Ya Allah diri ini berada di dalam
kesakitan. Kau sembuhkanlah segala penyakit yang ada di dalam tubuhku ini.
Sembuhkanlah Ya Allah. Tidak lama lagi aku akan berperang dengan tinta untuk
meneruskan amanahmu sebagai khalifah. Ku pohonkan agar kau memberikanku
kesembuhan yang baik Ya Allah. Engkau
yang memberikan kesakitan dan engkau yang memberikan kesembuhan. Mudah-mudahan
semuanya di bawah penjagaan mu. Wahai Allah kurniakanlah aku nikmat hidup yang
senantiasa mencintai dan mensyukuri
keagunganMU. Mudah-mudahan aku menjadi hamba mu yang soleh dan mudahan aku
menjadi anak yang baik.Amen.=)
Semakin kita meniti usia semakin dekat kita
dengan kematian. Usia kita kian bertambah dosa kita juga makin membongkah tapi
apakah natijah yang telah kita lakukan di sebalik pemberian nikmat Allah ini.
Adakah kita terus bergelumang dengan dosa adakah kita masih seperti dahulu dan
tidak langsung ingin merubah. Tidak cukup hanya sekadar memasang angan-angan
tanpa dizahirkan dengan perlakuan. Impian itu penting tapi biarlah ia menjadi
kenyataan. Pesan saya pada diri, kematian itu pasti tapi sudahkah kita bersiap
sedia atau hanya sekadar menanti? Tidak. Marilah sama-sama kita perbetulkan
diri. Marilah sama-sama kita tingkatkan amal ibadah kita. Ingat, jalan ke
syurga itu banyak, pilihlah dan carilah kerana syurga itu mahal dan indah.
Kiralah berapa umur kita sekarang dan
muhasabahlah sejenak apakah kita sudah melaksanakan amanah kita dengan Allah
dengan sebaik mungkin, segala apa yang kita ada ini semuanya pinjaman bukan
milik kita yang kekal. Hanya Allah yang maha kekal, Maha Kekal. Buat teman
semua selagi masih ada nafas pada nyawa kita, laksanakanlah apa yang belum kita
laksana. Saya yakin. Masih banyak hutang kita dengan Allah. Taubat itu terbuka
luas bagi insan yang benar-benar ingin berubah. Kebaikan itu bukan hanya untuk
orang baik, tetapi orang yang pernah melakukan kejahatan juga masih mampu untuk
berubah menjadi baik dan ingin walau diri kita sudah mendapat hidayah untuk
berubah jangan sekali-kali kita bongkak dan sombong. Jawatan itu bukan kuasa
tapi amanah dari Allah. Terkadang kita bangga mempamerkan kehebatan kita di facebook,
menjaja diri kita sini dan sana dalam bahasa remaja, merasakan diri ‘budget’
bagus. Apa sahaja yang kita lakukan diceritakan di laman itu. Allah tidak
memandang pada diri orang yang sombong. Keihlasan dalam melakukan amanah itulah
yang di pandang Allah. Biar tidak nampak di mata manusia tapi jelas pada
pandangan Allah.
Hari ini, Jumaat yang terakhir buat kita. Masihkah
sempat untuk kita merasa Jumaat yang seterusnya? Masih adakah ruang dan peluang
untuk kita merasai nikmat penghulu segala hari ini. Allah. Sayu rasa saya
diiringi mendung cuaca di sana, rasa sayup mula membelenggu diri sama rasanya
tatkala mengingati pemergian Ramadhan pada tahun ini. Sempatkah saya untuk
merasanya lagi sempatkah kita wahai teman? Jumaat yang terakhir ini peringatan
buat kita dan ingatan buat semua yang bernyawa. Hari ini akan berlalu pergi
adakah kita akan bertemu pada tahun yang mendatang. Sama-sama kita berdoa moga
Allah panjangkan umur kita dan moga Allah berikan peluang untuk kisa
melaksanakan sisa amanah yang masih belum kita jamah.
Jumaat yang terakhir ini, kita penuhkan
dengan amalan. Ingatan buat diri yang lemah ini. Kita mampu bertahajud dengan facebook
dan twitter hingga ke hening pagi masakan kita tidak mampu untuk bertahajjud
di malam hari mengatur janji dengan Ilahi. Ayuh sama-sama kita koreksi diri
lakukan perubahan kerana esok belum tentu ada. Jika ada, Alhamdulillah. Bagi yang
punya musuh, maafkanlah mereka. Sukar untuk memaafkan tetapi ingat Allah itu
maha pengampun dan maha pemaaf dan nabi Allah juga insan yang senantiasa
memaafkan umatnya. Berilah kemaafan.. jagalah hubungan kita dengan Allah, Allah
pasti akan menjaga kita. PASTI!
Lagu ini penuh peringatan buat
kita.Dengarlah..luangkan sedikit masa anda dan hayati bait-bait katanya.
No comments:
Post a Comment