Pages

Thursday, July 19, 2012

JOM KE PESTA RAMADHAN!!


Salam sahabat semua. Alhamdulillah pada pagi yang indah ini kita masih dapat bertemu. Allahu Akbar Allah maha besar. Hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi untuk kita menjengah ke sebuah pesta besar. Pesta segala pesta. Wah! Bila dengar tentang pesta bermacam-macam yang telah kita bayangkan? Banyak hiburan? Ya! Sememangnya.

Ramadhan bulan mulia bulan suci. Kita akan sampai ke sebuah pesta hiburan yang paling halal untuk kita. Jangan salah tafsir ya. Ibarat kata sahabat saya,  bulan Ramadhan ini adalah sebuah pesta untuk kita mengumpul segala-galanya, pesta memperbanyakkan ibadah, pesta menambah pahala, pesta mengurangkan dosa, pesta menderma, pesta Qiamullail, pesta tahajud, pesta Tadarus. Gunakanlah bulan yang mulia ini untuk melakukannya. Ayuh! Sudah tiba masanya untuk kita membuat perubahan pada Ramadhan kali ini.

Ramai orang berkata mati hanya sekali.tapi bersediakah kita untuk mati? Sudah banyakkah amalan kita untuk dibawa ke tanah sepi nanti?. Allah pinjamkan semua yang kita ada. Semua ini bukan milik kita! Semua ini Allah yang punya. Barakahnya Ramadhan setahun hanya sekali! Janganlah kita sia-siakan bulan suci ini.

Kadang lucu rasa di hati bila kita lihat perubahan manusia di bulan ini. Silap sedikit sahaja mereka akan berkata sesungguhnya aku sedang berpuasa. Ya betul, ini turut disebut di dalam hadis nabi. Janganlah dipersendakan bulan ini. Akhlak kita bukan sahaja perlu dijaga bila berpuasa sahaja tetapi sepanjang hari dan sepanjang masa!!

InsyaAllah jika ada masa terluang saya akan menceritakan pengalaman menarik dan isu-isu terbaik di bulan ini. Nantikan kupasan-kupasan saya seterusnya ~akurinduramadhan~ Salam.

No comments:

Post a Comment