Salam buat sahabat pembaca semua. Maaf ya
kerana jarang meng ‘update’ blog. Biasalah apabila mula semester, kerja
makin bertambah, amanah makin payah dan fizikal perlu dikerah. Walau bagaimanapun
saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada pembaca dan peminat setia Secangkirbicara.. di atas kerinduan anda
terhadap blog ini.Hahahahaha. PERASAN!.
Semalam dan hari ini saya dipertemukan
dengan dua orang insan hebat. Insan yang semakin mengukir nama dan dulu pernah
menjadi insan yang ternama. Ketika berbicara dengan mereka seakan ada satu
resapan tenaga kepada diri saya untuk terus berkarya. Bukan untuk mengejar
populariti tapi untuk berkongsi ilmu Ilahi.
Ramlee Awang Murshid, akhirnya kita ketemu
juga. Walau hanya seketika tetapi saya begitu salute dengan karya-karya
anda. Maaf saya bukan peminat tegar anda. Kepada peminat bro Ramlee nie jangan
marah ye. InsyaAllah mungkin satu hari nanti saya akan jatuh cinta dengan karya
anda. Nak tengok gambar saya dengan dia..xpayahla kot..=)
Berbicara pula tokoh yang kedua ini.
Mungkin di zaman ini kita sudah tidak mengenali nama Saudara Zainal Abas ini.
Tapi pada era 70-an dan 80-an nama beliau begitu popular. Beliau merupakan
bekas juruhebah RTM (DJ). Suaranya begitu memukau hati pendengar. Mungkin
beliau amat dikenali pada zaman ibu, ayah dan datuk kita. Mudah cerita,
popularitinya dulu setanding Aznil Haji Nawawi, Faizal Ismail, dan Farah
Fauzana. Berbicara dan duduk semeja dengan beliau begitu mengujakan saya
sehingga ada sesuatu yang beliau tawarkan kepada saya. Hehehe..doakan moga
semuanya berjaya.
Saya dan Ramlee Awang Murshid
Tandatangan dari beliau
Saya dan Zainal Abas
Tandatangan dari beliau
Buku yang menceritakan pengalaman 100% beliau
sebagai seorang juruhebah. Menarik!
gambar demo ble nk amekkk? ehe..ade dlm fon kawe ni...
ReplyDeletehahahaha...kelas minggu dpe deh?bereh?
ReplyDeletebestnyee dpt jupee.. tringin nak jupe penulis nobel aisya sofea..=)
ReplyDeletewahhh Ramlee Awang Murshid..!!.. **nak sain** huhu :)
ReplyDelete