Labels

Pages

Followers

Friday, December 17, 2010

aku part 1

CORETAN SUKA DUKA..
Sebelum aku menulis coretan ini, fikiran ku terhenti dan termenung sejenak apakah aku daya untuk menulisnya ? Apakah aku mampu untuk mencoretkannya di atas kertas putih yang akan menghuraikan berjuta rahsia dari kisah hidup ku ini? Namun mengenangkan jasa dan pengorbanan keluargaku khususnya ayah dan bonda, aku coretkan juga catatan ini buat tatapan semua. Dengan mengucap rasa syukur kepada Allah s.w.t dan selawat salam buat junjungan besar Nabi Muhammad, cerpen ini ku nukilkan untuk semua dan khusus buat ibu pelita hatiku yang tidak pernah letih untuk menerangi hatiku dan sejukkan ranting dahagaku juga buat ayah, bintang dalam hatiku, pengorbananmu takkan pernah ku lupakan, tidak lupa buat keluarga dan sahabat-sahabat yang mengisi hari-hariku.
            Tanggal 9 ogos 1990 tepat jam 12.38 pagi, lahirlah seorang putera lelaki dari rahim ibunya.Cahaya mata  yang ditunggu-tunggu oleh pasangan Azimah bt.Abd Rashid dan Hanafi  B.Abd majid akhirnya selamat  dilahirkan. Penantian yang penuh debaran, air mata dan doa akhirnya dikabulkan Ilahi dengan kurniaan cahaya mata yang suci ini. Itulah aku seorang bayi yang masih tidak mengerti tentang apa-apa lagi. Lahirku di dunia ini disambut dengan helaian air mata dan kuntuman senyuman gembira dari ayah dan bondaku. Bermula fasa itulah  aku mula melihat dunia  yang fana ini. Namun sayangnya pada ketika itu aku  masih tidak lagi mengerti  apa-apa. Kehadiranku sebagai cahaya mata pertama mereka telah menyerikan hidup ayah dan bondaku. Selama hampir 20 tahun mereka membesarkan aku, tiada sedikit keluhan dan rungutan dalam diri mereka dalam melayan aku. Masih segar dalam ingatanku saat ibu  mula menceritakan keperitannya untuk melahirkanku dan membuat aku termenung seketika. Kata ibu, dia hanya mampu berserah pada Allah sahaja atau mungkin malaikat maut akan menjemputnya dahulu pabila melahirkanku nanti atau mungkin kami sama-sama pergi menemui Ilahi. Namun perancangan dari Maha esa adalah perancangan yang benar belaka. Berkat doa keluarga aku dapat hadir untuk melihat dunia ini dan ibuku juga selamat wallafiat. Saat itu ibuku bertarung nyawa antara separuh hidup dan separuh mati tetapi syukur semuanya dalam keadaan baik dan sempurna, ibu menambah lagi ceritanya ketika beliau mula menatap wajahku,terukir pula senyuman diwajahnya kerna telah dikurniakan seorang cahaya mata yang comel dan tembam. Aku dilahirkan sebagai seorang bayi yang yang menjadi penyejuk mata hati mereka. Lahirku ke dunia akan mencoretkan sejuta cerita bahagia buat mereka.
            Senyumanku dan tangisanku menjadi penawar duka buat ayah dan ibuku. Aku dijaga ‘bagai menatang minyak yang penuh’ oleh mereka. Siang dan malam bergilir-gilir mereka menjagaku. Kehidupan kami dahulu tidak semewah dan seindah sekarang, di rumah papan yang kecil dan serba kekuranganlah aku dibesarkan, namun aku bersyukur dengan ketentuan tuhan ini. Ayahku bekerja sebagai seorang petani dan ibuku seorang surirumahtangga. Dengan berkat hasil jualan padi tuaian itulah ayahku menyara kami sekeluarga. Kerja sebagai petani tidaklah semudah sekarang. Jentera membajak dan kelengkapan pertanian lain masih belum ada. Hanya tulang empat kerat sahaja yang mampu digunakan oleh ayahku untuk mencari rezeki buat kami. Namun ketika itu aku tidak dapat lagi merasai keperitan dan kesusahan sang ayah kerana aku masih kecil, aku sebagai bayi yang masih tidak boleh berkata-kata, aku hanya mampu terbaring dan merengek kesedihan sekiranya aku lapar atau ku perlukan sesuatu.Ah..pada ketika itu ibu dan ayahlah yang mengajarku segalanya.
         

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...