Labels

Pages

Followers

Saturday, April 23, 2011

Aku bukan cemburu...

Aku bukan cemburu

Sudah tersingkap tirai semalam
Dalam bahtera pelayaran yang semakin kelam
Aku terpana saat hati mula terbungkam
Mencari kebenaran dalam persoalan yang terdiam

Bukan untuk menguji keyakinan mu terhadapku
Tapi mecoret secebis rasa yang dulu
Yang pernah kita ungkap dalam janji merindu
Yang takkan kita mungkir walau lagi kita tidak bertemu

Maaf.. bukan hati merasa cemburu
Tapi curiga dengan apa yang berlaku
Adakah takdir sudah tercatat begitu
Ataupun kau sengaja mengubah lagu

Hancur sudah harapan dihati ..
Melodi indah yang bergemersik seakan mati
Seakan menjadi sunyi  dan sepi
Terbiar kaku disetiap jiwa sanubari

Izinkan jiwa ini melangkah
Bukan pergi untuk menyerah
Tapi ingin mencoret memori indah
Agar kenangan dulu tidakkan kembali membarah


Tuesday, April 19, 2011

SECANGKIR KATA BUAT IBU…

SECANGKIR KATA BUAT IBU…

IBU…
KASIH MU SETULUS HATI
CINTA MU TIDAK BERBELAH BAGI
SENYUMANMU SENTIASA TERUKIR SERI
NASIHAT MU SENANTIASA MENITI ABADI..

IBU..
KASIHMU SESUCI CINTA ILAHI
AIR MATA MU SEMULIA TITISAN EMBUN PAGI
JIWA PUN KENTAL MENDATANGI HARI-HARI
KERINGATMU SENANTIASA DI KERAH DEMI REZEKI

IBU..
PERJUANGANMU TAK MAMPU KU BALAS DENGAN KATA
TAPI AKAN BUKTI DENGAN USAHA DAN DAYA
BUAT PENGUBAT PENGORBANAN MU DI DUNIA
AGAR CINTA ANTARA KITA KAN TERUS KEKAL TERPAHAT DI SANA

IBU..
TERLALU BANYAK KERINGAT YANG KAU HADIAHKAN DALAM MEMBESARKANKU
KESAKITAN DEMI KESAKITAN YANG KAU TANGGUNG SEDARI AKU DALAM KANDUNGANMU
NAMUN SEDIKIT PUN KAU TAK PERNAH MENGELUH DAN BERHATI SENDU
BAHKAN KESYUKURAN YANG SENTIASA KAU PAHATKAN DALAM MERINDU KEJAYAAN ANAKNDA
 MU..


DUHAI IBU..
INSAN INI DALAM PERJALANAN HARI
INSAN INI MEMINTA SETULUS DOAMU UNTUK DIBERKATI
MOGA DITABAHKAN HATI UNTUK KU TERUS BERJUANG DI LANDASAN INI
ANDAI KU GUGUR DAHULU DI JEMPUT SANG ILAHI
KAU KUNTUMKANLAH DOA BUATKU BAGI PENYERI HARI-HARIKU DAN DIBERI RUANG UNTUKKU MENGISI SINGAHSANA FIRDAUSI…

Mengapa begitu cepat kita menghukum??????


Salam sahabat..maaf sudah lama tidak m’update blog ini..sebenarnya penulis begitu sibuk menghadapi peperiksaan akhir sem…harap semua sahabat doakan kejayaan penulis yer…AMEEN.. Tajuk Nampak macam gempak jer..hee..sebenarnya sy ingin berbicara soal cinta.. boleh?? Apa nie asyik2 cinta…asyik2 cinta…sabo jerla..ala tu kan lumrah remaja…baik… saya agak begitu terkilan dengan tanggapan sesetengah dari kita yang menyalah tafsir erti cinta…erm…kadang-kadang cepat benar kita menghukum seseorang itu..awak tue couple…hati-hati la dengan persekitaran ye..bak kata ayat yang selalu sy dengar..cinta tue lumrah manusia..bercinta berlainan jantina itu normal tetapi bercinta sesame janti itu xnormal…kadang kita melihat mereka sekadar kawan sahaja..soal cinta itu hanya di antara dia dan insan yang berkawan dengannya sahaja tahu..kita nie dengar dari sebelah pihak..terus menghukum…kata mereka tengah hangat bercinta..pastue mulala nasihat segala..begitu dan begini..ya saya akui nasihat itu penting..tapi biarlah diri sendiri yang tahu dan menilai..kadang-kadang nasihat panjang berjela kalau hati sendiri tak terjentik untuk sedar tak berguna jugak

Yang saya pelik kawan-kawan seangkatan..yang cuba menghangatkan kisah Cinta antara dia dan dia..entah betul entah tidak..suka sangat jaga tepi kain orang…bila sebelah pihak yang mendengar mulalah di salah tafsir..cakap macam2…terkejut beruk, marah..dan macam2 lagi..saya tertarik untuk berbicara soal ini kerana..kita nie hanya mampu bercakap sahaja..tetapi diri sendiri belum tentu sempurna…lucu bila kita mendengar nasihat seseorang  itu..berkenaan cinta..tetapi di dalam blog dan fb nya..JIWANG PAROK..kah…kah..kah..nak nasihat orang kunun..tengok blog siap puisi jiwang segala..ya mungkin dia boleh kata puisi ketuhanan..cittt..pigila…berselindung di sebalik agama..saya bukan marah Cuma ingin membetulkan tanggapan seseorang..apa salah kalau kita doa mereka yang sedang berkawan baik..OOPPPPSS…bukan berkapel atau bercinta yer..moga selamat dalam persahabtan..mengikut landasan..dan aturan standard piawaian  dalam Islam..itu jer..di samping kata2 yang membina..masalah kita sekarang nie..terus tegur dan menghukum..tanpa kita bertnya face to face dengn orang itu samada ia betul ataupun tidak..


Pelawok2 orang jenis macamnie..ya mungkin mereka ada kuasa tapi perlu ingat kuasa bukan menjamin segala…kadang2 sengaja saya meletakkan status yang berunsur jiwang2 dan ingin melihat cemuhan dan kata-kata membina dari sahabt sy..hehe..komen mereka saya jiwang..OMG.. ELEH mengta orang..padahal diri tue..kah..kah..kah…lelaki nie walau ego sekeras waja tapi hati selembut sutera..itulah lumrah manusia..terlalu perasan diri itu terlampau baik..bila tengok org couple..terus hukum..’apeni…haram2…masuk neraka..dosa’…sedangkan kita hanya melihat dia hanya bercakap antara dia dan dia dengan istilah antara kawan dan kawan sahaja…erm…panjang pulok luahan kawe..apapun kita mesti betul2 kenal dan faham org itu baru kita berani untuk menegur dan INsyaAALLAH teguran kita pasti diterima olehnya…

Saya menulis luahan ini hanyalah sekadar berkongsi rasa dan bukan menunjukkan diri ini sempurna..Cuma ingin menjentik hati kita bahawa jangan sesekali kita terlalu cpat untuk menghukum…kadang2 kita melihat dia dan dia ada menulis tentang cinta..sama2 komen di fb..dan pandangan kita pulak..ish budak2 nie gatai..salah tue..ia hanyalah gurauan remaja..,macamla dia tak pernah komen fb macamtue…kita adalah kita..dan kita jangan jadi hipokrik…cakap macam2 dalam kalangan kita..tapi padahal kita yang menbuat onar segala..ish3…minta di jauhi daripada perbuatan ini..saya memohon seribu kemafaan kalau ada yang terasa dengan komentar saya ini..tapi memang itulah niat saya..supaya kita jangan cepat benar menghukum tanpa selidik sedalam2nya..fikir diri untuk kemuliaan hati…fikir peribadi sendiri sebelum mengubah diri insani..PEACE..WASSALAM..

SEKADAR RENUNGAN :

BILA MUSIM CINTA TELAH BERLALU
SEMAILAH POHON TANGGUNGJAWAB
DAN MUSIM CINTA PUN AKAN KEMBALI LAGI…

CANTIK YANG DILIHAT MATA AKAN SINAR
CANTIK YANG DILIHAT JIWA AKAN KEKAL SELAMANYA
JUSTERU…MANA SATU MENJADI PILIHANMU???

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...