Lelaki : Assalamualaikum cik
adik manis, sihat ker? Macam mana dengan kuliah ok? Eh, Ustazah kita dah nak
raya Aidiladha nie. Ustazah tak balik kampung ke? Ooo beraya dekat kampus ae? Hehehe..
Perempuan : Waalaikumssalam
wahai kumbang hitam, Hehehe..Alhamdulillah, Ustaz sihat ke? Eh, ape pulak tak
balik mesti la balik kampung, Ustaz takpela, Ustaz kan kuat berdakwah.
Lelaki : Aik, macam perli
jer, berdakwah-berdakwah juga tapi usrati tak boleh lupe wahai Ustazah, mestila
balik kampung untuk urusankan kisah kita nie..
Perempuan : Gulp….errrrr
Lelaki : Gapo pulok buat
muke cenggitu? Saya bergurau je Ustazah, InsyaAllah jodoh tue kan rahsia Allah.
Perempuan : Ha tau pun,
siapa berani jumpa mak ayah saya dulu diala yang akan berjaya ke peringkat
seterusnya. Faham Ustaz??
Lelaki : Er..baiklah Ustazah..serius
nampak!
Perempuan : Off course
serius, ini bukan cubaan ini berul-betul, ini soal hati dan perasaan, ini soal
taqwa dan iman. Perkahwinan harus disemai atas dasar tanggungjawab bukan
atas cinta semata.
Lelaki : Fuh! Saya kena
dengar tazkirah nie ae? Heee
Perempuan : Ye! Ustaz saya
nak tanya beberapa soalan boleh?
Lelaki : Boleh, tanyalah
tapi kalau soalan tentang tue..err saya berani jawab saya masih single dan belum
berpunya lagi.Hee
Perempuan : Ish, bukan
itulah. Mohon Ustaz ceritakan tentang peristiwa Aidiladha boleh? Saya teringin
sangat nak tahu kisah ni. Ustaz kan hebat boleh buat ayat berbunga-bunga boleh
cerita soal politik, ekonomi dalam negara takkan kisah hari raya Aidiladha nie
tak boleh. Small matter jer kan..Lelaki nie kena tahu ilmu agama. Kalau
tak macamane nak didik isteri dia nanti. Betul tak Ustaz? Heee..
Lelaki : Emm..tiba-tiba saya
rasa bagai ada pisau yang menghiris kalbu saya. Pedih jugak. Hehehe. InsyaAllah
saya cuba ye. Kisah dia berbunyi macamni..Ehem-ehem, dengar ye
kawan-kawan..Hehehe.. Pada suatu hari nabi Allah Ibrahim telah bermimpi bahawa
Allah telah menyuruh baginda untuk menyembelih anaknya yang bernama Ismail. Selepas
mendapat mimpi tue, Nabi Ismail pun terus memberitahu isterinya yang bernama
Siti Hajar. Mereka berbincang. Lalu Siti Hajar berkata “Mungkin mimpimu itu
hanya mainan tidur sahaja, tetapi jika mimpi itu merupakan wahyu Allah maka
wajiblah dikau turuti” Apabila mendengar kata-kata itu Ismail terus berkata “Wahai
ayahku, sekiranya ini merupakan wahyu dari Allah SWT, aku sedia merelakan
diriku untuk disembelih.”
Perempuan :Owh..lepas tue
apa jadi? Agak-agak kalau kita la kan Allah uji untuk menyembelih sendiri anak
kita mampu tak kita buat Ustaz? Yakin tak kita dengan Allah kan?
Lelaki : Anak kita? Er…ok
fine..Allahuakbar Allah maha besar, Allah tahu apa yang terbaik buat
hambanya. Apabila persetujuan dicapai, keesokan harinya Nabi Ibrahim pun membawa
Ismail untuk disembelih. Orang ramai yang mengetahui berita penyembelihan ini
begitu terkejut dan menganggap nabi Ibrahim gila. Tetapi apa pun kata orang,
nabi Ibrahim tidak langsung menghiraukannya. Baginda setia menurut perintah
penciptanya. Setelah mereka sampai ke tempat yang hendak dituju puteranya itu
terus berkata “ Wahai ayahku, aku fikir cara yang terbaik untuk menyembelih
adalah dengan cara aku disembelih dalam keadaan menelungkup tapi mata ayah
mestilah ditutup. Ayah, ayah mesti tahu arah pedang yang tajam dan ayah kenakan
tepat pada leherku.”
Lalu nabi Allah Ibrahim pun
melaksanakan perintah Allah yang hadir di dalam mimpinya itu. Baginda mengucap
kalimah atas nama Allah lalu memancungkan pedangnya pada leher puteranya itu. Maka
terperciklah darah dan mengenai badan Nabi Ibrahim. Nabi Ibrahim menggeletar
seluruh tubuhnya dan terus membuka penutup matanya. Alangkah terkejutnya Nabi
Allah itu apabila melihat benda yang disembelihnya itu bukanlah anaknya tetapi
seekor kibas! Dengan memuji kebesaran Allah SWT, baginda dan puteranya itu
berpeluk seeratnya dan mengucapkan syukur kepada Allah kerana telah memberikan
kekuatan sehingga mereka mampu melaksanakan amanah Allah yang berat ini
Perempuan : Allah, hebatnya
ujian Allah pada nabi kan Ustaz, kita nie bila diuji sedikit mesti mengeluh
mesti mudah putus asa. Nabi pun diuji dengan ujian nyawa dari keluarga tercinta.
Kita wajib ambil pengiktibaran dari cerita nie kan Ustaz? Syukran ye kerana
sudi berkongsi. Nak tanya lagi boleh?
Lelaki : Insyaallah boleh,
tanyalah takda tol pun.Hehehe.. Bila ntah tol kat Malaysia ni nak dihapuskan. Pemimpin
makin kaya tapi rakyat miskinnya melata!
Perempuan : Hehehe.ke situ
pulak. Ok tuan Ustaz, saya nak tanya nie boleh Ustaz ceritakan berkenaan dengan
hari raya Aidiladha?
Lelaki : InsyaAllah, di
dalam bahasa arab Hari raya Haji atau Aidiladha nie disebut sebagai ‘Eid
Ul-Adha. Aidiladha disambut pada hari ke 10,11,12 dan 13 bulan Zulhijjah
pada setiap tahun. Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah
diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10
Zulhijjah dan sambutan ini diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan sama
ada pada 10 atau 11 atau 12 atau 13 Zulhijjah.
Perempuan : Owh, maknanya Ustaz,
cerita kisah penyembelihan anak nabi Ibrahim ni ada kaitan la dengan Hari raya
Aidiladha?
Lelaki : Ya benar bu, Hehe..Aidiladha
merupakan satu perayaan umat Islam yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk
umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan
perintah Allah dan kesabaran dan ketabahan baginda untuk memenuhi perintah
Allah.
Perempuan : Owh, korban
pulak?
Lelaki : Upacara korban akan
dilakukan selepas sembahyang. Antara binatang yang boleh dikorbankan seperti
lembu, kambing, dan biri-biri. Para jemaah akan bergotong royong di dalam
majlis ini. Daging-daging sembelihan itu akan diagih-agihkan kepada orang ramai
terutamanya kepada golongan fakir miskin.
Perempuan : Owh. Hebat ilmu Ustaz
ye.
Lelaki : Ish takdala Ustazah
oi. Itulah pentingnya kita menuntut ilmu. Ilmu ini jambatan untuk kita
menuju iman. Dengan cara apa kita memperoleh ilmu. Dengan belajar di
sekolah, universiti, mendengar kuliah-kuliah agama dan membaca buku-buku ilmiah
dan agama. Kita kena rajin membaca. Saya teringat kata-kata hukama ~Siapa
diri kamu pada masa akan datang akan dicorakkan dengan buku apa yang kamu baca
sekarang!~
Perempuan : Ermm..macam
perli jer nie..
Lelaki : Ish takdela,
peringatan untuk diri saya jugak. Kita boleh habiskan masa dengan pelbagai
perkara yang tidak berfaedah tetapi kenapa kita tidak boleh luangkan masa untuk
menbaca dan menghayati surat cinta dari Allah dan membaca buku-buku ilmiah.
Perempuan : Syukran Ustaz,
di atas nasihat tu ye. Ni lah ciri suami mithali.
Lelaki : Ye ke?
Perempuan : Ye
kere..Hehehe..gurau jelah.. jangan marah ye. Kita persiapkan diri ye! Jadilah
soleh dan solehah pasti datang untuk kita solehah dan soleh.
Lelaki : Ye! Moga Allah
rahmati ukhwah kita ini. Selamat menyambut hari raya Aidiladha ye Ustazah. Maaf
zahir dan batin
Perempuan : saya pun, mohon
maaf ye. Selamat menyambut hari raya Aidiladha jugak. =)
p/s : sedikit dialog santai
dari penulis. Mohon maaf sekiranya secangkirbicara telah membuat banyak
kesilapan sepanjang menulis ini. Terima kasih kepada pembaca setia. Pohon doa
dari kalian semua moga penulis dapat terus menulis dan memberikan ilmua yang
berguna buat bekal penulis di sana nanti. Ameen. Selamat menyambut hari raya
Aidiladha ye, Maaf zahir dan batin
Selamat menyambut Aidiladha :)
ReplyDeletethanks singgah..sy follow blog Secangkir bicara..
Hehe.. Best pulak tengok Ustaz tu bercerita sambil mengusik..
ReplyDeleteSalam EidulAdha :)
assalamualaikum^^ huhu. sangat best ayantnya. suke... huhu... macam perbualan real ;) hee.,... btw. semoga sentiasa menulisssssss :) iA.keranaNya :)
ReplyDelete