Pages

Thursday, January 10, 2013

Mengapa Perlu Aku Menulis???




“Sekali menulis dan selamanya akan terus menulis”. Kata-kata ini saya ambil dari ungkapan dan prinsip hidup seorang pensyarah saya. InsyaAllah suatu hari nanti saya ingin menjadi penulis yang berjaya seperti beliau. Bidang dakwah itu maha luas dan banyak cabangnya. Terpulang pada kita untuk memilihnya ada dakwah melalui lisan, gerak badan dan penulisan. Tetapi apa yang ingin saya nyatakan di sini adalah dakwah melalui penulisan. Ya penulisan. Ruang legar di dalam skop begitu luas dan kita bebas untuk menulis apa sahaja yang kita hendak tuliskan. Tetapi ingat apa yang penting adalah kita menulis perkara yang kita perlu tulis dan bukan perkara yang kita hendak tulis. Amat berbeza ‘perlu’ dan ‘hendak’. Begitu juga dengan perkara yang ingin kita ucapkan. Biar berkesan dan terkesan. Kita bercakap bukan dasar kita hendak bercakap tetapi atas dasar kita perlu bercakap untuk menzahirkan sesuatu. Jika ada ilmu yang kita tidak ketahui, baik kita diam kerana diam itu akan menutup kebodohan kita. Saya setuju dengan istilah ini.

Tetapi ingin saya tegaskan bahawa lebih baik kita nampak bodoh sekejap bertanya soalan yang bodoh daripada kita bodoh selamanya. Saya agak terkilan kepada orang yang mempunyai ilmu apabila ditanyakan sesuatu kepadanya dia menyatakan bahawa ‘tolong jangan tanya soalan bodoh’. Mungkin agak kasar penulisan kali ini tetapi moga ada peringatan buat kita. Mereka juga ingin tahu dan sememangnya kita harus memberi tahu. Sabar itu kunci kejayaan. Jangan sesekali bangga dengan ilmu yang kita ada kerana semuanya milik Allah belaka. Jadi, jawablah segala pertanyaan itu dengan tenang dan memberi kepuasan kepada si penanya walaupun kita menganggap itu hanya soalan picisan atau soalan bodoh.

Berbalik kepada bidang penulisan ini. Saya bersyukur kerana diberikan secebis ilmu dari Yang Esa untuk saya menzahirkan pendapat saya. Blog ini akhirnya berjaya diwujudkan. Terima kasih kepada rakan yang memperkenalkan saya dakwah IT ini. Moga Allah merahmati anda. Blog ini bermula dari seorang follower dan pageviewsnya hanya mencecah 10-20 sahaja dalam sehari. Tapi hari ini, Alhamdulillah ia bertambah sedikit demi sedikit. Terima kasih saya ucapkan kepada rakan pembaca yang sudi menziarahi blog saya yang tidak seberapa ini. Blog ini tidak popular dan hanya picisan ilmu dari seorang insan sahaja. Lucu juga jika ada yang menyatakan blog Secangkir bicara ini diwujudkan hanya untuk meraih bilangan follower yang ramai. Ingin saya tegaskan di sini. Saya bersyukur kepada yang sudi mengikuti blog saya ini kerana saya berharap moga ada ilmu yang di sampaikan oleh rakan-rakan blog saya apabila membaca blog saya ini. Penting! pengikut yang banyak kerana dakwah itu akan mudah tersebar dan apabila dikongsi ia menjadi bonus pahala kita di Akhirat kelak. InsyaAllah. Saya menulis bukan kerana hendakkan nama tetapi saya menulis untuk kepentingan agama. Saya tidak petah berbicara juga daif dalam berbahasa tetapi saya berharap penulisan saya ini adalah salah satu medan dakwah saya.

Agak lucu juga apabila melihat beberapa penulisan di blog yang menceritakan banyak tentang hal peribadi dan kononnya ia adalah berbentuk peribadi dan tidak mahu dibaca oleh orang. Jika ia kita anggap sebagai peribadi jangan diletakkan di dalam laman maya. Tulis sahaja pada diari anda. Bagi yang punya buku diari letakkan sahaja cerita anda di situ. Dan niat untuk berubah. Barulah ia digelar peribadi. Namun apabila kita sudah berkongsi cerita kita kepada somebody ia sudah tidak dikatakan sebagai peribadi. Saya amat tidak berminat untuk menceritakan terlalu banyak kisah peribadi kita kerana takut ia akan menyatakan riak dalam diri kita. Itu bahaya. Gunakanlah penulisan ini dengan sebaiknya.

Saya yakin ada di antara kita yang terlalu aktif dalam laman twitter, facebook dan blog tetapi ingat YANG KIRI kita sentiasa memerhati dan mencatat amalan kita dan ingat kita akan bertanggungjawab terhadap apa yang kita tulis di akhirat nanti. Allah akan menilai amalan kita itu. Bagi yang punya twitter saya nasihatkan berhentilah dari banyak meluah dan mengeluh. Ini menandakan dirinya tidak bahagia dan banyak masalah! Sedikit-sedikit tweet di twitter lapar, sakit perut, marah semuanya hendak diluahkan. Ada yang mengatakan twitter itu lebih privasi dari facebook tidak banyak yang komen sekiranya kita meluahkan sesuatu tetapi bagi saya kita lupa, YANG KIRI KITA juga sedang mengupdate statusnya terhadap dosa yang kita lakukan. Berhentilah menulis perkara yang sia-sia. Teguran ini khusus untuk diri saya dan anda semua.

Akhir kalam, menulislah selagi mana kita mampu menulis tetapi ingat biarlah penulisan kita untuk menjadi air yang jernih bukan menjadi nanah yang ada pada kudis..walau apa yang kita lakukan ingatlah bahawa Allah dan malaikat Rakib dan Atib sentiasa memerhati dan mencatat amalan kita. Salam dakwah dari saya.=)

3 comments:

  1. sy suka baca blog ni..teruskan menulis ..^^ semoga anda sentiasa dirahmati Allah~

    ReplyDelete
  2. saya tahu awak ada dtg blog saya.terima kasih krn singgah di blog sy.terima kasih juga atas entri ini krn dpt mengingatkan sy bahawa stp apa yg kita lakukan adalah kerana Allah swt.

    ReplyDelete
  3. Syukran atas ingatan.. penulisan juga menjadi sbahagiaan saham akhirat kte. In Shaa Allah.. Moga Allah memberkati-Nya.. Terasa plak kongsi2 pengalaman dlm blog sndiri, namun bg sye niat dan perkongsian yg bermnfaat kita ingin smpaikn kpd pembaca paling penting.. bukan mengejar bilangan pengikut yg ramai namun tdk memberikan sbrg manfaat.. sme2 lah kte meneruskan penulisan bermnfaat dlm menyampaikan ilmu Allah yg dkurniakan-Nya.. yg lemah itu daripada kelemahan ini sndiri dan yg baik diilhamkn Allah Yg Maha Agung.. :)

    ReplyDelete