Dalam makalah ada disebut sebuah perasaan
yang indah, terkadang perasaan ini hadir tanpa kita rasa dan tanpa kita paksa. Ia mengalir
bak air sungai yang mencari muaranya. Mengalir dan terus mengalir. Lihat air
sungai yang jernih, sejuk dan mendamaikan. Begitu jugalah perasaan cinta kita
yang ada pada diri makhluk. Perasaan ini akan menjadi indah seperti sungai yang
jernih andai tidak kita kotorkan dengan nama ‘pencemaran’. Bahaya jika air
sungai sudah tercemar. Habitat alam akan musnah bahkan akan menjadi punah. Perasaan
cinta ini harus ada kawalan dan harus ada piawaian yang telah kita tetapkan. Andai
kita memilih hanya untuk bersuka bukan untuk selamanya maka perasaan itu tidak
kekal dan ia hanya sementara.
Bagaimana
mengawal perasaan ini? Sememangnya ia fitrah tetapi fitrah ini harus dilapik
dengan sifat mahmudah bukan ditutup dengan sifat mazmumah. Payah bukan? Tidak..bukan
payah tetapi kita yang tidak mahu mencari jalan yang mudah. Bagaimana mencari
jalan yang mudah itu? Jawapannya kembali kepada fitrah kita..kembali kepada
agama kita. Islam itu kan mudah. Segala hukum dalam kehidupan kita semua
berkait dengan agama termasuklah perasaan cinta yang kita rasa ini. Islam itu
apa? Islam itu cara hidup kita, the way of life. Maknanya semua
berkaitan dengan agama. Perihal cinta ini sudah dirakamankan di dalam kita
Allah yakni Al-Quran tetapi cinta itu didasarkan pada Ilahi barulah kepada
hakikat insan yang bernama manusia. Terakam sebuah kisah cinta nan indah yang
bermula di Syurga dan akhirnya berakhir di syurga. Alangkah indahnya jika kita
juga begitu. Kisah cinta Adam dan Hawa bermula dengan bahagia disulami dengan
ujian dari NYA terpisah di dunia akhirnya kembali juga di syurga.
Tidakkah
kita cemburu dengan cinta para nabi ini. Ya kita bukan nabi juga bukan rasul
tetapi tidak salah kita mencontohi akhlak dan peribadi nabi bahkan itu yang
disuruhkan oleh Tuhan. Fanatik kita terhadap artis melebihi fanatik kita
terhadap para rasul dan nabi. Kita lebih cemburu melihat artis kita bahagia
cinta dengan pasangan mereka bahkan mereka masih belum berkahwin dan hanya
sekadar bercinta!! Mengapa tidak kita menjadi kan kisah para nabi sebagai teladan
dalam percintaan. Allah itu yang utama kemudian baru makhluknya. Hendakkan
bunga itu tumbuh subur mewangi di jambangan seri mestilah perlu dibaja dan
dijaga rapi bukan hanya menanam dan terus membiarkannya meniti hari. Ia pasti
akan gugur layu dan terus mati!. Begitulah kehidupan kita sebagai manusia,
hendakkan pasangan yang baik dan terdidik, kita juga harus mempersiapkan diri
menjadi hamba Allah yang patuh dan setia pada Sang Maha Khaliq. Muhasabah diri
kita, layakkah kita mendapat jodoh yang baik jika diri kita masih belum menjadi
baik? Mungkin ada yang mengambil jawapan selamat. “jika kita tidak baik, Allah
mungkin akan memberikan jodoh yang baik untuk kita dan dia mungkin akan
membantu kita ke arah kebaikan.” Saya akui, memang ada tetapi selama mana dia
boleh membantu kita jika kita sendiri tidak mahu membantu diri kita sendiri.
Fahamkan
maksud kalam Allah ini “Perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan
perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat”. Masa itu ada untuk kita berubah
tetapi kita yang selalu menghilangkannya. Alangkah ruginya kita andai satu
perasaan cinta yang dikurniakan kepada kita ini tidak dijaga dengan sebaiknya.
Kita membiarkannya rosak dan terus menerus mengizinkan nafsu kita yang mengawal
cinta kita itu. Bahaya dan amat bahaya. Apabila ia rosak syaitan yang kita
persalahkan. Ini bukan soal syaitan tetapi soal diri kita sendiri. Kita yang
tidak mahu dan tidak cuba untuk mengawal perasaan yang bukan-bukan itu. Bercampur
dengan nafsu, zina dan noda akhirnya cinta yang kita bawa itu hanyut di lautan
kebuasan cinta yang tiada batasnya. Sebelum perkara ini terjadi marilah
sama-sama kita kembali kepada fitrah agama dan perasaan ini. Cinta itu bukan
sekatan tetapi harus ada kawalan!!
bercintalah slps kawen. :)
ReplyDelete