“Bila
kau nak kawen? Muka macam dah tak sabar je nak kawen? Kawan seumur kau tu dah
ada anak dah, kau bile? Kau dah berpunya ke belum? Buat rumah baru ni nak
sambut menantu ke? Dah ‘ada’ ke? Orang
mana? Siapa nama dia? Kerja ape? Tak nak bagitahu dekat kitaorang ke?”
Begitulah
sepintas soalan yang selalu diasak kepada kita terutamanya kepada golongan yang
masih belum mampu untuk menyempurnakan sebahagian daripada agama ini
termasuklah saya. Agaknya sudah berapa kali ya kita diasak dengan soalan itu.
Jika kawen itu semudah menaikkan harga minyak atau membuat budget 2014 sudah
pasti saya akan berkahwin bukan nanti tapi sekarang. Perkahwinan atau
pernikahan bukanlah suatu perkara yang boleh diambil ringan. Pernikahan
memerlukan ilmu dan pengetahuan.
Tahniah
saya ucapkan kepada senior-senior saya dan kawan-kawan saya yang sudah melalui
fasa perkahwinan. Tahniah anda semua sudah menunaikan sunah nabi dan peringatan
saya bawalah bersama pasangan anda itu ke syurga. Cinta yang dasarnya syurga
pasti akan kembali ke syurga! Tapi bagaimana kita? Ya, kita yang masih belum
ketemu jodohnya. Jawapannya bersabarlah. Sabarlah dalam bersabar. Jangan
sesekali kita rosakkan segala perancangan Allah. Kita sememangnya merancang
tapi ingatlah perancangan Allah itu lebih tepat dan benar.
Benarkah
apabila kita menyulam cinta sekarang akan pasti berkekalan hingga ke jinjang
perkahwinan? Mari kita lihat kajian yang dilakukan di Amerika syarikat berapa
ramai orang yang bercinta dan akhirnya mereka bertemu jodoh dengan bukan dari
pasangan mereka ketika bercinta. Namun ada juga yang menjadi pasangan tetapi
akhirnya berpisah kerana sudah tidak ada lagi perasaan ‘cinta’. Kadang-kadang kita bercinta dengan orang lain
bertunang pula dengan orang lain dan berkahwin pula dengan orang lain. Nah,
itulah sebenarnya rahsia yang disimpan Allah untuk kita. Jika kita semai
hubungan kita dengan perkara yang kotor maka dapatlah hasil yang kotor. Anda
jangan samakan analogi seperti menggunakan baja tahi ayam untuk kesuburan
tanaman. Itu tanaman, tetapi kita sebagai manusia haruslah diisi dengan ilmu
keagamaan.
Saya
ambil anologi membina rumah. Pasangan yang sudah berkahwin mesti mengimpikan
rumah yang cantik, selesa dan indah. Bagaimana hendak mencantikkan rumah itu?
Perlu ada penjagaan, cat, perabot, hiasan, kekemasan dan sebagainya untuk
diduduki. Suasana rumah yang aman pasti akan mendatangkan ketenangan. Bagi
suami pula, cuba anda sepahkan barang yang ada di rumah sudah tentu anda akan
diberi ceramah percuma dari isteri kesayangan anda. Oleh itu hendakkan rumah
yang cantik perlu kemas dan bersih. Begitu juga dengan kita jika hendakkan
isteri yang baik dan solehah kita perlu ada persiapan diri yang baik yakni
menjadi soleh! Persiapan!
Nasihat
saya buat pasangan yang sudah mendirikan rumah tangga, tunjukkanlah kebahagiaan dalam rumah tangga bukan menunjuk-nunjuk!
Biasanya di awal perkahwinan memang hubungan itu akrab dan erat mengalahkan
belangkas. Segala aktiviti bersama suami dan isteri hendak diceritakan di fb. Mujurlah gambar aktiviti ‘malam’ bersama
pasangan anda tidak di postkan juga. Maaf saya agak kasar tetapi itulah
realiti. Kesian pada yang belum mampu mendirikan rumah tangga hanya dapat
menelan air liur gambar ‘sweet’ anda dengan pasangan anda. Adalah lebih baik
anda berkongsi bagaimana cara menjaga hati suami atau isteri ataupun memberi
nasihat yang berguna bagaimana untuk menjadi suami dan isteri mithali. Sudah
tentu dapat pahala!
Bagi
pasangan yang sudah tergedik-gedik atau terdesak sangat mencari calon. Saya
nasihatkan bersabarlah. Tidak perlu lagi kita mengejar bidadari syurga selagi
kita tidak mampu menjaga syurga di bawah tapak kaki bonda kita. Saat mereka
melepaskan kita bukan senang tetapi itulah pengorbanan. Persiapkanlah diri
dengan ilmu. Lucu juga melihat post-post di fb seperti “ menunggu bakal imamku”, “kaulah makmumku”, “kaulah adamku”, “kau lah
hawaku”, “namamu di dalam doa dan sujudku”, “wajahmu dalam istikarahku”.
Saya masih teringat perbualan saya dengan seorang sahabat saya:
“aku
menyampah betullah dengan post perempuan tu”
“Kenapa?”
“Eleh,
budget Muslimah.”
“Amboi,
kau menghukum dia tu. Takpelah dia nak jadi Muslimah ada salahnya.”
“Jadi
Muslimah tak salah tapi post dia jiwang-jiwang macam orang terdesak nak kawen
je.”
“Marah
betul kau? Bukan kau pun post jiwang-jiwang jugak ke?”
“Err…Aku
tak marah cuma ayat dia tue..menunggu bakal imamku lah,ku pilih kau menjadi imamku la, relaku sebagai makmumkulah..erm..kalau
dia nak sangat imam pergi je dekat masjid atau surau pi mintak tok imam tu jadi
imam dia confirm diterima.”
“Hahaha..kau
nie, tok imam tu mesti nak tapi isteri dia???”
“Itu
aku tak pasti. Aku harap perempuan macamni fahamkan betul-betul konsep baitul muslim tu dan persiapkan diri
untuk menjadi solehah. Tak perlu minta lelaki yang hafal Quran 30 juzuk tetapi kalau dapat syukur!
Cukuplah dapatkan lelaki yang dapat membaca SURAH AL-FATIHAH dengan betul. Tak
betul Fatihah tak sah SOLAT! Macam mana nak jadi imam buat dia nanti kalau
solat tak sah??”
“Amboi….Fatihah
kau macam mana?”
“Aku???Heeeee”
Begitulah
serba sedikit coretan saya dan sahabat saya. Takkan lari jodoh itu dikejar. Bila tepat masa, siapa ketika dan di
mana ia pasti tiba. Percayalah. Allah yang maha mengetahui apa yang terbaik
buat hambanya. Oleh itu mengapa perlu gusar dan risau. Bagi yang sudah mencari
calon tetapi masih tidak temui. Bersabar dan berdoalah pasti ada perkara yang
masih Allah tangguhkan untuk kita dan perlu bersama-sama bermuhasabah diri. Apa
silap kita. Bagaimana hubungan kita dengan Allah. Bagaimana tanggungjawab kita kepada
ibu bapa kita. Percayalah bahawa Allah itu maha mengetahui apa yang berlaku.
Jika
ter ‘jatuh’ hati pada si dia pandai-pandailah kawal hati, bukan kawal diri.
Diri boleh kita kawal tetapi hati sukar dikawal. Sebab itu pergerakan fizikal
tidak sama dengan gerak hati kita. Ikut
gerak hati bukan turuti kehendak diri! Gerak hati itu memandu kita kerana
hati itu raja dalam keadaan diri. Sebab itu, hukama berpesan jika ingin menilai
kebaikan orang janganlah menilai dengan menggunakan mata yang ada di muka
tetapi gunalah mata yang ada pada jiwa yakni mata hati. Jangan silap mentafsir.
Jangan tertipu dengan wajah yang indah kerana akhlak itu tujuan utama. Akhlak
baik pasti sedang untuk kita mendidik pasangan kita bahkan akan wujud
persefahaman apabila berlaku perbezaan. Mudah-mudahan bicara kali ini dapat
menjadi peringatan buat saya terutamanya dan diri sahabat-sahabat sekalian.
Salam Dakwah.