Salam pertemuan buat semua pembaca sekalian, hari ini Secangkirbicara
ingin berkongsi sedikit cerita berkenaan dengan rancangan ‘gameshow’ yang
begitu popular pada hari ini. Ledakan dari Korea ini telah berjaya menyaingi
rancangan ‘gameshow’ yang terdapat di Barat. Mari kita renung kuasa Asia yang
kini semakin menguasai dunia sebagai contoh Korea .Lihat bagaimana mereka
bermula dengan pasaran kereta, kemudian alatan elektronik dan kini hiburan.
Mereka telah menguasai hampir keseluruhan yang menjadi minat manusia. Jenama
Kia, Hyundai, Samsung, Lee Min Ho, Big Bang, Girls Generation tidak perlu lagi
diperkenalkan kerana itulah acuan buatan Korea yang telah menjadi kegilaan ramai. Hebat dan ‘rare’nya
ledakan artis korea ini sehingga kementerian kita sanggup membelanjakan berjuta
ringgit untuk menjemput mereka datang ke negara kita semata-mata untuk
menayangkan suara dan dada. Alangkah parah. Mengikut perkiraan matematik duit
itu boleh digunakan untuk mengimbangi kenaikan harga barang yang berlaku
sekarang bahkan boleh juga disalurkan kepada rancangan Bersamamu.
Saya yakin dan percaya kepada peminat cerita
korea, anda mungkin mengetahui tentang rancangan gameshow yang popular ini. Running Man namanya. Jujur saya katakan
saya bukan peminat korea yang fanatik atau tegar bahkan saya cuba menjauhkan
diri saya dari terlibat dalam kancah ketagihan drama korea. Entah kenapa dan
bagaimana saat saya terpana nama Running Man ini, hati saya begitu terdetak
untuk mengetahui cerita dan isinya. Saya bermula dengan episode 123 yang
menampilkan pelakon Han Hyo Joo.
Alamak! Terhafal pula nama beliau. Saat itu, menjatuhkan minat saya pada
rancangan ini. Menarik!
Kepada peminat Running Man, di sini saya kongsikan sedikit sejarah mereka :
Rancangan ini adalah merupakan “come back” bagi salah seorang peserta Running Man ini iaitu Yoo
Jae-Suk selepas dia meninggalkan program “Good
Sunday’s Family Outing” pada Februari 2010. Peserta-peserta Running Man terdiri daripada Yoo Jae-Suk, Ji Suk-Jin, Kim Jong-Kook,
Gary, Ha-Ha, Lee Kwang Soo dan Song Ji-Hyo. Song Ji-Hyo pada asalnya adalah
seorang tetamu jemputan di dalam episod ke 2, 3, 4 dan 5 namun secara rasminya
menyertai rancangan ini dalam episod ke 6.Yoo Jae-Suk juga dikenali
sebagai Yu-Ruce Willis semasa misi perlumbaan di mana dia pandai melarikan
diri. Nama ini adalah parody dari Bruce Willis dalam Die Hard. Dia juga
dikenali sebagai Yu-Hyuk, yang bertindak sebagai seorang pelajar popular yang
boleh menari dengan baik. Dalam episod ke 38 “Usual Suspects of Man Running” ,
dia dikenali sebagai Yu-MES Bond, dimana dia perlu menyamar sebagai tetamu dan
menghapuskan semua peserta lain dalam misi “Find the Guests”. Manakala
Ji Suk-Jin, ahli paling lama dalam Running Man dan dikenali sebagai “Big Nose
Older Brotherfor” disebabkan oleh hidungnya yang besar. Dia sering digambarkan
sebagai lemah semasa pertandingan dan sering dan mudah ditangkap.
Kim Jong-Kook pula dianggap individu paling kuat di dalam
rancangan ini dan dikenali sebagai Sparta_Kook dan Komander kerana kemahiran
beliau dalam menangkap peserta lain semasa misi perlumbaan. Sparta-Kook adalah
parody filem 300, penampilan secara tiba-tiba dan menunjukkan kekuatanya biasanya
diiringi oleh soundbite “This is Sparta” diambil dari filem tersebut. Dia
menggunakan taktik yang berjaya untuk menghapuskan peserta yang lain semasa
misi perlumbaan.
Gary, salah seorang daripada
“variety rookies”, dikenali sebagai Peaceful Gary kerana ekspresi mukanya yang
tenang semasa Photo Zone Game dan di sepanjang rancangan. Dia juga dikenali
sebagai GAE-Colas Cage semasa misi perlumbaan, yang merupakan parody Nicolas
Cage. Namun dia juga mudah tertipu oleh orang lain dan dikenali sebagai seorang
yang keliru dengan konsep pada setiap masa.
Ha-Ha sebagai Ha-Roro kerana
penampilanya yang mirip kepada watak kartun kanak -kanak “Pororo The Little
Penguin”. Semasa perlumbaan, dia dikenali sebagai Ha-Rad Pitt yang merupakan
parodi Brad Pitt. Dia juga sering merasakan seolah-olah dirinya adalah peneraju
utama sebuah filem yang diimaginasikannya sendiri. Apabila sesuatu perkara yang
berlaku tidak mengikut caranya, dia akan menyatakannya secara lisan dan
menyebabkan peserta lain ketawa.
Salah seorang daripada “variety rookies”, Lee Kwang-Soo telah
membina imej yang dikenali sebagai Framer Kwang-Soo, dimana dia sering
menyebarkan khabar angin yang memalukan dan sering tidak masuk akal. Dia juga
dikenali sebagai Kwang-Vatar kerana penampilan yang mirip spesies Na’Vi dalam
filem Avatar dan Kwang-Potter untuk penampilan yang sama dengan Harry Potter
apabila dia memakai cermin mata.
Man. Song Ji-Hyo dikenali
sebagai Song Ji-Yok, dimana “Yok” membawa maksud “sumpah” kerana kata- kata
kesatnya terhadap beberapa peserta lain seperti Lee Kwang-Soo dan Ha-Ha. Dia
juga dikenali sebagai Mong Ji-Hyo, “mong” membawa maksud “keliru” ini kerana
ekpresi mukanya sering menampakan dirinya berada dalam keadaan kkeliru. Semasa
misi perlumbaan, dia digelar sebagai Ace kerana kemahiran dirinya dalam
menangkap peserta lain sama seperti Kim Jong-Kook. (SUMBER ASAL)
No comments:
Post a Comment