Suatu kisah tentang persahabatan, tentang percintaan dan tentang erti kasih dan sayang..seorang murid bertanya kepada mualimnya tentang erti yang indah itu..
“Cikgu, bagaimana kita hendak memilh seseorang yang paling baik untuk kita sayang?”
“Owh..kalau awak nak tahu.. ikut apa yang saya cakapkan nie ye?”
“Baiklah cikgu.”
“Wahai anak muridku, pergilah kamu ke padang sekolah, kemudian berjalanlah kamu di atas rumput di padang itu dan perhatikan rumput yang paling cantik dan kau pilihlah ia dan jangan sesekali dikau menoleh ke belakang lagi walau pun sekali. Selepas itu kamu petik rumput yang paling cantik itu dan bawa ia kepada saya.”
“Baiklah cikgu.”
Apabila murid itu kembali ke kelas, tiada satu pun rumput yang berada di tangannya. Maka gurunya itu pun bertanya.
“Wahai anak muridku, di manakah rumput yang cikgu suruh kamu petik tadi?”
“Erm..tadi semasa saya berjalan di atas rumput dan sambil memandang rumput yang berada di situ, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada banyak rumput yang cantik tetapi cikgu kata petik rumput yang paling cantik dan saya pun terus berjalan mencari rumput yang paling cantik itu tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi, sampai di hujung padang saya masih tidak memetik rumput itu. Mungkin ada rumput yang paling cantik semasa saya berjalan tadi tapi cikgu kata jangan sesekali menoleh ke belakang maka, tiadalah rumput yang saya petik.”
“Ya, itulah jawapannya. Maknanya, apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang dan kita cintai, janganlah kita hendak mencari lagi yang lebih baik daripada itu. Kita mesti hargai orang yang ada di hadapan kita dengan sebaik-baiknya. Janganlah sesekali kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap sudah berlaku dan biarkan cerita dahulu tumpukan pada cerita sekarang. Dan semoga yang berlalu itu tidak berulang. Wahai muridku, sayangilah orang yang menyayangi kita, hargailah orang yang menghargai kita dan cintailah orang yang mencintai kita. Jangan sesekali dikau memilih dalam mengikat tali persahabatan. Untuk mencari kawan yang baik yang senantiasa menyayangimu, dikau harus menjadi baik!”
Moga cerita ini menjadi pengiktibaran buat kita. Redhalah dengan apa yang diberikannya. Seandainya kita sentiasa mencari yang terlampau sempurna pasti kita tidak akan menjumpainya. Kita menjadi pelengkap untuk kesempurnanannya dan dia juga menjadi pelengkap kita. Semailah erti kesetiaan. Jika mahukan dia setia kita juga harus setia. Jika mahukan dia menjadi solehah kita juga mestilah menjadi soleh dan jika hendakkan dia punya akhlak yang baik kita juga harus sentiasa punya sifat yang terdidik.
Jagalah anugerah yang diberikan itu. Jangan sesekali kita pinta anugerah yang lain. Kerana ia tidak sama! Yang berlalu biarkan ia berlalu jangan sesekali diratapi. Jadikan pengajaran untuk bermuhasabah dengan diri. Jadikan pedoman untuk memberi persiapan pada diri.
perancangan kita dan perancangan Allah. Allah lah sebaik2 perancang..nice entri untuk renugan bersama
ReplyDeletepenuh teladan dan tauladan...
ReplyDeletesyukran ania dan rara..moga kita sama2 dpt berkongsi ilmu ye..
ReplyDelete