Labels

Pages

Followers

Tuesday, October 22, 2013

Virus Running Man???


Salam pertemuan buat semua pembaca sekalian, hari ini Secangkirbicara ingin berkongsi sedikit cerita berkenaan dengan rancangan ‘gameshow’ yang begitu popular pada hari ini. Ledakan dari Korea ini telah berjaya menyaingi rancangan ‘gameshow’ yang terdapat di Barat. Mari kita renung kuasa Asia yang kini semakin menguasai dunia sebagai contoh Korea .Lihat bagaimana mereka bermula dengan pasaran kereta, kemudian alatan elektronik dan kini hiburan. Mereka telah menguasai hampir keseluruhan yang menjadi minat manusia. Jenama Kia, Hyundai, Samsung, Lee Min Ho, Big Bang, Girls Generation tidak perlu lagi diperkenalkan kerana itulah acuan buatan Korea yang  telah menjadi kegilaan ramai. Hebat dan ‘rare’nya ledakan artis korea ini sehingga kementerian kita sanggup membelanjakan berjuta ringgit untuk menjemput mereka datang ke negara kita semata-mata untuk menayangkan suara dan dada. Alangkah parah. Mengikut perkiraan matematik duit itu boleh digunakan untuk mengimbangi kenaikan harga barang yang berlaku sekarang bahkan boleh juga disalurkan kepada rancangan Bersamamu.

Saya yakin dan percaya kepada peminat cerita korea, anda mungkin mengetahui tentang rancangan gameshow yang popular ini. Running Man namanya. Jujur saya katakan saya bukan peminat korea yang fanatik atau tegar bahkan saya cuba menjauhkan diri saya dari terlibat dalam kancah ketagihan drama korea. Entah kenapa dan bagaimana saat saya terpana nama Running Man ini, hati saya begitu terdetak untuk mengetahui cerita dan isinya. Saya bermula dengan episode 123 yang menampilkan pelakon Han Hyo Joo. Alamak! Terhafal pula nama beliau. Saat itu, menjatuhkan minat saya pada rancangan ini. Menarik!



Kepada peminat Running Man, di sini saya kongsikan sedikit sejarah mereka :

Rancangan ini adalah merupakan “come back” bagi salah seorang peserta Running Man ini iaitu Yoo Jae-Suk selepas dia meninggalkan program “Good Sunday’s Family Outing” pada Februari 2010. Peserta-peserta Running Man terdiri daripada Yoo Jae-Suk, Ji Suk-Jin, Kim Jong-Kook, Gary, Ha-Ha, Lee Kwang Soo dan Song Ji-Hyo. Song Ji-Hyo pada asalnya adalah seorang tetamu jemputan di dalam episod ke 2, 3, 4 dan 5 namun secara rasminya menyertai rancangan ini dalam episod ke 6.Yoo Jae-Suk juga dikenali sebagai Yu-Ruce Willis semasa misi perlumbaan di mana dia pandai melarikan diri. Nama ini adalah parody dari Bruce Willis dalam Die Hard. Dia juga dikenali sebagai Yu-Hyuk, yang bertindak sebagai seorang pelajar popular yang boleh menari dengan baik. Dalam episod ke 38 “Usual Suspects of Man Running” , dia dikenali sebagai Yu-MES Bond, dimana dia perlu menyamar sebagai tetamu dan menghapuskan semua peserta lain dalam misi “Find the Guests”. Manakala Ji Suk-Jin, ahli paling lama dalam Running Man dan dikenali sebagai “Big Nose Older Brotherfor” disebabkan oleh hidungnya yang besar. Dia sering digambarkan sebagai lemah semasa pertandingan dan sering dan mudah ditangkap.

Kim Jong-Kook pula dianggap individu paling kuat di dalam rancangan ini dan dikenali sebagai Sparta_Kook dan Komander kerana kemahiran beliau dalam menangkap peserta lain semasa misi perlumbaan. Sparta-Kook adalah parody filem 300, penampilan secara tiba-tiba dan menunjukkan kekuatanya biasanya diiringi oleh soundbite “This is Sparta” diambil dari filem tersebut. Dia menggunakan taktik yang berjaya untuk menghapuskan peserta yang lain semasa misi perlumbaan.

Gary, salah seorang daripada “variety rookies”, dikenali sebagai Peaceful Gary kerana ekspresi mukanya yang tenang semasa Photo Zone Game dan di sepanjang rancangan. Dia juga dikenali sebagai GAE-Colas Cage semasa misi perlumbaan, yang merupakan parody Nicolas Cage. Namun dia juga mudah tertipu oleh orang lain dan dikenali sebagai seorang yang keliru dengan konsep pada setiap masa.

Ha-Ha sebagai Ha-Roro kerana penampilanya yang mirip kepada watak kartun kanak -kanak “Pororo The Little Penguin”. Semasa perlumbaan, dia dikenali sebagai Ha-Rad Pitt yang merupakan parodi Brad Pitt. Dia juga sering merasakan seolah-olah dirinya adalah peneraju utama sebuah filem yang diimaginasikannya sendiri. Apabila sesuatu perkara yang berlaku tidak mengikut caranya, dia akan menyatakannya secara lisan dan menyebabkan peserta lain ketawa.
Salah seorang daripada “variety rookies”, Lee Kwang-Soo telah membina imej yang dikenali sebagai Framer Kwang-Soo, dimana dia sering menyebarkan khabar angin yang memalukan dan sering tidak masuk akal. Dia juga dikenali sebagai Kwang-Vatar kerana penampilan yang mirip spesies Na’Vi dalam filem Avatar dan Kwang-Potter untuk penampilan yang sama dengan Harry Potter apabila dia memakai cermin mata.

Man. Song Ji-Hyo dikenali sebagai Song Ji-Yok, dimana “Yok” membawa maksud “sumpah” kerana kata- kata kesatnya terhadap beberapa peserta lain seperti Lee Kwang-Soo dan Ha-Ha. Dia juga dikenali sebagai Mong Ji-Hyo, “mong” membawa maksud “keliru” ini kerana ekpresi mukanya sering menampakan dirinya berada dalam keadaan kkeliru. Semasa misi perlumbaan, dia digelar sebagai Ace kerana kemahiran dirinya dalam menangkap peserta lain sama seperti Kim Jong-Kook. (SUMBER ASAL)



No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...