Allah itu sayang pada kita dan Allah
sesekali tidak pernah jauh dari kita. Tiap hari, detik saat dan waktu Allah
senantiasa ada dengan kita. Andai ada perkara yang menimpa, cukuplah Allah
sebagai pelindung dan tempat untuk kita bergantung harap. Manusia hanya sebagai
alat untuk memudahkan segala urusan kita. Allah yang pemilik segala-galanya dan
yang utama.
Saya yakin dan percaya kita semua mempunyai
kemahuan dan inginkan kejayaan dalam hidup kita. Kita hendak berjaya dalam
pelajaran, kemudian bekerjaya, seterusnya ke alam rumah tangga. Tetapi ingat
kita masih lagi berpegang kepada amanah dari pencipta dan kita masih lagi ada
gelaran ‘hamba’ di dalam diri kita. Bukan hamba kepada manusia dan harta tetapi
hamba kepada PENCIPTA kita.
Ke mana sahaja kita pergi, ingat. Allah
sentiasa di hati dan memerhati. Tiap apa yang menimpa kepada diri kita. Harus kita
lalui dengan tabah dan selesaikan dengan penuh hemah. Penyelesaian itu ada kita
yang perlu mencari dan memikirnya. Begitu juga dengan impian kita. Andai kita
ingin mendaki gunung yang tinggi kita harus kuat dan persiapkan fizikal dan
mental kita bukan sekadar memasang angan tanpa ada usaha. Masih segar
bibit-bibit perbincangan antara saya dengan pensyarah saya yang amat saya
kagumi. Seorang yang bergelar profesor tetapi watak dan tuturnya biasa dan
mudah untuk didekati.
Prof: Semua orang ada angan dan impian. Setiap
impian kita mesti diiringi dengan usaha yang gigih bukan sekadar hanya berdoa. Seiringkan
keduanya. Kamu ada impian kan?
Saya: Ye prof, saya teringin nak sambung
pelajaran saya ni di peringkat yang lebih tinggi. Tapi saya takut terikat
dengan banyak perjanjian. Takut terhalang cita-cita saya tue prof.
Prof: Awakni, belum jadi apa-apa dah
macam-macam yang awak fikirkan. Awak belum lagi melangkah di akhir garisan tetapi
awak dah buat banyak andaian. Bahaya tue.
Saya: Saya bukan apa prof, sekarang nie
pasaran kerja kan perlukan persaingan.
Prof: jadi carilah kelainan di sebalik
persaingan itu. Kita tahu semua akan tertumpu pada kerjaya yang sama macam
kamu. Lambakan pengangguran pasti akan berlaku. Jadi awak perlu merebut peluang
yang ada. Kita andaikan begini, awak nak mendaki sebuah gunung yang tinggi. Tetapi
awak takut untuk mendaki dek kerana mendengar banyak tanggapan negatif tentang
gunung tue. Contohnya banyak binatang buas, tiada laluan yang baik, terpaksa
mengharungi arus sungai yang besar dan bermacam-macam lagi perkara yang
menghalang awak sehinggakan awak tidak mampu lagi untuk meneruskan hajat awak
itu. Walhal awak belumpun lagi melangkah kaki ke tempat itu. Langkahlah dahulu
baru awak tahu bagaimana keadaannya. Silap-silap kawasan gunung itu sudah ada
pembangunan.
Saya: InsyaAllah prof, terima kasih atas
nasihat. Saya akan berusaha menggapai cita-cita saya ini.
Jika kita ada impian kita. Niatkan di dalam
hati dan yakin Allah pasti akan perkenankan. Janji Allah adalah pasti. Usaha
kita yang perlu disemat dalam diri, istiqamah dalam setiap apa yang kita lalui.
Yakin dan letaklah pergantungan kita kepada Allah.
usaha, doa dan tawakkal.....
ReplyDelete