Pages

Monday, October 29, 2012

♥ Setia Setangkai Mawar ♥




Sofea menatap sayu wajah suaminya. Dia bungkam hanya mampu memerhati. Saiful terbaring kaku di katil hospital. Sofea bagai putus harapan tatkala melihat keadaan Saiful. Dia tidak mampu lagi bergerak dan tidak mampu lagi membuka mata. Saiful koma. Satu kecelakaan yang menimpa diri Saiful telah membuatkan Sofea rasa gelita. Warna harinya kini suram, impiannya untuk membina bahtera rumah tangga bersama Saiful semakin tenggelam. Entah mengapa, entah kenapa Saiful yang harus menerima ujian ini. Sofea hanya mampu menangis dan terus menangis.

Ya Allah, berikanlah kesembuhan pada suamiku ini, aku amat mencintai dia Ya Allah, aku tidak sanggup melihat penderitaannya Ya Allah, biarlah aku menjadi pengganti pada kesakitannya Ya Allah, janganlah dikau mengambil nyawanya saat aku masih belum bersedia untuk melepaskannya.” Monolog Sofea di dalam hati.

“Abang, bila abang nak bangun bang? bila abang nak tatap muka Lea bang?” Lea gelaran yang dipanggil saiful kepada Sofea.

“Abang, dah beberapa bulan abang koma, abang tak rindu kepada Lea ke? Abang, Lea rindu sangat-sangat dekat abang, dulu Lea penat bekerja abang ada bagi semangat, bila Lea berduka abang datang beri Lea penawar, kita bercerita saat-saat lucu dan duka kita…kita ketawa dan bersedih bersama..abang ingat tak lagi bang? Abang, Lea rindu saat tue abang.”

Saat itu, Saiful hanya mampu mendengar kata bicara dari isterinya yang tercinta. Mahu sahaja dia bicara tetapi lidahnya kelu tidak mampu berkata. Mahu sahaja dia membelai dan mengusap tangan isterinya tetapi dia tidak punya daya. Dia koma! Matanya tidak mampu dibuka tetapi hatinya sentiasa bercahaya mendengar setiap rintihan mawarnya yang tercinta.

“Lea, abang dengar setiap apa yang Lea katakan, abang rasa apa yang Lea rasa. Lea sayang, janganlah Lea bersedih, abang dah tak mampu nak alirkan air mata untuk Lea.”

“Lea, abang pohon doa dari Lea moga abang sempat membuka mata dan dapat melihat Lea untuk kali terakhir. Lea maafkan abang, abang tak dapat menjadi suami yang terbaik untuk Lea. Lea sayang, janganlah menangis lagi, abang tak mampu mengusap air mata Lea, abang cuba sedaya upaya tapi abang tak mampu.” Bisikan dari hati Saiful.

“Abang, Lea minta ampun dari abang kalau Lea bukan isteri yang sempurna buat abang, Lea banyak khilaf dengan abang, Lea tahu abang banyak terasa hati dengan Lea tetapi bang, Lea cuba untuk jadi yang terbaik yang dapat bahagiakan hari-hari abang.”

“Abang bangunlah, senyumlah dekat Lea, tataplah wajah Lea ni abang, abang dah terlampau kurus sekarang, abang Lea dah tak sanggup lihat abang dalam keadaan macam nie. Lea dah tak punya kekuatan lagi.”

“Lea, Allah maha tahu apa yang terbaik buat hambanya, Allah dah rancang sesuatu yang baik buat abang dan Lea buat kita. sayang. Lea perlu hadapi dugaan ni. Kalau bukan Lea abang dah takda kekuatan lagi. Hela nafas abang makin sempit Lea, abang rasa perit untuk menanggung beban ini tapi abang yakin Allah, maha mengetahui. Lea sayang, ujian dari Allah ini tanda Allah sayang pada kita. Allah nak menguji setia Lea dan seia abang. Abang akan berjuang sampai hembusan nafas abang yang terakhir.”

“Ya Allah, segerakanlah kesembuhan pada suamiku ini, dia pohon ku untuk berpaut, dia sungaiku untuk aku meneguk air jernih, dia sayapku untukku menguap cinta pada mu wahai Allah. Ya Allah, ku akur atas ketentuan ini, takdirmu mengatasi tadbirku, namun wahai Allah ku yakin setiap duka yang kau berikan pasti nanti dikau ubat dengan penawar kebahagiaan buatku dan buat suamiku.”

********

“Apa?? kau nak berkahwin dengan dia? Sofea, kau sedar tak apa yang kau cakap nie?” Soal Dato’ Salleh kepada anaknya itu

“Betul Lea, mama takut nanti kau yang susah.” Tambah Datin Sarifah ibu kepada Sofea.

“Mama, papa, sekarang nie Lea memilih dia bukan kerana harta ma, tetapi kerana akhlak dan agamanya. Lea mohon maaf sangat-sangat pada mama dan papa kerana menolak pilihan mama. Tapi Lea berhakkan untuk memilih jodoh Lea? Lea tahu ma, jodoh itu rahsia Allah tapi Lea cuba berusaha untuk mencari yang terbaik, andai nanti bukan yang baik mungkin Allah sudah takdirkan Lea untuk sama-sama melayari bahtera rumah tangga dan belajar untuk menjadi isteri yang punya hati yang tabah.”

“Mama faham maksud Lea tue. Mama tak pernah halang apa pun keputusan Lea tapi soal jodoh nie mama perlu campur tangan sayang. Lea, perkahwinan tue bukan dijalin dalam masa yang singkat tapi, hingga ke akhir hayat. Mama nak yang terbaik untuk ganti mama dan papa jaga Lea nanti.” Ujar Datin Saripah kepada anak kesayangannya itu.

“Papa pun sama Lea, papa tak pernah halang Lea untuk berkahwin, papa bersyukur sangat bila pintu hati Lea terbuka untuk berkahwin dari dulu lagi papa dan mama berhajat nak nikahkan Lea. Tapi bukan dengan dia Lea, dengan anak Dato’ Syarif. Lea kenal kan? Papa nak jodohkan Lea dengan Faizul. Papa bukan pentingkan harta yang ayah dia ada tapi bagi papa dia baik sangat, hormat orang tua dan penuh budi bahasa. Lagipun dia belajar bidang agama di Universiti Al-Azhar. Lagi setahun sahaja dia akan balik ke Malaysia. Papa rasa elok sangatlah kalau dijodohkan dengan Lea.”Tambah Dato’ Salleh

Lea seakan terdiam, harapannya kini buntu. Suasana di dalam rumah itu tiba-tiba menjadi sunyi. Hanya peti televisyen sahaja yang mampu mengeluarkan lunak suaranya.

“Papa, Lea merayu sangat demi kesejahteraan Lea dan demi kebahagiaan papa dan mama. Izinkan kali ini Lea pilih jodoh Lea. Mama, Lea dah pinta pada Allah supaya tunjukkan jodoh Lea, mungkin ia tersurat di balik yang tersirat tapi Lea pohon sangat mama doakan kebahagian Lea dengan abang Saiful.”

“Papa nak jumpa dia” Suara Dato’Salleh memintas kata.

“Papa izinkan ke?”. Soal Sofea

“Bukan izinkan lagi tapi papa nak kenal dengan dia. Esok cuti kan? Jemput dia datang rumah”
“Yeay! Tq papa Tq mama.”

“Eh budak nie, papa dan mama hanya nak kenal je bukan ada kata putus lagi ye.”

Sofea begitu bersyukur dengan jawapan yang diberikan oleh ayahnya itu. Entah berapa kali dinyatakan hasratnya untuk memperkenalkan Saiful kepada orang tuanya itu tetapi mereka tidak langsung melayan permintaan Sofea. Dia sudah buntu dan hampir berputus asa tapi entah kenapa hari ini bagai ada kekuatan kepada dirinya untuk menyampaikan segala apa yang terpendam di jiwanya.

Perkenalan dia dengan Saiful tidak dirancang. Mungkin Allah telah merencanakan uhkwah mereka.

********

“Tolong…tolong…” Sofea terdengar bagai ada jeritan suara meminta tolong.

“Ish, suara siapa nie, sekarang dah pukul 8 malam takkan hantu dah ada” Bisik hati Sofea

“Tolong, ada sesiapa di luar tak? Tolonglah saya.” Suara lelaki itu semakin lemah

Sofea menggamati suara itu berulang kali. Ternyata suara itu datang dari sebuah bilik stor yang terkunci. Mujur dia ada di situ. Tombol pintu itu mempunyai masalah, ada ketika dia perlu dibuka di bahagian luar apabila terkunci.

Sofea memberanikan diri untuk membuka pintu itu

“Kreek….” Akhirnya pintu stor itu berjaya dibuka

Tiba-tiba dia melihat sosok lembaga putih berdiri di depannya. Lidah Sofea kelu. Dia hendak menjerit tetapi suaranya seakan terhalang. Sosok tubuh itu berpaling ke arahnya! Dan terus melemparkan senyuman.

Sofea pengsan!

“Lea..Lea.. bangun Lea..” Wani, Zaza dan Peah mengejutkannya

“Kau pengsan tadi Lea, mujur ada Saiful yang kerja cleaner tue selamatkan kau. Jangan risau kau tak diapa-apakan dah aku dah check badan kau.” Kata Wani

“Eh, kau nie nak bergurau pulak. Lea kan baru jer sedar tue.” Marah Peah kepada Wani

“Tup..tup..” Pintu pejabat Lea diketuk.

“Assalamualaikum. Boleh saya masuk?”

“Waalaikumsalam, oh Saiful, masuklah.” Pelawa Wani

“Eh, kenapa aku macam pernah tengok je rupa dan baju dia nie.”  Sofea seakan kaget

“Sudahla Lea. Saiful dan ceritakan tadi kepada kami, kau yang menyelamatkan dia masa dia terkunci di dalam stor tadi.”

Muka Saiful kemerahan. Seakan menahan mahu

“Macamana keadaan kawan kamu nie? Dia dah ok?” Soal Saiful

“Sudah…” Jawab Peah selamba

“Ish..ish..aku nak post status kat fb la.. bunyi dia macamnie..apabila heroin menjadi hero..hahaha.” Usik Wani.

“Hahahaha.” Mereka semua ketawa

Saiful merupakan seorang cleaner manakala Sofea pula bekerja sebagai pengurus syarikat tempat Saiful bekerja. Pertemuan mereka ini bagai ada lanjutan tanda untuk ke peringkat seterusnya. Namun, Saiful sedar dia bukan tandingan untuk Sofea, siapa dia untuk memiliki hati gadis seorang yang punya harta dan takhta. Dia tidak layak!

********

BERSAMBUNG DA….


No comments:

Post a Comment