Labels

Pages

Followers

Thursday, March 29, 2012

MADAH BERKATA KALIMAH BERBISA


Terlajak perahu boleh diundur terlajak kata buruk padahnya..begitulah serba sedikit tentang madah ini. Bukan mudah untuk diluah di tinta kecil ini. Tapi dek kerana sudah sekian lama untuk disabari dan di diami. Hati tidak mampu lagi untuk memendam rasa. Kata orang andai tidak mampu diluah dengan kata..muntahkanlah dengan pena..izinkan hati ini meluah bicara…..

Mengenali sahabat itu agak sekian lama…bukan menilai dari pakaian atau sebaliknya. Tapi bila dia berbicara seakan ada hati yang terluka. Segi percakapan melewati rupawan wajahnya. Ntah kenapa bila aku meluah senda bingkas dia mematikan kata. Seakan semua tidak boleh diterima. Adakah terpengaruh dengan sesiapa? Biarkan dia..mungkin diam dan biar bicaraku di hati saja yang tidak akan menyebabkan dia terasa. Aku hairan..bukan sekali dia memati kata padaku bila aku berbicara atau melafaz senda. Tapi seakan berkali-kali. Perlukah aku mendiamkan diri dari berbicara? Perlukah aku bungkamkan rasa? Aku cuba membaiki diri bila berbicara dengannya..tapi bila aku mula lari dari kata..seakan ditusuk sembilu bisa darinya.

Aku juga punya rasa..aku juga punya jiwa. Ku pendam sehingga ke hari ini setiap kata darinya yang menjengah ke telinga ku dulu..sudah lama…tapi hari ini aku sudah tiada daya. Aku tega dan akanku luah juga. Biarlah mereka menyokongnya. Jika perlu aku dan mereka henti berbicara akan ku noktahkan. Ya. Waktu itu akan tiba juga. Tapi sampai bila harus bersemuka, ingin ku pergi menjauh ingin ku bawa hati yang lara. Panahan kata bisa itu ku takut menjadi racun yang tiada penawarnya dalam jiwa dan mindaku. Maaf??? Ya sudah dimaafkan tapi biarlah aku diam dari melafaz senda..nanti bila melakar jauh ada pula yang terasa. Ada pula yang tak kena dan takut berbalah hingga hujung dunia tiba.

Luahan ini bukan mencoret dendam bukan juga melakar pendam tapi ingin menutup peristiwa semalam yang akan ku biarkan pergi dengan hari yang kelam dan suram. Biar ia terpadam hilang dan luput di mata alam..biarlah tidak ku lafaz lagi kata bicara kerana nanti takut ada lagi hati yang terluka. Aku sudah tidak mahu di panah dengan keris kata yang berbisa. Aku tidak mau lagi rebah dengan senjata yang dia cipta.

Jika kamu banyak berkata
Di situ banyak membuat dusta

Jika kamu banyak bercakap
Tanda fikiran kuranglah lengkap

Jika kamu banyak berkata
Kejahilan kamu terang dan nyata

Jika kamu banyak bercakap
Kejahilan kamu mudah tersingkap

Jika kamu banyak berkata
Di situ banyak yang sengketa

Jika kamu banyak bercakap
Kamu sendiri masuk perangkap

Jika kamu banyak berkata
Janji palsu senang dicipta

Jika kamu banyak bercakap
Kata mengata banyak diungkap

Thursday, March 1, 2012

ku TERIMA semua ini...

salam..rindu buat semua sahabat blogger..maaf secangkir bicara telah lama menyepikan diri...lama sudah tidak mencoret kata..lama sudah diri mendiam tanpa kata...lama sudah hati memerhati tanpa gerak rasa..hingga kini..kenangan yang dulu akan dibuang sejauh panahan cerita di awan biru..dalam kehidupan ini begitu hebat dugaan yang mendatang..begitu kuat ribut yang menerjah badai..akhirnya ia longlai..sepi sunyi dan bungkam..sebenarnya banyak coretan dari secangkir bicara yang ingin diluahkan di sini..tapi biarlah semuanya tenang..dahulu..setenang air yang berada di lautan biru..nantikanlah..kehilangan sesuatu yang kita sayang bukan bermakna kita tidak punya apa-apa lagi untuk di tatang...carilah..sabarlah..dengan setiap hikmah ceritera duka ini..peduli apa kata mereka..biar kita sahaja yang tahu dan tak perlu lagi..mencoret coretan bisa....=)

Kuharap... kau cuba memahami Luahan hati ini Yang ingin dicintai Kuharap… kau dapat menghayati Sentuhan jiwa ini Yang ingin disayangi Tiada balasan Yang ada hanyalah alasan Tiada jawapan Yang ada hanyalah persoalan Di manakah kejujuran Di manakah ketulusan Di manakah keikhlasan Di manakah kejujuran Kerana Tuhan hanya mahukan Kejujuran, keikhlasan... cinta Kuharap... kau dapat menghayati Sentuhan jiwa ini Yang ingin disayangi Kuharap... kau cuba memahami Luahan hati ini Yang ingin dicintai Kuharap... kau dapat menghayati Sentuhan jiwa ini Yang ingin disayangi Di manakah kejujuran Di manakah keikhlasan Di manakah ketulusan Di manakah keikhlasan Kerana Tuhan hanya mahukan Kejujuran, keikhlasan...CINTA

Saturday, January 21, 2012

KEJUTAN DI KUBUR ITU....

"Setiap jiwa akan merasakan kematian?" (QS Ali
'Imran [3]: 183)


Hari itu seusai menziarah kubur arwah pak long tercinta dan arwah anaknya…hati ku sebak mengenang kan sedikit perbualan antara aku dan atuk..kami pergi menziarahi kubur arwah dengan penuh doa dan harapan moga dipermudahkan segala urusan..pagi itu..aku dan atuk berada di hadapan kubur arwah….atuk lantas menitipkan doa dan beberapa surah di dalam al-quran dan atuk pun melafazkan…. ‘ya Allah ya Tuhanku hambamu ini memohon ampun..hambamu ini berdoa padamu Ya ALLAH kau rahmatilah kehidupan anakku ini..kau berilah kesenangan ke atas rohnya..Ya ALLAH hambamu ini meminta dan merayu padamu Ya Allah..kau kasihilah anakku ini..kau tempatkanlah dia bersama orang-orang yang beriman…YA ALLAH hambamu yang hina ini memohon rahman dan rahim mu Ya Allah..sesungguhnya anakku ini sedang berkelana seorang diri di alam sana..kau temanilah dia..kau berkatilah perjalanan dia di sana jangan sesekati kau sakiti dia Ya Allah..sesungguhnya dia adalah anak yang soleh…Ya Allah aku redho dengan pemergiannya..maka kau ampunkalah segala dosa-dosanya Ya Allah..sesungguhnya kau maha pengampun maha penyanyang..ameen YA RABBAL ALAMIN’..begitulah mulianya doa seorang ayahanda tercinta..mereka pergi dulu sebelum dia..tapi dia tetap redho dan yakin dengan takdir yang tlah ditetapkan tuhan…selesai mengaminkan doa tersebut air mata kami mengalir laju tanpa di paksa..air mata syahdu..bukan meratapi tapi juga meningsafi hidup ini…angin turut sama berdoa..alunan angin pagi seiring dengan doa yang di baca atuk.. itulah dia kuasa ilahi..

"Sesungguhnya akhirat itu lebih baik untukmu
daripada dunia" (QS Al-Dhuha [93]: 4).

Selesai menyiram air mawar di kubur arwah bingkas kami bangun untuk berlalu pergi..selamat tinggal ahli kubur….dan kami juga pasti akan ke sini juga… ‘kepada dia kita datang dan kepada dia kita kembali’…dalam berjalanan menuju ke kereta..aku di tusuk dengan soalan dari atuk..kata atuk ‘kau dah bersedia untuk mati’? ‘kau dan siap sedia untuk berhadapan dengan malaikat mungkar dan nakir?’ terdiam seribu bahasa…aku tak mampu menjawabnya…atuk menambah lagi… ‘wahai cucuku..nanti bila atuk dah takda jangan lupa tau…nanti dekat kubur atuk kau tanamkan pokok kecil ye…pokok tu banyak juga bantu atuk nanti…pokok itu akan turut sama mendoakan atuk…bila atuk berkelana di sana nanti’…lagi hatiku pilu…aku hanya mengangguk dalam lidah seakan terkunci padu..

Aku faham… bukan maksud itu sahaja yang ingin atuk sampaikan..atuk juga ingin kami supaya mendoakannya nanti…selalu menziarah kuburnya nanti….setiap kali berbicara dengan atuk..pasti soal mati akan turut diucapkannya…ALLAH… aku sentiasa mengingati pesan-pesan atuk…kata atuk…walau hebat mana pun kita..walau kaya mana pun kita tapi nanti semuanya akan di hitungkan dan semuanya akan dikembalikan kepada ALLAH yang mencipta kerajaan alam ini…buat atuk tercinta terima kasih kerana senantiasa menjadi guru dan mendidik cucumu ini…nasihat dan doamu sentiasa menjadi sisipan dalam hidupku…atuk…terima kasih kerana kau memberi banyak erti dalam hidupku..

YA ALLAH..YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG KAU AMPUNILAH SEGALA DOSA-DOSA ATUKKU..KAU BERIKANLAH KESIHATAN YANG BAIK UNTUKNYA..KAU PANJANGKAN UMURNYA AGAR SEMPAT DIA MELIHAT AKU BERJAYA..YA ALLAH..INSAN INI DI DALAM KEMBARA ILMU..INSAN INI JUGA AMAT MERINDUI MAKHLUK CIPTAANMU..KAU JAGALAH DIA..KAU BERIKANLAH DIA KESENANGAN DIDUNIA DAN AKHIRAT..YA ALLAH..ATUKKU INI INSAN MULIA..KAU SINARILAH DIA DENGAN IMAN DAN RAHMATMU..KAU BERKATILAH KEHIDUPAN DIA DI DUNIAMU..YA ALLAH KAU PANCARLAH DIA DENGAN MAGHFIRAHMU…JANGAN SEKALI-KALI KAU BERIKAN DIA KESAKITAN DI SANA NANTI YA ALLAH…INSAN INI TELAH MERASAI KESAKITAN DI DUNIA MAKA KAU KURANGKANLAH ATAU LENYAPKANLAH SEGALA KESAKITANNYA DI SANA..YA ALLAH ANDAI ADA RAHMATMU UNTUKKU RELA KU BERIKAN PADANYA..SESUNGGUHNYA ENGKAU MAHA PENGAMPUN LAGI MAHA PENYAYANG..AMEEN…=)


"Janganlah kamu menduga bahwa orang-orang yang
gugur di jalan Allah itu mati, tetapi mereka itu
hidup di sisi Tuhannya dengan mendapat rezeki" (QS
Ali-'Imran [3]: 169).

"Janganlah kamu mengatakan terhadap orang-orang
yang meninggal di jalan Allah bahwa 'mereka itu
telah mati,' sebenarnya mereka hidup, tetapi kamu
tidak menyadarinya" (QS Al-Baqarah [2]: 154).

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...