Ketenangan ini hadir lagi, saat diri
bungkam tidak rasa bernadi. Bisikan ayat sucimu menerangi setiap corak hatiku. Titisan
air mata membasahi pipi. Aku termenung, bingkas membaca makna-makna kata-katamu
itu. ALLAH, DIKAU berikan lagi peluang yang entah ke berapa banyaknya. Saat aku
alpa, aku pergi tanpa kata, saat aku berduka DIKAU hadir tanpa berkira. ALLAH, hambamu ini begitu
lemah, hambamu ini begitu kerdil, dosaku ibarat desiran pasir di pantai dan
lautan yang dalam, dosa yang putih ibarat buih di lautan yang tak bertepian.
ALLAH, surat cintamu itu meresapi dada dan
nadiku..ALLAH, ku pohonkan DIKAU kekalkan istiqamah ini. Cukuplah kepedihan dan
kesakitan lalu yang buatku menjauhimu. Aku tak tega lagi, aku tak upaya lagi. Setiap
ujian datang berkunjung di dalam rumah hatiku ini. Ada yang tabah ada yang
pasrah dan ada yang lelah. Tapi semuanya itu ku bangkit kerana aku merasa
diriku tidak sehebat ujian yang dikau berikan kepada para wali dan nabi yang DIKAU
cintai. Ku yakin DIKAU juga mencintai ku
ALLAH, eratkanlah hubungan ini, kuatkanlah
iman dan taqwa ku ini. Ku pohon dikau matikanlah hatiku dulu kerana hati dulu
penuh debu dosa yang bersarang di dalam jasadku. ALLAH, DIKAU hidupkanlah
hatiku yang baru. Hati yang sentiasa rindukan cintamu, hati yang sentiasa
cintakan keluargaku, hati yang sentiasa mengasihi kekasihmu. Moga-moga peluang
yang kesekian kalinya ini dapat ku gunakan dengan sebaik-baiknya.
No comments:
Post a Comment