Pandangan mata selalu menipu kita tetapi
pandangan hati tidak pernah menipu bahkan ia tetap dan jujur. Kita akan melihat
dan menilai seseorang itu pada kebiasaannya dengan menggunakan panca indera yang
kita panggil sebagai mata. Melihat kecantikan seseorang wanita itu juga dengan
menggunakan mata. Suka kita apabila ada rakan di sekeliling kita memuji
kecantikan kita.
“Eh, awak cantiknya wajah awak, mulusnya
kulit awak dan putihnya awak..” Begitulah lebih kurang pujian dari rakan kita.
Saya percaya lelaki mana yang tidak terpana
dengan kecantikan yang ada pada wanita itu. Virus ini bukan sahaja ada pada
golongan lelaki yang biasa-biasa sahaja tetapi turut tersebar pada golongan
lelaki yang ber ‘agama’. Mereka memandang mengikut corak pemikiran mereka. Wanita
cantik yang dibaluti dengan akhlak yang baik. Sebenarnya kecantikan itu mampu
membunuh seorang wanita itu. Mahukan terlalu cantik sehingga sanggup membuat
pendedahan plastik yang begitu mahal harganya. Bukan sahaja mahal dengan kiraan
angka tetapi harga yang terpaksa di bayar pada muka apabila ia memberikan kesan
sampingan kepada kita.
Masih ingatkah nama seperti Jocelyn
Wildenstein yang telah membelanjakan sebanyak 4 juta US Dollar untuk mengubah mukanya
menjadi raksasa? Masih ingatkah pada seorang wanita Korea yang bernama Hang
Mioku begitu ketagih membuka pembedahan ke atas mukanya hanya untuk dilihat
cantik dan akhirnya beliau menjadi seperti raksasa yang digeruni. Itu cerita
figura di luar negara. Mari kita lihat di Malaysia. Saya rasa semua pasti kenal
kepada nama Zila Bakarin ini. Jika anda tidak mengetahui tentang ini, anda
boleh saja google di internet. Apa yang beliau nyatakan adalah beliau
begitu menyesal telah melakukan suntikan terhadap wajah dan bibirnya hanya
kerana untuk dilihat cantik.
Saya sengaja mengambil contoh artis di luar
sana kerana mereka sudah mempunyai nama dan boleh dijadikan pengiktibaran buat
kita. Ini baru sahaja sudah pandai sedikit bergaya dan bermake-up sudah
tergedik-gedik ingin menayangkan kecantikan mereka itu. Untuk siapa sebenarnya
kita tunjukkan kecantikan kita itu wahai kaum wanita? Untuk mendapat anugerah
dan pujian dari manusia? Hanya untuk itu? Alangkah rendahnya maruah anda. Ya. Saya
minta maaf, kerana jika itu yang anda inginkan anda pasti akan dapat tetapi
anda mungkin lupa siapa sebenarnya si pemberi wajah kecantikan itu kepada anda.
Adakah anda gunakan sebaiknya? Wajah itu dari kurniaan Allah yang maha indah
maha cantik.
Mari kita lihat diri kita, sudah berapa
juta gambar kita di upload di facebook, blog. Twitter dan sebagainya. Ingat
kembali niat kita yang sebenarnya mengapa perlu kita mengupload gambar
itu? Adakah kita ingin merakamkan kenangan abadi atau sekadar hanya ingin
mendapat pujian dan like yang tinggi. Saya menegur diri saya yang serba
kekurangan ini. Wahai kaum wanita di luar sana. Anda tahu bahaya gambar anda
itu apabila diupload di facebook. Anda tahu kan? Tetapi hakikatnya
anda malas hendak ambil tahu. Bangga dengan jumlah like yang banyak,
bangga dengan memberi saham dosa pada insan yang menekan button like
itu. Alangkah ruginya kita. Untuk apa sebenarnya kita suka menayangkan wajah
cantik kita itu. Untuk pujian? Untuk tatapan semua? Kita bukan artis tetapi
salahkah kita menepis segala dugaan yang akan menghakis peribadi kita? Sama sahaja
bagi yang bertudung, berpurdah dan gambar yang membuka aurat. Setiap hari
bertukar profile picturenya. Bangga agaknya dengan pujian.
Nasihat saya jika ada yang memuji kecantikan
anda itu. Jawablah dengan penuh hemah jawablah hanya kerana Allah….
“Wahai sahabat, Alhamdulillah kecantikan
ini hanya pinjaman dari Allah dan bukan milik saya yang kekal. Wajah cantik
yang awak lihat sekarang ini nanti akan ada kedutan dan pengakhiran akan jadi
makanan kepada ulat dan kala jengking. Akan kembali pada Allah. Sahabat, saya
bermohon agar anda mendoakan saya, kerana saya tidak mahu sesekali menjadi
fitnah pada manusia, kaum adam terutamanya.”
Ukirlah kata jawapan itu dengan rasa
merendah diri dan hanya kerana Ilahi bukan atas dasar inginkan simpati atau
menunjukkan diri punya ilmu agama yang tinggi. Berilah nasihat walaupun ianya pahit
untuk diterima.
Soal cantik itu adalah subjektif dan ia
amat sukar ditafsir dengan mata. Ramai yang salah anggap apabila seseorang itu
punya wajah yang cantik sudah tentu akhlaknya juga baik. Ada.. tetapi tidak
semua. Bahkan rupa itu lari dari peribadinya. Rupa itu digunakan untuk
menggoda, untuk meraih harta, untuk kepentingan diri dan hanya untuk kepuasan
nafsu sahaja. Malang dan malang. Tetapi anugerah yang paling indah apabila
wajah itu selari dengan akhlaknya kedua-duanya baik dan terdidik. Kita selalu
mendengar perkataan ‘love is blind’. Itulah anugerah. Lelaki yang punya
wajah yang biasa mendapat isteri yang indah wajahnya dan begitu juga dengan
wanita yang punya wajah yang luar biasa mendapat suami yang indah rupanya. Itulah
kurniaan Allah bagi orang yang bersabar dan menjaga akhlaknya.
Saya teringat perbualan antara saya dan
kawan saya..
“Ramai orang tanya dekat aku, kenapa aku
pilih awek yang biasa-biasa je muka dia”
“Kenapa?” Soal saya ringkas
“Yela, pilih yang cantik-cantik ni susah
kalau dia tak pandai jaga muka, senyum dia orang rindu, muka dia sentiasa orang
nak pandang, nanti aku juga yang cemburu”
“La..apa susah kau jalan dengan dia nanti
kau tutup je muka dia dengan kain ke dengan topeng Power Rangers”
“Ish kau nie..aku serius la…sebab tu aku
nak pilih yang biasa-biasa je”
“Itu yang kau takutkan ke? Bukan ke wajah
cantik dia tue Allah yang cipta? Jadi kita nasihat dan doa supaya dia jaga
kecantikan dia tu. Jangan nanti jadi fitnah kepada kita terutamanya dan kepada
orang yang memandangnya.”
“Tapi aku ni kuat cemburu. Nanti khawen. Takkan
tiap masa aku nak cemburu?” Ujar kawan saya itu.
“Hmm..cemburu tu kan perasaaan, perasaan
kan boleh dikawal dan diubah?” Jawab saya
“Ye..kena cari yang cantik la maksud kau?”
“Ye..yang cantik akhlak..kalau dapat cantik
wajah itu bonus dekat kau. Tapi jangan nak main-main pula.
Kalau kita
kejar yang cantik muka. Memang banyak kat luar sana bahkan kita takkan dapat
terkejar tapi carilah yang ada akhlaknya. Okay?”
“Okay, baiklah ustaz..ana dengar nasihat
enta”
“Hahaha..ish, aku bukan ustaz, aku tak
hebat la..aku hanya penasihat..hahaha.” Ujar saya menutup bicara
Ingatlah bahawa semuanya hanya pinjaman
dari Allah. Kita akan kembali kepadanya. Itu pasti. Bila waktu dan masa hanya
Allah yang mengetahui. Jadilah wajah indah kita itu wajah yang senantiasa
mengikat tentang Allah bukan wajah yang selalu menimbulkan kata-kata fitnah
kepada kita dan agama.=)