Pages

Wednesday, August 15, 2012

Kau Disayangi kerana Menyayangi..-Part 2



“Solehah, ajal maut tu kan di tangan Allah. Siapa abang nak menghalang ajal abang. Solehah, awak kena tabah hadapi ye andai abang tiada nanti. Abang bukan nak lari dari tanggungjawab sebagai seorang suami tapi abang terpaksa pergi untuk menghadap Ilahi.”

Air mata Puan Solehah dan Rahman mula jatuh.

“Ibu, ayah, Rahman sayang sangat-sangat pada ibu dan ayah. Ibu, Man berjanji Man akan menjadi orang yang baik. Man takkan jadi anak derhaka. Man akan bahagiakan mak dan ayah sehingga akhir hayat man. Ibu, Man dah yakin harta yang paling bernilai buat Man bukan wang ringgit tapi ibu dan bapa Man yang Man tatap sekarang nie. Ibu, ayah terima kasih kerana sudi melahirkan dan menjaga Man.

Rahman memeluk dan mencium permatanya yang tercinta itu. Saban malam mereka berbicara sehingga tertidur lena. Menanti esok hadir rezeki tiba..

********

“Sayang dah subuh nie… bangun nak..” Pintu diketuk berulang kali oleh Puan Solehah untuk mengejutkan anaknya itu.

“Ye ibu ” Sahut Rahman.

Rahman bingkas bangun dan menuju ke perigi rumahnya untuk mengambil wudhuk. Air perigi yang sejuk itu membaluti tubuhnya yang kasar. Terketar-ketar dia. Kedinginan pagi itu sentiasa di rasainya hari demi hari. Rahman menyiapkan dirinya untuk menunaikan kewajipan sebagai hamba Allah. Ibu dan ayahnya setia menjadi makmun padanya.

Seusai solat subuh, Rahman mempersiapkan dirinya untuk ke sekolah. Pukul 6 pagi lagi dia sudah bergerak ke sekolah. Dengan menaiki basikal tua pemberian ayahnya, dia gigih mengayuh basikal itu untuk mencedok ilmu dunia. Dia yakin pesan kedua ayah dan bondanya hanya dengan ilmu yang akan mengubah kehidupan mereka. Perjalanan dari rumah ke sekolah mengambil masa selama 30 minit. Rahman hanya dibekalkan dengan air kosong dan juga nasi yang dibungkus olehnya. Lauk hanyalah ikan kering dan ulam-ulam yang di ambil di hutan. Mereka bersyukur dengan apa yang ada.

Setibanya Rahman ke sekolah dia terus berlari ke kelasnya. Mengulang kaji mata pelajaran yang tidak dapat di habiskan di rumahnya. Begitulah kebiasaan yang dilakukan oleh Rahman kerana di rumahnya hanya bergantung pada lampu pelita sahaja. Dia tidak mampu untuk mengulang kaji pelajaran sehingga lewat malam. Apabila lampu itu terpadam dia akan terus tidur. Mereka sekeluarga terpaksa berjimat.

“ Assalamualaikum, Rahman.” Ucap Badrul kawan baik Rahman.

“Waalaikumsalam Rul, Eh..awal pulak kau sampai hari nie?” Soal Rahman.

“Hehehe..aku dah insaf la Man, kau la nie yang berjaya mempengaruhi pemikiran aku. Kau guna jampi apa ye? Ooo..kau dah calit minyak dagu dekat aku ye? Takpun kau dah bagi aku makan nasi kangkang? Hehehe...” Usik Badrul.

“Amboi, amboi, amboi, banyaklah kau punya minyak dagu dan nasi kangkang. Hehehe..kan ibu aku ada cakap, kita kenala bangun awal. Rezeki mudah sangat datang bila kita bangun awal pagi. Kita solat subuh berjemaah bersama keluarga lepas tue cium tangan mak ayah kemudian baru kita pergi sekolah.”

“Erm..ye Man..tapi aku tak beruntung macam kau. Mak ayah kau sentiasa ada di sisi. Hari-hari kau dapat tatap wajah diorang. Aku cemburu dengan kau Man.”

“Aku sebenarnya yang patut cemburu dengan kau Rul, keluarga kau kan berada. Pergi sekolah pun ada yang menghantar aku nie hanya ada basikal tua jer.”

“Kalau aku berada tapi tak bahagia tak ke mana jugak jiwa aku Man. Mak ayah aku selalu keluar bekerja. Bila ayah aku balik kerja, mak aku pulak pergi kerja nanti bila mak aku balik kerja ayah aku pula pergi kerja. Hai, bilalah aku nak bersama dengan mereka berdua. Dahla aku nie anak tunggal Man”

“Rul, kau jangan fikir macam tue Rul, mak dan ayah kau cari rezeki untuk kau jugak. Diorang bersengkang mata untuk bahagiakan hidup kau. Kau kena bersabar ye? Jangan nanti kau salah guna kebebasan yang mak ayah kau berikan. Kau masih beruntung kerana Atuk dan Nenek kau ada di rumah. Bersyukur ye Rul. Allah itu maha adil. Ingat tue.”

“Ye Man, Man boleh aku tanya sesuatu?”

“Boleh,”

“Macamane dengan keadaan ayah kau sekarang?”

“Alhamdulillah ayah aku sihat jer, Cuma kadang-kadang dia selalu batuk. Ayah tak boleh nak duduk diam di rumah. Ada je kerja yang dia nak buat. Aku dan mak selalu nasihatkan supaya ayah berehat.”

"Man, aku..aku minta maaf ye"…

"Eh kenapa pulak dengan kau nie? Kau takda salah ape-apela Rul"

********

Musim persekolahan telah bermula Rahman kini sudah berada di tingkatan 1. Dia masih terkial-kial mencari kawan yang baru. Ramai kawan baiknya sudah berjaya ke sekolah yang berasrama kerana keputusan UPSR mereka yang cemerlang. Rahman juga berhajat ingin ke sekolah berasrama penuh. Keputusannya setanding dengan rakan-rakannya yang lain. Tetapi memikirkan kedua-dua ibu bapanya yang tercinta dia terpaksa mengorbankan hasratnya itu. Sebuah harga yang mahal yang beliau pertaruhkan. Sudah berapa kali di desak oleh ibu dan ayahnya supaya berhijrah ke sekolah bersarama penuh dan soal kewangan tidak perlu dirisaukannya. Mereka akan cuba sedaya upaya untuk memberikannya duit untuk menyambung pelajarannya.

            Memikirkan soal diri sendiri, Rahman yakin belajar di mana-mana sahaja adalah sama sahaja yang penting dirinya sendiri. Dia harus bersemangat dan cekal dalam mengharungi alam pelajaran. Dia akan membuktikan kepada rakan-rakannya bahawa belajar di sekolah biasa juga mampu memberikan keputusan yang cemerlang. Rahman di tempatkan di kelas yang pertama. Perwatakannya yang pendiam tetapi rajin begitu menyenangkan hati rakan-rakannya dan guru-gurunya. Rahman juga kadang-kadang menjadi aktif di kelas. Dia banyak membantu rakan-rakannya di dalam mata pelajaran yang sukar. Walau status keluarga yang membezakan mereka, tetapi itu bukan menjadi halangan buat Rahman untuk membantu rakannya.

            Sifatnya yang mudah didekati oleh guru dan rakan-rakannya yang lain tidak menyenangkan segelintir pelajar kelas 2. Mereka begitu cemburu dengan sifatnya itu. Bagi mereka, Rahman hanyalah sekadar menginginkan belas ikhsan daripada guru-guru dan tindakannya itu hanyalah berpura-pura. Badrul merupakan ketua kepada kumpulan pelajar lelaki di kelasnya itu. Walau baru berusia 13 tahun, tetapi perwatakannya seperti orang dewasa. Hal ini kerana pengaruh persekitaran yang menyebabkan ramai kawan-kawannya dalam kalangan orang dewasa.

#######

BERSAMBUNG

No comments:

Post a Comment