit masa untuk bercinta dengan Al-Quran. Kalau jumpa awek atau pak we boleh pulak lama-lama bahkan sedih nak berpisah. Hidup pulak dah macam suami isteri. Di bawa ke sana ke mari tanpa hirau ada mata yang memerhati. Jiwa ketawa syaitan menguasai diri. Eleh..macam la awek atau pak we yang korang bawa jalan-jalan tue confirm jodoh korang..JODOH TUE KAN RAHSIA ALLAH. Kalau bukan dia milik kita mesti bukan punyalah. Takkanlah kita nak bagi jus je dekat pasangan kita yang sah nanti? Sama-sama kita fikirkan.
Sahabat.. bercinta, bawa dan baca Al-Quran dapat pahala tapi kalau kita bawa anak dara orang yang bukan mahram kita dapat dosa. Pilihlah mana yang sahabat nak..masa hangat bercinta memangla best..kentut pun bau one drop perfume..tapi bila dah break off..hancus..
Okayla sahabat..ana bukan marah tapi nasihat untuk diri ana terutamanya dan diri anda semua jugak. Mulai dari hari ini tanamkan azam kita. Al-Quran di hati, dibaca dan dihayati. InsyaALLAH..bantuan dari Allah akan kunjung tiba walau kita susah walau kita senang. Cubalah!! Best sangat-sangat tau..salam Nisfu Syaaban. Tingkatkan pahala kurangkan dosa.Salam..=)
No comments:
Post a Comment