Lelaki
dan perempuan itu sememangnya berbeza. Bukan sahaja dari sudut perkataan tapi
juga dari segi hati dan perasaan. Bukan mudah untuk memahami hati dan gerak
badan kaum lelaki tetapi tidak payah untuk mengambil hati dan budi mereka.
Wahai kaum hawa, kita mesti dan wajib tahu tentang hati dan gerak badan insan
yang bernama lelaki. Ya, wajib! Kecuali jika anda meminati kaum sejenis.
Nauzubillah moga kita dijauhkan dari perkara-perkara yang melanggar syariah dan
fitrah. Lelaki itu tega semangatnya, gagah egonya namun hatinya pastikan
selembut sutera andai kita dapat memahami dan mencuba untuk menyelaminya.
Insan
bernama lelaki ini kadang-kadang membuat kita letih, kadang-kadang ‘mengada’nya
mengalahkan kaum wanita dan terkadang lagi merajuknya lebih lama dari anda!.Ini
fakta dan bukan auta. Wahai kaum hawa, anda harus tahu sebenarnya dunia anda
dengan mereka adalah berbeza! Tetapi perbezaan itu bukan bermakna menidakkan
anda untuk bersama meraih kebahagiaan. Perbezaan yang ada pada anda dan mereka
itulah persamaan yang perlu kita fahami.
Kaum
lelaki ini lebih mementingkan pencapaian, matlamat, keputusan dan kebolehan dan
lebih banyak memberi arahan dan kadang-kadang suka kepada memberi jalan untuk
penyelesaian sesuatu masalah. Kaum wanita pula tidak. Mereka lebih tertumpu kepada
kasih sayang, perasaan dan hubungan dan kecantikan! Itulah dunia mereka. Kegagalan kita memahami dunia dan perbezaan ini akan
menyebabkan hubungan menjadi dingin dan renggang bahkan boleh membawa kepada
keretakan rumah tangga. Lelaki dan wanita menyalahkan sesama sendiri.
Masing-masing menyatakan bahawa tiada siapa memahami hati dan perasaan mereka
namun hakikatnya mereka telah melupakan bahawa mereka sememangnya berbeza.
Tiada persefahaman dan pengakuan bahawa mereka perlu mencari persamaan itu.
Oleh
itu, hubungan antara lelaki dan wanita tidak cukup sekadar CINTA. Cinta sahaja
tidak dapat menjamin keharmonian rumah tangga. Ada sahaja di antara pasangan
yang mengalami kegagalan rumah tangga menggunakan alasan ‘SUDAH TIADA LAGI
CINTA DI HATI MEREKA’. Cinta itu bukan sekadar luahan tetapi harus ada
kefahaman yang kuat. Cinta itu adalah tanggungjawab kita buat dia. Bukan
sekadar melibatkan sentuhan hati tetapi juga merangkumi keringat dan kekuatan
diri. Tanggungjawab sebagai suami dan isteri. Di dalam menilai hubungan,
bukanlah dapat di nilai kepada kekuatan cinta
yang ada pasangan itu tetapi sejauh mana mereka memahami dan mengenali
pasangan mereka. Itulah isi utama yang dapat menjaga keharmonian rumah tangga. Persefahaman!
Buat
pasangan ‘couple’ yang sedang mengalami politik cinta DAP atau (Di Alam Percintaan) anda harus faham dan ‘masyi’ dengan istilah cinta ini. Ujian
pasti dan akan datang kepada pasangan yang berada Di Alam Percintaan ini, ujian
yang pertama adalah hati. Bagaimana anda mengemudi hati anda dan pasangan anda.
Jika silap menilai cinta maka kita akan
menjadikan nafsu itu tujuan yang utama dan jika salah mentafsir cinta kita akan
melihat ‘body’’ yang ada pasangan kita berbanding budi mereka dan jika khilaf
mencari cinta kita akan meng ‘aulakan’ rupa luaran (cantik) dari rupa dalaman
(akhlak) yang ada dalam diri mereka. Oleh itu, awas! Berhati-hati memberi
hati! Cinta bukan pembaziran bukan juga top-up kepada dosa. Awas buat adik-adik
yang sedang asyik di buai cinta adam dan hawa, jika benar anda mencintai dia
pastikan anda tahu politik cinta yang utama iaitu PAS atau (Pastikan Allah Suka!).
Bagaimana
hendak memastikan hubungan yang kita bina dengan pasangan kita itu di sukai
Allah? Jawapannya! Jauhkan diri kita dari mengenal cinta yang tiada tujuan dan
matlamat. Jika matlamat sekadar suka-suka atau sekadar mengisi kekosongan jiwa
bukan untuk tujuan berumah tangga itu bukanlah membawa kepada kesukaan Allah.
Cinta itu harus ada matlamat! Matlamatnya kerana Allah dan tujuannya Syurga!
Itulah cinta. Pastikan Allah Suka! Namun bagaimana Allah hendak meredhai hubungan sesama kita
jika penuh dengan maksiat dan zina. Itu pasti akan mendatangkan kemurkaan
Allah. Perempuan yang mudah jatuh cinta mudah juga untuk mencurangi pasangan
mereka dan berpotensi untuk kehilangan ‘dara’ mereka! Bahaya. Oleh itu, mahalkan harga cinta anda. Jangan cair
dengan kata-kata baik lelaki yang biasa-biasa atau lelaki yang menggunakan
agama sebagai ‘topeng’ untuk memikat anda.
Railah pasangan anda
dengan sepenuh hati. Selami dunia mereka pasti ego mereka akan terkawal. Wahai
kaum hawa, lelaki itu kadang sering menyakitkan hati tetapi itulah ujian untuk
kita menjadi isteri mithali, wahai hawa, lelaki itu kadang penuh dengan rungutan
tetapi itulah cinta yang memerlukan pengorbanan. Lelaki juga mudah sensitif.
Kadang-kadang kita merasakan teguran kita kepada mereka itu adalah teguran yang
baik tetapi bagi mereka itu memperkecilkan kemampuan mereka. Jadi harus pandai
dan berseni. Mudah-mudahan kita dapat sama-sama mengenali diri.
Khas buatmu hawa.........
Kita selalu berdoa..
ReplyDelete(dia bakal menjadi "IMAM" nanti)..YA ALLAH,jika benar dia jodohku,maka permudahkan hubungn kami dengan tali pernikahan..
TAPI tak ramai Doa..
(ISH ! dia bakal rosakkan IMAN sekarang..)YA ALLAH,sesungguhnya dia telah melalaikan aku daripada mengingatiMu,maka kurniakan aku kekuatan untuk melupakannya.sesungguhnya hnya Engkau Hati dan cintaku berserah!
sekadar ingin berkongsi..:)
Kita selalu berdoa..
ReplyDelete(dia bakal menjadi "IMAM" nanti)..YA ALLAH,jika benar dia jodohku,maka permudahkan hubungn kami dengan tali pernikahan..
TAPI tak ramai Doa..
(ISH ! dia bakal rosakkan IMAN sekarang..)YA ALLAH,sesungguhnya dia telah melalaikan aku daripada mengingatiMu,maka kurniakan aku kekuatan untuk melupakannya.sesungguhnya hnya Engkau Hati dan cintaku berserah!
sekadar ingin berkongsi..:)
semoga rumahtangga yg bakal dibina nanti mempunyai persefahaman yang baik. rumahtangga yg bahgia bukan lgsung sunyi dr gaduh tapi bagaimana kita menanganinya.. itulah yg ustaz sharing masa kursus kawin haritu. :)
ReplyDelete