Labels

Pages

Followers

Tuesday, July 19, 2011

BINGKISAN RINDU DARI HATI UNTUK HATI..

BINGKISAN RINDU DARI HATI UNTUK HATI..


Kau pernah merasa gembira dalam paluan gempita
Kau pernah rasa bahagia dalam nada yang bercorak irama
Di damba ia sepenuh raga..di papah ia sejunjung cahaya angkasa
Dalam helaian noktah kau tetap ceria..

HATI..
Kau Juga pernah merasa untuk berduka
Kau juga selalu menghirup udara yang menggila
Terpesona dengan longgokan hiba
Kau tetap berdiri tanpa melangkah kata…

DUHAI HATI..
Terkadang kau terhenti untuk berbicara
Terkadang kau terbungkam dalam gelora
Menggamit permaidani dunia
Mencurah segala apa yang terpendam dalam laba…

HATI..
Dalam tangisan nafas berlagu
Dalam bingkisan ia bergerak shahdu
Menongkah seruling pilu
Menguasai segumpal darah yang telah bersatu…

HATI..
Kesedihan ini satu kekuatan
Kedukaan ini satu kebangkitan
Lenyapkan semua kesempitan
Hadirkan kembali senyuman kebahagian
Agar kau tidak terbelenggu dalam kegelapan…




Monday, July 18, 2011

KU LEPASKAN KAU PERGI :)


Tepat tarikh dan waktu..mungkin ia sudah tercatat begitu…saat hati perlukan seorang untuk didamba..saat itu hati diduga dengan gempita duka alunan rasa yang tak terhingga..memori indah kini punah..sang hati mula menyendiri merasa takdir telah menang dan hati perlu mengalah..langkah dibuka seiring nada sayu..mata berpinar seakan menangisi pemergian insan yang menggamit kenangan lalu..hati terdiam saat masih terkenang akan si dia..helai tawa tangis duka kini akan tersimpan rapi bersama cerita yang akan senantiasa diingati…hati terpana tika mula bertemu dengan si dia..tika mula berjanji taat setia….tika senyuman mula terukir ceria…

Aku : awak…perjalanan kita nie masih panjang…awak kena kuat dan faham saya ae..saya bukan manusia sempurna..tapi saya akan cuba untuk menjadi seperti yang awak mahu

Dia : baiklah awak..saya terlampau bersyukur kerana dipertemukan dengan awak..mungkin awaklah insan yang sentiasa ada dalam setiap doa saya..saya sayangkan hubungan nie..awak tahu..kenangan saya paling  indah adalah saya  kenal awak..awak banyak mengajar saya erti sabar…erti persahabatan..erti sayang..erm.. (terdiam sang wanita seakan terputus kata)

Aku : saya pun sayang hubungan nie…awak tahu..saya takkan sesekali curang dengan awak dan akan sentiasa menemani  awak walau susah walau senang…walau awak  lelah..saya tetap ada untuk mengisi hari-hari abadi kita..saya akan bahagiakan awak selagi daya saya ..selagi upaya saya…

Dia : terima kasih awak…terima kasih banyak2…erm..awak..mcmna erk kalu hubungan kita nie terputus di tengah jalan?

Aku : eh…kenapa awak cakap macamtu? Kenapa awak tiba-tiba jer ungkap perkataan tue? Awak dah tak sayang saya? Awak dah nak tinggalkan saya? Kenapa awak….kenapa awak masih ragu-ragu dengan saya???

Dia : bukan..awak..saya sekadar bertanya…saya tak minta pun semua itu..sikit pun tak..tapi saya takut..saya takut saya tak mampu untuk bersama awak lagi…awak saya tak nak hubungan kita berakhir…

Aku : saya tahu awak masih teringat cinta awak dulu….tapi berilah saya ruang untuk membuktikan yang saya akan jadi yang terbaik dari dia….(nada sendu dari hati kian membungkam kian menguasai sekeping rasa pilu dan sendu)

Kata-kata yang selalu bermain itu telah menjadi kenyataan kini..apalah silapku..apakah ini sudah ditakdir begitu..cinta palsu yang cuba dipertahankan hanyalah nada pilu di kalbu hanyalah sembilu yang menikam padu…aku pasrah…kini aku bersendiri..bermuhasabah diri…menelusuri ruang waktu yang semakin suram dan sunyi……

p/s: aku dan dia hanyalah rekaan semata2..pen gubat bagi sahabat pembaca..kerna bingkaibiru tlah lama menyepikan diri..hehe

Wednesday, June 29, 2011

SETEGUH KASIH BAGINDA...:)

Salam persahabatan buat semua..Alhamdulillah buat sekalian kalinya kita menyambut  PERISTIWA Israk dan Mikraj pada hari ini bertarikh  29/06/2011 bersamaan 27 Rejab 1432H...seusai permergian Baginda Rasullah..dengan penuh mulia..dan kita umatnya merasa begitu duka..dan begitu gembira kita adalah dari kalangan UMATNYA YANG TERCINTA….saat baginda menghembuskan nafas suci baginda untuk menemui sang maha Khalid…terluah kata-kata ingat akan umatnya…lafaz mulia UMMATI..UMMATI..UMMATI…itulah dia Rasul yang kita cinta…MUHAMMAD B.ABDULLAH..rasulullah S.A.W..peristiwa ini telah terakam dalam Al-Quran..peristiwa yang seakan tidak di percaya oleh musuh-musuh ISLAM..tapi hakikatnya itulah kuasa Allah yang tiada tolok bandingya..

Firman Allah Taala bermaksud:
Maha Suci Allah yang telah menperjalankan hambaNya (Muhammad) pada suatu malam dari Masjid al-Haram (di Mekah) ke Masjid al-Aqsa (di Palestin) yang telah Kami berkati sekelilingnya agar Kami memperlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat. (Surah al-Israa: ayat 1)

Firman Allah Taala bermaksud:
Dan sesungguhnya (Muhammad) telah melihat (Jibril dalam bentuk rupanya yang asal) pada waktu yang lain. (iaitu) Sidrat al-Muntaha. Di dekatnya terletak syurga tempat tinggal (Jannat al-Makwa). (Muhammad melihat Jibril dalam bentuk rupanya yang asal) ketika Sidrat al-Muntaha itu diliputi oleh sesuatu yang meliputinya. Penglihatannya (Muhammad) tidak berpaling daripada yang disaksikannya itu dan tidak (pula) melampauinya. Sesungguhnya dia telah melihat sebahagian tanda-tanda (kekuasaan) TuhanNya yang paling besar. (Surah an-Najm: ayat 13-18)

SELAMAT MENYAMBUT ISRAK DAN MIKRAJ..MOGA KITA MENJADI UMAT BAGINDA..YANG SENANTIASA BERSYUKUR DENGAN NIKMAT YANG DIBERIKAN TUHAN…DAN MENDAPAT SYAFAAT BAGINDA DI AKHIRAT KELAK..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...