Labels

Pages

Followers

Friday, December 31, 2010

Aku Tahu di Sebalik Tahun Baru..




Rasulullah bersabda :

"Katakanlah yang benar walaupun pahit"


Salam pertemuan dan salam menyambut tahun baru buat sahabat semua sebenarnya mengikut calender Islam kita sudah lama menyambutnya tetapi ia tidak sebesar sambutan tahun baru mengikut calendar barat..peruntukan berjuta ringgit..lautan rakyat melata di kawasan-kawasan pilihan yang diadakan sambutan..rancangan televisyen terus menerus menyiarkan cerita menarik untuk ditonton seisi keluarga..semuanya berunsurkan hiburan yang akan merosakkan minda.

“Sesungguhnya orang mukmin apabila melakukan dosa bererti ia membuat noda dengan sebuah titik hitam di dalam hatinya. Apabila ia bertaubat, meninggalkan perbuatannya, dan memohon ampun kepada Allah, maka hatinya jernih kembali. Tetapi apabila ia menambah dosanya, maka bertambah pulalah titik hitam itu hingga menutupi seluruh hatinya.”
 (Hadis Riwayat Ahmad)

Tinggal dahulu soal sambutan ini sebenarnya, jika kita renung peristiwa hijrah nabi dan para sahabat begitu meruntum jiwa kita nabi dikepung diancam bunuh untuk melakukan penghijrahan.Penghijrahan yang disulami pelbagai dugaan tidak sedikit pun melemahkan jiwa dan nurani nabi dan para sahabat demi menegakkan agama tuhan..kita berbicara soal perubahan yang akan dilakukan pada tahun 2011 nanti..dan semua hajat kita itu mestilah inginkan kebaikan ataupun lebih sempurna dari tahun 2010..tapi kita lupa sesuatu..dunia kian tua..perancangan Dajjal, Yahudi dan musuh musuh Allah untuk merosakkan umat Islam sudah berjaya..saraf minda kita sudah dikuasai oleh mereka.

Firman Allah yang bermaksud: Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam itulah petunjuk yang benar)."
(al-Baqarah: 120)
 
Sahabat, makin lama kita hidup di dunia ini..makin singkat umur kita.. sedarkah anda semua pada ajal yang hampir tiba ? Cuma masanya tidak boleh dijangka.. ntah esok ntah lusa..maaf sahabat.. tulisan saya bukan sekadar untuk bermadah kata.. tapi untuk peringatan kita semua.. tahun 2011 kita merancang segala.. kita mohon agar semua perancangan baik kita itu..dimakbulkan Allah..sama-sama kita berdoa…InsyaAllah..baiklah sahabat mari kita berbicara soal sambutan tahun baru ini..pada tengahmalam nanti lautan manusia di seluruh dunia akan berkumpul untuk meraikan hari tersebut..begitu juga di negara yang kita cinta, MALAYSIA..seluruh rakyat 1Malaysia tidak kira tua dan muda..duda dan janda ,pemudi dan pemuda akan bersorak riang untuk meraikan tahun baru nanti..ledakan mercun begemerlapan..di sorak paduan suara girang..di sulam maksiat yang tidak sekali di tentang..

Palestin dan Iraq..turut sama mendengar bunyi mercun..ini..tapi lebih dasyat kerana ia boleh membunuh..dan bunyi mercun itu bukan untuk meraikan mereka tetapi untuk merosakkan mereka..sambutan tahun baru..berlarutan ke pagi..artis dan lagu mela menjadi pengemudi di sinilah akan bermula maksiat besar-besaran..rancangan Yahudi untuk merosakkan kita sudah berjaya pasti..maaf kata..bermulalah alam gadis yang akan kehilangan dara…atau sudah tiada diulangi untuk kesekian kalinya..sang pencinta mula berjanji setia..rasa bahagia dipindahkan kepada nafsu durja akhirnya membawa kepada pelayaran di lembah zina dan hina…maka nanti akan lahir anak-anak yang belum bersedia untuk melihat dunia dan mereka akan dibuang atau di tinggalkan di merata..

Surah al-Isra' ayat 31, Allah s.w.t berfirman yang bermaksud: "Dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana takutkan kepapaan. Kamilah yang akan memberi rezeki kepada mereka dan juga kepada kamu."

       mari kita fikir sejenak wahai pemuda dan pemudi, tempoh mengandung bagi seorang wanita adalah lebih kurang 9 bulan 10 hari dan jika zina berlaku pada malam tahun baru nanti….dan akan menemui hasil pada bulan 9 2011..jadi jangan sesekali kita terkejut dan marah jika RAMAI bayi yang akan dibuang pada bulan itu..dibiarkan mati tanpa ada rasa simpati…biar nafsu yang menguasai diri..begitulah ia berterusan berlaku..kita berbicara soal kempen,tapi kita melaksanakannya mengikut hukum Islam..

Sahabat..diri ini bukan nabi bukan juga wali..tapi diri ini punya sensitivity terhadap pemuda pemudi yang akan menyambung rantai rantai perjuangan agama Ilahi..diri yang penuh dosa ini..mengharap doa dan bantuan dari kalian semua agar kita terus kuat dan tabah dalam mengharungi kehidupan di dunia yang mendatang..sama-sama kita memberi peringatan kerana peringatan itu ada manfaat untuk kita semua..salam..SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU..semoga Allah merahmati segala urusan kita di dunia ini..AMEEN..
Untu renungan kita…

Firman Allah dalm  surah Ghaafir @ Mukmin , ayat 75  yang bermaksud :
(Lalu dikatakan kepada mereka setelah ditimpakan dengan azab seksa): “Balasan buruk yang demikian ini disebabkan kamu dahulu bersukaria di muka bumi dengan cara yang salah (pada hukum Tuhan), dan disebabkan kamu bersenang lenang dan bermegah-megah dengan berleluasa (dalam maksiat).


“Maka orang yang berhijrah, yang diiusir dari kampung halamannya, yang disakiti pada jalan-Ku, yang berperang dan yang dibunuh, pastilah akan Aku hapuskan kesalahan mereka dan pastilah Aku masukkan mereka ke dalam syurga yang mengalir sungai-sungai di bawahnya sebagai pahala di sisi Allah. Dan Allah, pada sisinya pahala yang baik.” 
 (Surah Ali-Imran, ayat 195)



Ish sombongnya minah tue-last part


Salam kawan..ni part yg last sekali tentang crita nie..pas kitorg dah bcer surat tue sampai tergelak terbahak2 kitorang pun balik rumah..n my pren tue nak cari idea cmner nak trangkan hal sebenar..bak kata orang di telan mati mak di luah mati bapak..habes tue takkan nak kemam kot??? xperla esok kitorgn g sek mcm biasa..kebetulan hari tue waktu free da ri pagi sampai balik..coz cikgu semua sibuk…xperla yang tu yg kitaorg suka..ala korg pun sama…hihihi..my pren nie nak ckp trus trg dkat minah becok tue dia takut..t x pasal2..ada org hysteria..heehe..

So kitorang tunggu waktu rehat..sebab tue jer peluang yang ada…eh kenapa sy perlu terlibat sekali dlm pristiwa ni? sy bukan perancang utama…xpala demi my pren..ku turuti jua..oh lupa..plak sori ..sy baru teringat dalam isi surat tue my pre nada mintak gambar minah tue..so dia bagi ker? mestila bagi..tapi minah becok tu yang bagi..heehe..gambar duduk atas motor..baju kurung merah n siap make-up lagi muka..pastu ada lipstic merah lagi uuu….hahaha…xperla untuk my pren..ok2 sambung..waktu rehat dah start..ntah camner my pren brani plak nak tegur minah..becok tue..dia ckp nak jumpa jap ada perkara penting yang perlu diselesaikan..terkebil2 mata minah tue..hehhe..xperla…masa tue ada 2 orang kawan dia yang lain…minah cun tue da g rehat..ish..tau makan jer..bukan nank blanja sy pun..ok kitorg pun berjumpa..mas tue my pren dgn minah tue duduk bertentang..waduh…minah tue cam malu2 jer….erm dia xtau lagi hal sebenar nie..my pren ni terketar2 nak mulakan percakapan tapi di still go on..hehe..ok mula2 my pren buat la kiasan..supaya dia dapat detect ap sebenrnya berlaku..bak kata org tua bagi hint la…

Tapi masalah minah lambat tangkap..my pren cam bengang sikit,,apa lagi dia terus..luahla…yang surat dia tulis tue bukan nak bagi kat minah becok tue..dia nak bagi kat minah cun tue..ada org khianat dia…dia ckap trus yang dia xada hati lgsung kat minah tue…ish…sy cuba nak tahan my pren..tapi da xterdaya…sy tengok minah becok tue..tunduk..pastu..ada air mata dia keluar…alamak..camner nie..xkan saya plak nak ganti my pren utk minat kat dia..eh2 jangan2..pastu minah tue ckap..yela sya tahu..saya nie xcantik..mulut laser..ha tahu pun…hehe…pastu suka buat org sakit hati..yer sya xlayak dicintai dan mencintai…wekkk….ayat….

My pren nie xleh tengok orang sedih…dia pun cuba pujuk…blik minah tue..dia cakap ko bukan tak cantik…ko ok jer…tapi masalahnya aku dah berpunya..eh.. bila masa plak minah cun tue declare nak dkat my pren..pandai2 jer…macam2la ayat dia pujuk..sampai minah becok tue ok balik…n lepas peristiwa tue diorang jadi kawan baik..tapi bukan couple yer…sebelum tue..minah becok tue ada cakap yang dia tahu minah cun tu  suka kat spa….coz diorg kawan rapat gak..kawan2 tahu sapa lelaki bertuah tue???? Ha tekala sendiri….lelaki tue pernah dapat tisu dari minah cun tue..ok TAMAT!!!!!

Thursday, December 30, 2010

LAGI AWARD UNTUK ABG MAT

Salam sejahtera..buat anda semua..kali ni abg mat nak ucapkan terima kasih kepada brother blogger..iaitu brother syam..@http://shamdisini.blogspot.com/2010/12/100-blogger-terceria-part-ii.html..yang telah sudi memberikan a.mat award nie..terharu ni..demam bolasepak baru jer kebah,,dapat plak award..tq yer bro..


nie plak abg dapat dari http://1ummah-ki.blogspot.com/...



HIKAYAT percintaan MAS DAN INA..(^_^)-(*_*)



Salam keheningan malam untuk semua..harap-harap anda semua sihatla...hendaknye..yer..amboi.amboi,amboi…(azwan ali stail) mentang-mentangla team Malaysia menang malam nie..seronok korang yer..apa-apapun..abg mat nak ucap tahniah yang tak terhingga kepada semua kontijen bolasepak Malaysia yang telah menjuarai AFF SUZUKI CUP 2O1O..Syabas!!!! di ucapkan…

Ha….saper mas dan ina nie??? Kalau korang tengok bolasepak korang tau ler..pasangan kekasih nie..hihihii…diorang nie dah ada dalam sejarah kiter dulu2 lagi tau..n bleh kater bukan sahaja bersahabat baik tapi dah jadi pasangan kekasih ler…tapi percintaan mereka bukan sahaja di tempat-tempat elit..mereka juga bertemu di stadium tau…nak tengok tempat pertama kisah cinta terakhir mereka??? Jap yer..mereka nie punya hobi yang sama tau..main bola sepak…si mas dan ina ni ade ramai peminat….xkira laki pempuan xkira tua muda..semua sayang n sokong mereka..hihhi..bila bertemu di stadium tempat mas tinggal..diorang MAIN BOLA…masa tue mas menang..3-0  kot..ina tuduh mas guna laser kat mata ina..ina xnak main dahler..pujuk punya pujuk ina pun main balik..last bila kalah ina tuduh lagi mas guna bomoh Thailand, China dan India..ish..banyaknyer guna bomoh..

Kisah pertemuan cinta di stadium Bukit Jalil dan stadium Bung Karno



Xper..kali ni mereka buat perlawanan terakhir kedua sebelum mereka menamatkan kisah percintaan mereka di padang..untuk game kali nie mestila di tempat ina plak..baru adil..tapi menyokong ina lebih kurang 850000 ooooo…penyokong mas plak lebih kurang tiga ratus jer..hikhik…xper..asal main jer..diorang pun lawan…lawan punya lawan..mas dapat jaring gol dulu..tapi mas tak menyerah kalah terus balas lik..tup2…dah seri 1 sama…tula..mas main2 lagi..xper mas..rilex dulu..tengah mas nak tambah gol..akhirnya dapat jugak bagi gol kedua (SENDIRIK) hihihihi…xper..mas tersasul jer tue..jangan buat dah tau??? Malu kat orang…di tempat ina..mestila ina menang 2-0..dah boring main..diorang pun tamatkan permainan…ok kali ni keputusan dibuat..kalau ikut agregat..cewahh!!!! MAS da menang agregat 4-2… yeyeyeyeyeeye!!!!! Akhirnya…kini pasti…bak kater akak Anita Sarawak..hee..

Kawan2 mesti nak tengokkan saperla yang latih ina dan mas kan ???? meh kita tengok…saperla..yang hebat tue..nanti jurulatih mas mesti leh dapat Dato’..hihihi..


Nie la jurulatih INA- Alfred Riedl-(lahir di Vienna, Austria, November 2, 1949, umur 61 tahun dan  bekas penyerang  Austria.






Ni plak jurulatih MAS-Rajagopal a/l Krishnasamy-   lahir di Selangor, Malaysia.Julai 10, 1956 , umur 53 tahun  ketua jurulatih pasukan bola sepak bawah 23 tahun kebangsaan Malaysia dan pasukan utama Malaysia. Beliau  bekas pemain kebangsaan Malaysia pada era 80-an dan pernah melatih pasukan remaja Malaysia selain Selangor dan Kelantan.


Ni plak..guna taktik sotong..abg mat rasa…sotong2 minat kat mas kot…hehehe..






Asyik cerita jer..sapa mas??? Sapa ina????jap ler..kawan2..mas ada hero..tau..ina pun ada hero..ti kita tengok saper..


Nie hero INA- Christian Gérard Alvaro González -dilahirkan di Montevideo, Uruguay, 30 Desember 1976; umur 33 tahun) adalah pemain sepak bola asal Uruguay yang bermain di Liga Super Indonesia memperkuat Persib Bandung. Posisinya adalah penyerang. dia menjadi penjaring gol terbanyak di Division Utama Liga Indonesia untuk dua musim (2005, 2006).








Nie hero MAS -Mohd Safee Bin Mohd Sali -dilahirkan pada Januar1 29, 1984 di Kajang, Selangor.
Pemain penyerang bagi Selangor FA. Memakai jersi No. 10 yang pernah dipakai oleh pemain lagenda Mokhtar Dahari.
29 Januari , 1984 (1984-01-29) (umur 26).


INILAH DIA PASUKAN TERHEBAT..MALAYSIA (MAS)

INI PULAK PASUKAN LAWAN  DIORANG ..INDONESIA (INA)..

Wednesday, December 29, 2010

18 AMALAN YANG MENYEBABKAN KITA TERSELAMAT DARIPADA API NERAKA DAN AZAB TUHAN DI AKHIRAT..

18 AMALAN YANG MENYEBABKAN KITA TERSELAMAT DARIPADA API NERAKA DAN AZAB TUHAN DI AKHIRAT..

1.     BERBAKTI KEPADA KEDUA IBU-BAPA
 
2.     WUDHUK YANG SEMPURNA


3.     ZIKRULLAH

4.     SOLAT FARDHU DAN SOLAT SUNAT


5.     PUASA

6.     MANDI JANABAH DENGAN SEMPURNA


7.     HAJI DAN UMRAH BAGI YANG BERKEMAMPUAN

8.     MENJAGA HUBUNGAN SILATURRAHIM


9.     SEDEKAH

10. AMALAN AMAR MAARUF NAHI MUNKAR


11. AKHLAK YANG MULIA

12. AMAL IBADAT DISEBABKAN RASA GERUN KEPADA ALLAH


13. MATI KETIKA KECIL

14. AMALAN JAHAT YG TIDAK JADI DILAKUKAN SEMATA-MATA TAKUT & GERUN KEPADA ALLAH


15. AIR MATA YG MENITIS SEMASA DI DUNIA DAHULU DISEBABKAN OLEH SESALAN TERHADAP PERBUATANNYA YANG BURUK SEMATA-MATA KERANA ALLAH

16. AMALAN HUSNU DZAN (SANGKA BAIK)TERHADAP ALLAH S.W.T


17. BERSELAWAT KEPADA BAGINDA RASULULLAH

18. SYAHADAH YANG MENJADI PEGANGAN AKIDAH


Tuesday, December 28, 2010

AWARD UNTUK ABG MAT..

Jutaan terima kasih diucapkan kepada miss luqluq @ http://intannurazlin.blogspot.com/..yang sudi memberikan award untuk a.mat..salam penghargaan dan titpan keledek untuk beliau..terima kasih roti benggali kalau boleh nak lagi...hehehe..



Aku Part 3

    Adakah penantian dan kesabaranku yang ku tunggu selama berbulan-bulan akan membuahkan hasil? Waktu itu senja semakin melabuhkan tirainya untuk memberi ruang malam menghiasi alam dan angin mula bertiup di setiap sudut rumah papan ku. Ku lihat nun jauh di sana matahari kian terbenam dan cahaya waktu itu begitu indah, itulah dia ciptaan dari sang Maha Esa. Sempat aku bertanya pada ibu di manakah ayah pergi dan masih belum pulang lagi lalu ibu menjawab pertanyaan ku itu. Ibu berkata ayahku pergi ke pekan untuk membeli barang-barang dapur dan kelengkapan lain. 

     Ku lihat juga wajah ibu yang agak kerisauan menantikan kepulangan ayah namun ibu pandai melindungkan segalanya agar aku tidak perasaan apa yang tersirat diraut putih wajah suci ibu. Sambil menunggu ayah, ibu membuatkan aku secawan teh yang mana sehingga hari ini air teh buatan ibulah yang ku anggap terbaik di dunia. Air teh yang dibuat ibu itu ku hirup perlahan-lahan kerana masih suam, sementara menunggu kepulangan ayahku.Waktu itu sudah berganti malam. Setelah agak lama kami menunggu ketibaan ayah. Akhirnya dedaun pintu di ketuk. Ayah memanggil ibu dan pintu dibuka. Saat itu ayah membisikkn sesuatu di telinga ibuku lantas terukir senyuman diwajah ibu. Barang-barang makanan yang ayah bawa itu telah diletakkan ibu di dapur dan aku juga turut membantu.

          Kami sekeluarga menunggu untuk makan malam bersama dan pada malam itu ibu telah menghidangkan kami makanan yang sedap-sedap. Aku menjamahnya dengan tergesa-gesa. Ayah menegur aku katanya “nanti tercekik pulak makanan tu. makan dengan sopan dan jangan gelojoh”. Sedang asyik menjamah masakan ibu tadi timbul pula persoalan tentang apa yang dibisikkan ibu tadi. Bertubi-tubi soalan menusuk dibenak fikiranku namun tidak mampu ku luahkan dengan kata..ahh.., aku biarkannya seketika biarlah jawapan itu hadir pada hari esok. Ku rasakan begitu panjang malam untuk beralih ke waktu siang. Lakaran mindaku masih timbul pelbagai persoalan tentang apa yang berlaku sebentar tadi. Aku terbaring keseorangan ditemani kelambu usang dan bantal busukku dan ku cuba lelapkan mata perlahan-lahan.

          Keesokannya, sedang asyik dalam lamunan aku dikejutkan dengan bunyi deruan enjin motosikal di halaman rumahku. “Siapalah yang datang pada waktu pagi sebegini. Aku nak tidur pun susah,” marahku memendam rasa. Kemudian bunyi itu kembali lagi menerobos masuk ke halwa telinga ku, aku terus bangun dan menuju ke halaman rumah, oh..rupa-rupanya ayah sedang menghidupkan sebuah motosikal baru. Aku terus berlari mendapatkan ayah dan aku bertanya, “motor siapa ni ayah?” Ayah menjawab, “inilah motor kita”..kalau tidak silap aku motor itu berjenama YAMAHA dan modelnya aku tidak ingat tapi yang pasti bukan YAMAHA LC 135 yer... Ayah terus memberitahu aku motor ini di beli untuk kemudahan kami sekeluarga dan ayah juga berkata tidak lama lagi aku akan menginjak ke alam persekolahan jadi mudahlah bagi ayah untuk menghantar dan mengambil aku ke sekolah nanti. 

     Rupa-rupanya inilah yang dibisikkan oleh ibu malam tadi. Aku juga gembira kerna rezeki ayah dan ibu semakin bertambah hari demi hari. Berkat kesungguhan dan kesabaran mereka akhirnya membuahkan hasil. Namun jauh di sudut hatiku  terpancar sedikit kesedihan kerana basikal yang ku idam-idamkan masih belum tiba. “Erm..biarlah ayah membeli keperluan yang penting dahulu nanti suatu hari tentu ayah akan membelikan aku basikal baru”, pujukku untuk menyedapkan hati yang seakan sepi ini.

          Lupakan sebentar coretan aku dan basikal, terkenang pula tentang kegemaranku semasa kecil. Memandangkan aku begitu berminat dengan haiwan aku suka membela binatang, aku juga gemar bermain lastik. Setiap pagi aku dan kawan-kawan selalu berjalan ke kawasan kampung untuk mencari sasaran dan antara sasaran kami ialah  burung. Antara pakar melastik burung adalah aku. Aku dianggap ketua atau `tekong’ oleh rakan-rakanku. Pada ketika itu lastik kami hanyalah buatan sendiri dan masih banyak kekurangan lagi walau bagaimanapun untuk melastik burung-burung kecil sudah memadai dengan lastik buatan kami itu antara burung yang selalu menjadi sasaran kami ialah burung murai, burung kedidi, burung kelicap dan burung merbah. Masa itu kami tidak memikirkan nilai kemanusiaan yang ada pada diri kami, yang kami tahu hanyalah untuk  berseronok sahaja, pernah sekali aku melastik sepasang burung kelicap yang sedang bertenggek di atas ranting pokok, dan terkena pada seekor burung itu dan ia jatuh ke tanah.

      Sempat ku merenung ke arah pasangannya yang hanya mampu melihat dari atas pokok dan tidak bisa melakukan apa-apa kerna ia hanya seekor burung yang tidak mempunyai akal seperti aku. Mungkin pada waktu itu aku tidak merasai kesedihan yang dialami oleh burung itu akibat kehilangan pasangannya. Sang burung itu sudah tentu meratapi pemergian pasangannya..kuntum-kuntum yang dulunya mekar berseri..kelopak gugurnya berderai..Mungkin mereka boleh diibaratkan seperti kelicap dua sejoli dan aku menjadi penghalang dan pemutus cinta suci mereka. Ah..kejamnya aku..tapi aku hanya kanak-kanak yang hanya mampu berhibur dan dan masih tidak mampu memikirkan baik dan buruk atas setiap tindakan ku itu.

          Demikian coretan tadi, kini ingin ku luahkan pengalaman ketika aku mula-mula menjejakkan kaki ke alam persekolahan seawal usia 5 tahun lagi. Aku mendapat pendidikan awal Prasekolah di Taska Teluk Medan. Di Situlah aku mula mendapat pendidikan formal dan sebelum ini hanya keluargaku sahaja yang menjadi guru kepada aku. Iyalah selama ini semuanya ibu ada di sisi dan senantiasa membantu aku apabila aku memerlukan pertolongan dan kini aku perlu berdikari sendiri untuk menguruskan kehidupan ku di tadika. Saat mula pendaftaran di tadika aku melihat pelbagai peristiwa yang berlaku, ada kawanku yang tidak mahu melepaskan ibunya pergi dan ada pula yang tidak mahu turun dari kenderaan keluarganya. Ku tersenyum melihat gelagat mereka. 

     Mujurlah aku sudah dididik sedari kecil untuk berjauhan dengan ibu dan ayahku jadi aku tenang sahaja bila ayahku menghantar aku ke tadika. Sejenak hatiku di hambat perasaan terharu tatkala mengenangkan persiapan ibu untuk membantu aku ke tadika. Pada waktu itu aku begitu teruja untuk ke tadika sehingga aku yang mengejutkan kedua ibu bapaku tidur. Seingat aku air kolam di rumah begitu sejuk jadi kau meminta ibu supaya menjerang air untuk aku mandi jadi kuranglah sedikit kesejukan itu. Selesai sahaja aku mandi aku dipakaikan dengan baju sekolah yang baru dan ibu menyisirkan rambutku dengan penuh kasih sayang dan saat itu dapat ku tatap wajah seorang ibu yang penuh dengan pengorbanan dalam membesarkan aku.

Benarlah kata pujangga ‘hidup memerlukan pengorbanan, pengorbanan memerlukan perjuangan, perjuangan memerlukan ketabahan, ketabahan memerlukan keyakinan, keyakinan pula menentukan kejayaan, kejayaan pula menentukan kebahagiaan.’        

Monday, December 27, 2010

kAnTOi.....

Kantoi
            Salam pertemuan buat sahabat semua..untuk kali nie abg mat nat cerita tentang zaman sekolah..ni mmg abg mat xboleh lupa..selalu menggamit kenangan silam…tajuk nie bukan nak tiru lagu saudari ZEE AVI yer..nie kisah abg mat dengan kawan2..hehehe..harap sahabat semua enjoy..
Kalau xsilap abg mat nie kisah mase form 4 kot..kisah nie…pasal belajar ler..ok masa sekolah menengah dulu abg mat ambik aliran agama..12 subjek..tapi keputusan spm..ok gak..kalau setakat nak jadi polis n askar tue dah lepas..hehe..ok antara subjek yang a.mat ambik erm…subjek CHEMISTRY..atau Kimia..sebenarnya a.mat xberapa reti sangat subjek nie..matematik tambahan lagi best tau..subjek kimia nie di ajar oleh seorang guru wanita berbangsa Cina..nama dia puan Yew..strategi pembelajaran beliau..pergh…semua pelajar xbrani tido oo..heehee..n kerja rumah memang ramai.hak3..

Ok apapun abg mat nak ucapkan ribuan terima kasih kepada puan YEW kerana sudi mengajar a.mat ilmu kimia nie..mmg best..share2 yer cikgu..a.mat kat kelas ada 2 orang kawan rapat..dan sampai sekarang kita org still contact n ada jer aktiviti nak buat kalau masing2 da lik kampung..nama kawan abg mat nie Amir dan Afiq..dua2 dah berpunya tau..tapi a.mat jer masih solo..hehee..ada sapa2 ker yang…..hehhe…eh2 sambung balik k..pada suatu hari tue..a.mat dan kawan2 rasa malas nak pergi kelas n dalam hati nak ponteng kelas..kelas kimia lepas rehat…kerja yang teacher bagi tak siap lagi..nak plagiat kat kawan da xsempat..kebetulan plak masa tue ada cikgu len minta tolong kejap untuk setelkan borang apa ntah..n dia perlukan lebih kurang 3 0rang..ha cukup2..masing2 pandang2 jeling2 n kami setuju..a.mat ada alasan x masuk kelas hari nie..hhee.. padahal takut xsiap kerja..ish3

Kitaorang pun tolongla cikgu tue..waktu  kimia pun da on..masing2 berdoa pada ilahi moga dilindungi ..tengah rancak tolong cikgu tue sambil bergurau senda…al-maklumla…cikgu baru,,muda lagi..kena plak belum kawen…perempuan ..bukan laki la!!! hehehe…masing2 buat2 rajin kunun..hihii..tiba2 kejadian yg xdisangka2 kawan sekelas a.mat datang la bilik guru..ingatkan membawa khabar gembira kelas kimia batal..rupanya khabar duka..heeee..Puan Yew panggil kitorg..a.mat ckap da bgtau kat dia melalui kwn..tapi dia sruh a.mat n the gang dtg kelas gak…dengan rasa ketakutan dan kecuak an..kitorg melangkah pergi dan membiarkan cikgu tue mlakukan kerjanya seorg diri..

Sampai jer di makmal Kimia..a.mat tengok semua kwn2 senyap jer..sayu jer kelas tue..papan putih masih kosong…cari di mana puan yew berada tengok2 di meja belakang sekali..tapi ada pulak dua orang budak perempuan junior kat situ…diorang buat ap ntah dengan puan yew ..ah.sudah..nie boleh jatuhkan saham a.mat nie..puan yew panggil dengan nada yang menakutkan..kitorg bertiga berjalan sambil bersalawat..dalam hati la…harap-harap semua ok..hehehee pastue kitorang  tiga2 menghadap dia..ok.. sesi ceramah agama bermula…dushhhh…pom…..pungpang.pungpang…tutttuuu….awk.tttttutttuuuuu….saya…tuuuuttttttt,….dushhh!!!!!..hampir setengah jam ditarbiah kami diberi surat amaran oleh puan yew..dia ckap nak bagi kat guru disiplin..hmm apala nasib kitorang nie baru jer sekali nak belajar ponteng kelas tapi da kantoi..abg mat rasa yang tue la kali pertama dan terakhir a.mat ponteng kelas..xberani dah weh..banyak nasihat.yang puan yew kasik.
.
Lepas  habes crmah tue..dia start lik mengajar..kitaorang dudukla satu meja..pastu afiq bisikla kat telinga a.mat…dia ckap “oi..husairi ,masa teacher jerkah(sergah) kita tadi..aku terkejut sampai terkentut..nasib baik dia xdgr..kalu x kena aku”..apa lagi gelak besar la a.mat dgn amir…pastu …teacher panggil lagi..dia tnya knp gelak..a.mat coverla..kata amir pakai seluar koyak..dkat bahagianb depan..habes satu kelas gelak,,,puan yew cover gelak..pastu dia sruh kitorang ketuk ketampi 10 kali..hehe..mmg lucu..yang amir nie serba salah nak turun ke tak..mmber ingatkan sua dia betul2 koyak..heehe..xpala..di akhir kelas..puan yew panggil balik kitorng…ingatkan nak sambung diskusi agama..sekali dia bagi nasihat..kali nie lembut jer..sedih plak dengar..pastu dia ckap sirat tue dia saja buat gempak jer..heehee..kitorg pun minta maaf kat dia n kembali bergurau..teacher…Yew mmg best..walau garang tapi friendly..nak tau ker result kimia a.mat???ish…xperla…ok kawan tq…jumpa lagi!!!
korang cari la sendiri gambor amir n afiq yer..


Friday, December 24, 2010

CATATAN HATI INSAN YANG BERGELAR LELAKI

CATATAN HATI INSAN YANG BERGELAR LELAKI

Salam pertemuan sy titipkan buat sahabat semua..saat menulis catatan ini..saya masih berada dikampung..sambil menyaksikan keindahan sawah padi yang menghijau dan melihat cahaya senja yang memukau…sahabat..selalu kita mendengar dan membaca cerita atau curahan rasa dari insane yang bergelar WANITA..pelbagai kata-kata suci dan puji..di tujukan kepada mereka..sajak,lagu ,puisi dan gurindam jiwa banyak menceritakan tentang mereka..sahabat..untuk titipan kali ini bukan soal wanita yang ingin sy bicara..tapi ia hanyalah untuk kemanisan dalam membuka kata…

Sahabat..sy teruskan dengan bicara..kali ini hati ingin meluahkan tentang seorang insan yang berhati waja…berjiwa perkasa dan pembimbing kepda golongan wanita..dialah insan yang bernama LELAKI..PEMUDA.. sahabat..insan yang bernama lelaki ini banyak peranan dan tanggungjawabnya..bnyak bebanan dan amanahnya…sahabat…insane yang bergelar Lelaki adalah insan yang anda panggil bapa,syang,abang,adik,suami, da’ie dan anak..Lelaki punya banyak rahsia..benarkah lelaki sekarang punya hati setuguh waja?benarkah lelaki sekarang punya kuasa untuk mempertahankan agama yang tercinta?? Jawapannya ada pada semua…sahabat..bergelar lelaki bukan mudah…dan bukan payah..tapi banyak dugaan dan cabaran yang akan ditempuhi..kehidupan di zaman kanak2..remaja…dan apabila dewasa bersiap sedia dalam mengemudi bahtera rumahtangga..dan bakal bergelar bapa..namun tugas Lelaki tidak terhenti setakat itu..ada amanah yang perlu dilaksana…selain amanah kepada ALLAH..amanah kepda ibu dan bapa yang tercinta..perlu ditunaikan..

Nanti kita diberi tanggungjawab bersama anak2 dank eluarga tapi berilah masa kepada ibu bapa kita..jenguklah mereka..kirimlah wang untuk mereka  dan kirimkan sekali kasih sayang kita..jasa ayah dan bonda tidak dapat kita balas dengan wang ringgit…ah…lelaki walau kau punya kuasa dan takhta tapi kau perlu berbakti kepada mereka kerna syurgamu ada pada insane yang bergelar BONDA..Lelaki..kau pasti berjya andai kau tabah dan kental dalm kehidupan ini..sahabat…demikian titpan ringkas dari insane yang bernama lelaki..di bawah ini saya coretkan..bingkisan puisi Lelaki untuk sama2 kita hayati..puisi ini ditulis oleh seorang insane yang berdedikasi dalam menyampaikan ilmu dan dakwah..dialah insane yang bernama PAHROL MOHD JUOI..beliau merupakan ketua pengarang kepada majalah SOLUSI..dan saya amat meminati buku yang telah di hasilkan oleh beliau….sekadar renungan..bagi kita..hayatilah puisi ini

Hati seorang lelaki..
Kekadang perlu sekeras waja
Ada masanya mesti selembut sutera
Ah…lelaki…
Jika jiwamu tulus kerana ILAHI..
Pasti lurus perananmu sebagai LELAKI..


Izinkan lelaki itu pergi
Walau kakinya bagai dipasung luka
Walau hatinya tercalar bisa
Izinkan dia melangkah jua

Tangisan tidak dia lupakan
Bukan dia tega
Bukan dia rela
Tetapi dia terpaksa..
Izinkan dia pergi jua

Dihatinya ada wahyu yang merayu
Di situ tidak pernah ada tunggu
Walau terjerat, walau terikat
Dia mesti pergi jua

Ah, genderang itu telah berbunyi
Dia terpaksa pergi
Jangan kau tunggu lagi
Mari bersamanya
Walau terseksa lelaki itu akan pergi jua!
(NOTA HATI SEORANG LELAKI-PAHROL MOHD. JUOI)


Thursday, December 23, 2010

ROCK DAN DAKWAH....

ROCK DAN DAKWAH

Salam buat sahabat semua..hari nie..sy ingin berbicara tentang hiburan di tanah air kita..erm..rasanya tidak layak untuk berbicara soal artis nie..saya bukan wartawan hiburan..saya bukan cik gayah,bukan  minah gebu..atau bukan marilyn cantik bukan juga pengendali ruangan soseh-soseh..tapi sy ingin mengajak saudara berfikir sejenak masih adakah artis rock tanah air kita yang turut berdakwah dalam agama? Pelik bunyinya kan? rock atau hajarun atau batu..sudah tentu sama seperti sifatnya KERAS..

Sya yakin korg semua mesti pernah dengar lagu rock yang berunsur ketuhanan? Eh ada ker? Ada…dalam kita layan lagu-lagu rock kapak dulu-dulu..ada juga sesnsitiviti agama pada hati mereka untuk berdakwah..tahniah saya ucapkan..dulu..kita menilai artis rock nie jahat,terlibat dengan dadah, pengotor..n yang paling penting rambut mesti panjang..hrmm..terpulang la pandangan korang mcmner..dalam en3 kali nie saya nak membawa korg semua untuk menghayati beberapa lagu rock kapak yang berunsur ketuhanan bahkan lirik-liriknya lebih syahdu dari lirik yang ada di dalam lagu nasyid..betul!!! nanti korang hayati ae..pernah korang dengar artis nasyid berduet dengan kumpulan rock??? Tentu ada kan??

Ingat kita pada arwah Ustaz Asri vokalis kumpulan nasyid Rabbani..arwah pernah berduet dengan rocker tanah air ..siapa lagi kalau bukan brother kita..saudara Amy Search..adakah lagu ISABELLA yang mereka dendangkan bersama atau lagu GADISKU?? ..Tidak sahabat..lagu yang membawa arwah ustz Asri untuk berduet dengan Amy adalah lagu MENTARI MERAH DIUFUK TIMUR..apa ada dengan lagu ini??? Kalau sahabat benar2..hayati setiap inci lirik lagu tersebut ia mengisahkan tentang hari KIAMAT…apa hari kiamat??? Ya…sya sediakan video lagu ini untuk sahabat hayati..
Kita postpone jap tentang saudara kita amy…ada lagi ker kumpulan nasyid nak berduet dengan artis rock??? Ada lagi..kenalkah sahabat pada brother Awie..vokalis kumpulan wings…beliau juga pernah berduet dengan kumpulan nasyid raihan??? Lagu ape yang dinyanyikan oleh mereka itu..lagu SEJATI? MISTERI MIMPI SYAKILLA? INTANKU KESEPIAN??? TIDAK sahabt lagu duet mereka adalah lagu-DARI TUHAN
Ok..nak lagi lagu rock berunsur ketuhanan kenalkah kita kepada BANDI AMUK??? Dalam suara kerasnya juga turut tergerak hati untu berdakwah..lagu PERGI TAK KEMBALI pernah didendangkan oleh saudara Bandi..walau versi rock tapi lirik itu amat bermakna..AMuk juga ada menyanyikan lagu berunsur ketuhanan dan sahabat boleh dengar lagu JERNIH.. DAN AKU MAHU PULANG..
Erm..mcmner pulak dengan kumpulan XPDC.. atau dulu dikenali sebagai raja fun-fair..sapa kata diorang xpernah buat lagu berunsur ketuhanan? Ada..sahabat…cuba sahabat dengar lagu HIJAU BUMI TUHAN.. lagu tue berbicara tentang indahnya ciptaan tuhan dan kta perlu menghargainya sebaik mungkin..
Last but not least..kenalkah anda pada kumpulan SWEAT CHARITY..dulunya vokalis kumpulan itu ialah papa rock kita..uncle RAMLI SARIP..antara lagu diorang yang berunsur ketuhanan ialah lagu yang bertajuk BATU.. sedap lagu nie…lirik yang penuh bermakna dan penuh madah kata..buat manusia yang selalu alpa dengan dunia..
Baiklah sahabat..mungkin sahabat lebih banyak tahu tentang lagu-rock yang berunsur ketuhanan..sama2 lah kita berkongsi ilmu ini..ampun maaf en3 ini bukan untuk mendewakan lagu-lagu rock.tetapi untuk kita memilih lagu yang mempunya mesej untuk dihayati dan diteladani..semoga sahabt terhibur dengan video lagu yang telah disediakan itu..sekian..

Tuesday, December 21, 2010

ABANG Mat StORy

Salam  buat sahabat semua…maaf yang hari nie abg mat agak lambat memasukkan en3 terbaru..al-maklumla..baru sahaja pulang ke kampung…hihihi..home sweat home..sebenarnya bayak cerita hot…yg abg mat dgr…kat kampung nie..tapi yang tue nanti dulu yer…nie nak crita masa on the way nak balik kampg…abg mat nik train..perjalanan di jadualkan pukul 11.20 mlm…abg mat minta la tlong..kawan hantarkan..dalam perjalanan ke KTM..hampa tau ke KTM ap benda???lantaklah..dia boleh plak sesat..padahal Bandar tanjung Malim tue…bukan jauh mana pun…abg mat tengok jam da pukul 11.15..jiwa da gundah..hati da resah..tapi nasibla sampai..jugak..ok da sampai KTM..dlm pukul 11.19 kot…ingat da terlepas train…hmm…xbalik la nanti…duduk punya duduk..tunggu punya tunggu ada pengumuman dari brother KTM TUE..dia ckap train ke Buttworth akan tiba pada pukul 12.00..mlm…harap bersabar…korok….dlm tiket kul 11.20..tapi jalan kul dua belas..biasalah KERETAPI TANAH MELAYU….

Tapi  xperlah..masa menunggu di hentian tue..abg mat sempat jeling2 pandang2 ragam manusia..tiba2 timbul story baru nak kasik kat korag..hehehe…abg mat tengok kat hentian tue ada 3buah keluarga bahagia..jenis yg rock..alim..n santai..hehee..tapi semua ada budak kecik..ohh..lupa abg mat mmg suka budak kecik…soronok main dengan diorang…ish..boleh jadi abi mithali nie..hihihi.ok kita sambung lik..ada satu family nie..ada anak dara…ha jgn piker bukan2 yer..bukan niat nak tengok pun..tapi tertengok…jer..apa yg  abg mat nak crita nie tentang pakaian dia la…dia pakai tudung…pakai baju pakai seluar…tapi apa yang menarik pandangan abg mat..eh silap tapi ap yg a.mat musykil…saiz pakaian yg dia pakai tue..abg mat rasa bukan saiz S dah tapi saiz A…hehehe ad ker? Suar dia,, abg mat da xboleh nak banding mana seluar mana kaki…coz sama colour…ASWAD..colour dia..eh ni bukan kutuk tau..nie curahan rasa dari jiwa sya..ok..xperla harap2 dia berubah..sama2 kita doa yer…abg mat tengok plak satu family nie…ada sorang anak teruna plak…rambut..ala2 sam bunkface…kulit ala2..arwah M.Jackson sebelum buat pembedahan plastic..n mulut..mcm Angelina jolie kot..wah…gitu…tapi abg mat tengok jenis sluar sama jer mcm anak dara tadi…kecik dari atas sampai ke bawah…ish selesa ke dia pakai?abg mat lelaki tahula…tak ke menggangu sesuatu…xper kot..dia mmg dah biasa kot…

Satu family lagi..kali nie abg mat seronok tengok..dari ayah sampai anak..yang muslimat cantik bertudung dan uang muslimin…molek berkopiah..anak kecik diorang semua dah diterapkan degan pakain Islam sedari kecil lagi..eh napa ayat skema plak nie..xpe ae…tapi abg mat respect kat family tue..didik anak2 diorang..hmm,camnerla abg mat..nanti bila dah ada anak,,harap isteri-isteri abg mat…eh…bnyak plak..harap isteri abg mat dapat berikan didikan yang terbaik untuk anak2 a.mat…nanti ..ihhihi..erm… eh kawan..abg mat        


bukan kata family yang dua lagi tue x bagus yer…tapi terpulang kepda family tue tntang cara didikan ank2 diorang..

Syukur..sangat bila Allah kurniakan kita tubuh badan yg sempurna..kita melihat..dan dpt sma2 mengambil pengajaran tentang stiap ciptaan Alllah ini..sebelum a..mat undut diri..abg mat minta maaf yer..kalau bahasa yang digunakan tadi xcapai standard piawaian ISO..heheehe..sama2 kita nasihat menasihati..tue..cerita luar train dalam train..ada lagi…xperla..kita noktah sini dulu yer..salam 1malaysia..!!!!
                                  (DUA GAMBAR DI ATAS ADALAH SEKADAR GAMBAR HIASAN)                                            

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...