Diamku
bukan rajuk
Pergiku bukan kerana dirimu
Hanya ingin
mensuci kotoran yang sudah lama berhabuk
Untuk ku
buang jauh tafsiran yang lalu
Benar! kita
pernah mengukir senyum
Kita juga
pernah melukis duka
Tapi semuanya sebuah kenangan
Sebuah
kenangan yang takkan diulang semula
Setiap tawa
kata dan bicara dulu menjadi ingatan dalam kalbuku
Mengapa dulu
aku memilih dosa dari mencari secebis pahala
Lalaiku
dulu membuatkan kau keliru
Antara
tuntutan nafsu atau keperluan ilmu
Buta dalam
menilai hukum
Terzahir dalam setiap perlakuan sebagai insan
yang berperasaan
Tuhanku,
Tuhanku, Tuhanku…
Akhirnya
kita diingatkan!
Cukup di
matikan di dalam sebuah hentian
Jangan kita
coretkan lagi sebuah potret hitam
Lakaran
kosong penuh noda semalam
Moga di
dalam perjalanan yang makin panjang kita temui kebahagiaan
Walau kita
tidak bersua tetapi ku yakin kita pasti akan bersemuka dengan sang Pencipta
Pada detik
itu aku tidak mahu kau ataupun aku dipalit sejuta dosa
Aku ingin
bersih dari segala-galanya!
~Istighfar
ku dari dosa~
No comments:
Post a Comment