Perkahwinan itu satu
anugerah dari Allah yang mempertemukan antara sang teruna dan gadis. Anugerah
Allah yang bernilai bahkan Rasulullah sendiri menyatakan bahawa apabila
seseorang itu sudah berkahwin maka akan sempurnalah sebahagian imannya. Benar!
Tapi perkahwinan itu bukan sekadar percintaan tetapi ia adalah pengorbanan dan
persefahaman. Penuh ujian dan ranjau yang perlu dihadapi. Oleh itu, sebelum
seseorang itu ingin melangkah ke alam perkahwinan, dia mestilah tahu disiplin
ilmu yang pelbagai terutamanya ilmu agama. Perkahwinan bukan sahaja tempat
halal untuk melepaskan ‘air’ yang ada di dalam badan tetapi ia adalah
tanggungjawab besar yang memerlukan banyak pengorbanan.
Perkahwinan itu tidak
cukup dengan hanya melafaz kata ‘cinta’ tetapi ia memerlukan pergerakan setiap
anggota yang ada pada kita. Perkahwinan itu juga akan menguji perbezaan antara
kita dan pasangan kita. Fasa mengenal ‘siapa dia yang sebenarnya?’ dapat kita lihat apabila
kita sudah berkahwin. Maka akan tersingkap segala yang disimpan di alam
percintaan atau di alam menyorokkan keaiban. Walau bagaimanapun proses memahami
perbezaan sesama pasangan amat penting untuk menjaga keharmonian rumah tangga.
Seandainya tidak di jaga maka istilah cinta itu akan bertukar kepada ‘cerai’ atau
‘cah keting’ atau ‘c&%$;!a. Segala yang indah akan menjadi punah dan rosak
binasa.
Oleh itu, sebelum
perkara yang tidak sepatutnya berlaku mari sama-sama kita mencari secebis ilmu
untuk menjaga hati dan mengambil hati pasangan kita supaya ada persamaan
apabila berlaku perbezaan.
BUAT
YANG BERNAMA LELAKI :
1.Sudah menjadi lumrah
seorang lelaki mempunyai ego dalam diri dan senantiasa merasakan mereka adalah
ketua dan ketua hanya perlu memberi arahan. Wahai kaum lelaki yang bergelar suami,
perkahwinan itu merupakan fasa kita untuk menjadi lebih matang dan
bertanggungjawab. Amanah dari
seorang ayah dan Allah buat kita. Dasar percintaan harus ada kepercayaan dan
persefahaman bahkan juga perlu ada tolak ansur. Rendahkan ego anda apabila
berlaku perselisihan kata dengan isteri.
2.Perkahwinan itu
memerlukan tiga aspek yang maha penting dan isteri anda amat memerlukannya. Aspek
itu ialah “SENTUHAN, PELUKAN dan TELINGA.”
Sentuhan itu bukan hanya pada body ke body tetapi perlu hati ke hati. Selami dan
fahami suara hati mereka! Kedua berilah pelukan bukan pelukan yang
merangsangkan tetapi pelukan yang memberikan kekuatan semangat untuk mereka
kembali bangkit dari masalah mereka. Jadikan bahu anda sandaran mereka untuk
meluahkan segala yang terbuku di hati. Ketiga, Telinga. Wahai kaum adam,
terkadang apabila isteri anda meluahkan masalahnya dia bukan minta untuk
diselesaikan masalah itu tetapi dia memerlukan teman untuk meluahkannya. Apabila sudah
diluahkan dan anda teman pendengar yang setia dan prihatin pasti keadaannya
kembali tenang. Percayalah kadang-kadang mereka hanya pinta untuk di dengar
bukan diselesaikan. Dengarlah dengan penuh minat dan hargai mereka seadanya.
3.Sebagai suami kita
jangan hanya pandai meminta. Isteri bukan kuli juga bukan orang gaji. Mari
contohi teladan nabi ketika baginda bergelar suami penuh tanggungjawab dan
berbudi pekerti. Jangan kita berkira dengan isteri. Berilah apa sahaja mengikut
kemampuan kita asalkan kita dan mereka bahagia. Kita selalu sahaja meminta dari
mereka tetapi kita jarang kita memberi kepada mereka. Tidak adil bukan. Apa
yang penting?? Kerjasama. Isteri juga ada hati dan perasaan. Isteri bukan robot
yang boleh diprogramkan atau di ‘remote
control’kan. Oleh itu, banyakan memberi
daripada meminta.
4.Perkahwinan perlukan kepercayaan. Oleh itu, kita harus percaya
pada pasangan kita. Tidak cukup sekadar cinta. Ramai pasangan di luar sana yang
mengalami penceraian disebabkan oleh “pudarnya cinta sesama mereka”-itu antara
alasan popular yang digunakan mereka. Hakikatnya bukan pudar cinta tetapi
lunturnya sebuah kepercayaan dan persefahaman. Dulu semuanya menarik kini
semuanya seperti insan yang sakit! Perit!. Oleh itu proses memilih calon isteri
kita harus tepat. Jika semuanya kerana Allah, maka kita yakin bahawa apabila
kita bertemu pasti tidak jemu dan apabila kita terpisah pasti tidak akan
sekali-kali gelisah.=)
5. Jangan kita pinta mereka berfikir seperti kita atau menjadi
romantik mengikut cara kita. Mereka ada cara mereka menzahirkannya. Cara mereka
dan kita berfikir tidak sama! Tetapi kita boleh sama-sama bekerjasama dengan
mereka. Kita sebagai suami harus memahaminya. Bukan menghukum tetapi
bersama-sama mencari jalan penyelesaian. Itulah hakikat mereka. Insan yang
penuh perasaan dan berjiwa sensitif. Harus pandai memujuk dan mengambil hati
mereka.
====================================
p/s: Untuk kaum wanita juga ada tipsnya
bagaimana memikat hati pasangan anda. Insya Allah akan saya tuliskan jika ada
yang berminat.=)
No comments:
Post a Comment