Siapa kita di mata
manusia bukan menjadi soalan utama tetapi siapa kita dan apa tujuan kita di
mata yang Esa itulah yang menjadi persoalan utama dalam detik kehidupan ini.
Allahu Akbar, terkadang kita selalu menasihati orang lain bahawa ujian itu
tanda Allah sayang dan kasih pada kita tetapi apabila kita diuji baru kita rasa
teruji dan adakah kita juga percaya bahawa Allah sememangnya cinta dan kasih
pada kita dan oleh sebab itu Allah mendatangkan ujiannya.
Ujian
ini sangat getir, pahit dan sulit buat diri saya yang penuh hina dan dosa ini.
Allah Maha Benar dan Maha mengetahui apa yang terbaik buat hambanya. Tahun 2014
ini merakam seribu sejarah yang tidak akan diulang semula. Takdir dan ketentuan
itu akhirnya hadir,insan yang paling saya sayang akhirnya kembali bertemu
cintanya di sana. Allahu Akbar, berat benar rasanya hati untuk melepaskan ‘dia’
pergi tapi apakan daya takdir dan janjinya itu sudah pasti. Tanggal 11
Rabiulawal 1435h bersamaan 13 Januari 2014, Allahyarham datuk saya
menghembuskan nafasnya yang terakhir.
Di
pagi yang hening itulah kali terakhir saya dapat menatap wajahnya dan
menjaganya. Entah kenapa berat benar rasanya hati untuk mneruskan pekerjaan
pada hari itu. Tapi apakan daya. Hati pergi dengan rasa sangsi dan sayu. Kali
terakhir Allah memberikan saya peluang untuk menjaganya walau hanya sekejap cuma.
Terima kasih Allah di atas kesempatan ini. Saya redha dan pasrah di atas apa
yang Dikau janjikan ini.
Saya
bertanya pada diri. Mampukah saya menjadi seorang anak yang baik? Mampukah saya
menjaga ayah dan bonda saya di hari tua mereka nanti. Ya Allah, jauhkanlah saya
daripada menjadi anak yang derhaka. Wahai Allah, sempatkanlah saya untuk
membalas jasa mereka yang tidakkan terbalas ini . Ya Allah hadirkanlah rasa
cinta saya yang ikhlas kepada mereka.
Entah
kenapa entah mengapa hati saya terguris apabila melihat anak-anak kecil riang
menyambut nenda mereka dengan panggilan “tok wan”. Kini, panggilan itu tiada
lagi buat saya. Saya bukan seorang cucu yang baik tetapi saya akan berusaha
menjadi cucu yang terbaik buat nenda saya yang saya cinta. Dari kecil hingga
saya dewasa mereka mengajar saya menjadi seorang ‘manusia’. Saya tidak akan
menjadi seperti saya yang sekarang ini tanpa berkat doa mereka.
Saya
kehilangan salah satu doa dari insan yang terpenting dalam hidup saya. Doanya
membawa saya ke puncak jaya. Kini saya tidak mampu lagi berkata.. “tok wan,
doakan abang ya.=)”
Kini
saya yang harus dan wajib mendoakannya. Insya Allah tok wan. Abang akan
hadiahkan kuntuman mekar doa buat tok wan di sana. =’). AL-FATIHAH
Pada
kawan-kawan semua, jagalah baik-baik orang yang kita cinta. Mereka rezeki dan
barakah kita. Jangan pernah lupa berdoa untuk mereka.
Saya titipkan lagi ini
buat anda semua. Hayatilah..wahai insan yang bernama anak
hai ibu bapa kami permata anda semua, tidak jemu berdoa..agar sejahtera terpelihara.=')