Menghargai sesuatu yang ada di hadapan mata
kita membuatkan kadang-kadang kita buta dan tidak mampu menilai apa yang
terbaik buat kita. Di hadapan kita itu sudah ada yang baik tetapi kita sentiasa
ingin mencari yang terbaik. Ingin mencari yang sempurna. Kita harus faham dalam
soal kitaran hidup ini. Diri kita baik tidak semestinya kita mendapat pasangan
yang baik. Sama-sama kita memperbaiki diri. Sering terjadi apabila cinta itu
kita rasakan hanya secebis cuma. Kita perlukan saat kita dalam kesempitan atau
sekadar ingin mengisi ruang kosong di dalam hati dan apabila kita sudah
memiliki sesuatu yang lebih bermakna akan kita tinggalkan apa yang pernah ada
dahulu.
Kita tidak cuba untuk menghargai dengan
sejujurnya apa yang kita ada sekarang. Kita tidak cuba untuk meyakini apa yang
kita miliki sekarang kerana hati kita masih tidak teguh dan tidak utuh apa yang
kita punyai sekarang. Terkadang terpalit pelbagai persoalan yang melanda benak
fikiran kita. Adakah benar? Tepatkah pilihan ini? Muktamadkah? Hanya persoalan
yang menyatakan diri kita masih keliru. Bukankah Allah itu ada dengan kita? Bukankah
doa itu silah kita pada DIA? Mengapa harus kita mempersoalkan apa yang kita
tidak pasti kesudahannya. Segala pengakhiran akan berlaku sama ada baik ataupun
buruk. Tetapi percayalah Allah sentiasa memberikan kebahagiaan kepada hambanya
walau ada dengan jalan derita.
Apabila berlaku yang sebaliknya kita harus
berhenti menyalahkan takdir. Anggaplah ia kesilapan kita di dalam mentadbir
hati kita ini. Kita telah gagal dalam mentadbir diri, hati, nafsu dan segala
pancaindera yang kita ada. Sering kali kita berduka dengan musibah yang melanda
kita. Tapi ingatlah bahawa semua yang menimpa diri kita itu sebagai tangga
untuk kita menjadi yang terbaik bukan sekadar hamba Allah yang hanya tahu hidup
dan makan sahaja tetapi sebagai hamba Allah yang tahu peranan hidup dalam
kehidupan mereka. Jadilah kita seorang hamba Allah yang senantiasa bersyukur
terhadap apa yang dikurniakan kepada kita.
Hidup ini pasti banyak ujian. Ujian hati
yang sukar untuk kita tepis dan memerlukan kesabaran yang amat tinggi di
dalam mentadbir hati kita. Saya masih
ingat dengan peribahasa ciptaan saya ini.~ kerana dosa setitik, rosak hati
keseluruhannya~ bersamalah kita di dalam mentadbir hati kita ini. Usahlah mengharapakan
kesempurnaan pada apa yang kita ada selagi mana diri kita masih belum sempurna.
~cintailah orang yang engkau cintai itu
sekadarnya sahaja, sebab barangkali suatu hari dia akan menjadi orang yang kau
benci, dan bencilah orang yang tidak engkau sukai itu sekadarnya sahaja sebab
barangkali suatu hari nanti dia akan menjadi orang yang kamu cintai~ (HR
Tirmizi)
Cinta.. Owh mudahnya berkasih sayang. Tp.. Jgn terlalu menghrapkan kesempurnaan andai diri tak sempurna. Cinta seadanya
ReplyDelete... singgah sini
ReplyDelete