Labels

Pages

Followers

Sunday, September 18, 2011

KEJOR YOP KEJOR..

KEJOR YOP KEJOR..
      Salam sejahtera buat semua…hari nie abg mat nak story skit pasal bola..hehe..lain tajuk entry kali ni..no hal la bro..okeyy…sekarang nie epl pun tangah hangat…PIALA MALAYSIA LAGI…BERTAMBAH HOT..abg mat pun dah rasa kehangatannye..hehe..moga pasukan pilihan a.mat kali nie dapat menempa kejayaan yang gemilang..pasukan ni memang banyak dah dugaan yang mereka lalui..tapi berkat kesabaran…adala peningkatannya..hehe..marilah sama2 kita doakan moga pasukan pilihan kita nie…dapat menggapai PIALA MALAYSIA 2011..AMEEN..tapi ingat syeikh..bola..bola gak…ibadah kita kat maha kuasa jangan lupe yer…

      Ok a.mat xnak berleter panjanng..mesti u allz..dah tau kan pasukan pilihan a.mat dari negeri manakan???tentulah PERAK DARUL RIDZUAN..SANG SELADANG…peminat fanatic ni..OMG…hehe..sejak kebelakangan nie Perak mula menunjukkan peningkatan yang positif walaupun 5org pemain dia dah kena gantung 7perlawanan…ni FAM..punya hal..apeee..pun xbleh…xpelah let’s it go..yg penting kehadiran pemain pinjaman tu dapat bantu skuad Perak..apapun teruskan perjuangan korang..jangan gugur di pertengahan jalan..peminat anda ada di mana-mana..KEJOR YOP KEJOR..hehe..nie ada beberapa sedutan video..piala Malaysia yang korang bleh tengok..harap2 player main bagus lagi..chaiyok2

 Nie lagu pasukan bola sepak Perak..

Nie plak beberapa game piala malysia. 
Perak 2-1 Johor
Perak 2-1 Kedah
Perak 2-1 Sabah
ha tu dia...moga-moga PERAK terus kuat dan cekal dalam mengharungi piala malaysia 2011 ini...SYABAS DI UCAPKAN..
Nie gambor a.mat mase g stadium Ipoh,Perak..=) -------->

Friday, September 16, 2011

SANTAI DALAM AMAL…


Salam buat semua..untuk en3 kali ni secangkir bicara ingin menghadiahkan anda beberapa lagu yang secangkir bicara rasa begitu sedap syahdu..merdu dan penuh maksud yang terbuku..dengarlah buat penghayatan kita semua..moga kita tergolong dalam kalangan insan yang senantiasa mendapat hidayah dan senantiasa sedar akan kekhilafan kita di dunia ini..

Moga-moga dengan mendengar lagu-lagu indah ini dapat memberi keinsafan buat kita..masih belum terlambat untuk berubah..ayuh sekalian sahabat..satukan tekad..kuatkan semangat agar kita mampu menjadi muslim yang soleh dan solehah…

BUKAN NIATKU-DEVOOTES..
PATAH HATI-SAUJANA
EKSPLORASI- FAR EAST/IN-TEAM
PERLUKAH- FOR HEART
HAMBAMU-MAWI FT AKIL HAYY
Moga-moga dengan alunan lagu-lagu ini mampu memberi ketenangan buat kita...hayatilah setiap bait-bait kata dalam lagu-lagu ini...berhiburlah..asalkan kena pada syariat dan tidak melanggar batasan moral kemanusiaan dan susila AGAMA ISLAM..selamat mendengar...hehe..salam...

KELEMAHANKU KEKUATANKU..


Salam Jumaat buat semua..terkadang kita berbangga dengan apa yang ada dengan apa yang ada dengan kita baik kesempurnaan diri yang kita ada dan kelebihan diri yang mampu buat insan lain teruja dengan diri kita..namun kita harus ingat bahawasanya semua ini adalah pinjaman dari SANG MAHA ESA..semua hanyalah pinjaman untuk kita di dunia yang penuh fana ini..bersyukurlah dengan apa yang kita miliki kerna Allah sudah punya perancangan yang baik buat kita…TERKADANG KITA JUGA SELALU MENGELUH DENGAN KEKURANGAN DIRI YANG ADA….semuanya seakan serba tak kena lebih salah..kurang salah..walhal pencipta kita sudah ada tugasan yang panjang buat kita di dunia ini..

Sahabat sekalian..mengalir air mata secangkir bicara tatkala melihat sedikit sedutan klip video yang diambil di laman sesawang youtube..melihat insan..insan yang kurang upaya yang tenada usaha dan kerjaya nya melebihi kita insan yang punya lebih upaya..moga dengan ada titipan klip video ini mampu menginsafkan kita semua..hayatilah….

orang buta mampu menghafal AL-QURAN DENGAN BAIK...
lelaki caCAT yang XPERNAH MENYERAH KALAH.

Thursday, September 15, 2011

BICARA KATA DARI BONDA…=)

BICARA KATA DARI BONDA….


Salam..sudah lama rasanya blog ini sepi tanpa khabar berita..sudah lama hati ini tidak berbicara dengan tinta..sudah lama tangan ini tidak menaip kata-kata..kini telah kembali..ntah kenapa SECANGKIR BICARA..semakin sepi..adakah tanda sudah TERHENTI..tidak..SECANGKIR BICARA akan kembali..hehe..

Masih belum terlambat..untuk saya berbicara tentang hari kebangkitan kita AIDILFITRI..dalam suasana meriah kita menyambut hari lebaran jangan kita lupa..pada kedua jasa ayah dan bonda..masih segar dalam ingatan..semasa hari raya ayah dan bonda sibuk menguruskan kelengkapan kita dahulu anaknya yang tercinta sehinggakan lupa pada keperluan mereka sendiri..begitulah mulianya jasa seorang ayah dan bonda…

Di pagi raya kita memohon ampun dan maaf..kita memohon restu pada mereka..tangis dalam pelukan mereka dan bersyukur kerna raya kita kali ini masih lagi ada mereka..tapi bagaimana tahun hadapan?????bagaimana tahun akan datang???sempatkah lagi kita mengucup dahi dan pipi mereka???sempatkah lagi kita memohon maaf dari mereka??buat sahabat2 peringatan ini untuk diri yang hina ini dan juga untuk anda..

Waktu kita belajar bonda pernah berkata…nanti bila dah berjaya jangan lupa keluarga ye..bantulah mak ayah..bantulah adik-adik…mak xkisah walau kau berhata banyak tapi kau lupa keluarga…nak biarlah kita seimbang kedua-duanya…jadilah anak yang soleh..kau punya banyak tanggungjawab…langsaikan dulu hutang-hutangmu yang bersisa..nak…jangan sesekali kau lupa keluarga bila kau berkerjaya..jangan sesekali kau lupa ayah dan bonda bila kau punya Cinta untuk di damba….

Demikianlah coretan kata dari bonda..moga kita jadi anak yang soleh dan solehah..ranjau perjuangan kita sebagai manusia masih panjang dan berliku. Mudah-mudahan kita mampu mengharungi segala percaturan hidup yang telah dirancang oleh YANG MAHA KUASA…akhir kalam buat renungan..terjemahan dalam surah AL-‘ISRAA AYAT 23 :

Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapakmu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan “ah” dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...