Labels

Pages

Followers

Tuesday, July 31, 2012

♥ Buat Isteriku Sayang ♥-Part 2

“Takdela abang, sayang rasa sayang dah buat dosa pada malam pertama pertemuan kita. Abang, sayang minta maaf. Sayang minta maaf….”

“Sayang, dah, jangan bersedih. Abang faham maksud sayang dan abang akan cuba menjadi seorang suami yang terbaik untuk sayang. Kita berdoa sama-sama yer? Sayang pun perlu bantu abang untuk menjadi seorang suami mithali tau?”

“Baik suamiku sayang. Abang boleh sayang bisik sesuatu?”

“Boleh sayang.. sayang nak buat apa dekat abang pun abang rela sayang”

“Abang..I love u whatever you are and I love u so much.” Satu kucupan hinggap dipipi Hazmi.

“Sayang, gelojohnya! Hehehe..abang gurau je sayang..terima kasih banyak-banyak sayang I love u also..eh betul ke English abang nie? Ok, abang tukar I love u infinity.”

Abang..sayang nak jadi isteri yang solehah. Abang ajar sayang untuk dapatkan pahala banyak-banyak tau. Abang jangan curi pahala sayang ae? Tau?”

“Ye isteriku sayang”

“Abang, perjalanan kita jauh sangat-sangat dan terlalu panjang. Sayang harap abang dapat bertahan dengan sayang dan sayangpun yer. Abang sayang takut sangat kalau nanti lukakan hati abang.”

“Sayang, biasalah dalam perhubungan mesti ada salah faham tapi kita kena berjanji akan cuba selesaikan dengan hemah dan penuh berhikmah yer?” Kita sama-sama membantu. Ape yang penting? Kerjasama”
“Baik suamiku yang ku sayang kerana Allah. Moga Allah restui percintaan kita ini..”

“Ameen”

Malam itu menjadi saksi bisu percintaan cinta antara Adam dan Hawa. Pelayaran di kamar bahagia..Di hiasi dengan pahala dan barakah dariNYA. Segala yang haram kini menjadi halal!

Lamunan Hazmi terhenti. Air matanya semakin mengalir laju. Kini, dia tidak akan dapat merasa lagi semua kenangan itu. Kenangan yang hanya tinggal kenangan dan takkan mampu lagi untuk diulangi. Dia amat merindui isterinya yang tercinta.

*********
Masa yang dinantikan selama 2 tahun akhirnya membuahkan hasil. Walau mereka diuji dengan kesabaran yang tinggi. Tapi pengharapan dan doa kepada yang Esa tidak pernah pudar. Maisarah kini telah disahkan hamil 2 bulan. Gembiranya pasangan itu bukan kepalang. Cahaya mata yang ditunggu-tunggu akhirnya akan hadir juga untuk menyinari kehidupan mereka. Walau usia kandungan Maisarah di peringkat permulaan tetapi Hazmi begitu teruja untuk mejadi seorang bapa. Segala kelengkapan dan pakaian untuk bayi mereka sudah dibeli oleh Hazmi. Hazmi begitu terkejut apabila isterinya memberitahunya berita gembira itu.

“Abang doktor ada pesan ape-ape tak dekat klinik tadi?”

“Takde pun.”

“Abang, ada perkara yang sayang nak bagitahu abang nie. Abang janji jangan bersedih ae? Tau?”
“Iye sayang.”

“Erm..sayang cantik tak hari nie? Hehehe”

“Sayang cantik, sayang kurniaan dari Allah untuk abang. Tapi abang yakin ada perkara penting lagi yang sayang nak bagitahu kan? Cakaplah sayang”

“Err..abang, sayang mengandung.”

“Hah? Alhamdulillah. Sayang terima kasih. Sayang, abang speechless.” Hazmi memeluk Maisarah seeratnya.

“Ish abang nie. Tue abang cakap jer..speechless ape pulak. Abang, jangan berterima kasih dekat sayang tau. Kita sama-sama ucap syukur dan terima kasih pada Allah. Allah yang memberikan kita rezeki nie. Kan abang sayang?”

“Iye sayang. Allah Maha Pengasih Maha Penyayang. Allah takkan biarkan hambanya bersedih dan Allah takkan berikan dugaan kepada hambanya melainkan apa yang terdaya baginya.”
“Tapi abang..”

“Kenapa sayang? Sayang macam tak suka jer dengan kehadiran keluarga baru kita nanti?”

“Bukanlah abang. Sayang terlalu suka dan merindui cahaya mata kita. Abang, kalau sayang tak sempat tengok anak kita nanti macam mana ye? Kalau sayang pergi dulu nanti abang janji dengan sayang boleh? Abang jangan sakiti anak kita ye.? Abang jaga dia macam sayang jaga abang yer? Abang boleh berjanji kan ?”

“Sayang, jangan tinggalkan abang sayang. Abang tak sanggup besarkan anak kita tanpa sayang di sisi. Abang tak mampu sayang.”

“Abang suami yang baik, sayang yang banyak kerenah nie pun abang boleh jaga dengan baik. Inikan anak kita kan abang.?”

Hazmi tidak sanggup kehilangan isterinya yang tercinta. Impiannya untuk membesarkan cahaya mata mereka bersama amat diharapkan oleh Hazmi. Dia sentiasa berdoa pada Tuhan agar isterinya sentiasa selamat dan mendapat kesihatan yang baik ketika mengandung dan melahirkan zuriatnya itu.

**********
Usia kandungan Maisarah kini sudah menjangkau 9 bulan 10 hari. Kini mereka hanya menunggu masanya sahaja. Di suatu subuh yang hening itu. Maisarah merasakan bagai ada sesuatu yang tidak kena pada tubuhnya. Dia mengejutkan suaminya.

“Abang, tolong sayang terasa sakit sangat-sangat.”

Hazmi bingkas bangun dan mencapai kunci kereta.

“Sayang sabar ye, kita pergi hospital.”

Mujurlah jarak di antara hospital dan rumah mereka tidak begitu jauh. Keadaan semakin sibuk di hospital. Hazmi berada diruangan menunggu. Isterinya yang tercinta sedang berjuang untuk melahirkan zuriat yang mereka nantikan selama ini. Hanya bekalan doa dan tawakal pada yang Esa yang menjadi tali penghubung antara mereka.

“Ya Allah kau selamatkanlah isteriku dan zuriatku ini, berikanlah isteriku kekuatan, kau hilangkanlah kesakitan yang membelenggu nyawanya. Ya Allah, andai nyawa menjadi pemisah, ku rela kau tukar nyawaku dengan nyawanya..Ameen.”

Detik berganti detik dan jam berganti jam…

“Uweek…uweekkk…” Tiba-tiba kedengaran tangisan bayi memecah kesunyian pagi itu. Akhirnya doktor keluar di dalam bilik bedah. Hazmi bingkas bangun.

“Doktor, macammane dengan isteri dan anak saya?”

“Doktor, kenapa doktor diam? Ada apa-apa yang terjadi ke doktor?” Fikiran Hazmi menjadi tidak tentu hala kerana Doktor itu membisu tanpa kata.

“Erm..tahniah encik. Awak dikurniakan seorang bayi puteri yang comel.”

“Alhamdulillah. Syukur! pada Allah. Tapi doktor macam mana keadaan isteri saya?”



#####
BERSAMBUNG……

Monday, July 30, 2012

♥ Buat Isteriku Sayang ♥


“Dunia ini penuh perhiasan dan perhiasan paling indah ialah wanita solehah.”
(Hadis riwayat Muslim)

Wahai Zaujjahku yang ku sayang kerana Allah, damailah engkau di sana..ku relakan dikau bertemu  cinta sejatimu, akan ku pohon doa pada Tuhan moga dosa-dosamu gugur bersama titis air mata tangisanku. Wahai Zaujjahku yang ku cinta kerana Allah, kau telah meninggalkan aku di dunia yang fana ini, ku bermohon pada Tuhan agar cinta kita berkekalan hingga ke syurga Allah. Pergilah dikau wahai mawarku yang suci. Akan ku berjanji untuk menjaga puterimu sehabis dayaku. Sayang, ku ucapan rimbunan kasih kerana memberikan aku harta yang tidak ternilai ini…”

Tangisan Hazmi semakin kuat kedengaran. Tangisan itu memecah kesunyian kamarnya. Dulu kamar ini menjadi saksi kisah cinta dia dan isterinya yang tercinta dan di kamar ini juga menjadi saksi pemutus cinta mereka di dunia. Hazmi begitu merindukan arwah isterinya yang tercinta. Maisarah seorang isteri yang begitu cantik paras rupanya. Molek peribadinya dan sememangnya cocok dengan Hazmi seorang yang kuat pegangan agamanya.

Kehidupan mereka begitu bahagia. Cinta mereka tidak pernah pudar walau sesaat dan ke mana sahaja mereka pergi pasti akan bersama. Sudah menjadi kewajipan isteri untuk membahagiakan suami dan begitu jugalah bagi suami. Mencari rezeki dan menghiburkan hati isteri. Bagi Hazmi, semua insan mempunyai kehendak untuk berkahwin tetapi kesanggupan untuk melayari alam perkahwinan tidak ramai yang mampu melaksanakan dengan baik. Ya, benar berkahwin di usia muda akan membuka ruang rezeki yang luas dan dapat menyempurnakan sebahagian iman. Tetapi baginya ada misi yang perlu dia utamakan iaitu berbakti kepada kedua ibu bapanya. Dia yakin bahawa jodoh akan datang berlari padanya apabila dia sudah bersedia.

“Tempatkanlah mereka (para isteri) di mana kamu bertempat tinggal menurut kemampuanmu dan janganlah kamu menyusahkan mereka untuk menyempitkan (hati) mereka; dan jika mereka (isteri-isteri yang sudah ditalak) itu perempuan-perempuan yang sedang hamil, maka berikanlah kepada mereka nafkahnya sampai mereka bersalin.”
(Surah Ath-Thalaq, ayat 6)

Sabarnya dibalas dengan dikurniakan seorang isteri yang begitu membahagiakannya. Perkahwinannya dengan Maisarah seorang gadis kampung tidak menjadi halangan buatnya. Apa yang penting agama dan maruahnya terjaga. Soal paras rupa di letak di dalam angka kedua. Tapi kecantikan yang ada pada Maisarah menjadi bonus buatnya!

Hari demi hari pasangan kekasih yang halal ini menabur cinta suci, mereka berjanji akan sehidup semati dan hanya janji Ilahi yang dapat memisahkan mereka berdua. Masih segar dalam ingatan Hazmi saat mula mengenali isterinya itu. Masih tergiang-giang perbualan mereka pada malam pertama pertemuan mereka.

*********
“Tuk..tuk..tuk” Pintu bilik di ketuk.

“Err…Assalamualaikum Puan…boleh saya masuk bilik?” Gurau Hazmi kepada isterinya.

“Waalaikumsalam..masuklah..Encik.”

“Eh, kenapa awak panggil saya macam tue? Sekarang saya kan dah bergelar suami awak? Muka awak macam nervous jer?”

“Erm..saya malu.”

“Hah? Kenapa awak malu? Awak tak pakai baju ke puan? Wahai Puan Maisarah, kalau awak berpakaian seksi atau tak pakai apa-apa pun untuk suami yang halal untuk awak tak menjadi dosa awak tau. Dapat pahala lagi tau.Hehe”. Awak pernah dengar tak maksud hadis nabi nie? Buat isteriku sayang...

“Sesungguhnya apabila seorang suami menatap isterinya dan isterinya membalas pandang (dengan penuh cinta dan kasih), maka Allah menatap mereka dengan pandangan kasih mesra dan jika suami membelai tangan isterinya, maka dosa mereka jatuh berguguran disela-sela jari tangan mereka.”
( Hadith riwayat maisaroh Ali daripada Abu said Al-Hudri)

“Ish..awak nie” Wajah Maisarah yang malu kemerahan akibat usikan suaminya.

“Sayang, abang minta maaf ye..abang bergurau je tadi. Sayang, abang rasa macam tak percaya jer rupanya tinggi jugak taste mak ayah abang. Bukan sahaja diorang nak cari calon menantu yang baik agamanya tapi jugak elok paras rupanya. Ya Allah! Cantiknya isteri abang nie. Abang rasa inilah berkat kesabaran abang menanti. Cinta untuk si halal yang abang pendam selama 25 tahun akhirnya milik sayang.”

“Abangni….sayang banyak lagi yang masih kekurangan. Baik ilmu dunia ataupun ilmu akhirat. Sekarang sayang dah jadi amanah abang. Abang tolong jagakan sayang baik-baik ye. Abang jangan cintakan sayang atas paras rupa tau? Sebab paras rupa sayang nie akan berkedut bila sampai usia tua. Nanti bila abang dah bosan mesti abang cari pucuk yang muda. Sayang tahu kahwin empat tue kan sudah nabi. Tapi kahwin seorang pun sunah nabi tau. Abang nak ikut yang mana?” Sayang pun nak baca hadis untuk abang.

"Janganlah kamu mengahwini wanita kerana paras rupa yang cantik, mungkin paras rupa itu membawa kehancuran, jangan kamu kahwini wanita kerana hartanya kerana berkemungkinan harta itu membawa kepada kezaliman. Tetapi kahwinlah wanita kerana agamanya, seorang wanita hamba yang hitam yang menghayati agama sesungguhnya lebih baik"
(Riwayat Ibnu Majah)

“Amboi sayangni macam bagi amaran awal nampak.Sayang sekarang nie cinta abang pada sayang seorang jer. Abang akan hargai amanah dari Allah dan keluarga sayang nie. Abang janji!”

“Baik abang sayang akan pegang janji abang tue. Sayang tak sanggup berkongsi kasih dengan orang yang sayang cintai. Sayang tak mampu abang…”air mata Maisarah tiba-tiba mengalir laju.

“Sayang kenapa menangis nie? Abang dah buat salah ke?”

#####
BERSAMBUNG……

PANGGILAN DARI BUMI!



Menurut  Imam Anas bin Malik r.a : Bahawasanya BUMI pada setiap hari memanggil dengan 10 kalimat. Bumi berkata dengan….

Panggilan pertama : “Wahai anak cucu Adam, kamu berjalan di atas belakangku, tetapi tempat kembalimu ada di dalam perutku.”

Panggilan kedua : “Kamu melakukan maksiat di atas belakangku dan kamu akan diseksa di dalam perutku.”

Panggilan ketiga : “Kamu bergurau di atas perutku, tetapi kamu akan menangis di dalam perutku.”

Panggilan keempat : “Kamu makan barang haram di atas belakangku, tetapi seluruh ulat berenga akan memakan kamu di dalam perutku.”

Panggilan kelima : “Kamu bersuka ria di atas belakangku, tetapi kamu akan merasa susah dalam perutku.”

Panggilan keenam : “Kamu mengumpulkan barang haram di dalam belakangku, tetapi tidak ingin hancur di dalam perutku.”

Panggilan ketujuh : “Kamu sombong di atas belakangku, tetapi kamu akan menjadi hina dan remeh di dalam perutku.”

Panggilan kelapan : “Kamu berjalan dengan bersuka ria di atas belakangku, tetapi kamu mengalami kesedihan di dalam perutku.”

Panggilan kesembilan : “Kamu berjalan dengan cahaya di atas belakangku, tetapi kamu akan duduk di dalam kegelapan yang gelap gelita di dalam perutku.”

Panggilan kesepuluh : “Kamu berjalan untuk berjemaah di atas belakangku, tetapi kamu akan duduk sendirian di dalam perutku.”

Sedarkah kita dalam hari-hari kita bernafas sang bumi sentiasa merindui dan memanggil kita untuk kembali ke dalam perutnya. Tetapi cukupkah amalan kita untuk berkelana di sana? Bersediakah kita untuk bertemu dengan Pencipta. Dapatkah kita menjawab segala persoalan yang akan dibangkitkan di sana nanti? Semua itu terpulang pada diri kita sendiri.

Sunday, July 29, 2012

Bersabarlah Wahai Temanku..



Temanku usahlah kau berduka, kerana esok masih ada
Binalah semula tembok yang telah mereka runtuhkan
Wahai temanku, andai perlu kau menangis, menangislah sepuas-puasnya
Benar! Hakikat itu pahit.
Biar air mata duka yang jatuh itu menjadi saksi untuk kau menghadapi hari esok
Biarkan air mata itu mengalir laju, alirlah ia sepuas-puasnya
Tapi nanti, binalah keringatmu semula untuk menghadapinya.

Temanku,  janganlah kau gentar atas nama “kehilangan”
Kerana kau akan temui semula sesuatu yang dikau hilang di tempat kehilangannya
Kau akan miliki semula sesuatu yang kau rasa di pengakhiran
Pesanku teman, kau mulakanlah hari mu itu dengan kebaikan

Hai temanku, terkadang dalam persahabatan perlu ada ‘perceraian’
Ia ibarat perkahwinan yang dibina atas dasar akad yang suci
Tapi janganlah kau sulami perceraianmu itu dengan lafaz benci
Jangan kau pendam di dalam lubuk hati mu
Sabarlah menghadapi!

Untuk temanku, undurkanlah langkahmu untuk memiliknya
Usah kau menjadi kaca di celahan permata
Usah kau menjadi racun pada mawar yang tumbuh subur
Kenallah dikau erti bukan kepunyaanmu
Pasrah dan berserahlah tentang apa yang berlaku

Teringat aku pada pujangga dahulu
Khas untukmu teman
Madah mereka…
“apabila dikau kehilangan segala-galanya
Barulah dikau akan menemui dirimu semula”






Saturday, July 28, 2012

Sedapnya makanan dan minuman di NERAKA!



Antara makanan dan minuman di Neraka yang diceritakan di dalam al-Quran adalah seperti berikut. Moga kita dapat pengiktibaran dari tulisan ini.

1.      As-Shadid

Iaitu nanah bercampur darah. Ibnu Rajab berkata, air shadid akan menjadikan muka mereka hangus, sekali gus menjadikan seluruh kulit kepala dan rambutnya mengelupas.

Maksud surah Ibrahim ayat 18 : Di belakangnya disediakan Neraka Jahanam dan dia akan diberi minum dan air danur (yang keluar dari tubuh ahli neraka.)

2.      Al- Ghassaq

Air yang amat dingin, menurut Ibnu Umar, air ini merupakan campuran dari nanah kental yang jika satu titis sahaja ditumpahkan di barat timur, maka penduduk di wilayah timur akan mencium bau yang amat busuk.

3.      Zaqqum

Salah satu pohon yang digunakan sebagai bahan makanan. Bunganya seperti kepala syaitan dan tumbuh di dasar Neraka Jahim dan setiap orang yang makan makanan ini ususnya terburai.

Maksud surah Ash-Shafaat ayat 62-68 : (Makanan syurga) itukah hidangan yang lebih baik ataukah pohon Zaqqum? Sesungguhnya kami menjadikan pohon Zaqqum itu sebagai ujian bagi orang-orang yang zalim (sama ada mereka percaya atau tidak). Sesungguhnya ia adalah sebatang pohon yang tumbuh dari dasar neraka. Buahnya seperti kepala syaitan-syaitan. Maka sesungguhnya mereka benar-benar memakan sebahagian dari buah pohon itu sehingga memenuhi perutnya dengan buah Zaqqum itu.

4.      Dhari’

Pohon yang amat keras. Jika dimakan tidak akan membawa rasa kenyang, sekali gus tidak menghilangkan rasa lapar kerana ia menyumbat tenggorok, tidak keluar dan tidak akan masuk ke dalam perut.

Maksud surah Al- Ghasyiah ayat 6 : tiada makanan bagi mereka (di situ) selain dari pokok-pokok yang berduri.

5.      Ghislin

Makanan yang bercampur darah yang keluar dari penghuni neraka.

Maksud surah al-Haqqah ayat 35-37 : Maka tiada seorang temanpun baginya hari ini di neraka ini dan tiada (pula) makanan sedikit pun (baginya) kecuali dari darah dan nanah. Tidak ada yang memakannya kecuali orang-orang yang berdosa

6.      Al- Hanim

Air yang amat panas yang diberikan dengan besi panas yang hujungnya bengkok.

Maksud surah An- Naba’ ayat 24-25 : Mereka tidak dapat merasai udara yang sejuk di dalamnya dan tidak pula sebarang minuman, kecuali air panas yang menggelegak dan air danau yang mengalir.

Demikian antara makanan dan minuman yang terdapat di neraka. Jauhilah segala maksiat dan perkara mungkar. Sanggupkah kita merasa makanan dan minuman ini? Janji Allah pasti dan akan ditepati!

Friday, July 27, 2012

♥ Someone Like You ♥


~Someone Like You~
~Adele~

I heard that you're settled down
That you found a girl and you're married now.
I heard that your dreams came true.
Guess she gave you things I didn't give to you.

Old friend, why are you so shy?
Ain't like you to hold back or hide from the light.

I hate to turn up out of the blue uninvited
But I couldn't stay away, I couldn't fight it.
I had hoped you'd see my face and that you'd be reminded
That for me it isn't over.

Never mind, I'll find someone like you
I wish nothing but the best for you too
Don't forget me, I beg
I remember you said,

"Sometimes it lasts in love but sometimes it hurts instead,
Sometimes it lasts in love but sometimes it hurts instead, "
Yeah

You know how the time flies
Only yesterday was the time of our lives

We were born and raised
In a summer haze
Bound by the surprise of our glory days

I hate to turn up out of the blue uninvited
But I couldn't stay away, I couldn't fight it.
I'd hoped you'd see my face and that you'd be reminded
That for me it isn't over.

Never mind, I'll find someone like you
I wish nothing but the best for you too
Don't forget me, I beg
I remember you said,
"Sometimes it lasts in love but sometimes it hurts instead."

Yeah

Nothing compares
No worries or cares
Regrets and mistakes
They are memories made.
Who would have known how bittersweet this would taste?

Never mind, I'll find someone like you
I wish nothing but the best for you
Don't forget me, I beg
I remember you said,
"Sometimes it lasts in love but sometimes it hurts instead."

Never mind, I'll find someone like you
I wish nothing but the best for you too
Don't forget me, I beg
I remember you said,
"Sometimes it lasts in love but sometimes it hurts instead,
Sometimes it lasts in love but sometimes it hurts instead."
Yeah


Thursday, July 26, 2012

~Senyumlah Bila Kita di Uji~


ونبلوكم بالشر والخير فتنة وإلينا ترجعون
Dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai dugaan; dan kepada Kami-lah kamu semua akan dikembalikan.(Al-Anbiyaa, ayat 35)

Kehidupan kita merupakan sebuah ujian yang begitu mencabar. Berada di sebuah negara yang membangun juga begitu besar cabarannya. Kita patut berasa beruntung kerana tinggal di sebuah negara yang aman dan makmur. Walau bermacam-macam pelakon dunia di dalamnya tetapi kita bersyukur kerana kehidupan kita tidak diancam dengan nyawa dan darah. Tetapi harus diingat. Keselesaan ini bukannya akan terus berkekalan. Kita kembali memutar sejarah. Jenayah, pembunuhan, rogol dan penyeksaan juga telah berlaku di negara kita yang tercinta. Perempuan mati di letupkan dengan bom sudah menjadi sejarah di negara ini.

Sabarlah bila kita diuji dari setiap segi. Allah maha mengetahui apa yang terbaik buat hambanya. Coretan kali ini tidak begitu panjang kerana saya ingin anda menilai apa yang terpampang di dalam gambar dan video yang akan saya paparkan nanti. Sentuhlah sedikit rasa sedih pada diri kita. Titiskanlah air mata untuk mereka. Dan hadiahkanlah doa buat mereka. Mereka sama seperti kita cuba berbeza takdir dengan kita. Kita di takdirkan untuk berada di sebuah singgahsana indah tapi mereka sebaliknya.

Kita selalu mengeluh tentang kehidupan. Semuanya dirasakan tidak mencukupi. Yang kaya terus tamak mengaut segala apa yang ada di dunia dan yang miskin semakin lena dibuai dengan dunianya tanpa ada daya usaha. Alangkah malangnya kepada manusia yang tidak menghargai setiap anugerah dan ujian dari Allah. Alhamdulillah, makan dan minum kita sentiasa mencukupi walau tidak semewah makanan para menteri-menteri tetapi kita wajib bersyukur. Apa yang penting sumber makanan itu halal kerana ia merupakan darah daging kita.

Adakah hati kita pernah terfikir tentang nasib mereka? Bagaimana mereka di sana? Bahagiakah mereka di sana? Biarlah beberapa lakaran ini berbicara..hayatilah…

Wajah anak kecil yang suci, senyum mereka punya isi tersembunyi..kita bukan di sini tapi letakkan hati kita pada potret ini..



Hanya ini yang mampu dilakukan untuk mengilangkan dahaga. Bagaimana kita?

Lihat mayat anak kecil ini. mati diikat bersama ibu tercinta. Apa dosa mereka?


Tangisan dari seorang anak kecil. Dia sudah mengerti tentang insan mulia yang bernama ibu. Ke mana agaknya ibunya pergi. Dia tidak mahu tinggal sendiri. Bagaimana dengan kita? Hargailah seorang insan mulia yang bernama ibu selagi beliau masih ada di dunia ini. Bahagiakanlah mereka apa adanya.

Sang abang yang masih belum arif tentang hukum duniawi kini terpaksa memikul amanah abi dan umi


Saksikanlah..
Wahai jasad yang masih punya hati dan sanubari. Hadapilah semua dugaan dengan jiwa yang penuh pengharapan pada tuhan. Jangan sesekali disalahkan takdir. Redahi apa sahaja kesedihan dan kedukaan yang -menimpa. wahai jasad yang masih punya hati. kau mampu mengubah semua ini! Janji Allah itu pasti, kata-kata nabi bukan sekadar untuk dimengerti tapi difahami dihayati dan diikuti.... 

م حسبتم أن تدخلوا الجنة ولما يأتكم مثل الذين خلوا من قبلكم مستهم البأساء والضراء وزلزلوا حتى يقول الرسول والذين آمنوا معه متى نصر الله ألا إن نصر الله قريب

Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu sebelum kamu? mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan harta benda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (dengan ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: “Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?” Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah). (Al-Baqarah, ayat 214)

Wednesday, July 25, 2012

Aku seperti Sampah !



Salam Ramadhan, Alhamdulillah sudah hari kelima kita berpuasa. Syukur pada yang Esa dalam kesibukan bekerja saya masih lagi diberikan kesempatan untuk menitip sedikit coretan di halaman ini. Kisah pengalaman kerja. Ya! itulah yang akan saya coretkan untuk untaian ini.

Hari ini berkesempatan untuk melawat  kawasan pelupusan sampah. Kami diminta untuk melupuskan beberapa barangan kolej dan saya diarahkan untuk menjadi cameramen untuk mengambil bukti pelupusan tersebut.

Sampai sahaja di kawasan pelupusan itu, kami disambut dengan beberapa orang pekerja yang diketuai oleh seorang lelaki berbangsa India yang saya gelar uncle.  Perwatakannya agak garang. Mungkin dia berketurunan Mamak.

Hati saya menjadi sayu apabila melihat keadaan dan pekerja di situ. Ini bukan melihat rancangan Bersamamu. Ini bukan soal menonton filem sedih di You Tube! Tetapi saya melihat dengan mata dan hati saya sendiri. I see with my own eyes. Timbul persoalan dihati saya. Sanggupkah saya bekerja di tempat yang berbau busuk, di penuhi lalat dan ulat. Cuba anda bayangkan kawasan lubang yang besar dipenuhi sampah dan anda melihat ulat sampah menari-menari riang di kawasan itu. Di selangi pula dengan aroma yang mengugat sistem pernafasan anda.

Tetapi, masih ada insan yang mencari rezeki HALAL di situ. Apa yang mereka lakukan? Mereka bekerja di kawasan itu. Bau yang busuk, ulat dan lalat menjadi tatapan harian mereka. Ini bukan kerja HINA! Ini adalah kerja yang paling MULIA bagi saya! Berapa ramai yang sanggup bekerja di kawasan ini? Bangsa apa yang sudi untuk mencari rezeki di dalam lapangan ini? Anda nilailah sendiri.

Kebanyakan pekerja di kawasan itu adalah dari rakyat berbangsa asing. Bangsa Melayu? Ada. Sila lihat di Lorong Kunyit, Lorong Haji Taib, Disko-disko, Pusat Serenti, Penjara dan kawasan- kawasan semak yang menjadi syurga untuk penagihan dadah. Saya bukan hendak menyalahkan bangsa kita tapi semua ini ada di hadapan mata kita. Lihat sahaja di dada akhbar dan media massa. Berapa banyak kes yang melibatkan bangsa kita. Kes tak puasa  jangan dikira. Hebat bangsa kita! Bernaung di bawah raja yang tidak boleh kita derhaka, mengikut telunjuk pemerintah setaatnya. Bukankah mereka yang menjadi hamba kepada kita? Kita yang memilih mereka..mereka yang harus berbakti kepada kita. Sudah menjadi kewajipan pemerintah untuk menyediakan kemudahan kepada kita.

Saya bukan mahu berbicara panjang berkenaan dengan politik. Cuma saya ingin berkongsikan buah fikiran saya di ruangan ini. Mungkin ada pembaca yang hairan kerana banyak tulisan saya sebelum ini berbentuk cinta. Apa? berbentuk cinta? Ya saya akui. Tetapi harus diingat bukan soal cinta kosong tapi berbicara tentang soal ke mana arah cinta itu di bawa. Terpulang pada pembaca untuk menilainya.

Apa yang yang menyentuh hati saya ketika mana berbicara dengan uncle yang ada di kawasan pelupusan sampah itu. Begini situasinya

Saya : “Uncle kami minta maaf tadi ada masalah sikit ada problem.”
Uncle : “Ok no hal. Cuma lain kali u kena hati-hati okay. Adik, u tak pe ke masuk kawasan sampah ni.”
Saya : “Err.. okay uncle (dalam hati macam-macam yang saya fikir).”

Sampah-sampah dan barang yang akan dilupus akan dibuang di sebuah lubang sampah. Sebagaimana yang saya katakan tadi. Baunya yang begitu menguji sistem pernafasan kita di bulan puasa ini dan melihat pula lalat yang begitu banyak. Jumlah yang lebih banyak dari penonton yang menyaksikan perlawanan Malaysia dan Arsenal malam tadi. Tiba-tiba uncle bersuara…

Uncle : “ Man, itu plastik yang ada nasi jangan buang dalam lubang tue, simpan untuk bagi anjing-anjing dan kucing-kucing.” Bisik Uncle kepada pekerjanya
Saya : “( bermonolog dalam hati: mulianya hati beliau. Tidak membiarkan anjing-anjing kelaparan. Walau memang itu tempat mereka. Binatang juga turut mempunyai perasaan seperti kita. Cuma yang membezakan kita adalah akal dan fikiran. Otak mereka pun ada.)”
Uncle : “Saya tau u orang puasa. Jangan tak selera pulak makan bile tengok tempat nie.”
Saya : “Eh, xdala uncle.. saya cuma terkejut jer”
Uncle : “Kenapa?”
Saya :  “Tak ramai yang nak buat kerja macam nie. Saya salut pada uncle dan pekerja-pekerja uncle.”
Uncle : “Apa boleh buat dik ini memang kerja kitorang. Asalkan halal dan dapat bagi makan anak bini kitaorang dah syukur pada Tuhan. Rezeki tue kan Tuhan yang bagi.”
Saya : “Iye uncle.”

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...