Andai doa kita masih
belum diperkenankan, bukan tandanya Allah tidak mendengar kerana DIA maha
mendengar, Bersabarlah itu tandanya Allah inginkan kita senantiasa bermohon padanya.
Jangan sesekali memaksa Allah untuk mengabulkan doa kita dan jangan sesekali
rasa terpaksa apabila kita berdoa. Kita adalah hamba Allah yang Esa. Sebagai
manusia kita sememangnya perlu dan layak untuk diuji. Ujian itu adalah rencah
dalam menambah perisa kehidupan kita. Pasrahkan hati dan jiwa tatkala ujian
menimpa kerana bahagia itu ada di sepanjang jalan yang kita tempa.
Sesekali kita rasa
lemah dan remah apabila menerima ujian. Kita pernah merasa gundah dengan
fitnah, kita pernah rasa resah dengan persoalan ‘mahabbah’. Kita rebah dengan
sumpitan dakwah yang tersalah arah dan kita gelisah menerima erti payah dan
susah. Itulah namanya kehidupan. Dunia diciptakan untuk kita hidup dan akhirat
diciptakan untuk kita melayari kehidupan. Allah itu maha adil maha mengetahui
apa yang terbaik buat hambanya. Segala apa yang berlaku di dalam hidup kita
perlu kembali kepada pencipta kita yakni Allah.
Siapa kita untuk
mempersoalkan perangcangan Allah kepada kita. Kehidupan mesti ada tujuan!
Tujuan kita hidup adalah untuk melangsungkan kehidupan di alam sana nanti.
Setiap apa yang berlaku dalam hidup kita pasti ada hikmahnya sama ada baik atau
buruk sudah tentu ada hikmah yang sudah ditetapkan oleh Allah pada kita. Jangan
sesekali mengeluh dengan ujian. Pasrahkan hati untuk menerima setiap ujian itu.
Ingatlah, Allah senantiasa bersama orang-orang yang bersabar.
Kata orang di dalam
dunia ini hanya ada dua perkara yang buat kita gembira dan tidak gembira.
Pertama kita akan merasa gembira apabila kita sihat. Kedua kita tidak akan
merasa gembira apabila kita sakit. Sihat itu akan kita rasakan sangat mahal
apabila kita sakit. Penyakit yang kadan-kadang kita tidak pernah sangka dan
impikan. Kita merasakan diri kita sihat tetapi sebenarnya kita sakit bahkan
yang paling bahaya apabila diri dan dijiwa kita yang ‘sakit’. Ramai sarjana
menyatakan bahawa penyakit ada kalanya berpunca daripada jiwa dan hati kita.
Stress atau tekanan antara kesakitan jiwa yang boleh mengundang penyakit yang
lain untuk kunjung tiba di dalam diri kita. Penawarnya, kembali kepada Allah.
Al-Quran merakamkan berjuta bicara untuk kita rasa bahagia jika kita memahami
maknanya. Zikir, merupakan tonik yang paling mujarab untuk menenangkan hati dan
jiwa. Selawat ke atas baginda Rasulullah merupakan ‘shaklee’ atau suplemen di
dalam tubuh dan badan kita untuk kekal sihat dan walafiat.
Indahnya Islam jika
kita benar-benar mencintai dan memahaminya. Benar, sakit itu adalah kafarah
dosa tapi kebenarannya kita tidak pernah rasa kita berdosa! Alangkah ruginya
kita, jadikan sakit itu sebagai alasan untuk kita mengurangkan dosa-dosa kita.
Bukankah dosa itu boleh dipadamkan dengan taubat nasuha?? Jangan tunggu sakit
baru hendak bertaubat. Jadikanlah hari-hari kita di dalam taubat nasuha. Mari
sama-sama kita merenung diri yang penuh berdosa ini. Antara facebook dan
Al-Quran yang mana kita lebih peruntukan masa untuknya???.Moga titipan ini
menjadi sentuhan ringkas buat hati yang membaca.
Amalkanlah surah ini
jika kita berada dalam resah dan susah
nice entry...thanks :)
ReplyDelete