Salam pertemuan sy titipkan buat sahabat semua..saat menulis catatan ini..saya masih berada dikampung..sambil menyaksikan keindahan sawah padi yang menghijau dan melihat cahaya senja yang memukau…sahabat..selalu kita mendengar dan membaca cerita atau curahan rasa dari insane yang bergelar WANITA..pelbagai kata-kata suci dan puji..di tujukan kepada mereka..sajak,lagu ,puisi dan gurindam jiwa banyak menceritakan tentang mereka..sahabat..untuk titipan kali ini bukan soal wanita yang ingin sy bicara..tapi ia hanyalah untuk kemanisan dalam membuka kata…
Nanti kita diberi tanggungjawab bersama anak2 dank eluarga tapi berilah masa kepada ibu bapa kita..jenguklah mereka..kirimlah wang untuk mereka dan kirimkan sekali kasih sayang kita..jasa ayah dan bonda tidak dapat kita balas dengan wang ringgit…ah…lelaki walau kau punya kuasa dan takhta tapi kau perlu berbakti kepada mereka kerna syurgamu ada pada insane yang bergelar BONDA..Lelaki..kau pasti berjya andai kau tabah dan kental dalm kehidupan ini..sahabat…demikian titpan ringkas dari insane yang bernama lelaki..di bawah ini saya coretkan..bingkisan puisi Lelaki untuk sama2 kita hayati..puisi ini ditulis oleh seorang insane yang berdedikasi dalam menyampaikan ilmu dan dakwah..dialah insane yang bernama PAHROL MOHD JUOI..beliau merupakan ketua pengarang kepada majalah SOLUSI..dan saya amat meminati buku yang telah di hasilkan oleh beliau….sekadar renungan..bagi kita..hayatilah puisi ini
Hati seorang lelaki..
Kekadang perlu sekeras waja
Ada masanya mesti selembut sutera
Ah…lelaki…
Jika jiwamu tulus kerana ILAHI..
Pasti lurus perananmu sebagai LELAKI..
Izinkan lelaki itu pergi
Walau kakinya bagai dipasung luka
Walau hatinya tercalar bisa
Izinkan dia melangkah jua
Tangisan tidak dia lupakan
Bukan dia tega
Bukan dia rela
Tetapi dia terpaksa..
Izinkan dia pergi jua
Dihatinya ada wahyu yang merayu
Di situ tidak pernah ada tunggu
Walau terjerat, walau terikat
Dia mesti pergi jua
Ah, genderang itu telah berbunyi
Dia terpaksa pergi
Jangan kau tunggu lagi
Mari bersamanya
Walau terseksa lelaki itu akan pergi jua!
(NOTA HATI SEORANG LELAKI-PAHROL MOHD. JUOI)
2 comments:
wahhh sgt menyentuh hati T-T
perh....
Post a Comment