Labels

Pages

Followers

Showing posts with label Keluarga. Show all posts
Showing posts with label Keluarga. Show all posts

Thursday, August 9, 2012

Monolog di Hari Lahirku


Malam ini tepat jam 12 malam aku akan menyambut ulang tahun kelahiranku. Aku lahir tepat jam 12.38 pagi. Aku mula dipertanggungjawabkan oleh Ilahi tentang urusan duniawi. Lahirku di sambut dengan senyuman dan air mata. Terima kasih ayah. Terima kasih bonda. Usia anaknda mu kini semakin mencecah dewasa dan aku sedang mengembara ke alam remaja. ~Manusia lahir bersama tangisan, dicelahi juga kehidupannya dengan tangisan dan akan di hantar ke pusara oleh tangisan~

Coretan ini ku tulis buat peringatan diriku sendiri. Entah kenapa, hatiku gundah resah dan gelisah. Ya Allah sempatkah aku sampai ke usia 22 tahun ini. Berdebar rasa dijiwa kerana sudah ramai kawanku yang pergi menemuiMU sebelum sampai usia mereka. Allah maha besar. Mati itu pasti. Ya Allah, andai  dikau masih menghidupkan aku selepas ini aku bersyukur Ya Allah namun, andai dikau menjemput ku sebelum sampai usiaku aku jua redha Ya Allah.

Tapi aku masih belum bersedia untuk bertemuMU Ya Allah. Iman ku masih nipis, amalan ku  masih tiada berlapis, yang ada cuma diriku yang kerdil ini sahaja penuh debu dosa dan noda. Wahai Allah, coretan ini ku tulis dalam dada yang penuh debar. Kerana aku takut dikau akan menjemputku sebelum aku mengakhiri coretan ini. Ya Allah, aku bersyukur kerana tarikh kelahiranku pada tahun ini telah jatuh pada malam ke 20 Ramadhan. Bulan yang penuh mulia. Aku redha Ya Allah andai nyawaku terputus pada bulan ini. Aku yakin pada bulan ini kerana semua pintu syurga telah dikau buka seluasnya dan pintu neraka dikau tutup serapat-rapatnya. Ya Allah, apabila dikau memanggilku kelak, ambillah aku dalam keadaaan Khusnul Khotimah dan sempatkanlah aku mengucapkan kalimah “ LA ILAHA ILLALLAH” bila mana sakaratulmaut menghampiri aku.

Hatiku gusar menanti detik 12.38 malam. Sempatkah aku untuk melihat dunia ini untuk esok. Mungkin malam ini aku tidur di sebuah katil yang empuk dan mungkin malam esok aku akan berada di sebuah rumah yang jauh tersorok. Berdindingkan papan dan berlantaikan tanah. Aku kembara berseorangan dan tubuhku akan dibaluti kain putih dan wangian ku pada ketika itu adalah setanggi kemenyan. Ya Allah, gentarnya ku rasa malam ini. Kesejukan menyeliputi tubuhku. Allah. Aku kini terkenang wajah keluarga tercinta. Mak, Abah, Adik, kawan-kawan. Maaf, andai kita tidak sempat lagi bersua untuk hari esok. Malam ini ku rasakan malam yang terlalu panjang.

Aku bersyukur kerana hari kelahiran ku ini tidak disambut dengan helai tawa dan suka ria. Cukuplah sekadar mendoakan kesejahteraan aku dan keluarga. Diriku diruntum sayu apabila bertubi pesanan ringkas dan ucapan di laman maya yang mendoakan kesejahteraan untuk hari lahirku ini. Terasa diri masih ada yang mengingati dan menyayangi. Terima kasih tidak terhingga aku ucapkan kepada kawan-kawan seperjuangan yang tidak lelah mendoakan kesejahteraan ku, menegur kekhilafanku dan senantiasa ada apabila aku berduka. Buat ‘si dia’ terima kasih kerana masih mengingati hari bermakna ini.. Walau kini kita telah menjadi teman dan kawan tapi ukhwah kita akan sentiasa berkekalan. 

Buat si dia jua ku hadiahkan ungkapan ini ~ manusia itu jika kita terlalu mencintainya maka kita akan merana, kita akan buat panduan dan hilang arah tuju kerana manusia hidupnya tidak akan kekal lama. Allah itu jika kita terlalu mencintaiaNYA pasti akan bahagia selamanya kerana Allah yang hanya kekal abadi~ . Buat teman semua janganlah kita terpisah bersama-samalah kita menuju ke jalan Allah. Andai aku lalai. Tegurlah, nasihatlah, berilah aku tunjuk ajar. Temanku pesan hukama ~Andai kita tidak mampu menjadi garam yang memasinkan ikan, janganlah kita menjadi lalat yang akan membusukkan ikan~. Bawalah aku ke jalan Ilahi andai landasanku sesat ke arah murka duniawi agar nanti roh dah jasadku selamat berkelana ke alam ukhrawi sampai ke destinasi firdausi yang kita rindui. Terima kasih teman. Allah pasti akan membalas jasa kalian. Ameen.

Tepat jam 9.10 malam aku menerima satu pesanan ringkas..

“Salam buat anaknda ku yang tercinta, selamat menyambut hari lahir yang ke 22. Semoga anaknda berjaya di dunia dan akhirat. Ameen.”

Pesanan ringkas itu menerjah masuk ke dalam peti telefon bimbitku. Pesanan dari seorang ibu..air mataku  mula berkaca.

“Ibu menjadi orang pertama mengucapkan selamat hari lahir kepada ku seperti tahun-tahun sebelumnya. Bermula dari aku berada di dalam rahim ibu sehinggalah aku dewasa. Ibu tak pernah melupakan tarikh keramat ini. Ya Allah kekalkanlah cintaku kepada ibu dan bapaku sebagaimana aku mencintaiMU dan sebagaimana mereka mencintaiku” Monolog aku pada diri. Terima kasih buat ayah dan bonda yang mendidik dengan penuh rasa bahagia. Walau didikan dari mereka berbeza tetapi jasa merekalah yang membawa aku ke medan kerjaya. Aku terkenang akan ungkapan dari HAMKA ~ Anak adalah untuk zaman yang akan datang, bukan untuk zaman kita. Salahlah pendidikan orang tua yang hendak memperbuat anaknya seperti mereka juga~.

 “Wassalam, terima kasih bonda. Anaknda jauh dari matamu. Doakan kesejahteraan anaknda ye bonda? Bonda, mohon berjuta ampun dan maaf seandainya sepanjang hidup anaknda ada mengguriskan hati bonda. Anaknda senantiasa mendoakan keselamatan bonda, kemurahan rezeki bonda dan kesihatan tubuh badan. Bonda, redhakanlah hidup anaknda. Anaknda takut esok anaknda akan mengembara berseorangan tanpa dapat menatap wajah bonda buat kesekian kalinya. Bondaku sayang, halalkanlah segala apa yang telah bonda berikan. Wassalam.”

Pesanan itu ku balas. Aku ingin sesekali menalefon ibu tercinta tetapi terpaksa aku batalkan. Ku tahu malam ini ibu sedang bekerja. Ya Allah, sempatkanlah untukku esok menelefon dan berbicara dengan ibu. Ingin sekali aku melepas rindu pada ibu. Mudah-mudahan usiaku yang meningkat ini menjadi peringatan buatku bahawa maut sentiasa memburu aku dan moga diri ini pergi dalam keadaan yang baik dan beriman.

Aku termenung sendiri. Usiaku kini sudah bertambah dan umurku yang sebenarnya semakin berkurang. Wahai Allah, bersempena dengan hari lahirku ini aku bermohon padamu moga aku kembali ‘dilahirkan’ dengan hati, jiwa, dan rasa yang baru. Moga kelahiran ku yang baru ini akan terus menguatkan lagi cinta antara aku denganMU YA Allah. Moga ‘kelahiran’ yang baru ini, aku akan terhindar dari sebarang perkara yang mungkar dan maksiat. Allah, lindungilah hambamu ini.

Ya Allah, denai perjalananku semakin jauh, kaki ku ini seakan lumpuh..badanku mencari tempat untuk berteduh..aku semakin rapuh..terasa diri tidak lagi ampuh..entah mengapa, entah kenapa jiwaku kini semakin longlai, rasa ku ini semakin landai, Allah.. ku bermohon agar di hari lahirku ini aku ‘dilahirkan’ sebagai insan yang punya kekuatan, yang punya ketaqwaan kepada mu. Ya Allah, andai hatiku selama 21 tahun ini telah rosak, kotor dan penuh noda ku bermohon dikau gantikanlah aku dengan hati yang baru. Hati yang selalu merinduiMU Ya Allah. Ya Allah jadikanlah aku anak yang soleh dan matikanlah aku dalam keadaan Khusnul Khotimah dan bawalah jasad, jiwa, dan seluruh tubuhku ini ke syurgamu Ya Allah.”Ameen Ya Rabbal Alamin.

Lagu untukku dan untukmu teman...

Tuesday, July 3, 2012

BUAT ABAHKU SAYANG



Abah..kita rasa malu dengan abah
Kita dah makin dewasa
Tapi masih lagi abah sudi jaga kita
Sakit kita..resah kita..duka kita.. abah juga nak rasa
Abah..kita dah pandai menilai dunia
Tapi semua bermula dengan keringat abah
Abah kuat..abah hebat..abah tak pernah rebah kalau kita tersekat

Abah..kita teringin sangat nak lihat abah menangis
Abah..kita teringin nak sapu air mata abah dipipi
Tapi abah sorok pada kita
Abah tak pernah tunjuk muka hiba
Abah hanya senyum
Risau abah hanya bonda yang rasa
Kita dapat lihat abah gembira sahaja

Abah kita ingat masa abah sakit
Pahitnya hati kita masa itu
Air mata kita tak henti mengalir
Bonda nasihat pada kita..tabahlah katanya
Tapi kita tak mampu abah..abah dah banyak berkorban
Abah dah rasa hempedu kehidupan
Abah dan hirup manis kejayaan

Abah kita tak sanggup kalau abah pergi dulu
Kita tak sanggup!
Kita tak sanggup!
Abah kita nak balas semua apa abah beri pada kita
Abah..kita nak bayar semua dengan jasa abah
Dari kita dalam rahim bonda sehingga kita dewasa
Abah..kita rasa payah kalau abah tiada
Abah sahabat kita
Abah tempat kita melafaz bicara kata
Abah menerima apa kata-kata kita
Abah betulkan apa yang tak kena

Abah kita mohon sembah maaf
Abah mesti pernah terluka dengan kita
Terkadang kita bermain kata
Kita tak menghirau kalbu dijiwa abah
Tapi abah sabar dengan kita
Abah setia mengikut rentak kita

Abah..kita sayu bila terdengar coretan dulu
Kita rasa abah dekat sangat dengan kita
Abah tak pernah lupa memberi pesan
Kalau kita berlari abah kejar
Abah taknak permatanya tersesat jauh
Abah taknak kita pergi tanpa arah tuju

Abah entah kenapa kita terlalu rindu dengan abah
Andai kita dapat bicara dengan PENCIPTA
Kita sanggup bertukar nyawa dengan abah
Abah..kita sanjung perjuangan abah
Kita junjung kasih sayang abah
Kita dukung cinta abah

Abah jika nadi kita terhenti esok
Abah doakan kehidupan kita di sana ya?
Abah iringikan mekar doa keluarga ya?
Abah untuk pengetahuan abah tiap detik kita berdoa keselamatan
Kesejahteraan, kebahagiaan abah dan bonda di dunia dan Di SANA
Tapi..kita minta maaf..
Kalau nanti kita dah tak dapat nak doakan abah lagi
Kita berada di alam perhitungan
Di situ gelap gelita abah
Kita takut!
Kita takut!
Kita takut dosa-dosa kita pada abah akan di balas di sana
Tapi kita redha Abah
Kita dah tak sanggup lukakan abah
Abah kaulah abah yang kita ada
Abah yang terbaik dari segala-galanya
Terima kasih Allah kurniakan abah sepertinya

Tinta buat abah : abah..nyawa ini sedang berkelana..ku merantau di rimba..ku belayar di lautan rasa.aku kembara di bukit cinta..dan aku mendaki puncak najjah..abah nyawa ini pohon restumu..tali doamu buatku..suci lafazmu penyeri kalbuku..lambaian senyumnu untuk penyejuk jiwaku..abah nyawa ini semakin lelah..nyawa ini rasa payah..nyawa ini hampir menyerah..tapi ku kuatkan daya ku..ku pasakkan hatiku buatmu..abah ku yakin cinta kita direstu oleh sang Maha Perindu..abah.nyawa ini dalam kolam gempita menyuluh rasa meraba-raba..menyelinap semangat ke setiap rongga…mohon padu kasih bersatu..bingkai bicara melakar rindu..moga kita kekal terpahat padu..seni berlagu..berkongsi kasih..menyemai cinta menuai rasa..moga kita sampa ke destinasi yang sama..kan ku pimpin tanganmu ayah bonda..kita kembara ke taman syurga..mencari manis mawar menitis..melopak kasih dalam episod kita..

Thursday, September 15, 2011

BICARA KATA DARI BONDA…=)

BICARA KATA DARI BONDA….


Salam..sudah lama rasanya blog ini sepi tanpa khabar berita..sudah lama hati ini tidak berbicara dengan tinta..sudah lama tangan ini tidak menaip kata-kata..kini telah kembali..ntah kenapa SECANGKIR BICARA..semakin sepi..adakah tanda sudah TERHENTI..tidak..SECANGKIR BICARA akan kembali..hehe..

Masih belum terlambat..untuk saya berbicara tentang hari kebangkitan kita AIDILFITRI..dalam suasana meriah kita menyambut hari lebaran jangan kita lupa..pada kedua jasa ayah dan bonda..masih segar dalam ingatan..semasa hari raya ayah dan bonda sibuk menguruskan kelengkapan kita dahulu anaknya yang tercinta sehinggakan lupa pada keperluan mereka sendiri..begitulah mulianya jasa seorang ayah dan bonda…

Di pagi raya kita memohon ampun dan maaf..kita memohon restu pada mereka..tangis dalam pelukan mereka dan bersyukur kerna raya kita kali ini masih lagi ada mereka..tapi bagaimana tahun hadapan?????bagaimana tahun akan datang???sempatkah lagi kita mengucup dahi dan pipi mereka???sempatkah lagi kita memohon maaf dari mereka??buat sahabat2 peringatan ini untuk diri yang hina ini dan juga untuk anda..

Waktu kita belajar bonda pernah berkata…nanti bila dah berjaya jangan lupa keluarga ye..bantulah mak ayah..bantulah adik-adik…mak xkisah walau kau berhata banyak tapi kau lupa keluarga…nak biarlah kita seimbang kedua-duanya…jadilah anak yang soleh..kau punya banyak tanggungjawab…langsaikan dulu hutang-hutangmu yang bersisa..nak…jangan sesekali kau lupa keluarga bila kau berkerjaya..jangan sesekali kau lupa ayah dan bonda bila kau punya Cinta untuk di damba….

Demikianlah coretan kata dari bonda..moga kita jadi anak yang soleh dan solehah..ranjau perjuangan kita sebagai manusia masih panjang dan berliku. Mudah-mudahan kita mampu mengharungi segala percaturan hidup yang telah dirancang oleh YANG MAHA KUASA…akhir kalam buat renungan..terjemahan dalam surah AL-‘ISRAA AYAT 23 :

Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapakmu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan “ah” dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia..

Thursday, May 19, 2011

HAMPARAN KATA BUAT GURU :)

p/s: dengar lagu ni yer..sambil layan en3 a.mat..:)
Salam pertemuan buat sahabat semua..alamak..hari guru dah lepas tapi en3 pasal hari guru takder..aparaa..ok2 untuk mengubat rindu dihati en3 kali ni a.mat tujukan khas buat insan yang bernama guru..terkenang semasa dulu..saat kenakalan kita di sekolah..ish3..sabor jerla…kita menginjak hari demi hari..sampailah kita berjaya ke menara gading..Alhamdulillah…sahabt jangan lupa kejayaan kita nie ada tangan yang membantu..ada mulut yang menyeru dan hati yang memberkati..dari mana datangnya smua ini..ia datang dari seorang INSAN YANG BERNAMA GURU..
Bermula dari tadika kita menimba ilmu..baru nak kenal ABC…ingat xlagi??..mcam2 yang kita buat..dari tidak ada langsung ilmu pendidikan sehinggalah kita berjaya sehingga ke hari ini..sedih dan duka tatkala melihat nasib guru pada hari ini..ikhlasnya budi dalam memberi ilmu..tapi caci yang mereka ketemu..pernahkah kita terfikir insan ini juga punya hati..tapi dek keangkuhan kita..yang membangga diri melupakan insan semulia ini..sahabat..kadang2 a.mat sendiri takut..melihat cabaran guru pada hari ini..mampukah a.matmenghadapi semua ini..ah…biarkan ia berlalu..demi anak bangsa yang tercinta akan ku harungi semua dugaan ini..sahabat..guru tak pernah rasa berduka apabila kta berjaya..bahkan kata-kata bangga buat mereka..tapi pernahkah kita ingat dalam setiap kejyaan yang kita perolehi..bantuan insan yang bernama guru ada terselit di situ..
Helai tawa kita dengan setiap yang kita ada..dalam diri yang semakin dewasa dan guru semakin bertambah usia namun dia tetap seia dalam mencurahkan ilmu di dada..aduhai…mulianya insan yang bernama guru ini..sahabat..jangan sesekali kita lupa akan jasa mereka..jangan bila HARI GURU sahaja..kita mengucapkan kata2 penghargaan kepada mereka..teruskanlah diucapkan..kuntumkanlah doa buat insan yang cekal dan hebat ini..a.mat begitu tersentuh pabila melihat jerit perih guru..walau anak muridnya nakal..walau terpaksa berhadapan dengan pelbagai ugutan dan cacian..tapi semangat untuk berbakti kepada anak bangsa tidak pernah luntur..TERIMA KASIH GURU..harga seorang guru tidak mampu dibayar dengan nilai sekeping kertas yang berharga..
Sahabat..kenanglah mereka..titipkanlah doa buat mereka..agar mereka terus cekal dalam perjalanan sebagai seorang pendidik..pandanglah jauh di sana..saat kita mula mendaki puncak kejayaan dan hampir ke alam kerjaya..mereka tetap terus mendoakan kejayaan kita..janganlah dipendam..segala kata2 mereka yang lara dan hukuman yang luka kerna semua itu untuk kebaikan kita semua..peringatan jua buat insane ini…sahabat..jangan pernah kau sombong terhadap mereka..berilah masamu untuk bertemu mereka walau sekejap Cuma..sekadar menghargai pengorbanan mereka kepada kita..GURU..engkaulah permata budi yang disinari hembusan cahaya Firdausi..keranamu aku mendaki puncak tertinggi..keranamu aku mengenal ilmu yang kau sinari..GURU..hamparan kasih sayangmu dalam bingkisan kalbu..akan ku kenang selagi hayatku..akan ku doa dalam hari-hariku..TERIMA KASIH Guru..AKHIR KALAM DARIKU…SELAMAT HARI GURU..:)
 Nukilan khas ku titipkan buatmu GURU..aku bangga dapat mengirup seteguk ilmu darimu..
Guru.. Kau Melangkah samudera badai..
kau melintas di tepian pantai
kau memberi hadiah yang tidak ternilai
kau melahirkan insan cerdik pandai
Guru.. perjuanganmu sesuci embun pagi
kasih sayangmu sehening syurga firdausi
menyelinap ke seluruh rongga hati
melakar impian buat diri insani
Guru.. kaulah segalanya
terima kasih atas ilmu yang berguna
akan ku doa moga kau diredhoi dan diberkati oleh-NYA
kerna kau insan mulia insan yang ku cinta
Guru..tidak terbalas pengorbanan mu dengan kata
akan ku bukti dengan kejayaan yang kau cipta
sekalung penghargaan buatmu insan yang ku damba
hatimu hatiku kan bertemu di akhirat sana...:)
NUKILAN IKHLAS DARI MOHAMAD HUSAIRI B.HANAFI...SELAMAT HARI GURU :)

Tuesday, April 19, 2011

SECANGKIR KATA BUAT IBU…

SECANGKIR KATA BUAT IBU…

IBU…
KASIH MU SETULUS HATI
CINTA MU TIDAK BERBELAH BAGI
SENYUMANMU SENTIASA TERUKIR SERI
NASIHAT MU SENANTIASA MENITI ABADI..

IBU..
KASIHMU SESUCI CINTA ILAHI
AIR MATA MU SEMULIA TITISAN EMBUN PAGI
JIWA PUN KENTAL MENDATANGI HARI-HARI
KERINGATMU SENANTIASA DI KERAH DEMI REZEKI

IBU..
PERJUANGANMU TAK MAMPU KU BALAS DENGAN KATA
TAPI AKAN BUKTI DENGAN USAHA DAN DAYA
BUAT PENGUBAT PENGORBANAN MU DI DUNIA
AGAR CINTA ANTARA KITA KAN TERUS KEKAL TERPAHAT DI SANA

IBU..
TERLALU BANYAK KERINGAT YANG KAU HADIAHKAN DALAM MEMBESARKANKU
KESAKITAN DEMI KESAKITAN YANG KAU TANGGUNG SEDARI AKU DALAM KANDUNGANMU
NAMUN SEDIKIT PUN KAU TAK PERNAH MENGELUH DAN BERHATI SENDU
BAHKAN KESYUKURAN YANG SENTIASA KAU PAHATKAN DALAM MERINDU KEJAYAAN ANAKNDA
 MU..


DUHAI IBU..
INSAN INI DALAM PERJALANAN HARI
INSAN INI MEMINTA SETULUS DOAMU UNTUK DIBERKATI
MOGA DITABAHKAN HATI UNTUK KU TERUS BERJUANG DI LANDASAN INI
ANDAI KU GUGUR DAHULU DI JEMPUT SANG ILAHI
KAU KUNTUMKANLAH DOA BUATKU BAGI PENYERI HARI-HARIKU DAN DIBERI RUANG UNTUKKU MENGISI SINGAHSANA FIRDAUSI…

Sunday, July 19, 2009

DOAKU BUAT IBU

Ibu,terima kasih kerana sudi memberi ruang kepada anakmu untuk berada di dalam rahimmu..9 bulan kau bertarung nyawa untuk melahirkan aku..namun kau tetap tabah menanti kesakitan dan kesabaran..demi anakmu yang masih kecil..menangis-menangis taktala ku berjaya keluar melihat dunia..senyuman mu yang terukir sehingga ke hari ini tidak pernah ku lupakan..ibu...doaku buatmu moga dikau tabah dalam membesarkanku dan melihatku berada di puncak jaya..andai jantung ini berhenti berdetak wahai ibu,andai nadi ini berhenti berdenyut,andai mata ini berhenti dari melihatmu,andai tangan ini sudah tak terdaya tuk menggenggam erat tanganmu....ku mohankan seribu keampunan dan kemaafan darimu wahai ibu...setitis air mata yang telah kau korbankan untukku tidak mampu ku balas dengan kata-kata..TERIMA KASIH IBU..ikhlas dariku

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...