Alhamdulillah semalam saya menyambut hari kebebasan setelah sekian lama
berjuang dalam medan ilmu. Selesai untuk semester ini. Masih berbaki 2 semester
lagi untuk beralih ke bidang kerjaya. Di harap para pembaca dapat mendoakan
kejayaan saya di dunia dan akhirat. Ameen. Semalam juga mencoret satu cerita
indah buat diri saya yang penuh dosa ini.
Allah mentakdirkan saya untuk menghadiri satu majlis
ilmu yang di sampaikan oleh Syeikh Nuruddin Al-Banjari. Pertemuan buat kesekian
kalinya. Syukur ya Allah di atas pengisian ini dan aku yang Dikau pilih untuk
ke taman syurga. Banyak mesej yang di
sampaikan oleh Syeikh, santai dan penuh
bermakna buat diri yang masih dan selalu melakukan dosa. Astaghfirullah.
Layakkah kita bergelar hamba kepada Allah sekiranya kita senantiasa mendustai
segala arahan dan suruhan Tuan kita yakni Allah. Hamba itu taat sifatnya. Tapi
taatkah kita kepada Allah? Hamba itu patuh sifatnya tetapi patuhkah kita dengan
arahan dan larangan dari Allah? Astagfirullah.
Antara yang menarik perhatian saya pada isi
penyampaian beliau adalah berkenaan dengan kuasa sebuah zikir yakni Istighfar.
Allahu Akbar, begitu cetek ilmu kita kerana zikir yang selalu kita amalkan
itu bukan sahaja untuk mendapat keampunan dari Allah tetapi juga turut menjadi
pembuka rezeki kepada kita dan penawar apabila kita berada dalam duka.
Istighfar itu membawa maksud “Aku bermohon ampunan kepada Allah yang Maha
Agung”. Perbanyakkanlah Istighfar di dalam hidup kita. Bukan hanya sekali
sehari tetapi berkali-kali. Kisah pengajaran terlalu banyak tentang orang yang
mengamalkan zikir ini. Mari kita ambil ibrah di atas segala kurniaan nikmat
yang diberikan Tuhan. Rezeki itu datang dengan hati yang suci, bagaimana
mendapatkan hati yang suci? Kembalilah meminta keampunan dari Ilahi.
“Barang siapa memperbanyak
Istighfar, maka akan diberi kelapangan dalam setiap kesusahan dan jalan keluar
dari kesempitan. Dan dianugerahi rezeki dari jalan yang tiada disangka-sangka.
(HR Abu Dawud dan Nasa’i)
Mari sama-sama kita perbanyakan zikir pada
Ilahi untuk menghilangkan segala daki yang ada di dalam hati yang hampir mati.
Saya tinggalkan anda dengan kuasa Istighfar yang harus kita ambil pengajaran
buat kenikmatan dalam hidup kita. Kemudian, syeikh juga turut memberi
peringatan tentang bahagianya kita apabila berada di rumah Allah yakni masjid
dan surau. Kita boleh berjemaah dengan sahabat handai di tempat makan dan
sebagainya tetapi kita susah untuk berjemaah di masjid bahkan ‘liat’ untuk
menggerakkan kaki ke masjid. Mujurlah ada solat Jumaat jika tidak mungkin sukar
dan payah untuk melangkahkan kaki kita ke Rumah Allah. Lucu apabila Syeikh
secara sinis menyatakan bahawa ada beberapa jenis golongan yang akrab dengan
masjid ini. Golongan pertama yang sentiasa ada di masjid setiap kali solat lima
waktu. Golongan kedua adalah yang hanya mampu ke masjid sekali sahaja dalam
seminggu yakni ketika Solat Jumaat. Golongan ketiga pula adalah golongan yang
mampu ke masjid sekali sahaja dalam setahun yakni ketika Solat Sunat Hari Raya
Aidilfitri atau ketika Solat Sunat Hari Raya Aidiladha. Golongan yang terakhir
pula ialah golongan yang sekali sahaja dalam seumur hidupnya ke masjid yakni
ketika dia disembahyangkan (menjadi jenazah).
Pengajarannya. Jadikanlah diri kita mencintai
masjid sebelum masjid menjadi tempat untuk kita disembahyangkan. Mungkin
pembaca masih tertanya-tanya apa kaitannya dengan tajuk cerita saya. Sabar
dahulu. Akan saya terangkan di sini. Usai mendengar ceramah dari Syeikh, saya
bergegas ke hadapan saf imam untuk mengambil peluang untuk bersalam. Ramai
jemaah yang ingin mengambil peluang untuk bersalam dengan beliau termasuklah
saya. Alhamdulillah, Allah memberi peluang itu. Kemudian para jemaah meneruskan
sola Isyak. Saf sudah dirapatkan. Saya mengundur ke saf yang pertama malangnya,
sudah penuh dan tiada ruang. Teringat pada zaman Rasulullah, para sahabat
berebut-rebut untuk berada di dalam saf yang pertama kerana ingin mendapatkan
pahala. Tetapi pada zaman kita saf yang paling belakang itu adalah saf yang
lebih ‘afdal’ dan ‘awesome’.
Saya mengundur lagi
ke saf ye kedua masih penuh, ketiga sama sahaja dan keempat tiada juga ruang
dan kelima…mata saya terpandang pada hujung penjuru di bahagian tepi
bersebelahan dengan seorang tua yang awesome itu. Alhamdulillah, ada juga
ruang. Saya mengizin lalu di hadapannya kemudian saya berada di sebelah kiri di
bahagian paling tepi dan agak sempit. Belum sempat saya mengangkat takbir orang
tua yang mulia itu memegang bahu saya dan dia menarik saya ke sisi kanan
beliau. Dia mengambil tempat saya di sisi kiri dan saya cuba menghalang
kemudian dia berkeras dengan senyuman. Biar sempit asalkan orang tua itu dapat
solat selesa. Tetapi keselesaan itu dia memberikannya kepada saya. Subhanallah.
Hendak sahaja memeluk beliau seeratnya persis datuk saya di kampung. Rakaat pertama
usai dilakukan, Orang tua itu seakan dalam kepayahan untuk bangun melakukan
rukuk, sujud dan iktidal namun dia gagahkan kerana dia yakin Allah melihat.
Bayangkan, dia terpaksa menggunakan bantuan tangannya untuk menguatkan
tenaganya untuk berdiri.
Rasa kasihan menyelubungi hati saya. Usai solat,
sempat saya membalas senyuman dengannya dan bersalam. Saya mendoakan beliau
panjang umur dan sihat tubuh badan. Ameen. Ketika melangkah keluar di pintu
masjid fikiran saya melayang monolog hadir dalam tenang…
“Aku yang masih muda ini pun kadang-kadang susah untuk berjemaah di
masjid..”
“Aku masih diberi kekuatan tenaga untuk bersolat, tetapi pak cik itu
walau ditarik sedikit kenikmatan sihat beliau tetap terus melakukan solat
berjemaah. Bagaimana pula dengan aku yang masih sihat?”
“Apabila aku sudah tua nanti, adakah aku akan sentiasa mendekat dengan
masjid atau semakin menjauh? Ya Allah lindungilah aku dari sifat yang keji.”
Saya tinggalkan sebuah hadis buat renungan para pembaca….moga penulisan
kali ini mendapat manfaat buat semua.
Rasulullah S.A.W
bersabda : ”Malaikat Jibril datang kepadaku dan berkata : “Rugilah
(kecewa) orang yang bila namamu disebut dia tidak mengucapkan selawat atasmu”.
Aku mengucap : “Amin”. “Rugi orang yang berkesempatan hidup bersama kedua orang
tuanya tetapi dia tidak sampai bisa masuk ke Syurga”. Aku berkata : “Amin”.
Jibril berkata lagi : “Rugi orang yang berkesempatan hidup pada bulan Ramadhan,
tetapi tidak sampai terampuni dosa-dosanya”. Lalu aku mengucapkan : “Amin”.
[HR. Ahmad]
terima kasih telah berbagi info.....
ReplyDeleteinfonya sangat bermamfaat.....
salam kenal dan salam sukses......
Приключения:) элитные индивидуалки Киева xxx5
ReplyDeleteНе отказывай себе в удовольствии оттрахать меня полностью! Я часто цитирую себя. Это придает остроту моему разговору.