Subhanallah, Walhamdulillah
Wallahu Akbar…..
Sebelum kita meneruskan bacaan
ini marilah sama-sama kita memuji Pencipta kita. Lafazkanlah zikir di bibir dan
hati. Mudah-mudahan hati kita menjadi tenang. Zikir punca hadirnya rezeki,
zikir juga punca ketenangan jiwa. Lafazkan kalimah yang mengingat Allah, pasti
hati kita kembali indah.
Saya
yakin dan percaya, mesti ada di antara para pembaca yang pernah mengalami satu
situasi yang begitu menguji hati dan perasaan anda semua. Contohnya ketika anda
sedang memandu kenderaan, ada insan lain yang begitu slumber memotong kenderaan
anda tanpa memberikan signal dan kadang-kadang memberikan hon menyuruh anda
mempercepatkan kenderaan anda. Teruji bukan? Maka di dalam hati terdetiklah
perkataan negatif seperti “tak guna betul orang nie, ci*&^5, B0&$, dan
segainya. Sebenarnya perkataan itu adalah racun yang akan menukar kesihatan
emosi yang ada di dalam diri anda. Bagaimana hendak menukarkannya menjadi
positif?Sabar. Bisikkan pada diri dan tukarkan kalimah
mengeji menjadi ungkapan memuji “ Astagfirullahalazim, hamba Allah tu mungkin
di dalam kesulitan. Ya Allah, permudahkanlah urusanku dan urusannya. Mudah
bukan? Hati yang mengawal emosi maka cucikanlah hati dengan lafaz yang
senantiasa mengingat Ilahi. Ingat hati, jiwa dan raga kita adalah milik Allah.
Kita mudahkan urusan orang pasti Allah akan mempermudahkan urusan kita. Yakin!
Rezeki itu perlu
dijemput bukan di cari. Konsepnya mudah. Lihat sahaja semut, bagaimana hendak
menjemput semut itu datang kepada kita. Letakkan benda yang manis seperti gula.
Pasti mereka akan datang berbondong-bondong. Begitu juga rezeki. Letakkan ia
betul pada tempatnya. Rezeki itu bukan dicari tapi dijemput! Bagaimana hendak
menjemput rezeki ? Banyakkan memberi! Tiada lagi dalam sejarah atau catatan
hikayat orang yang banyak bersedeqah akan menjadi rugi dan bankrupcy!
Kita mungkin selalu
meminta tapi terkadang permintaan kita itu tidak ditunaikan. Ingat kembali
bagaimana cara kita meminta. Benar kita berdoa tapi bagaimana adab ketika kita
berdoa.? Jika adab tiada bagaimana Allah ingin memakbulkan doa kita walaupun
hakikatnya Allah sudah mengetahui apa sebenarnya yang ingin kita pinta. Jagalah
adab kita dengan Allah. Pintalah.
Yakinlah bahawa setiap permintaan kita itu akan dimakbulkan. Mungkin
kadang-kadang permintaan kita itu belum Allah tunaikan tetapi yakin bahawa
bukan Allah sengaja tidak tunaikan! Allah sengaja meminta kita supaya terus
melakukan permintaan. Allah belum mengizinkan lagi. Sabar!
Berapa kerap
kita melakukan solat sunat dhuha? Tepuk dada tanya diri anda. Itu juga
merupakan ibu dalam menjemput rezeki. Lakukanlah. Afdhal 4 rakaat! Cubalah anda
pasti akan merasai kelainannya.=)
No comments:
Post a Comment