Aku cuba dail no yang tertera…lama juga
aku menunggunya..tapi macam tiada jawapan. Aku belek telefon bimbit kecilku
ini. Okay sebelum tu terima kasih buat Kerajaan Malaysia yang sudi memberikan
aku rebat untuk membeli telefon bimbit ini. Salute! Percayalah wahai kerajaan,
setiap pemberianmu tidak aku salah gunakan. Kau berikan aku rebat untuk membeli
telefon bimbit aku gunakannya untuk membeli telefon bimbit dan tidak sesekali
menyerahkannya kepada sesiapa. Percayalah lagi wahai kerajaan kau berikan aku
baucer buku untuk kali ketiga semuanya aku gunakan untuk membeli buku. Aku
tidak sesekali menukarkannya dengan wang ringgit atau membeli selain daripada
buku seperti spender ataupun baju kerana aku khuatir takut tiada keberkatan.
Mungkin orang lain tak nampak tapi Tuhan kita sentiasa melihat dan malaikat
pula sentiasa mencatat.
Lagi satu
kerajaan kau berikan kad diskaun satu Malaysia, aku juga gunakannya untuk
mendapatkan diskaun di kfc Cuma aku pun sudah lupa di mana aku letakkannya. HA
HA HA. Lagi satu kerajaan alangkah indahnya jika kau berikan rebat hantaran
buat pasangan pengantin yang baru hendak melangsungkan perkahwinan. Mungkin di
kedai 1 Malaysia pasangan pengantin mendapat potongan harga yang paling
maksimum untuk berbelanja dan sesiapa
yang menggunakan barangan di kedai 1 Malaysia untuk membuat hantaran akan
diberikan ganjaran atau apa-apa sahaja yang kau suka. Aku sekadar memberi
cadangan. HEEE
Berbalik dari
ceritaku yang awal tadi. Kali ini aku mendail sekali lagi no telefon kawan aku..lama
juga aku menunggu tetapi senyap juga. Line yang sibuk barangkali. Aku cuba lagi
dan…terdengar suara wanita. Aku lebih menjadi hairan. Bukankah sahabatku ini
seorang yang tampan dan bertubuh sasa dan bersuara garau kenapa pula dia
sengaja bertukar suara???
Begini merdunya suara yang keluar itu
dan telah meruntum hatiku “maaf anda sudah kehabisan kredit!”
Alahai,
kecewanya aku saat genting sebeginilah aku mengalami ketirisan kredit. Aku
bingkas mencapai kunci kuda hitamku. Aku keluar dari pintu kamar berkain
pelikat jenama Gajah Terbang eh silap gajah duduk. Hembusan angin mula membaluti
tubuhku saat aku berganjak ke luar. Alamak! Aku hanya berkain pelikat dan tidak
berbaju. “Takkan nak beli topup dalam keadaan separuh bogel ni. Nanti apa pulak
orang kata. Aku bukan Aeron Aziz ataupun Nasir Bilal Khan yang bertubuh sasa.
Aku hanya seorang lelaki yang memerlukan belaian seorang isteri sahaja (eh apa
ni)” Bisik hatiku..
Aku kembali ke kamar. Baju The Bos
Gaurus yang dibeli secara online ku sarungkan di tubuhku. Aku dan kuda hitam
memecut laju.
Di sebuah kedai runcit
“Kak topup celcom ada?”
“Ada. Nak berapa ringgit?”
“Erm..RM 5 ada?”
“Ada” Jawab wanita itu selamba dan
sedikit senyuman sinis.
Wahai akak,
jangan fikir aku kedekut atau sebaliknya. Aku tidak memerlukan topup sampai
berpuluh ringgit kerana aku bukan ada awek. Nak bergayut ataupun nak
bercanda-canda di talian tak bernyawa itu. Aku sudah tidak perlukannya lagi. Nilai
kredit itu cukup untuk aku berurusan dengan keluarga, kawan-kawan dan bisnes. Itu
sahaja. Cukup ke? Mungkin ada yang bertanya. Alhamdulillah setakat ini cukup.
Duit topup yang berlebihan mungkin akan aku gunakan untuk belanja kawen ku
nanti.(Aku sekadar membuat persiapan, aku pun tidak tahu siapa jodoh aku. Sila
jangan salah faham!)
***
Kenapa dalam
blog SB ni banyak sangat cerita tentang kawen dan cinta ye? Mungkin ada lagi
yang bertanya. Blog SB ni budget je..buat cerita syok sendiri!!!
Ini jawapan aku
: aku menulis sekadar pengamalan dan penelitian dalam hidup aku. Aku menulis
sekadar untuk berkongsi ilmu. Abaikan penulisan yang mengarut dan sebagainya.
Aku akui kekhilafan diriku sendiri. Blog aku bukan blog jiwang! Aku menulis
untuk pencen aku di kubur nanti. Maaf jika ada yang terasa dengan tulisan aku.
Aku sekadar ingin menjentik rasa dan minda anda semua. Aku ikhlas, bukan harap
pujian apatah lagi follower yang ramai. JANGAN risau, aku hanya seorang penulis
jalanan yang tiada langsung penerbitan apatah lagi mempunyai pembaca setia.
Cuma aku bersyukur kerana ada insan-insan yang ‘terbuka’ hatinya untuk membaca
blog SB ini. Terima kasih dan aku izinkan korang sampaikan ilmu di sini. (Itu
pun jika korang rasa ada ilmu. Jika tiada. Let it go bak kata lagu dalam cerita
Frozen.)
Jangan risau
kawan, aku tak langsung berkecil hati jika kau katakan blog aku ini blog yang
nonsense. Allah kurniakan aku sedikit ilmu penulisan dan akan aku gunakan untuk
saham aku di sana nanti.
(Kenapa lari terus dari cerita ni??? Ok
aku sambung balik)
***
Seusai membayar duit topup aku berpaling
dan mataku tepat terpandang ke arah seorang gadis.
“Eh, kenapa dia bawa bata yang berat ni
dekat kaunter?” Aku bicara dalam hati
Gadis itu membuat bayaran dan terus
berlalu pergi. Rupanya itu bukan bata (sejenis kelengkapan untuk membuat binaan
seperti rumah) tetapi sebuah buku novel!
“Tebal betul! Berapa tahun baru nak
habis baca nie?”
Novel itu bertajuk
7 HARI MENCINTAIKU. Aku tidak ingat siapa penulisya. Maaf dan sila jangan salah
faham. Aku bukan ingin memperkecilkan novel itu apatah lagi penulisnya tapi aku
sekadar memberi contoh. Jika aku salah aku minta maaf.
Seram apabila
melihat ketebalan novel tu. Aku cuba koreksi diri. Berapa banyak masa yang akan
aku luangkan untuk menghabiskan bacaan novel itu. Jika novel yang tebal seperti
itu aku boleh habiskan dan disertakan dengan linangan air kenapa aku tidak
boleh menghabiskan novel hakikat cinta dari Tuhan (AL-QURAN) yang lebih nipis
dan lebih mengugah jiwa tatkala membacanya. Jika aku baca pun, hanya sehelai
dua sahaja.
Ada juga yang
sudah berkali-kali khatam novel yang di baca. Tapi Al-Quran?? Tanyalah hati
anda sendiri…
Aku banyak
menghabiskan novel-novel cinta tetapi sampai
ke hari ini aku belum mampu menjiwai novel hakikat cinta dari Tuhan.
Nashkahnya hanya satu tiada dua tiada tiga. Tapi aku sombong. Novel aku jadikan
guru bukan Al-Quran!
Hatiku berbisik
lagi. Kenapa aku lebih suka membaca gosip-gosip di facebook yang panjang
berjela tetapi ayat Al-Quran yang hanya sepotong dua pun aku sudah letih untuk
mengamalkannya! Aku sombong!!
Buat semua yang
istiqamah teruskanlah membaca Al-Quran. Jiwa kita akan sentiasa hidup! Tidak
salah membaca novel setebal mana pun bahkan jika ada novel yang tebal seperti
saiz bangunan pun tidak mengapa tapi yang penting jangan kita lupa dengan
bacaan yang sentiasa ada pahala jika kita membacanya yakni AL-QURAN!
Buat gadis itu,
aku minta maaf aku tidak sekali-kali menyalahkan kamu kerana bacaan yang
popular di Malaysia ini adalah bacaan berbentuk fantasi cinta yang indah-indah
sahaja! Aku tidak mahu kamu jadi begitu. Jika kamu sudi, silalah menziarahi
blog aku. HA HA HA.
“Buku yang kita
baca pada hari ini akan memcorakkan siapa kita yang akan datang” benar ungkapan
ini. Jika kita membaca buku yang penuh khayalan dan indah-indah belaka maka
hidup kita sentiasa sahaja penuh angan-angan dan mimpi-mimpi yang indah. Aku nak
jadi seperti watak dalam novel itu!”. Jadilah diri sendiri. Ingatlah hidup ini
tidak sentiasa indah. Ujian itu mendidik kita sabar!
p/s : Cerita ini ada sambungannya. Jika
ada permintaan. Insya Allah ada sambungannya. Jika tiada aku matikan cerita ini
di sini. Moga ada ilmu buat pembaca yang dicintai sekalian.
ak stuju wlpn hakikatny ak ska bca novel,truskn smbgan,kkdg kte sbg manusia perlu sntiasa diingatkn agr x mudah alpa
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDelete