Daripada Abu
Hurairah, Rasulullah SAW bersabda, “Pada hari kiamat Allah berfirman: Di manakah
orang-orang yang saling mencintai kerana keagunganKu? Pada hari yang tiada
naungan selain naunganKu ini, Aku menaungi mereka dengan naunganKu”.
Kesilapan pertama bukan di namakan
kesilapan tetapi melakukan kesilapan kedua itulah yang dinamakan kesilapan. Lumrah
dan fitrah manusia tidak akan terlepas dari melakukan kesilapan kerana kita
bukan Nabi yang terpelihara dari dosa
dan noda. Bukan bermakna Allah tidak menyayangi kita tetapi itu tanda Allah
senantiasa mencintai kita. Taubat itu penawar segala dosa. Kita sebagai hamba
harus akur dan menerima segala kesilapan lalu dan jangan sekali kita
menyalahkan kesilapan itu. Kita boleh membenci kesilapan lalu tapi jangan terus
membencinya kerana tanpa kesilapan itu kita mungkin tidak akan berubah dan
terus dengan apa yang kita ada sekarang. Hidup bergelumang dengan dosa!
Cinta itu fitrah dan anugerah dari Allah. Rasa
cinta pasti ada pada makhluk yang bernyawa. Ia akan hadir pada tepat masa,
siapa, ketika, dan di mana. Ia hadir tanpa kita pinta dan satu perasaan yang
sukar untuk kita tafsirkan kerana ia berkaitan dengan raja yang ada dalam diri
kita iaitu hati. Hati ini bolak balik sifatnya perlu makanan rohani untuk
mengubati segala apa yang tercela di dalamnya. Saya yakin ada yang sudah serik
untuk mengenal cinta pada manusia. Kata mereka cukuplah hati dulu yang pernah terluka.
Cukuplah buat kesekian kalinya. Cukuplah diri dipermainkan dan biarlah cinta
itu selepas alam pernikahan. Saya bersetuju dengan kata-kata mereka yang pernah
terluka itu. Tapi ingin saya tegaskan di sini tanpa cinta yang pernah kita
kecapi dahulu kita takkan menjadi kita yang hari ini. Kita yang berubah, kita
yang digelar Muslimah dan kita yang menjadi solehah. Insya Allah.
Kita menulis bahawa cinta yang pernah kita
rasa dulu satu kepahitan satu racun yang pernah ada dalam hati dan diri kita. Tapi
jangan kita lupa dengan rencana Allah, hidayah Allah itu datang dengan pelbagai
cara. Allah datangkan kita dengan orang yang salah bukan bermakna Allah
membenci kita tetapi ingin menguji kesetiaan cinta kita pada yang Esa dan
jangan sesekali kita benci pada makhluk yang diberikan oleh Allah untuk menguji
kita untuk menguji hati dan perasaan kita. Dia juga manusia yang punya banyak
noda dan dia juga sudah belajar dari kekhilafan cinta nan lalu. Tidak perlu
untuk kita meluah rencah rasa atas kecewa cinta dahulu kerana Allah maha tahu. Kirimkanlah
doa buatnya bukan kata cerca mengherdik manja kerana doa lagi utama dari
menitip tinta pena yang tidak ketahuan baik buruknya.
Hidup ini terlalu singkat untuk membenci
dan menyalahkan dan berilah kemaafan. Kenangan lalu jadikan pengajaran bukan
igauan ngeri bukan mimpi bukan fantasi. Hakikat ia realiti yang sudah kita
tempuhi dan kita berubah kerananya dari seorang wanita kepada seorang Muslimah dari
seorang lelaki kepada Muslimin. Sakit itu sakit, tapi ingat itulah dia tarbiah
dalam hidup. Itulah rencah dalam menjaga hati. Bersabarlah. Andai kita sudah
ditemukan dengan insan yang benar yang akan menjadi suri dalam hati kita. Teruskanlah
berdoa dan jangan sesekali putus dari meletakkan pengharapan kita dengan Allah
dan andai Allah izinkan dia pasti menjadi milik kita. Cinta itu bukan sekatan
tetapi kawalan. Hargai orang yang menghargai kita, cintai orang yang mencintai
kita dan sayangi orang yang menyayangi kita.
Daripada satu hadis yang
driwayatkan oleh Abu Hurairah bahawa Nabi SAW bersabda, “Ada seorang mengunjungi saudaranya di desa
lain, lalu Allah mengutus seorang malaikat untuk menemui orang itu. Ketika
orang tersebut sampai di desa yang dituju, malaikat bertanya, “Mahu ke mana
kamu?” Orang itu menjawab, “Aku mahu menjenguk saudaraku di desa ini.” Tanya
malaikat selanjutnya, “Apakah dengan mengunjunginya kau memperoleh banyak
keuntungan?” Orang itu menjawab, “Tidak, aku hanya mencintainya kerana Allah
Azza wa Jalla.” Malaikat itu mengatakan, “Sesungguhnya aku adalah utusan Allah
untuk memberitahukan kamu bahawa Allah menyenangimu sebagaimana kamu menyenangi
saudaramu kerana Allah.”
penulisan yg sangat bermakna :)
ReplyDeletepenulisan yg sangat bermakna :)
ReplyDelete