Salam pertemuan
buat sahabat semua. Alhamdulillah pada pagi jumaat ini dapat kita bersama-sama
bernafas di bumi Allah ini. Masih lagi diberikan kesempatan untuk sama-sama
kita bersua. Allah maha pengasih maha
penyayang. Syukur kepada NYA kerana kita hambanya yang dipilih oleh Allah untuk
bersama-sama meraih dosa dan pahala yang
dikurniakan NYA.
Bisiklah
pada hati kita tentang tanggugjawab yang telah kita jalankan sebagai hamba
Allah. Monolog pada jiwa apa yang telah disumbangkan pada agama, berdialog
dengan sebaya apa yang telah kita bantu untuk agama. Saat Islam dicerca saat
Rasul tercinta di senda. Amarah kita membuah rasa. Berarak sini dan sana. Walau
ada yang tidak seia dengan perlakuan ini. Kata mereka ‘tidak perlu berdemokrasi
itu dan ini’ tidak perlu berarak ke sana
ke mari seolah-olah kita memperjuangkan nabi dan agama Ilahi.
Bagi
saya tidak mengapa. Saya ulangi, tidak mengapa. Setidak-tidaknya mereka menzahirkan
sesuatu apa yang tersirat di dalam dada. Memperjuangkan agama. Apabila desakan
ini keluar di mana-mana media ia mampu membuka mata kepada yang menghina.
Setidak-tidaknya mereka mencuba! Ada yang mengatakan daripada kita
berdemontrasi lebih baik kita berjemaah di masjid. Ya itu betul. Tetapi bagaimana
hendak berjemaah andai kita sendiri berpecah. Apabila berbicara soal hukum Allah
dan perlaksanaannya kita dikatakan berpolitik di rumah Allah.
Nabi
dulu juga berpolitik. Agama tidak lari dari politik. Politik bukan sekadar
berkait dengan pentadbiran negara tetapi seluruh kehidupan kita. Perlu kita
paham dan perlu kita khadam. Kita lakukan semampu kita. Sekadar berkata tidak
mencukupi tetapi kita amalkannya. Bagi yang mampu bersama-sama di jalanan untuk
menzahirkan kebencian kepada kaum yang mengina Tuhan. Silakan. Tapi bagi yang
boleh berdakwah tentang keindahan Islam teruskan! Jangan sesekali menghentam
mereka yang berjuang di jalanan. Kia bersatu. Biar berbeza jalan tetapi kita
punya satu tujuan! Tujuaannya adalah untuk mempertahankan agama kita.
Ingatlah,
suatu masa dahulu saya pernah menulis tentang sebuah cerita berkenaan dengan
jasa seekor burung kecil (rujuk sini). Allah tidak bertanya berapa banyak yang
kita sumbangkan kepada agama tetapi Allah akan bertanya apa yang telah kita
sumbangkan pada agama. Sekadar memberi pandangan dan luahan. Kita punya banyak
berbezaan pendapat tetapi perbezaan itu bukan bererti penentangan.
thumbs up ..love this entry .....
ReplyDeletesemua org ada pndgn tersendiri ....
sekurg2nya peristiwa penerbitn filem innocence of muslim berjya menyatupadukan umat islam seluruh dunia .....dn wajar kita amik tindkn ats penerbitn filem tersebut!!takbirrrr!