Labels

Pages

Followers

Wednesday, January 5, 2011

BIcaRA taNPa SuARa...

Salam titipan rindu buat sahabat semua..sahabat sekali lagi saya ingin berbicara soal berpasangan ini…maaf yer..kalau ada sahabat yang tidak menyukai tulisan saya ini..terlebih dahulu sy ingin menasihati diri sy sendiri..dan diri sahabat semua…bukalah minda untuk takwa..buang segala gundah untuk mendapat pengakhiran yang indah…lempar segala sedih..untuk mengubat hati yang pedih..

Sahabat..diciptakan Allah kepada manusia..hidup berpasang-pasangan..begitulah yang terjadi kepada nabi Adam..saat baginda berseorangan di Syurga datang rasa rindu untuk mempunyai teman sebagai penghias dan penghibur hidup di Syurga.. timbul rasa sunyi saat diri keseorangan..lalu sang hati meminta kepda YANG ESA..agar dikurniakan.. pasangan.. diperkenankan permintaan tersebut..lalu diciptakan Hawa sebagai penawar dikala sunyi penyeri di kala sepi..percintaan mereka di syurga begitu indah sekali..

Manusia juga mempunyai rasa untuk…menyayangi dan disayangi..tapi ke mana perasaaan itu di bawa?? ke mana perasaan itu di terjemah?? Setiap insan punya naluri dan hati untuk ada rasa cinta…tapi ia dipindahkan ke mana?? Terkadang ..rasa cinta kita pada manusia..melebihi rasa cinta kepada PENCIPTA..bila cinta pada manusia menemui titik noktah..ungkapan seakan ini kita lafazkan “who can hear those tiny broken hearts ” ataupun “where you go..i miss u so”. 

Andai kita luahkan pada insan yang bergelar manusia..dia hanya mampu berkata..dan adakala tidak mampu dilaksana dengan sempurna..tapi andai  kita luahkan isi hati yang duka ini pada sang PENCIPTA..sudah pasti ia akan memberi bahagia..Cuma masanya cepat atau lambat sahaja..kadang-kadang pertemuan antara manusia antara lelaki dan wanita yang bukan muhrim atau saudara..melahirkan seribu tandatanya..mereka ini sudah berkahwin atau sudah berkeluarga?? Kadang-kadang perlakuan melebihi orang..yang sudah berkeluarga..inilah yang terjadi dibumi Malaysia..bahkan di seluruh dunia..

Rasa kasih sayang perlu ada dalam setiap diri kita..tapi perlukah sampai..membawa kepada lembah zina?? Perlukah membawa kita kepada hidup bergelumang dosa..dan akhirnya membawa kepada sengsara dan membawa sejuta duka buat keluarga yang kita cinta..bermula dengan perkenalan biasa..akhirnya membawa kepada luar biasa.dulu tidak boleh…haram…jangan nak sentuh2…kini sudah boleh dan pasti boleh..halal dah…berpimpinan tangan ke mana sahaja pergi bergurau senda..tanpa batas kadang-kadang ada mata lain yang memerhati..yang penuh kesal dan sesal..dalam bisikan hati..berbicara sendiri “mengapa anak bangsaku begini”??? segala undang-undang dan syariat yang ditetapkan.. PENCIPTA..dilanggar..dan dipijak begitu sahaja..biar hati puas…biar si dia gembira..tetapi….kita tidak pergi jauh..kerana Allah tahu di mana saja kita berada..

Biarlah kita berkasih..dibatasi jarak dan masa..biarlah kita berbicara tanpa suara..biarlah kita..tidak bertemu..kerana nanti pasti kita akan bersatu..biar kita tidak bersentuhan mana-mana anggota kerna nanti kita akan merasai jua di alam rumahtangga..walau ada rasa rindu di hati..tapi biarlah ILAHI DAN FAMILY yang menjadi keutamaan diri..sayangilah hormati dan dilindungi dia..kerana dia yang akan menjadi ibu dan isteri/atau ayah dan suami..anda..semakin banyak kemanisan yang kita kecap sebelum alam rumahtangga..semakin tawar..ia pabila kita sudah berumahtangga..salam..akhir…dari insan hina…

Monday, January 3, 2011

Awak.. Jangan Main-Main Dengan Hukum Allah yer…



Sekali lagi terjadi dialog antara lelaki dan wanita..walau janji lelaki untuk pergi dikejauhan hiba..tetapi dia tidak mampu untuk menahan rindu yang sudah berbunga..walau ditinggikan ego dan dikuatkan airmata tapi dia tidak tega untuk jauh dari wanita yang dia cinta..walau tidak bertemu muka hanya bicara dengan suara..melalui telefon dia gagahkan jua..kerna dia bukan lelaki yang mudah berputus asa..

No telefon wanita itu didail berulang kali..namun hanya suara deringan yang menusuk telinga..harapannya untuk mendengar suara sang wanita yang dicinta..kian pudar dengan suara luka..didail dan terus didail akhirnya terbuka hati sang wanita untuk menjawab panggilan lelaki itu..

Nombor yang terpapar di skrin telefon bimbit wanita itu membuatkan dia dirundung hiba lara dan hampa..seakan tidak percaya adakah si dia yang telah lama menghilang kini muncul dengan suara bertandang….

LELAKI : Hello,  Assalamualaikum, boleh saya bercakap… dengan…I_____..?

WANITA : Waalaikumsalam, ya saya I_____..awak kenapa telefon saya lagi?

LELAKI : Maaf awak, saya dah cuba dan terus cuba untuk lupakan awak tapi saya tak tega..awak tahu tak..bila teringat gurau senda,gelak tawa kita dulu saya terus terbayang wajah awak…erm..dulu awak selalu bagi saya nasihat kalau saya ada masalah..awakla yang bagi saya ceria..kadang-kadang awak jugak yang jadi sasaran saya bila saya terlampau marah..hee…maafkan saya yer..tapi saya xboleh lupakan awak..

Wanita : awak..tue bukan dari saya tapi dari Allah..semuanya bantuan dari Allah..saya insan lemah tiada apa yang ada pada diri saya..awak kenapa awak telefon saya lagi? (pertanyaan ego tetapi hati penuh pengharapan agar kasih berputik kembali..namun dia takut melanggar hukum ilahi)

LELAKI : Saya ganggu awak ker? Awak sekarang awak dah berubah kan? Awak dah ada pilihan hati yang lain kan?oh..patutla selama ni saya cuba telefon awak tapi tak pernah awak angkat…awak tau sakitnya hati saya..awak sama dengan perempuan yang saya pernah kenal sebelum nie.. (suara nada lelaki yang mencetus api marah wanita)

WANITA : Awak….tolong jangan cakap macam tue boleh? Awak tahu ker saya dah ada orang laim? Awak jangan nak tuduh sesuka hati..dalam diri saya ni saya hanya tunggu awak…awak ingat senang nak lupakan awak? Awak saya wanita lemah..cinta tetap ada dalam diri saya..tapi saya terpaksa ketepikan buat sementara demi kebahagiaan kita nanti..(sudah terzahir perkataan yang cuba dipendam oleh wanita itu tapi dia tak daya..

LELAKI : Awak..saya faham sangat kata-kata awak..awak boleh tak beri peluang untuk saya kali kedua? Kita pulihkan balik hubungan nie?

WANITA : Awak, peluang untuk awak dah saya buka seluas-luasnya..tapi bukan sekarang…tapi nanti..awak faham kan? Awak sanggup tunggu kan..awak..ikhlas saya cakap..awak pilihan hati saya..saya akan tunggu awak..bila sampai masa nanti apa yang ada dengan saya..halal bagi awak..tapi kita kena sabar dan terus sabar..yer?

LELAKI : tapi bila??? Bila izrail datang memanggil? Hmm…yer awak…saya akan sabar..tapi saya xtahu sampai bila..hati saya tak boleh dijangka..saya takut tak setia..saya takut akan hampakan awak..sebab itu saya cuba nak pulihkan balik hubungan nie..

WANITA : Awak kalau awak dah jumpa pilihan hati nanti..saya takkan halang awak takkan putuskan cinta awak dari dia..saya akan doa agar awak bahagia..walau hati saya derita tapi saya redho..mungkin orangnya nanti lebih baik dari saya….(seakan sayu suara wanita itu..)

LELAKI : Tak awak..awaklah insan yang saya cari…awak..saya tak tahu lepas nie saya masih boleh bertemu awak atau tidak..tapi walau jauh saya pergi saya akan terus mengharap awaklah orangnya..andai awak dipinang orang dulu..ditakdirkan cincin di jari yang akan awak pakai nanti bukan dari saya..saya juga redho..mungkin itu yang terbaik untuk awak..

suara gagah sang lelaki…semakin sayup..bunyi melakar kata-kata yang seakan..kecewa..dan suara yang tak terdaya untuk melafazkan segala…

WANITA : Awak..jangan cakap macamtue…awak yakin kan dengan janji tuhan??? Andai ada jodoh kita mestikan bersama..awak…saya xnak bila kerap kita berhubung segalannya awak tahu tentang saya..dan bila dah berkahwin nanti awak semakin bosan dengan saya..saya takut sangat awak..saya takut bahagia saya nanti cuma seketika nanti..saya takut duka saya yang panjang..yang jadi peneman hidup rumahtangga kita…

LELAKI : Saya faham awak…terima yer..awak..terima kasih kerana masih sudi bercakap dengan sy yer..terima kasih atas segalanya..terima..kasih awak…..

belum sempat sang lelaki memutuskan kata-kata pisah..talian terhenti….senyap..suara antara lelaki dan wanita…dilema cinta..antara mereka..seakan terhenti kerna cinta utama yang perlu mereka utamakan adalah kepada yang maha ESA dan Keluarga…. Dahler…a.mat nak menangis pulak..huhu..jumpa lagi!!! Wassalam..

Sunday, January 2, 2011

Maaf awak..kita BUKAN muhrim..


“Sesungguhnya Allah SWT pada hari kiamat berfirman, “Di manakah orang yang cinta-mencintai karena keagungan-Ku? Pada hari ini Aku akan menaungi dengan menunggu-Ku di hari yang tiada naungan melainkan naungan-Ku.”
(H.R Muslim)


Dialog cinta antara seorang lelaki dan wanita…yang masih dilemma duka..biarlah takdir yang menentukan hubungan mereka itu..andainya ditakdirkan tuhan masih ada jodoh..adalah dia..andainya tiada biarlah ia pergi dikejauhan..hiba..


Wanita   :  awak…kite kenal dah nak dekat setahun dah..awak tahu tak dulu saye xpercye lgsung dekat lelaki..tapi lepas awak muncul..pandangan sya berubah..ermm..tapi saya takut ler..

Lelaki    :  kenapa awak? Saya nie jahat ker? Saya ada buat ape-ape kat awak ker? Kenapa awak cakap macam tue? awak sebenarnya betul-betul serius ker dgn saya?

Wanita  :  awak.. saya serius dengan awak tau..saya xmain-main..sy risau kehilangan awak..ntahla awak..saya tak tahu..saya rasa berdosa dengan semua orang…saya harap awak faham yer..

Lelaki   :  awak dah tak sayang saye ker? Kenapa awak tak cakap dari dulu ? kenapa awak mempermainkan saya? Awak..saya sayang awak…bukan dasar rupa tapi dasar agama..

Wanita :  erm..bukan macamtue awak..saya rasa tak tenang..saya tak mempermainkan awak..tapi hubungan kita nie dah mempermain-mainkan hukum Allah..saya takut…

Lelaki     : saya harap awak yang pertama dan terakhir untuk saya..berilah saya peluang..untuk buktikan cinta saya kpda awak…

Wanita  : maaf awak..saya xboleh teruskan lagi hubungan nie..saya takut berdosa saya takut jadi zina..saya xnak kecewakan semua..

Lelaki  : yer..saya faham awak..tapi saya nak jadi pelindung pada awak..saya dah pilih awak..saya nak sunting awak cepat2 tapi saya masih banyak lagi tanggungjawab..sya belum mampu..

Wanita  :  awak…awak percayakan..kalau jodoh tue ada ia xkan lari ke mana…kalau dah ditakdir saya untuk awak satu hari nanti..mesti saya akan ada dengan awak..

Lelaki   : hmm…tapi..awak..saya dah pernah kecewa..saya xnak terima buat  kali yang kedua..

Wanita  :  awak..sekarang bukan masanye lagi….tunaikan semua tanggungjawab awak dulu
yer ??

Lelaki   : ah….sudahlah..xpayah nak berselindung lagi..kenapa baru sekarang awak nak beritahu?? kenapa baru sekarang awak nak cakap semua tue..kalau dari dulu awak tolak semua kata-kata saya kan senang..awak ingat hati dan perasaan boleh di buat main ker? Kenapa nak tunggu sampai hampir setahun ?? (marah sang lelaki mencurah rasa)

Wanita  : awak..maafkan saya…maafkan saya..saya tahu saya yang silap..sya khilaf..saya xsedar awak…saya xtahu apa yang berlaku..awak kita xcouple kan selama nie? Kita kawan baik kan? (bersuara sayup sang wanita dirundung seribusatu penyesalan..duka..

Lelaki    : selama nie sya selalu mengharapkan awak…saya nak jadi suami mithali..nak bina keluarga harmoni..nak ada selalu dengan awak walau susah walau senang..tiap kali kalau saya xmesej awak..rasa sunyi jer..

Wanita  : awak…kita dah buat banyak silap…kerana mesej kita boleh jadi leka dan alpa..saya xnak lalai dalam beragama..saya takut sangat dengan hukum tuhan..

Awak tahu kan semakin banyak kemanisan kita hirup sebelum perkahwinan semakin tawar ia bila sudah berkahwin nanti..saya takut terjadi kepada insan macam saya nie..

Sang lelaki terdiam seketika makin kelam nada suara hati…kata-kata benar dari seorang wanita..kata ikhlas demi alam rumahtangga..tapi masih belum masanya tiba..

Lelaki    : awak..saya bersyukur sangat..kenal awak…mungkin Allah bagi kita bertemu untuk seketika nie..sekadar ujian buat kita..kita nie mampu tak nak kawal nafsu sebagai remaja…awak selalu ingatkan saya di kala saya lupa..

Wanita : tak..bukan saya..tapi Allah..

Lelaki   : sebenarnya saya yang silap..saya banyak buat awak lalai dan leka..maafkan saya yer.. (mudahnya sang lelaki untuk berkata-kata)..awak betul..kita tak patut teruskan hubungan nie lagi..saya sedar siapa saya..saya xmahu lagi diulit dosa..saya xnak awak merana di masa kita..ermm..awak..saya seronok berkawan dengan awak bukan kerna nafsu tau..tapi kerana pekerti awak..yer..saya akan percaya pada jodoh kita andainya awak..orangnya..

Wanita : terima kasih yer..awak memahami saya..saya harap awak tak terasa dengan kata2 saya tadi yer..bukan niat saya untuk melukai awak..tapi saya xnak hubungan ini berterusan dengan diikuti kemurkaan tuhan..
Lelaki   :  betul awak..awak maafkan saya dari hujung rambut sampai hujung kaki yer?? Saya mohon ampun dekat awak sangat2,,,atas semua kesalahan saya sepanjang mengenali awak…

Wanita :  xla..saya xper..awak mohon ampun pada Allah yer…kerana dialah yang merencanakan segalanya..

Lelaki  :  awak..kita dah lama berbual nie..mungkin ni akhir perbualan kita..kita xtahu apa perencanaan Allah kepada kita..saya mohon maaf sekali lagi yer…anggaplah kita ini saudara seagama yang sentiasa ingat mengingati…saya nak pergi jauh dari awak..untuk seketika..andai anda nyawa dan masa mungkin kitakan bertemu jua…izinkan saya pergi..yer..ASSALAMUALAIKUM….sahabatku..

Sang lelaki melangkah pergi…dengan langkah pilu di hati..tapi dia mengerti kerana ilahi yangkan membawa cinta abadi dalam diri..dan sanubari..pedih yang menikam biarlah terbungkam..biarlah dia hilang bersama kabus semalam…

Wanita :  waalaikumsalam…. (bisik hati wanita)..saya sayangkan awak..tapi biarlah kita bersabar untuk hasil indah dikemudian hari…walau awak pergi jauh dari saya..saya akan sentiasa dekat di hati awak..saya xkan pergi jauh..awak…terima kasih kerana sudi hadir dalam hidup saya..

Tamat sudah kisah percintaan mereka..sama2lah kita berdoa agar jodoh mereka bertaut semula…biarlah pabila sudah berkerjaya..andai tiada..biarlah mereka redho..dengan segala ketentuannya…

p/s : dialog di atas hanyalah rekaan semata-mata sekadar meluah jiwa..tiada kena mengena dengan yang bernyawa atau tidak bernyawa…sekadar berkongsi lamunan..

MEH DENGAR LAGU NIE MEH...

MEH DENGAR LAGU NIE PLAK..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...