Hai muslimah ku tahu dirimu mampu berubah
ku tahu ia tidak kan pernah payah
Coretan luka mu dulu jangan kau jadikan
igauan tapi natijahkan menjadi pengajaran
Semua ini adalah percaturan Tuhan untuk kau
meniti tangga iman untuk kau mendaki gunung kesabaran
Segala luka, cinta, derita yang ada masa
silammu dulu itu bukan kesakitan tapi ujian
Ujian untukmu matang dalam kehidupan, ujian
untukmu kenal erti rasa berTuhan
Hai Muslimah dengarlah bait kata ku ini…
Allah menguji kita dengan sebuah ukhwah
Menitip sebuah mujahadah, menyulam rasa nan indah
Tapi jangan kita leka jangan kita alpa
Kerana DIA sedang memerhatikan kita.
Hai Muslimah, usah kau sesali dengan lagu
nostalgia mu dulu kerana kau sudah ada zikir mu yang baru
Alunan kata yang indah, semuanya sudah
tertulis di dalam kalam Allah…
Teruskanlah..teruskanlah..teruskanlah…
Mujahadahlah..mujahadahlah..mujahadahlah..
Aku tak mampu membimbingmu kerana diriku
jua masih penuh dosa yang berdebu
Tapi akan ku lafazkan doa kekuatan untukmu
di dalam sujudku
Akan ku kuak daya semangat untuk melihatmu
menjadi indah di mata Allah
Doakanlah jua aku kerana ku takut…tiada
lagi masa untukku berkelana di alam fana ini
Kembara ku nanti jauh..jauh kian jauh..
tapi sebelum ku sampai ke situ
Ingin sekali aku melihatmu menjadi solehah,
menjadi seorang zaujah yang bermaruah
Kerana kau Muslimah, ku yakin akhlakmu
persis Fatimah setiamu umpama Khadijah
Setiap detik Baginda bersama mereka,
baginda bahagia..baginda tawa..
Ingin ku contohi Rasulullah…
Sebagai permata, daie, suami dan bapa yang
mulia
Mampu membimbingmu, tahu mencorak alam
bahagia itu
Ku yakin kita mampu..kita mampu
Semua ini kerana Hidayah
Coretan dulu sebagai titik permulaan
Kita dahulu kita yang palsu kita yang tak
tahu kita yang sengaja tidak mahu ambil tahu
Tapi kini kita sudah tahu dan kita
sama-sama tahu
Erti sebuah Cinta Yang Halal
Maksud sebuah kasih yang diredhai NYA
Definisi tentang sebuah Kesabaran..
Istikharah itu perlu terus dan terus
Doa itu jangan sesekali kita putuskan
Kerana hanya itu senjata tautan yang kita
ada
DIA yang utama dan DIA yang harus
diutamakan
Percayalah..perencanaan dari NYA benar
belaka
Tidak ada yang terselindung di balik sana
Jika tepat, masa, ketika, di mana dan siapa
Ia pasti hadir
Ia pasti hadir
Pasti hadir…
10.46 PM
manusia terkadang diberi peringatan sering tidak memikirkan hikmah di sebalik apa yang terjadi..hidayah itu untuk di cari bukan di nanti..rakan saya pernah melontarkan kate2..manusia Allah turunkan ujian untuk menyedarkan dari kealpaan..bila ditampar sekali dengan ujian masih tidak sedar..Allah tampar dengan berkali2 ujian sehingga akhirnya manusia sedar..tanda Allah sayang kan kita =)..insyallah hidayah itu milik kita sahabat.
ReplyDelete