KALAM CINTA
Jika kita mencintai seseorang, rahsiakan
rasa cinta itu kerana Allah maha tahu.
Jika kita mengasihi seseorang, pendamkan
rasa itu kerana Allah telah merancang sesuatu.
Jika kita menyayangi seseorang, hadirkan
perasaan itu pada Allah kerana Allah pasti menyambutnya.
Jika kita merindui seseorang, pasakkan
perasaan di dalam lubuk hati yang paling dalam
Kerana Allah sudah menyimpannya di dalam
rasa yang perlu kita pendam
Jika kita mengimpikan bahagia dengannya,
alirkan dengan doa mujahadah pinta pada Allah
Moga istikharah menjadi penawar gelisah
dalam berukhwah
Jika kita hadir rasa cemburu terhadap
seseorang, jangan sesekali kita luahkannya kerana dia masih belum milik kita
Adulah pada Allah moga hatinya tetap untuk
kita moga rasanya ada buat kita dan moga cintanya tersimpan rapi untuk hati
seorang lelaki yang bakal di gelar suami.
No comments:
Post a Comment