“Erm..encik boleh hulurkan duit? Orang dah ramai beratur dekat belakang tue.”
“Err..maaf cik,”
Dalam kekalutan itu Haziq mengeluarkan dompetnya dan mengeluarkan sekeping not Rm50. Bukan sahaja duit kertas yang ada di dalam dompet itu tetapi duit syiling juga turut di keluarkan oleh Haziq. Malangnya, semasa hendak mengeluarkan duit kertas itu duit syilingnya juga telah terjatuh ke lantai
“ting….ting..ting..” duit syiling 50 sen dan 20 sen berlari-lari di lantai pasar raya itu dan berhenti di hadapan seorang wanita tua yang ada berdekatan dengan kaunter pembayaran. Haziq terus mendapatkannya. Wanita tua itu agak terkejut.
“Eh, ape awak buat nie?”
“Err..mak cik, saya minta maaf duit syiling saya terjatuh di bawah kain mak cik.” Agak keberatan Haziq untuk menyatakannya.
“Owh..mak cik ingatkan kau nak ape-apekan mak cik tadi nak. Mak cik dah tua. Takkan kau masih berselera?” Usikan wanita tua itu disambut dengan helai tawa pelanggan yang berada di situ. Muka Haziq merah padam!
“Ish mak cik nie..”Bisik hati Haziq.
Haziq terus membayar barang yang dia beli itu. Dia terus berlalu meninggalkan Adela. Malang sekali lagi menimpa Haziq, semasa hendak beredar dari kaunter pembayaran itu Haziq telah bertembung dengan seorang budak kecil yang berlari mengejar ibunya.
“Prap..” Plastik yang dipegang oleh Haziq itu terlepas dari tangannya dan tepung yang ada di dalam plastik itu telah bertaburan. Malu Haziq tidak dapat dibendung lagi.
Adela yang melihat kejadian itu terus membantu Haziq. Di situlah bermula kisah mereka. Perkenalan mereka bukan di laman muka buku tapi di situ! Di sebuah pasar raya itu!
*********
Malam itu, Adela terpaksa menggantikan kawannya. Dia pulang lewat dari tempat kerjanya. Jarak di antara rumahnya dan pasar raya tidak begitu jauh. Hanya mengambil masa beberapa minit sahaja. Seperti kebiasaan hari-harinya. Adela akan pulang bersama kawannya tetapi malam ini Adela hanya pulang berseorangan sahaja. Adela melintasi sebuah lorong yang agak gelap.
Pandangannya meliar. Rasa takut menyelubungi dirinya. Namun dia gagahkan kakinya untuk pulang ke rumah. Bagai ada sesuatu yang memerhatikan gerak-gerinya. Adela terasa bagaikan ada sesuatu yang mengekorinya. Dia mempercepatkan langkahnya. Malangnya daya seorang wanita tidak dapat melawan kelajuan kelibat itu. Seorang lelaki yang tidak dikenali muncul di hadapannya!
Adela menjadi kaget. Dia cuba untuk meloloskan diri tapi dihalang oleh lelaki itu. Adela tidak mampu lagi meneruskan langkah. Lelaki itu telah mengacukan pisau di hadapan mukanya.
“Serahkan beg tangan kau. Cepat! Gertak lelaki itu.
“Maaf encik, saya tidak bawa beg tangan.”
“Kau jangan nak cuba menipu aku”
“Zapp..” Lelaki itu merampas beg tangan yang ada pada Adela. Dia menolak Adele sekuatnya.
Gadis itu tidak mampu melakukan tindak balas kerana khuatir akan nyawanya. Dia hanya mampu menangis.
Lelaki itu tersenyum puas.
“Kau kata takda apa-apa ye”
Lelaki itu berlalu pergi. Tetapi bagai ada sesuatu yang menghalang dia untuk pergi
“Takkan aku nak lepaskan perempuan nie dengan begitu mudah..”
Matanya tepat memandang ke arah Adela. Belum sempat Adela melarikan diri. Lelaki itu telah memegang tangannya. Adela meronta-ronta untuk dilepaskan. Tapi nasib tidak menyebelahinya. Adela di bawa di sebatang pokok. Lelaki itu menolak Adela dengan sekuat hatinya. Adela tersungkur jatuh!
“Kau ingat aku akan lepaskan kau begitu je ke? Rugi kalau aku tak rampas sesuatu yang paling berharga yang ada pada kau.” Ungkap lelaki itu.
“Encik, tolong lepaskan saya. Saya dah serahkan beg tangan saya kepada encik. Encik..tolonglah lepaskan saya.” Rayu Adela.
“Ahh….aku peduli apa dengan kau” Lelaki yang berwajah bengis itu seakan kerasukan syaitan. Nafsunya tidak mampu dibendung lagi.
Dia terus menarik pakaian Adela dengan rakusnya. Wajah suci itu kini akan terpahat secalit noda yang bukan dia pinta! Kesuciannya yang dipertahankan selama ini akan teragut oleh seorang lelaki yang berhati binatang itu.
Adela meraung semahunya….
“Kau jangan menjerit. Aku bunuh kau nanti! Bisik lelaki itu kepada Adela”
Adela tidak mampu lagi untuk melawan. Dia bagi kehabisan daya. Air matanya tidak mampu lagi berhenti. Keluarga, Haziq, mati! Sentiasa bermain di kotak fikiran Adela.
“Ya Allah selamatkanlah hambamu ini. Aku sedang berhadapan dengan syaitan yang berwajah manusia. Allah. Bantulah hambamu ini” Adela hanya mampu berdoa pada yang maha Esa sahaja.
#########
BERSAMBUNG
suspen la plak tuk tngu part y strusnya =)..
ReplyDeletecik nira : sabar ye..hehehe..lebih mendebarkan. Jangan lupa hayati melodi terakhir dari cerpen ini nanti..=)
ReplyDelete