Pages

Monday, October 28, 2013

Tips Menjemput Rezeki



Subhanallah, Walhamdulillah Wallahu Akbar…..

Sebelum kita meneruskan bacaan ini marilah sama-sama kita memuji Pencipta kita. Lafazkanlah zikir di bibir dan hati. Mudah-mudahan hati kita menjadi tenang. Zikir punca hadirnya rezeki, zikir juga punca ketenangan jiwa. Lafazkan kalimah yang mengingat Allah, pasti hati kita kembali indah.

                Saya yakin dan percaya, mesti ada di antara para pembaca yang pernah mengalami satu situasi yang begitu menguji hati dan perasaan anda semua. Contohnya ketika anda sedang memandu kenderaan, ada insan lain yang begitu slumber memotong kenderaan anda tanpa memberikan signal dan kadang-kadang memberikan hon menyuruh anda mempercepatkan kenderaan anda. Teruji bukan? Maka di dalam hati terdetiklah perkataan negatif seperti “tak guna betul orang nie, ci*&^5, B0&$, dan segainya. Sebenarnya perkataan itu adalah racun yang akan menukar kesihatan emosi yang ada di dalam diri anda. Bagaimana hendak menukarkannya menjadi positif?Sabar. Bisikkan pada diri dan tukarkan kalimah mengeji menjadi ungkapan memuji “ Astagfirullahalazim, hamba Allah tu mungkin di dalam kesulitan. Ya Allah, permudahkanlah urusanku dan urusannya. Mudah bukan? Hati yang mengawal emosi maka cucikanlah hati dengan lafaz yang senantiasa mengingat Ilahi. Ingat hati, jiwa dan raga kita adalah milik Allah. Kita mudahkan urusan orang pasti Allah akan mempermudahkan urusan kita. Yakin!

Rezeki itu perlu dijemput bukan di cari. Konsepnya mudah. Lihat sahaja semut, bagaimana hendak menjemput semut itu datang kepada kita. Letakkan benda yang manis seperti gula. Pasti mereka akan datang berbondong-bondong. Begitu juga rezeki. Letakkan ia betul pada tempatnya. Rezeki itu bukan dicari tapi dijemput! Bagaimana hendak menjemput rezeki ? Banyakkan memberi! Tiada lagi dalam sejarah atau catatan hikayat orang yang banyak bersedeqah akan menjadi rugi dan bankrupcy!

Kita mungkin selalu meminta tapi terkadang permintaan kita itu tidak ditunaikan. Ingat kembali bagaimana cara kita meminta. Benar kita berdoa tapi bagaimana adab ketika kita berdoa.? Jika adab tiada bagaimana Allah ingin memakbulkan doa kita walaupun hakikatnya Allah sudah mengetahui apa sebenarnya yang ingin kita pinta. Jagalah adab kita dengan  Allah. Pintalah. Yakinlah bahawa setiap permintaan kita itu akan dimakbulkan. Mungkin kadang-kadang permintaan kita itu belum Allah tunaikan tetapi yakin bahawa bukan Allah sengaja tidak tunaikan! Allah sengaja meminta kita supaya terus melakukan permintaan. Allah belum mengizinkan lagi. Sabar!

Berapa kerap kita melakukan solat sunat dhuha? Tepuk dada tanya diri anda. Itu juga merupakan ibu dalam menjemput rezeki. Lakukanlah. Afdhal 4 rakaat! Cubalah anda pasti akan merasai kelainannya.=)


No comments:

Post a Comment